Pages

Saturday, June 5, 2010

Dua for Palestine (Try Not To Cry)



Ya Allah, Kau berikanlah ketenangan buat para hambaMu di sana..dan semoga mereka terus kuat dan tabah menghadapi segala ujianMu, Ya Allah..

Friday, June 4, 2010

Thursday, June 3, 2010

|| hubungan yang tak kesampaian part.2 ||

seadil2nya saya hanya menulis mengikut rasa hati dan tidak terniat untuk mengusik hati @ perasaan sesiapa sekalipun..

namun bila penulisan saya mengenai isu ini dlm entri yang lepas nampaknya memberi kesan kepada pihak terbabit, saya harus akur dan bersifat lebih adil dlm meneliti isu kalian..

but like what I said to the both of you, this is not mine to judge..

these issues are better discussed within the scope of the family **although bot f you are saying that you guys are waaayyy past that**

I feel for you, man..I understand why you're dissapointed and I also feel for her and embraced the reasons as to why she was dissapointed of you..

let's just put it this way, ok..

accept the facts that mebbe you guys were just pre-destined by HIM to just be friends or acquiantances
** looking at your ways of communicating now** ..and let bygones be bygones..notably the hurt is gonna be there for awhile, and it's gonna hurt you the most when you least expect it..

as for you, bro..I am sorry if I sounded as if I was on her side..

I am, not in any way, on any of your sides...baik dia, atau kau...

like what I said, who am I to judge this..

Inche' S.O. juga sudah kasi warning...enough of this and my last advise to the both of you is that, throw out that emotional luggage and go on with your life as you seem fit..Insha-ALLAH, there's someone out there for the both of you, just not each other...

okaylah, let's put a stp to this matter kay?

aku cuma mampu doakan hanya yang terbaik buat kesemua sahabat2ku...itu sahaja..

|| saya memang pro-kerajaan..dan itu masalah anda , kerana? ||

**this is just a personal opinion of a normal bystander entitled to her own opinion, not meant to be taken as a provocation and cannot be quoted for whatsoever reason**

soal subsidi minyak yang dibangkitkan baru-baru ini menyaksikan beberapa sahabat saya yang agak vokal menyatakan kelantangan menolak mentah2 cadangan kerajaan tersebut..

pada saya, simple...orang Melayu kita sudah mua, banyak lemak..masih mengharapkan segalanya disuap dengan sudu emas setiap bantuan, setiap permintaan yang diminta dr pihak kerajaan..

konsep ketuanan melayu yang sebenarnya berlandaskan kepada sesuatu yang serius kini dijadikan bahan lawak jenaka rakyat dr kaum lain..

sedih sebenarnya..

banyak bantuan yang diberi sebenarnya buat orang Melayu itu pun masih tak cukup lagi ke?

subsidi minyak di beri, ada yang mengambil kesempatan dgn menyeludup minyak ke negara jiran untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda..

mungkin mereka di negeri lain, tak terasa..but ask any fellow johoreans, the massive lots of people buying petrol/ diesel at gas stations in JB are from abroad..

maksudnya secara tidak langsung, duit kerajaan secara tidak langsung menyenangkan orang seberang tambak..begitu juga dengan subsidi gula, minyak, beras...

kadang2 menyirap rasanya bila tgk all the sporean cars lining up to buy petrol and then pusing balik masuk negara sendiri..sekatan tangki penuh yang "cuba" dilaksanakan terhadap kereta warga asing tu hanya untuk satu pam minyak.. kalau dekat JB  ni, berlambak pam minyak dlm lingkungan 20km dlm perjalanan nak masuk KIK...berenti pam A, isi X liter...berenti pam B, isi X liter..berenti pam C, isi X liter..so on and so forth, and then by the time they cross the border, they have their car tanks filled up with the subsidised petrol meant for Msians only! hmm...

bila diberi bantuan pinjaman kewangan utk belajar, anak melayu lebih suka beli motor/ hp mahal2/ naik flight ke sana sini..sebab apa?kalau nak harapkan duit mak bapak, memang tak mampu, kan?

bila diberi bantuan pinjaman kewangan utk berniaga, ambil duit terus lari??!!!jadinya mereka yang lain, macam mana pulak nasib nak cuba meniaga...

pihak pembangkang pulak makin galak nak menyogok janji2 hampeh yang saya rasa sungguhlah tak masuk di akal..

harga minyak dah tentu2 naik kat pasaran antarabangsa, ko nak turunkan lagi harga minyak di pasaran..

korang taknak subsidi di kurangkan, tapi masih lagi nak berbelanja lebih..

kalau benar lah ikhlas nak membantu, siapkan tangga cukai yang lebih berpadanan buat mereka yang mempunyai kemampuan yang lebih..tapi kalau sebut macam tu, katanya tak adil koz I worked for my money..i deserve that!

mana keikhlasan kita sebagai rakyat Malaysia sebenarnya?

rakyat melayu sedarlah..jangan sampai kita ketinggalan dan menjadi seperti orang melayu di seberang tambak yang seolah2 menumpang di negeri sendiri...sampai terpaksa berkhemah di tepi pantai anak beranak kerana tak mampu hidup di negeri yang kononnya bersifat adil kepada semua rakyatnya..

duduk, fikir...

