Pages

Tuesday, January 25, 2011

hari yang indah, kan...bila....

pagi-pagi lagi kita dah terima berita gembira...apa lagi kalau berita tu dtg dr seorang sahabat yang selama ni hidupnya penuh ranjau **memanglah semua orang akan menghadapi kepayahan, tapi pada aku dia unik...macam mana sekalipun dugaan yang dicampakkan ke arah dia, she's one helluva strong woman!**

beb,aku senang hati dengar ko dah jumpa Mr Right..dan semoga benarlah percaturan kali ni..aku tumpang happy..dan du'a aku as a friend, persiapkan diri untuk hadapi rintangan yang lebih besar selepas ini...cuma aku harap dengan kehadiran Mr Right ko itu dapat mempermudahkan dan menguatkan lagi semangat ko...

MODE: Happy:)

Monday, January 24, 2011

..kenapa?...

mimpi malam semalam buatkan aku diam satu hari ni..

sampaikan Inche' SO siap tanya adakah aku okay, koz dia tahu aku ni mana tahu nak diam kan?

kenapa ek sampai ke situ mimpi aku, sedangkan arwah dah lama meninggal..dan aku hanya dpt tahu arwah meninggal dr junior aku yang sebaya dgn dia **yang juga adalah ex-gf di sekolah dulu** from FB --Long Live FB!!

memang aku rasa terkilan sangat sebab lepas abes SPM, and amek result SPM aku terus menyepi kan diri..tak contact terus geng-geng dr sekolah Dato'...kenapa?let's just say that itu adalah kesilapan bodoh aku sendiri, tapi alhamdulillah..kawan-kawan masih sudi memafkan kejengkelan aku waktu tu...

tapi aku musykil, kenapa aku mimpikan dia?

of all the people, why that particular person?

satu hari ni jiwa aku tak tenang....................hmmmm **sigh**

Friday, January 21, 2011

Syurgaku PadaMU....

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini. “Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lagi. “Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah. “Pah… oo..Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya. “Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?” tanya Mak Pah. “Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai,” cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri. “Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.” “Betullah Pah oii… saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan.” “Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu.” Mak Pah merenung gusar wajah suaminya. “Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja.” Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya. “Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding,” cadang Pak Uwei. “Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak.” Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei. “Pah… Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni.” Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya. “Tapi bang… ” “Dahlah… pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu,” pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya. “Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm… abah nak Kis suruh Intan balik sama?” tanya Balkis. “Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya… ,” balas Pak Uwei. Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing. “Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi.” Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang. “Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram.” bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei. “Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?” “Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh abah.” Intan cuba membuat abahnya faham. “Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!” “Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang,” balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada abahnya. “Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi… aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!” Sejak kejadian itu Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja. Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu. “Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit,” Pak Uwei memulakan bicara. “Hajat apa pula abah?” tanya Muaz yang duduk di sebelahnya. “Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah,” Pak Uwei mengutarakan hasratnya. “Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Muaz. “Tapi… pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan.” “Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan,” jawab Muaz serba salah. “Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?” tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya. “Rumah baru tu besar sikit abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga,” sampuk Mira isteri Muaz. Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. “Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti,” Pak Uwei berpaling pada Balkis. “Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah… ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.” Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis. “Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapiyelah kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.” “Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,” sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakanoleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya. “Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi,” Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan. “Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi… dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?” Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu. “Anak awak tu tak balik ke?” tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya. “Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,” balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya. “Nak ke mana pulak tu?” tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap. “Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya.” Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak. Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar. “Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?” “Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.” “Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan,” suruh Mak Pah. “Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu.” Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri. Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari. “Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.” “Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya,” usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan. “Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak,” jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain. “Mak, abah… Intan ada hal sikit nak cakap ni… ,” ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca. “Apa hal… kamu nak kahwin ke?” soal pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu. “Abah ni… ke situ pulak… .” “Habis tu?” “Ini… kad Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.” Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei. “Apa??” Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya. “Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap abah sudi terima pemberian Intan,” tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia. “Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu… dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah,” luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya. “Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan.” “Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan… ,” ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat. “Hah… tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni,” Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran. “Mak ni… ,” gelak Intan memandang abahnya yang tersengih. MASA yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba. “Semua dah siap ke mak?” tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah. “Dah rasanya… ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?” “Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.” “Hah, awak dengar tu… kita ni nak pergi menunaikan ibadah bukan nak membeli-belah,” tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu. “Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,” pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu. HANYA dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh. “Kenapa resah aje ni bang?” Mak Pah terjaga. “Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.” “Sabarlah dah nak sampai dah ni,” pujuk Mak Pah. Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka. “Mak… abah… ,” Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju. “Mana yang lain ni, kamu berdua aje?” Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan. “Mereka menanti di rumah, abah,” beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei. “Intan pun tak datang juga ke?” tanya Pak Uwei terasa hampa. “Awak ni… kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.” Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena. “Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.” cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang memandu. “Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,” balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu. “Tapi abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?” “Err… tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus,” ajak Azman. “Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,” tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan. SEBAIK turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata. “Mak dengan abah sihat ke?” tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya. “Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?” Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan. “Naik dulu Ngahnya… ,” suruh Long Semah. “Intan mana?” Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar. “Az… mana Intan? Mana adik kau Az?” tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu. “Sabar abah… ,” Muaz menggosok belakang abahnya. “Kenapa Az… kenapa?” Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan. “Mak… Intan dah tak ada mak,” Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya. “Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,”pujuk Long Semah yang masih belum pulang. “Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,” Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu. “Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?” tanya Mak Pah. “Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya dia ajak kami balik sini, katanya nak kemaskan rumah. Mak dan abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak… tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,” cerita Muaz. Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,”Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."

p/s: memang rezeki saya..jumpa lagi hasil karya lapuk....:)

Saturday, January 15, 2011

CERPEN - Saat Tak Mampu Ku Gapai Pelangi..

