Pages

Thursday, November 10, 2011

Entri menjentik jiwa + akal dr laman SaifulIslam.com mengenai SEKSUALITI MERDEKA

Saya terpanggil utk membaca entri dr Ustaz Saiful dan pendangan beliau mengenai isu Seksualiti Merdeka yang sibuk diperbincangkan seantero alam sekarang ni..Saya copy paste di sini untuk tazkirah diri dan para sahabat - untuk bacaan dan sedikit "jentikan" untuk minda kita masing-masing...Read it with an open mind, please..Ini bukan artikel dari sebarangan orang, beliau punya pengalaman + ilmu yang seiring dengan peranan beliau sebagai pendakwah + pakar motivasi remaja..Memang secara peribadi, saya seorang silent reader di blog  beliau - byk belajar dr situ kerana pendekatan beliau yang tidak tipikal pada seorang pendakwah yang acapkali begitu sinonim dengan ceramah yang punya intonasi membentak + marah2 + suka mengecam dan menakut2kan hadirin dgr pembalasan Tuhan...( contoh yg paling saya ingat sampai sekarang -->kenapa perlu pakai tudung?itu tuntutan ALLAH SWT.Siapa tak pakai tudung, berdosa. Banyak dosa, masuk neraka. Neraka tu PANAS! **ceramah diberi oleh seorang ustazah berhijab + jilbab yang punya a very condecending tone, sambil intonasinya merendah2kan dan seolah-olah mengecam kami semua yang "togel" ni. Saya sungguh tidak terpana dan tidak tertarik utk bertudung selepas menghadiri sesi beliau!**

anyway, enough about me..let's read the article, shall we?

**as I mentioned, this article is not mine - credit to: SAIFULISLAM.COM

Seksualiti Merdeka: Antara Kesongsangan Seksualiti dan Kesongsangan Kefahaman

Seperkara yang menghodohkan proses memperbaiki masyarakat berkaitan isu Seksualiti Merdeka ini adalah ketidak telitian semua pihak dalam berkata-kata.

Paling mendukacitakan, ketidak telitian itu paling banyak berlaku kepada para penentang. Setiap ketidak telitian, memberikan tambahan kekuatan kepada apa yang mereka sendiri tentang.

Bagi para agamawan, mereka seharusnya lebih teliti dalam menyatakan bangkangan. Hak-hak LGBT (meminjam istilah mereka) tidak boleh dinafikan dengan membuat perbandingan bersama tuntutan hak perogol untuk merogol, atau hak paedophile mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak di bawah umur. Titik besar yang membezakan antara semua itu ialah, soal persetujuan bersama pelaku seks tersebut. Dalam kes rogol, seks berlaku tanpa persetujuan. Dalam kes seks kanak-kanak di bawah umur, mereka belum ‘mempunyai hak’ untuk memberikan persetujuan. Konsensus adalah subjek yang besar di dalam topik hak-hak asasi kemanusiaan.

Percayakah agamawan, bahawa golongan yang memperjuangkan Seksualiti Merdeka ini juga adalah golongan yang sangat gigih menentang jenayah rogol, penderaan seksual di rumah dan penderaan seksual terhadap kanak-kanak? Malah isu suami merogol isteri juga pernah ditimbulkan!

Ini jelas menunjukkan bahawa, di peringkat dasar, Seksualiti Merdeka ialah cabang kepada perjuangan hak asasi manusia, bukan cabang kepada Festival Seks Bebas atau Kelab Tarian Bogel.

Ketidak cermatan agamawan dalam meletakkan ulasan, menyebabkan seluruh hujah mereka tidak dipandang biar pun dengan sebelah mata, kerana konotasinya hanya satu, iaitu MEREKA SENDIRI TIDAK FAHAM APA YANG MEREKA PERKATAKAN!

MEMPOLITIKKAN SEGALANYA

Hal ini diburukkan lagi oleh kecenderungan biasa masyarakat mempolitikkan segalanya.
Semuanya mahu dilihat daripada sudut political mileage.
Saya tidak faham mengapa Dato’ Ambiga Sreenevasan yang menjadi sasaran utama serangan media, terutamanya TV3 yang tiba-tiba mahu menjadi juara moral, sedangkan tokoh utama di sebalik Seksualiti Merdeka adalah Datuk Paduka Marina Mahathir. Beliaulah yang sepatutnya diambil keterangan oleh pihak polis, ditemuramah oleh media dan didapatkan pendapatnya berkenaan dengan tuntutan Seksualiti Merdeka agar isu sebenarnya dapat difahami.
Ambiga adalah Ambiga.
Marina Mahathir, bapanya sendiri dilabel oleh dunia sebagai homophobic kerana memberi amaran keras kepada semua diplomat asing agar jangan cuba membawa pasangan sejantina ke Malaysia, pasca pendakwaan kes DSAI lewat 1998.

