Pages

Wednesday, January 25, 2012

JGY36*Taekwondo*Lawan Pedang*Ombak Rindu

Alhamdulillah...setakat ni nampaknya JGY 36 sudah OK, tak meragam dan hendaknya begitulah sehingga 3 tahun akan dtg **biar setel beli rumah etc**

setelah melenjan **dan mencari alasan utk drive kereta tiap2 hari semenjak hari Sabtu lepas** nampaknya pemanduan lancar ..

oh ye, saya sudah mula bekerja semula..office day, as usual..cumanya baru saya perasan bahawa anak3 cuti sampailah Ahad akan dtg ..Nasib PASTI bukak, dptlah saya mohon bantuan ummu2 di sana tgk2kan anak3..alhamdulillah, rezeki anak3...

On another note, Harryth berminat nak belajar Taekwondo - hmm, masih terfikir sama ada nak enrolkan si montel ni ataupun tidak...Saya takut dia kepenatan  nanti. Kalau katanya dia jadi join, kelas akan berlangsung setiap Sabtu dr 2.45pm - 4.14pm dan kemudiannya esok pagi golf lessons..am I or HIM, to be exact, a bit tad ambitious?**hmmmm..thinking**

Si Haddyff pulak sudah "terjauth chenta" dgn fencing...sudah! Mana pulak saya nak carikan kelas utk si kudut ni - tp mungkin ada baiknya he starts off early..Haddyff ni ada masanya kurang confident dengan diri sendiri, so maybe it's a good thing for him to join fencing..cumanya saya masih belum dpt tempat latihan yang bersesuaian dengan masa **read:during weekends** Sewaktu mencari online - ada terserempak dengan website ni S W A S H B UC K L E R S.F E N C I N G.C L U B cuma sayang, mereka tiada kelas di waktu hujung minggu..Nampak impresif, kita tgklah sama ada mereka akan respon pd email saya @ sebaliknya..

In the meantime - tak, saya dah tak depressed lagi dah - cuma mungkin sendu sket..

Oh ye, ckp pasal sendu - semua orang proclaimed bila tgk citer OMBAK RINDU confm nangis..saya? Ha ha ha ha - mungkin hati saya ni hati batu kot - cuma yes,M Y Z A kata pat Izah kena sergah-garang-nak-mampos dgn Haron anak Pak Aziz tu mungkin agak sendu sket ** mana taknya, dahlah tgh tak sihat, kena hina lagi..huhuhuhu** Yang pasti, saya tak ingat sama ada saya pernah baca @ tak novel OMBAK RINDU ni dulu..:P

Tuesday, January 24, 2012

Depressed mode:ON

2-3 menjak ni mmg depressed sket-lg2 bila JGY36 masih mendatangkan masalah lepas 48 jam dibaiki..betullah kata org,kereta skang ni lbh kpd satu keperluan dah-bukan lg satu tanda kemewahan!:(

Nak dijadikan cerita,hari khamis lepas. kereta bikin hal lagi- temperature tetap naik walau reservoir tank + water hose dah diganti-sy terus mondom,mmg masa tu sy merengek mcm budak kecik, mengadu domba pada Inche' SO- sampai ada satu tahap tu sy mmg menangis sbb sudahlah hujan lebat,xde teksi,kereta pulak masih rosak -saya jadi jam sebab walau taska anak terletak berhadapan dgn kondo (oh, saya terpaksa amek EL haritu-naik turun uruskan Harryth guna teksi) sy betul2 rasa "terpukul" dgn situasi begitu..nasib Inche' SO penyabar-dia tenangkan saya walau ada satu ketika saya agak meninggi suara kpdnya..:(

Saya mmg tertekan dgn kereta ni-nak dijual sayang...:(

Akhirnya Inche' SO beri keputusan ini akan jadi "pembaikan besar" yg terakhir-dan inshaAllah,kira semuanya OK we'll keep the car; kalau tidak-nampaknya bukanlah jodoh kami dgn JGY36 lagi..

Hari Sabtu lepas dah ambil semula dr bengkel-alhamdulillah setakat ni nampak OK-semoga kekallah hendaknya..apek kedai kata barang yg ditukar semuanya baru keluar kotak-so it should last me about 3 years...

Hari tu jugak dah dilenjan ke sana ke mari-nak tgk samada dah benar2 elok atau x-sempat ke Serdang; m'kidnap Umi Yan sekejap-berikan dia + Baba Safa sup tulang merah dan sesi "luahan rasa" sekejap di Maulana..

Oklah sekarang ni dah lega sket...

