Pages

Monday, May 31, 2010

|| home-schooling ||

pagi hari nih, setelah hampir 3 hari berseronok dan berhooray-hooray dgn Daddy, Mommy & Girl..saya kembali kepada routine lama..namun ada additional tasks sedikit..

saya berazam untuk home-school anak2 dlm tempoh 6 bulan yang mendatang..

tak , saya bukan berlagak pandai pun..dan saya yakin kalau betul saya nak home-school anak2 ikut sukatan matapelajaran baru nih, tak terkejar saya...:P
**Saya sendiri bukanlah anak murid yang bijak masa sekolah dulu, saya dyslexic..alhamdulillah, saya sedar kekurangan saya dan belajar mengatasi keadaan itu**

anyway, insha-Allah...kalau sekadar memperkenalkan ABC dan kiraan pada anak2, saya masih mampu...

oh yes, pada semua yang masih bertanya pada saya apa projek saya, ha ha ha..dream on! saya dah kata, saya akan war-warkannya once everything is set in place..I don't wanna jinx it **not that I am superstitous or anything**

so kengkawan yang masih sudi menghabiskan $$$ menghantar sms, bertanyakan secara direct @ indirect mengenai isu itu, maaf ye...saya tetap akan menjawab, NO!:P

p/s: ada sapa2 ada template design utk t-shirt tak?kalau boleh saya nak yang siap boleh adjust2 lagi..ini termasuk dlm projek rahsia saya...

Sunday, May 30, 2010

|| back from Senawang ||

yes, alhamdulillah..have managed to arrive at home accident-free, drama-free around 1.30pm just now but as I was too tired to cook had decided to stop-over at BBU to pack some food for lunch-cum-dinner coz I know there's no way that I am gonna have enough strength to cook, clean, do the laundry after travelling like that..

ha ha ha, cakap macam drive jauh je kan?

actually NO, it was just a drive from JB-Senawang-JB within 3-days span..but I am not your ardent driver lah..I like driving, I just don't enjoy driving when it involves:
 a) long distance and
b) lotsa stoooopid drivers on the roads and
c) lotsa cars, lorries and busses being driven a if they are in THAT kinda hurry for something..

but the boys had fun , I guess..

thanks Mommy for having me over at your beautiful house and I know that you've been dying to talk to someone about some issues...and I appreciate for the fact that you've opened up to me..

My sister was a tremendous help with the boys..and she's a great hit, obviously..makcik yang sungguh baik hati, and "konon" nak garang but cannot....ha ha ha..I love it when you try, dik!

Dad, tq for tolerating my boisterous boys..I know you like everything in order and sorry my boys were acting up, just like any other children their age..I hope we didn't ruin your weekend..

anyway, penat tu memang lah penat ..but now, the routine has to start all over again..and to all my friends mana yang kerja tu, mulakanlah minggu anda dengan senyuman..

as for me, I am just gonna enjoy my rest for the day and resume my duties, as usual, tomorrow..

Thursday, May 27, 2010

|| nothing much to update ||

sejak dah abes exam ni semua org asek tanya, apa aktiviti saya sekarang?

saya jawab simple, saya nak rehat je!

ha ha ha, tapi taklah gitu sebenarnya..saya ada projek yang harus diaksanakan secara peribadi bersama Inche' S.O..apa projeknya?adalah..

yang pastinya saya tengah berhempas pulas membuat 2 kertas kerja yang perlu di bentangkan pada pihak yang berkenaan dan kalau ikut saya, saya mahukan resultnya ASAP.. **ye, saya bukan lah penyabar orangnya!**

dahlah penggunaan bahasa melayu saya sekarang nih di tahap yang amat menyedihkan sehinggakan saya memerlukan bantuan translation dr kengkawan di FB ..ha ha ha,kelakarkan..and this is coming from someone whose mother is a bahasa teacher wokey? **mau kena ketok dgn Mommy tau!**

anyway, ada yang tanya "why the secret about my new project?" saya bukan tak mahu berkongsi rasa dengan kengkawan semua, tapi saya rasa ada baiknya kalau saya dah set up dan dah mulakan sedikit projek saya itu baru saya war-warkan pada sahabat..

jadinya, pada sesiapa yang dah sedia tahu..that's my secret for you to keep tau?!

pada yang tak tahu, actually..you guys are not missing out on much pun..believe me!