PERSPEKTIF UNTUK PERTIMBANGAN PENENTANG

“Bakar sahaja!”
“Campak dari tebing gunung!”
“Terajang sahaja!”
Itu antara kata-kata yang diluahkan oleh mereka yang menentang LGBT. Kata-kata yang sama juga dihamburkan kepada penagih dadah, pesakit AIDS dan semua kelompok ‘sampah masyarakat’.
Memang mudah berkata-kata, sebelum kata-kata itu menjadi ludah ke langit yang jatuh menimpa muka sendiri.
Kita masih melihat kelompok ini sebagai anak orang, orang lain, tiada kena mengena dengan kita.
Tetapi kita terlupa, kesongsangan seksual bukan lagi ‘gajah di dalam bilik’. Ia tidak lagi boleh dilayan sebagai ‘There’s and elephant in the room’ yakni menafikan kewujudan kes ini dalam kehidupan kita sendiri. Kes kesongsangsan seksual sudah sangat melata. Saya yang tiada kena mengena dengan gerakan Seksualiti Merdeka pun, tidak putus-putus dihubungi anak muda yang meminta bantuan, biar pun saya sendiri tidak tahu bagaimana hendak membantu.
Kita sedap menghentam sebab ia belum membabitkan anak kita, suami kita, isteri kita, keluarga kita.

SALAH SIAPA

Artikel CINTA SONGSANG SEMAKIN SONGSANG terus hidup biar pun sudah bertahun ditulis.
Kesongsangan itu penyakit yang tidak boleh dirawat dengan ‘fatwa’, ‘hukum fiqh’ apatah lagi cemuhan.
Kesongsangan itu juga bukan sengaja mencari penyakit.

Salah kita juga, membiarkan anak kita mengalami gangguan seksual semasa di usia sekolah rendah.

Salah kita juga, memandang remeh kejadian raba, buli dan liwat di asrama-asrama sekolah terkemuka, tidak terkemuka, agama dan bukan agama.

Salah kita juga, membiarkan anak lelaki dibesarkan oleh sepasang suami isteri yang isterinya lebih dominan berbanding suami yang sepatutnya lebih berperanan.

Salah kita juga, membiarkan ramai kaum ibu yang didera oleh suaminya di hadapan anak-anak perempuan hingga anak perempuan itu rosak naluri dan pandangannya terhadap lelaki.

Salah kita juga, kerana terlalu inginkan anak perempuan, anak lelaki dipakaikan dengan pakaian perempuan untuk ‘nafsu kita’ yang menginginkan selain yang Tuhan beri.

Salah kita juga, membiarkan anak lelaki yang lembut tidak dibantu mengeraskannya, anak perempuan yang keras tidak dibantu melembutkannya.

Salah kita juga, membiarkan internet berleluasa tanpa sekatan hingga semua kecenderungan seksual mendapat suntikan tenaga, visual, falsafah dan berakhir menjadi sebuah gerakan.

Salah kita juga, mengundi kerajaan yang tidak bersungguh pun dalam menekuni solusi kepada kebejatan kemanusiaan ini.

Salah kita juga, agamawan hanya mampu menghukum, tetapi tidak mampu menawarkan solusi.