Wednesday, June 2, 2010

|| renung - renungkanlah... ||

Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan..

Usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman..

Mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha...

tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...
 
Lut pun diberi isteri durhaka, Firaun diberi isteri setia...

p/s: ini cuma sekadar renungan buat semua pasangan di luar sana, tidak diajukan buat mana2 insan...marilah kita sama-sama saling ingat- mengingatkan antara satu sama lain...

Qunut Nazilah



dipetik dr Suara Anak Johor
Kita hanya mampu berdoa, dan terus berdoa utk sahabat2 Palestin dan HAMAS... mg2 Allah menerima doa2 kita.. Hancurkan tentera2 Yahudi yang memerangi umat Islam Palestin dan pejuang2nya. . mg2 Allah menghancurkan mereka sehancur2nya dan menurunkan bantuanNya dari langit..ameen. .

Berikut pula adalah kupasan berkaitan dalil Doa Qunut (Nazilah),

Hadis daripada Ibnu Abbas RA:
Ertinya: Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya. (Diriwayatkan oleh Abu Daud & Imam Ahmad)

Rasulullah berbuat demikian kerana kabilah-kabilah tersebut mengaku memeluk islam dan meminta kpd Rasul SAW supaya menghantar kepada mereka guru-guru yang akan mengajar mereka. Rasulullah SAW lalu menghantar 70 orang guru tetapi mereka membunuhnya maka oleh kerana itulah Rasulullah SAW berqunut nazilah. Abu hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah apabila hendak berdoa untuk kehancuran seseorang atau untuk kebaikan seseorang, beliau akan berqunut selepas rukuk.

Daripada hadis di atas juga bacaan doa Qunut sebenarnya tidak dihadkan kepada ketika solat subuh sahaja, sebagaimana hadis yang berikut:

Ertinya: “Bahawasanya Nabi SAW tidak berqunut di dalam solat subuh melainkan apabila ia mendoakan kebaikan kpd satu kaum ataupun kehancuran satu kaum. (Diriwayatkan oleh Ibnu hibban, dan Ibnu Khuzaimah)

Imam asy-Syaukani pula mengatakan supaya jangan dikhususkan qunut itu di dalam satu solat sahaja tanpa dilakukan di dalam solat-solat (fardhu) yang lain.

“Adalah Rasulullah SAW tidak berqunut melainkan apabila beliau berdoa untukk kebaikan seseorangg atau mendoakan kehancuran seseorang. (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban daripada Abu Hurairah)


Tuesday, June 1, 2010

|| hubungan yang tak kesampaian... ||

saya bukanlah manusia yang terbaik untuk dicurahkan segala rahsia hati..

KENAPA?

bukan kerana saya tak boleh menyimpan rahsia, kerana ada masa saya bersikap terlalu direct dan tidak reti untuk berselindung dan memberikan kata-kata semangat kalau saya yakin yang anda tak perlukannya, and moreso if you're the guilty party!

semasa exam tuharih sebenarnya saya dihubungi oleh 2 orang sahabat..seorang sahabat dr kenalan lama sejak sekolah dan seorang lagi, seorang yang berpangkat adik namun kami akrab mebbe coz we share the same attitude whatnot...the chemistry between us is amazing..

kawan saya yang pertama memerlukan bantuan dan meminta saya memberikan no telefon kenalan dr bahagian syariah, jika ada...

saya gumam..

pertamanya, saya memang belum ada kawan lagi dr bidang itu...dan keduanya, kalau dah berhubung dengan peguam syarie, apa maksudnya itu ? **faham2 sajalah**

saya cuba untuk bukakan ruang untuk berbincang..mana tahu, ada masanya kita org perempuan ni lebih mengikut perasaan..dan adamasanya keputusan yang kita buat pada masa itu, bukanlah yang terbaik..there are times when you would need to hear yourself when you say your decision out loud, at times it may sound sane when you're angry, depressed or even disspointed..but you would see it differently when you're with someone you know..talking it through and then deciding...