On another note, Insha-ALLAH saya akan bertolak ke Seremban pada hari Jumaat petang nanti..membawa anak2 habiskan masa bersama Tok Daddy & Tok Mommy dia before Tok Daddy flies off to Tawau..ha ha ha, tulah nasib jadi anak/cucu jeneral nih..anyway, am really looking fwd to spend some time with my family there and as usual, Inche' S.O. yang workaholic akan ditinggalkan keseorangan..!

Wednesday, May 26, 2010

|| present(s) for myself, but sponsored by Inche' S.O. ||



saya sebenarnya dah jarang memakai perfume, bukan apa..saya takde bau badan **saya amalkan makan limau nipis-->alah kalau mee goreng ke, mi hun goreng ke, diorg siap letak sekali kan?kunyah and telan je..alhamdulillah, mujarab!** plus saya selalunya hanya ke kelas, jadinya rasa mcm tak sesuai pulak nak bau2 menyesakkan hidung waktu belajar kan?

tapi Inche S.O. sudah sound, siap kata yang dia rasa perfume lama saya tu **HUGO BOSS for WOMAN** dah "selamat" bertahan selama 3 tahun dah..saya sendiri terkejut!ha ha ha ha..anyway, ingat kan plan lawatan sambil perabehkan duit Inche' S.O yang di tangguhkan pada hari sabtu tuharih, jadinya harinih dia suh jugak drive masuk Spore and beli..so, sebagai partner yang mendengar kata, saya akur.. **ha ha ha....ye ye, sila gelak keji bila dengar ayat itew!**

nak kuwar masuk Spore takde prob koz saya bergerak bukan di waktu puncak so it was a smooth drive all the way..sampai2 je nak kena tunggu kejap, banyak kete lah pulak nak park kat situ..almaklumlah kan, parking free! tapi alhamdulillah, tak lama tunggu..dlm 5 mins dah ada kete kuwar dan bermulalah episod pencarian saya..

saya lupa betapa seksanya membeli perfume nih..

bayangkan separuh floor building tu direserve untuk perfumes..!!!dari yang ada jenama, class sampailah yang cikai...mau tak pening saya di buatnya?!!mula-mula okay lagi..saya memang standard..saya akan cari perfumes that I am familiar with.Tommy Girl, Burberry, DKNY tpi saya dah berazam utk mencari bau2an yang baru..yang fresh, dan semacam witty gitu **I know smell can't be witty, but it potrays as such lah!**

saya cuba sedaya upaya utk mendapatkan bau2 itu secara individual, tapi pusing kiri ada org picit kiri..saya pusing kanan, orang picit kanan..last2 saya nekad, saya amek 2 botol minyak wangi pertama yang saya pegang..2 bottles of 50ml of perfumes each costs me SGD94/=.Perfume apa yang saya rembat?ianya sperti gambar di atas...Incanto Bliss by Selvatore Ferragamo dan juga Still by JLo...

baunya fresh and it comes with a warning by Inche' S.O... "sila pakai perfumes tu and jangan buat pekasam!Nanti orang ingat I takde duit nak belikan u all these tau?!!" ha ha ha..ye yang, I yang menurut perintah!

|| But when they attack the Prophet Mohammed, they call it freedom of speech? ||

When u attack Black people, they call it racism.


When u attack Jewish people, they call it anti-semetism.

When u attack women, they call it sexism.

When u attack homosexuality,they call it intolerance.

When u attack a Country, they call it treason.

When u attack a religious sect, they call it hate.

But when they attack the Prophet Mohammed, they call it freedom of speech?