SOALAN PRAKTIKAL

Jawab soalan saya, “bagaimanakah seorang gay boleh diluruskan kembali?”
Jawab soalan saya, “bagaimanakah seorang lesbian boleh diharmonikan kembali kejiwaan dan nalurinya?”
Jawab soalan saya, “apakah solusi Islam kepada golongan Mak Nyah? Jika mereka mahu bertaubat, ke pintu manakah jalan taubat hendak dibuka?”
Segulung ijazah Syariah yang saya miliki, tidak membekalkan jawapan yang jelas untuk menawarkan ISLAM sebagai SOLUSI.
Saya mahu bercakap dengan bahasa dosa dan pahala kepada manusia yang tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala dalam sistem kawalan dirinya. Seperti bercakap tentang taharah (kesucian) kepada manusia yang hanya memahami nazafah (kebersihan). Ia bersangkutan dengan cabaran bercakap tentang agama kepada manusia yang set pemikirannya berbeza daripada set agama.
Ia sangat materialistik.
Mazhab yang sama pada menjadikan pelbagai subjek lain, terpisah daripada Tuhan dan ketuhanan.
Saya sebagai seorang ustaz, mempunyai tuntutan yang besar untuk menelusi missing link tersebut.
Belief system, world view dan value system, adalah fondisi masalah ini, sebagaimana saranan Sayyid Qutb dalam membaca asas tindak tanduk manusia.

KESONGSANGAN SEKSUAL TETAP TIDAK NORMAL

Biar pun banyak kebuntuan pada mencari solusi, ia tidak akan sama sekali menjadikan saya berputus asa, lalu mahu tunduk kepada menganggap seksualiti LGBT sebagai ‘normal’, ‘perlu diterima’ malah diberikan hak untuk praktis.
Ia tetap sebuah penyakit.
Penyakit yang membunuh kemanusiaan.
Biar seluruh alam menjadi gay atau lesbian, penyelesaiannya tetap kepada menyatukan kembali lelaki dan perempuan dalam ikatan perkahwinan untuk melahirkan zuriat yang berhak memiliki ibu dan bapa yang sempurna.
Justeru agamawan perlu menginsafi kejadian ini.
Mungkin ini ‘hukuman kecil daripada Allah’ untuk agamawan yang kebelakangan ini sangat pantas melabel satu sama lain dengan Wahabi tidak Wahabi, bertauliah tidak bertauliah, hingga akhirnya, Lady Gaga dianggap lebih berhikmah dalam ‘berdakwah’ berbanding ustaz dan ustazah.
Sekali lagi, simpati saya kepada golongan LGBT yang berusaha untuk ‘kembali’.
Bantahan saya kepada golongan LGBT yang berusaha untuk menutup signifikasi usaha ‘kembali’.
Saya percaya, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak bersama dengan kelompok yang membakar sepanduk, sama ada bersongkok tinggi atau berserban. Baginda mahu kita lebih mendasar pada memahami apa yang sedang berlaku. Baginda hanya memalingkan muka daripada pembenci kebenaran.
Pembenci kebenaran boleh berada di kedua-dua tebing.
Antara penyokong LGBT.
Dan penentang Seksualiti Merdeka.
Amanahlah kita, berdiri di hadapan-Nya.
Kesongsangan seksualiti tidak boleh disembuhkan oleh kesongsangan pemikiran.


p/s: moga selepas membaca artikel ini, kita lebih terbuka utk melihat isu dan mencari solusi , dr hanya melihat + diam @ melihat, menerjah melalui pemikiran kita yang jumud + "menghentam"..

Wednesday, November 9, 2011

false alarm?

i have a new resolution....I shall sleep early on weekdays!:)

but yesterday, my sweet slumber was abruptly interfered by the alarm installed in the condo's building.

At first I thought it was only in my dream but as the sound was so vivid, I force myself to wake up and check on it.

The alarm was blazing for a good 20-25 minutes and I literally thought that I would've gone deaf if it wasn't switched off soon. Then it hit me, what IF the alarm was genuine? I looked through the peephole but I saw no movement -not from my next door neighbour, nor from the neighbours from the units opposite our units. (There's only 4 units to a wing and 1 floor has 2 wings). No guards were screaming like a banshee asking us to go down, shouting fire etc.I used the security phone equipped in every condo unit to call up the security guards - but no one picked up the call ***No, it's not faulty. How I know of this? There was a time when the security asked Inche' SO to move our car from a so-called "someone else's" parking lot when it was THE parking lot allocated for our unit - we have yet to register the car at that time- so yeah, the phone was in a good condition***

So I decided to stay put and not waking up the boys from their sleep...

but then I was the one who couldn't sleep a wink ...

I was **surprise surprise** second guessing myself:(

Did I do the right thing?

Was it OK to just let the alarm be?

Shouldn't I just bundled everyone down, just in case?

Am I not being a good mother?