Tuesday, January 17, 2012

sedih pun ada...

sedih benar ..
bukan apa JGY 36 bikin pe'el lagi..kali ni nasib baik Inche' SO ada..
plannya nak ke kedai berdekatan Stadium Shah Alam - kedai ada jual kacang phool **kenapa nak ke sana?panjang ceritanya..kita citer satu2 kat?** - sudahlah kedainya dah ditutup **dah dlm proses lelongan**, kereta pulak bikin pasal..:(

me: yang, you switched off the air-cond?
ISO: nope..I thought you switched it off
me: **biar betul dia ni..aku dah berpeluh2 ketiak ni**
me: **tergerak nak tanya** baby, cek temperature..panas banget deyh!
ISO: ha'ah, temp shoot naik tinggi gile!!!!**tapi masih drive secara cool**

masa ni nak  nangis pun ada  - koz tahu, kereta ni sekali terduduk, ongkosnya banyak..hu hu hu..
berenti lah skejap kat satu kedai ni - nasiblah bukak hari ahad ..kalau tak , mau kami anak beranak balik naik bas...:P

apek bukak depan - belek sana, belek sini -CONFIRM MAKAN RIBAN!!!
**masa ni memang dah syahdu**

Inche' SO terpaksa tangguhkan perjalanan balik ke negara asal sebab kena paksa setelkan kereta sebelum balik..plus on top of that , saya merengek...SAYA NAK TUKAR KERETA!!!!!

p/s: kereta ni memang ada nilai sentimental - saya insan pertama drive kereta ni sejak beli dan tarikh keluar kereta adalah bersamaan dengan HADDY IRFAN genap 2 bulan + hari persandingan Noii ...sedih hati nak suh tukar, tapi kalau dlm 8 bulan dah makan RM15K, apa cer dowh!!!!

Sunday, January 8, 2012

Pre-loved items...

***delayed entry

I am thinking of upgrading the boys' beds into a bunk bed with a pullout bed (3-tier) as a)they are bored with their beds b) Haddy-Irfan no longer wants to sleep in his own toddler bed and c) their bedroom has "shrunked" with the addition of Harryth's study table etc..

So yeah-original price was RM 1400/each but am letting go at RM2000 for both beds and bonus of 1 toddler IKEA bed worth SGD70 for free...parts are all intact, conditions are all at 90% like new-preferably cash + carry..

tell ur neighbour,your friends and lemme know k?

Friday, January 6, 2012

3 days of school already????:D

semasa first day tuharih, saya tidaklah dilanda kesedihan sangat dah - mungkin secara perlahan-lahan dah boleh terima hakikat yang anak saya takkan kekal kecik selama2nya kan...:D

sebab masih belum tahu macam mana trafik pada waktu pagi **sebelum ni gi kerja jam 0745 - jadinya sekolah dah mula; skang kena gerak extra early kan** jadinya saya bereksperimentasi dengan masa.

Hari Rabu (1st day) saya gerak dr rumah jam 0710 - ingatkan sempat lah nak hantar Haddyff + Haddy Irfan ke PASTI dulu sebelum  shoot ke SKSH..manakan tahu si Cik Pan boleh bikin "drama" pulak..dah habis masa kat situ nak memujuk kan? sampai ke sekolah dah lewat 10 minit :(

Semalam - Khamis (2nd day) gerak dr rumah jam 0700 - layankan "drama" Cik Pan sekejap; shoot to SKSH..darn it..sampai ngam2!

Kemudian waktu lunch break saya bergegas ke SKSH- nak ambil Harryth dan hantar dia ke PASTI. Nanti dr PASTI, akan ada bas sekolah yang akan ambil + hantar dia ke SRA Masjid Wilayah. Masa 1st day sekolah tuharih, cikgu Pri 01 kata anak2 darjah satu akan balik awal sedikit dr waktu biasa - jadinya instead of 1:15pm; they'll be given the chance to go back at 12:40. jadi saya ni berkejar lah ke SKSH jam 12:30 in order to make it there in time to pick him up. manalah tahu tiba2 cikgu kata anak2 balik jam 1:!5..tak ke naya namanya tu?:( dah duduk tunggu situ lama2, terpaksa kasitau member kat opis yang saya mmg akan lambat..nak dijadikan cerita pulak- hari itu jugalah Harryth nak ajak main sembunyi2 kat sekolah...urrgh, panas je hati Mommy ni..

rupa2nya dlm 5 minit sebelum abes waktu belajar - Harryth minta izin ke tandas. dlm sibuk2 dia di tandas tu, locing sekolah bunyi menandakan habis waktu sekolah. kemudian dia lenggang-lenggang kangkung pergi jalan ke kelas, amek bag sekolah dan mengikut jalan + tangga yang lain dr tempat menunggu..tunggu punya tunggu, punya tunggu ....saya dah makin cuak..mana pulak lah anak yang sowang nih:( mmg nampak sangat saya dah panik..

check kat kantin...takder!

check kat tandas..takder!

check kat assembly area..takder!

dlm hati nak menangis dah..sekali .....