-->credits to ALIA

Tuesday, May 25, 2010

|| birthday..shopping ||

yes, Baby Pan aka Irfanzilla has just turned 1 today **yeay!!**

didn't plan to have a celebration anyway, as Inche' S.O. yang maha workaholic kembali kepada rutin asalnya..and that I was planning to celebrate it in KL with my mom and sister **yes, anak punya besday the Mommy is actually excited!**

but as usual, the boys wanted the usual cake-candle-sing routine so had to buy I cheap cake untuk mencukupkan syarat, and boy, they were loving it!

Irfanzilla masih belom mempunyai kemahiran utk meniup lilin besday dia , jadinya abang-abangnya lah tumpang semangkuk, buat-buat macam besday kek sendiri..masing-masing bersembur air liur meniup sebatang lilin cinonet itu..nak gelak pun ada, tapi tak baik..anak sendiri! **gelak jugak lah..ha ha ha**

anyway, for the both of us we have a special ritual for our boys..

we go and take the boys to the studio for their 1st, 2nd and 3rd birthday pictures complete with the big cake etc...and yeah, for Aisy-->his next pic will only be on his 7th birthday and last but not least, his 16th birthday..ad afterwards sukati ko lah nak nak celebrate dengan awek ke, dgn fwens ke..you're big enough at that time to decide..:P

Inrfanzilla punya besday narih tapi Mommy dia yang gi shopping..

bukan apa, nanti bulan Julai saya akan menghadiri kursus selama 10 minggu..

takkanlah nak pakai baju yang sama 24/7...malulah saya..

so tadi pun menapaklah **taklah menapak, memandu sebenarnya** ke Kotaraya JB.. ni bukan apa, saya ada personal boutique yang saya kerap kunjungi and I like it because of its service and the design of the kurung are mostly up-to-date..price range-moderate je..

anyway, pasalnya saya dah plan nak beli baju mahal untuk dipakai raya nanti, saya berjanji saya takkan beli kat butik itu buat kali nih..saya sudah berkompromi dengan diri sendiri bahawa saya akan membeli baju kurung buat "basahan" sahaja, yang murah-murah **sila baca: "basahan" di sini bermaksud baju yang boleh dipakai hari-hari, bukan baju di bawak mandi wokey?** and voila, saya dpt 4 pasang baju-->2 baju kurung pahang solid colours, shocking pink & dark green dan juga 2 baju kurung johor-->one in pastel pink while the other in marine blue. kali ni memang sengaja tak beli kain yang bermotif/ bercorak koz saya perasan baju saya kebanyakannya berbunga atau bermotif geometri yang bertujuan menyembunyikan ke"chomel"an saya..ha ha ha ha...

and guess what's the damage like?

4 pasang baju hanyalah **jeng jeng jeng jeng** RM154.00 wokey..?? saya sungguh seronok..selepas ini saya berazam untuk membeli baju kurung pakai hari-hari hanya di sini...owh sila tahu, saya beli baju saya di SECOND CHANCE(sg) aka FIRST LADY(my)...

and then just nice, kat Kotaraya ada jualan kerongsang TERBESAR **kononnyalah!** dan saya berjaya "merembat" 10 ketul kerongsang chomel for only RM10/=..kemudian walaupun saya masih belum bertudung , namun saya kerap membeli selendang lilit atau tudung utk dipadankan dengan baju2 yang saya beli.Inche' S.O pun dah tak kuasa nak tanya koz dia tahu saya akan jawab with my overused phrase "Buat persediaan!"..saya tanpa segan silanya telah membeli 4 helai tudung untuk dipadankan dengan baju2 baru saya tadi and voila..saya mendapatkan 4 set baju lengkap selendang dan brooch dengan hanya harga RM185.00..I am a happy camper today koz saya rasa macam saya dpt banyak barang tapi cuma habiskan duit Inche' S.O. dengan begitu sedikit sekali.. **dlm masa yang sama, saya keciwa pun ada..rasa macam tak puas hati sebab dah terbiasa belanja banyak ...ha ha ha, sila tahu **

oh yes, esok misi memandu ke Mustafa Centre..he he he..ingat tak plan tertangguh dr hari Sabtu lepas..ha ha ha, sila tahu plan di jadualkan berjalan dr jam 10pg-3ptg esok..bukan apa, nak elak jam kat Causeway tu..:P

ada sapa2 nak ikut masuk Spore?