janjinya selepas exam terakhir saya, kami akan berjumpa..siap saya inform Inche' S.O. yang saya mungkin lambat pulang dr exam..just to ctach up with that friend..tapi tak kesampaian, dia sibuk dan urusannya masih belum usai..adi perhubungan kami mengenai isu itu tergantung di situ..

resah hati saya tak dpt nak berkongsi pendapat **Excuse me, saya bukan keypoh-ci, tau?!**

...kerana beliau bukan sahaja seorang isteri, namun juga seorang ibu kepada 2 org anak yang comel dan menantu buat seorang ibu mertua yang disanjuginya..

yang, kalau ko ada membaca blog aku nih..nasihat aku..relaks lah dulu..rehatkan fikiran..kalau perlu, selisihkan jarak berpadanan..mana tahu, dalam ketiadaan rasa intim itu akan ada perasaan yang lebih kuat menyatukan kalian semula..but, if you're waaaaay past that, go to the syariah court and make a report..adamasanya, mereka akan berikan khidmat bantuan kaunseling before anything..and if everything fails, they'll provide u with whatever assistance that you'll probably need...aku sebenarnya tak berapa gemar tang ni, tapi kalau bukan jodohNya, siapa kita nak mempersoalkan everything, kan?

cuma harapan aku agar ko tabah...itu sahaja..

ko perlu tabah utk diri ko..

ko perlu tabah untuk anak2ko..

cerita No.2 perlu berkisar mengenai hubungan yag juga tak kesampaian...

berkawan...konon2nya "bercinta"..dan akhirnya bertunang...

si lelaki konon2nya sungguh menyayangi sahabat saya, dan benar2 mahukan sahabat saya ini menjadi suri hatinya..setelah hanya berbulan berhubungan, berkasih2an **mereka sebenarnya dah lama kenal, cuma tak rapat**, sahabat saya membuka mulut memberitahu saya & Inche' S.O. dijemput ke majlis pertunangan mereka...

saya senyum pun tidak, masam pun tidak..

saya kenal mereka berdua..the fact still stands that both of them are great friends, but mebbe not great as life partners...

they're totally opposite of each other..Inche' S.O. was telling me that mebbe it's right what they say, opposites attract! but I had a feeling deep down there, something was wrong but I just wished both of them the best of luck and our do'a goes out to them...as usual!

tapi saya nampak hint2 yang tak berapa saya berkenan mengenai si lelaki..

don't get me wrong..siapa saya nak judge orang..tapi selalunya saya mendapat subtle hints yang mengatakan that they were not meant for each other...

waktu mereka mula "bercinta" dan saat mereka berdua menziarahi saya &  Haddy Irfan waktu baru2 balik spital..sahabat saya membuka mulut yang beliau dah pun mendaftar dan bakal memulakan kursus syariah secara PJJ di UIA. si lelaki terus bertanya, "apsal you tak kasitau I?"

secara direct saya sound "aiks, bukannya orang tu gi rompak bank..dia nak sambung belajar..she wants to upgrade herself and the fact tat she pays it with her own money, shows that she's independent. and that annoys you how?"

si lelaki cuma menjawab yang dia mengharapkan sahabat saya membawa perkara seumpama itu kepada dia dan berbincang...saya pelik?! pada masa itu mereka masih belum ada apa2 ikatan dan saya merasakan tuntutan si lelaki agak tidak munasabah...

banyaklah sebenarnya yang kedua2nya ceritakan kepada saya..kenapa?koz I know them both well..si lelaki akan meminta pendapat, manakala sahabat saya pula akan mengadu nasib...

dan sekarangnya, saya terdiam...kalau boleh saya tak mahu masuk campur lagi kerana urusan hubungan antara saya dan Inche' S.O. sendiri bukanlah perfect! cuma keputusan yang diambil oleh si lelaki membuatkan saya bertambah pelik dan hairan kerana sepatutnya di usia sebegitu, dia seharusnya menjadi the bigger man...but I guess, he's not!

saya akan ke KL akhir bulan ini dan harapan saya kehadiran saya dpt menenangkan hati sahabat saya itu..saya tidak mahu kepoh...saya cuma mahu dia kembali ceria dan gembira seperti dulu..

dan pada kawan2 yang lain, PLS...kalau tidak tahu pokok pangkal cerita tolong jangan main heeeemmmbussss je nak menongkat dagu dan bercerita palsu, menokok tambah cerita hanya sekadar untuk menyedapkan gosip korang...ingat, cerita kalau dah sebegitu bukan cerita lagi, itu namanya dosa..dosa fitnah!