"Mommy!"

anak bertuah ...rupanya dia sembunyi belakang tangga and konon2 nak buat surprise..hu hu hu hu...nak, nak..pls okay..enough shock to the system!:P tapi saya lega sikit dpt tgk muka dia..

Hari ni seawal 0650 saya dah gegar anak3 turun; matahari pun belulm nampak lagi. Haddyff " Mommy, kita nak pergi sekolah malam-malam ke?" **mode: gugur jantung! kesian anak3..awal2 nak kena gerak**

Alhamdulillah sampai with about 5-7 minutes to spare and because today is already the 3rd day of school - the traffic flow is relatively calmer. Tak ramai dah mak bapak yang berebut nak park depan pagar sekolah - I guess the kiasu parents are not that kiasu anyway:P

cerita ini harih pulak?
saya berpusing mencari dia - rupanya tengah ramai2 memeriahkan vending machine - and i was shocked when I heard him say " I bought a drink for my friend just now, Mommy"..**mode: pengsan** alahai anak ku yang baik hati, buat baik berpada-pada nak..saya bukan kedekut okay? cuma saya tak mahu ini menjadi kebiasaan buat kawan2 Harryth utk meminta2 bilamasa mereka tahu anak saya berduit..

berapa duit belanja Harryth?

saya beri dia rm5 - sebab saya tahu dia kuat makan ..tapi setakat 3 hari ni saya telah berjaya merajinkan diri utk bgn seawal yang mungkin utk buatkan dia sarapan + bekal utk masa rehat ..cuma saya berikan dia peluang utk guna duit belanja tu utk beli air tin lah..so RM 5.00 - RM 1.50 = RM 3.50..and jangan tak tahu, Harryth dah mula menabung!:)

apa2 pun saya seronok tgk Harryth dah mula accustomed to his new routine..moga2 bila adik2 ke sekolah pun, transisi @ peralihannya akan semudah ini...InshaAllah!:)

p/s: terfikir utk tukar suasana kerja - bukan kerana tak suka tapi kerana terpaksa..saya tak yakin harryth naik bas dr SKSH ke PASTI dan sudah 2 hari saya berkejar dr SS14 - SKSH - PASTI- SS14..so I might need to find a job that is nearer to Mont Kiara..takpelah nak, anything untukmu!

Thursday, January 5, 2012

SK Seri Hartamas Pri 1 Orientation Day

***delayed entry

Sebenarnya niat di hati nak post entri ni awal2, tp waktu kerja x mengizinkan.. Biasalah, semua cust nak closing acct etc sebelum akhir tahun & tempoh 2 minggu penghujung Dis lepas mmg agak kalut sket.. Mana taknya- mula2 cuti krismas; dah terlajak cuti ke hari isnin.. Kemudiannya cuti tahun baru, terlajak cuti lg ke hari isnin..

Nak dijadikan cerita- dr seawal bulan Sept lagi dah agak Harryth x dpt seat di SKBD...mana taknya, allocated seat was only for 100 students and when we went for Harryth registeration,he was already on the 167th no. Jadinya bila surat balas dr pihak MOE kata Harryth ditempatkan di SK Seri Hartamas- I was glad...DIA dah janjikan yang terbaik buat umat2nya..Apa2 pun, 29 Dis 2011 SKSH adakan hari orientasi buat anak3 pelajar pra-sekolah & pelajar Tahun 1..siapa yang terlebih teruja? Mommylah!

Macam tak percaya je ni lah budak kecik lahir 2.7 kg je - tak seberat mana pun..cuma yang saya sedih , pada masa tu saya masih belum ada a stronng BF support system jadinya Harryth dpt BF dr sumber asli selama hanya 2 minggu **sad** tapi syukur alhamdulillah, walaupun begitu Harryth tetap kekal sebagai anak yang paling rapat dengan saya..seingat saya Harryth tidak pernah kena tinggal lebih lama dr 3 hari, dan setakat ni walau mcm mana kena marah sekalipun dgn saya - dia tetap akan peluk cium saya sebelum tidur..cuma skang saya meletakkan sedikit sempadan bila dia masih mahu meleseh2 + bermanja dengan saya tapi saya katakan pada dia selembut yang mungkin bahawa dia sudah makin besar dan perlu ada batasan tahap kemanjaan bersama saya...