Monday, May 24, 2010

||Alhamdulillah...25 May 2010, Muhammad Haddy Irfan Zulfadhli genap setahun! ||

Saya sungguh bersyukur DIA telah meminjamkan "harta" yang satu ini sepanjang tempoh ini dan do'a saya setiap hari agar DIA terus memanangkan tempoh "pinjaman" anak ini buat kami sekeluarga selamanya.

terasa seperti macam baru semalam saya membawa dia pulang ke rumah, bermanja dan kerkepit dengan montel ini 24/7..jangan tak tahu, Baby Pan adalah ikhtiar terakhir saya untuk menyusukan dengan susu badan fully! berkat sokongan dan dorongan dr Inche S.O dan para sahabat, saya berjaya menyusukan si montok ini secara eksklusif selama 6 bulan! **dan lepas tu, saya pump juga dan campurkan ke dlm susu formula..**

dari mula terbaring, sampai boleh berguling, merangkak, turun naik tangga dan akhirnya sekarang dan boleh berjalan gagah..!saya cukup berbangga dengan kesemua anak2 saya..anak2 yang ada masanya memang cukup mencabar kesabaran namun dlm masa yang sama mampu menceriakan hati saya, teman bila saya kesedihan dan juga dlm mood swing yang tak menentu..hi hi hi:D

Muhammad Haddy Irfan Zulfadhli sekarang sudah "sombong" dengan baby foods..kalau dulu, tak makan bubur nasi, Heinz atau lambat suap, mesti ngaruk satu taman boleh dengar suara dia..tapi sekarang, dia dah rasa dia dah besar..nak makan apa yang Mommy, Abah dan abang-abang makan..

malam pun dah tak mintak susu sangat **pasal dah kenyang makan kot?** and on top of that suka sangat mandi, main air..pagi2 dia dah tahu routine, bgn seawal jam 6pm and then dia tunggu turn dia untuk mandi..dulu masa dia tak jalan lagi, saya mandikan je 3 beradik tu satu kali jalan , but now dah tak boleh..kena sowang-sowang..

once dia dah nampak abang2 yang smart pakai baju kindy, dia akan merengek kuat..nak kuwar dr cot.bila dah kuwar, dia akan jalan all the way to the toilet. Angkat baju , berangan nak bukak sendiri ..:P

kalau dlm kereta, tgk DVD macam faham je..and boleh diam tu tgk citer Ben10 ke, Power Rangers @ Transformers..cuba kalau takde, pasang radio je..mesti ngaruk jugak..hi hi hi..

anak yang cukup manja dengan saya dan Inche S.O....dan saya terasa yang dia tahu semua sayang kat dia, and that he's the last one in the family and that he'll get away with almost anything!

cukup lasak bila bermain dengan abang2..especially dengan Abang Aisy **saya tak risau sgt, koz bdn diorg almost same size!montok dua-dua!** yang saya risaukan bila dia bergurau kasar dengan AbangNgah dia, Abg Adyf yang kudut itu..

Irfan, doa Mommy semoga Irfan sihat walafiat, selamat dunia akhirat, panjang umur, jadi anak, cucu dan cicit yang dengar kata, pandai ambil hati dan sentiasa dekat pada famili.Semoga juga Irfan akan berjaya di dalam kehidupan **Inche' S.O. nak dia jadi footballer..okaylah, sowang mesti nak kena ikut jejak langkah dia ah** and semoga membesar menjadi seorang Islam yang sempurna..Insha-ALLAH!Mommy hanya akan mendoakan yang terbaik buat semua anak2 Mommy...I love you!

Happy Birthday, Haddy Irfan!