I called up Inche' SO and told him about it and yeah, he was cool about it but he did raised some concerns about the alarm...

hmm :(

tidak boleh tidak, I shall call up the Management office today to inquire about the alarm.

p/s: I feel bad now....Am I really a BAD mother?:(

Tuesday, November 8, 2011

lepas satu, satu...:P

Selamat Hari Raya Aidl Adha

tak produktif mana pun saya & anak3..

mana taknya terdampar bak dugong di tepi pantai dek kerana demam, batuk + selsema..dan oleh sebab itu,kami anak-beranak melepak-lepak sambil menonton DVD dan sempat khatam Transformers 1-3, Shrek1 - Shrek Happy Ever After ..:)

usai demam hari Isninnya pula saya dilanda cir-bir yang keterlampauan...mana ntahnya saya dapat bug tu?:(

Nasib pula anak3 agak memahami keadaan saya, kurang karenah sowang2..kalau tak, huisy, make my blood go upstairs doplohpat jam...:P

namun utk tak menghampakan anak3, hari Ahad + Isnin pagi tu saya layankan anak2 bersarapan di Pelita dekat Seri Hartamas. Janjinya nak menemankan ke playground di Taman Dato Keramat  but dengan paginya hujan dsb, saya pun terpaksa memberi alternatif lain buat hero- hero tersayang..

alhamdulillah, masing2 pandai duduk diam...makan sampai habis then only meneroka satu kedai mamak..tapi selalunya by the time mereka selesai makan, saya dah siap dulu..Jadinya, amek bil siap2, byr and bundle up everyone straight to the car:)..he he he he...

anyway, itulah update sepanjang hujung minggu lepas ni..takde yg menarik pun..:(

minggu depan?

jeng jeng jeng..kami nak ke Ipoh, wedding Dr Murni..most probably akan berjumpa dengan ramai ex-KSMU di sana..baju belum belik lagi....:P

Friday, November 4, 2011

I found this somewhere ...and funny, how such illustrations can reflects our feelings in real life..

entri ini sebuah entri general - nanti ada orang pulak yang saya kata yang entri ini utk Inche' SO...tidak ye..nehi nehi nehi, beta..

I just like how this folding of papers can reflect our feelings spot on..so, again..saya & Inche' SO tengah bahagia di La-la land, jangan ada sangsi wokeeyeyyyy....


Thursday, November 3, 2011

Syasha - Shafinaz Hasny turns 32 y'ollsss..:)

Today is my sister's 32nd birthday - Syasha Hasny. A year older and a year wiser!

Although we are not as close as how we wished we should be, but know that you mean the world to me.. Have a blessed birthday and know that I love you so much! **so does Aisy, Adyff & Cik Pan montel**

....and Cik Pan wanna sing u a song and it goes like this....

He-pi be-bay yu-yu, He-pi be-bay yu-yu, He-pi be-bay yu-yu Ma-Lon, He-pi be-bay yu-yu
**yay, clap clap clap**


Gambar Raya yang diambil semasa puasa :P
My pink-themed family...Love them to bits..............


p/s: jgn disebut..ye, saya mok-mok..!!

Wednesday, November 2, 2011

Kak Nam's update

She has finally arrived safely in Moscow and reporting that she is okay!:D **yeay!**

and guess what , her class will only begin in the next 2 weeks...wow!

I know you are reading this, Dik...apa lagi ?

Soak in the culture, get to know your seniors..and yes, bombard me with your pictures!!!!!

Halloween Fever in the office:)

tak lah menyambut pun perayaan ni, cuma sekadar memeriahkan keadaan ..jangan tak tahu, saya dah kena warning dengan Inche' SO tau?:P

anyway, kat bawah ni adalah gambar2 kat opis sepanjang hari Jumaat yang lepas..:)

**baru sedar yang sy belum penah tunjuk gambar opis baru lagi kat sini ek?:**

FXP Team - team paling happening :)


wakil FXM :D


A fairy , the phantom of the opera and a witch ..all under 1 roof...ha ha ha ha
 
Mau terkejut cust kalau nampak Freddy Kueger picking up the call:P

Among the participants involved for this year's Halloween event..

FXS Adelyn + FXS Jeffrey  - my Mickey and Minney Mouse of the day ...



Cik Puan Hawa yang dress to kill, complete with her red stillettos!

FXS Guna with his best expressions of being killed... ha ha ha ha.

Princess Fiona of the day  - modal? Hairband Shrek yang dibeli di McD seberang tambak :P


FXP Team ..kewl!