Annnyyywwwaaayyy..........pagi tu memang anak beranak bersemangat sangat bangun awal dan bersiap. Adik2 yang berdua tu pun eksaited jugak, only to know that they are not joining us!:P selepas selesai sesi drama "melalak-nak follow-Abam" dr Cik Pan, kami pun bersarapan dulu dan kemudiannya ke sekolah...

Sewaktu sarapan tu hati saya terdetik.."dah besar rupanya anak aku!" saya perhatikan dia tepat2, renung muka bulatnya lama-lama..timbul rasa pilu - terasa cepat sangat masa berlalu..Inche' SO selalu marah2 bilamasa saya terlalu melankolik & melayan perasaan lama-lama..:( kadang2 saya senyum sendiri bilamana melihat telatah Harryth ..Yes, I am proud of him!

Dia seronok betul bila saya bagitau yang dia akan ke "big boy school" siap canang dengan Tok Daddy, Tok Mommy + Mak Su **tak bagitau Mak Long sebab Mak Long workaholic tak balik Sg Besi tempohari** and yeah, he was super super excited when we finally arrived at the school - the school was not that big but very very comfy and welcoming. He never felt intimidated and was embracing everythg - new school, new teachers , new canteen and the fact that now he has to pay for everythg he buys at school!:)

Harryth seronok je..yang tak seronoknya, Mommy dia lah..

nak amek form....beratur!

nak bayar duit untuk kad 001 dan bahan rasmi lain .....beratur!

nak tunjuk bukti yang kami dah bayar utk dptkan list nak beli buku sekolah ........beratur!

nak beli buku sekolah....beratur!

nak amek buku teks...beratur!

diam tak diam, adalah dlm 2 jam membazir masa dok beratur..masa beratur tu dgr lah macam2 parents dok canang pasal anak masing2...yang ni dok sibuk puji anak dia gini, yang anak orang ni pulak gitu..me? I just kept quite..I know what my boy is capable of doing..and ada sowang parents ni - rasanya orang yang "agak" berada lah **macam mana tahu - ada driver- and came to school with Porsche Cayenne...memang cantik, ayu je - tapi mulut boleh tahan.."abang, abang - he is supposed to be in this class lah,this class no 1 - that class no.2"  depan other parents** mak aih, kiasu betul..anak barulah darjah 1 cik kak oii..ckp siang pandang2, ckp malam nak kena lempang ...anak-anak semua takde heran pun kelas mana, yang kita mak bapak ni nak sebuk apanya..

takperlah - saya cuba berfikiran positif sentiasa kerana saya yakin walau dicampak mana sekalipun anak3 saya - InshaAllah masing2 akan berjaya dlm cara masing-masing..

dan kerana Harryth telahpun berkelakuan baik sepanjang tempoh di sekolah pada hati tu, saya telah mengadakan lunch-date di TGIF bersama anak kesayangan seorang ni...dan dia sememangnya happy ..**tapi Mommy dlm senyum, dlm gelak - berbual jugak menerangkan how he should act at school and to remind him to behave well + be good + study smart**

My handsome boy while we're having breakfast

Mommy happy **yeay!**

The occasion for celebration..

On the way to TGIF ONE UTAMA - our lunch date!:)

nyum nyum nyum...

nampak sedap kan?MEMANG SEDAP!!!!


Our small dessert shot glasses ** parfait + mousse + Harryth**

Wednesday, January 4, 2012

New Year Celebration...where?

Niat mulanya nak ke Solaris Mont Kiara-bukan sambut pun cuma nak bawak anak3 tgk kemeriahan + nak tgk fireworks live..Tapi nak dijadikan cerita-dah minta izin + inform Inche' SO **dpt izin lagi tu**- anak3 boleh berdengkur terlelap kepenatan jam 10.30mlm..kansel plan,kansel semuanya:D Tak terkilan apa pun, just that I thought it would be great if the boys are able to be there..bolehkan terlupa yang dr condo saya, boleh saksikan juga fireworks "live"..jadinya saya buka gril condo,tolak lazy boy ke balkoni, siapkan hot cocoa sambil layankan Inche' SO di telefon..tepat jam 12 tengah malam..gambar2 inilah hasilnya..:)

It is official- I **heart** Mont Kiara!