Dia mengeluh lagi. Keluhan kali ini bukan kerana penat. Bukan juga kerana letih. Keluhan kali ini atas rasa sedih. Habis sudah ikhtiar diri agar tidak dijadikan musuh malahan sepanjang tempoh perkenalannya dengan wanita itu dia lebih banyak beralah. Dia tahu di mana letaknya duduk bangun diri di mata wanita yang hampir sebaya ibunya sendiri. Sudah tertanam rasa hormat setinggi itu buat wanita yang acapkali mencari setiap kesalahan diri.
Seolah tiada ada hatta satu perkara pun yang betul yang mampu dilakukannya sendiri. Selama itu jugalah dia banyak memendam perasaan. Airmatanya sudah tidak terkira di curahkan namun segalanya di sembunyi rapi di sebalik senyuman mans yang di paparkan buat si dia yang tersayang. Setiap kali di tanya mengenai hubungannya dengan wanita itu, dia hanya gemar mendiamkan diri dan mengelakkan dirinya daripada menjawab.
“ Kakak kacau Lisa lagi?”, tanya lelaki itu lembut.
“ Takde. Lama dah tak dengar cerita tentang dia……Tak baik syak wasangka terhadap Kakak, Bang”, jawabnya sambil mengelus lembut rambut lelaki yang sedang asyik membaca suratkhabar di atas pangkuan ribanya. Pada lelaki itulah tertumpahnya semua rasa cinta kasih sayang seorang isteri yang sentiasa mengharapkan restu dari suaminya.
***********************************************************************************************************************************
Pernikahannya dengan lelaki itu hampir 6 tahun yang lepas mengejutkan semua pihak, lebih- lebih lagi Abah dan Emak yang agak terpukul dengan jejaka pilihannya. Puas sudah di herdik, di marah dan di maki oleh mereka di sekelilingnya, namun keputusan tidak berganjak. Hatinya terpaut sudah dengan lelaki bernama Harryth Daniel bin Ku Johari, seorang pilot berusia 46 tahun dari seberang Tambak Johor.
“Astaghfirullahal’Azim, Lisa…Mana Abah dan Emak nak letak muka? Daniel yang kau tergila- gilakan sangat tu dah tua benar. Hampir sama baya dengan Abah!!!! Sudahlah begitu, apa kau dah hilang akal ke menyua diri nak jadi isteri kedua???Apa nak jadi dengan kau ni, Lisa…Kau dah buang tebiat? Hah! Apa dah takde jantan lain dah yang boleh nak kau jadikan suami? Apa…Sebab dia bagi kau rantai emas seutas dua, cincin emas, itu ini yang buatkan kau jatuh cinta? Kau fikirlah..Kau tu muda lagi, apa yang kau nak sangat kat dia tuh??”, jerit Emak.
Saat itu, tidak tahu dari mana datang sumber keberaniannya menghadapi wajah menyinga emak. Sumpah bukan niatnya mahu melawan ibunya sendiri yang melahirkannya, yang selama ini bersusah- payah membesarkan dan menyayangi diri ini sepenuh hati. Abah sudah lama tidak mahu bercakap dengannya. Jangankan hendak bersapa, menatap wajahnya langsunglah tidak sejak nama Daniel di bangkitkan. Lisa berani menatap mata emak, seolah- olah sedang mencari kelembutan seorang ibu di sebalik ketegasan yang cuba emak tunjukkan sekarang. Namun dia hampa, emak benar- benar mengamuk saat ini dan langsung tidak memberikan peluang untuk dia mempertahankan diri.
Esoknya selesai kelas di Bukit Jalil, Harryth menjemputnya di kampus. Meskipun penatnya masih berbaki setelah selesai mengemudi penerbangan dari Kota London- Kuala Lumpur, dia masih mampu mencuri masa mengunjungi Lisa di kampus saat libur. Dari kafeteria jelas ternampak kelibat Mercedes M- series, kereta mewah pacuan empat roda kepunyaan kekasih hati. Jika selama ini, kehadiran lelaki itu di sambut meriah dan sebaiknya, hari ini seolah- olah hilang sudah semangat diri.
Pintu kereta di kuak dan punggungnya di labuh perlahan. Mulutnya membisu. Daniel juga diam membisu,seolah- olah cuba memahami apa yang sedang bermain di benak hati wanita muda itu.
“ Semalam Lisa bertelagah dengan emak”, katanya mendatar.
“ Pasal Daniel lagi?”, soal lelaki itu lembut.
“ Lisa buntu Nel. Apa lagi yang tak kena, Nel? Apa yang buruk sangat mengenai Nel yang mereka langsung tak boleh nak di bawa berbincang mengenai kita? Lisa bukannya nak buat benda jahat kan? Lisa cuma nak ikatan cinta kita ni disahkan mengikut hukum, sebagaimana sepatutnya..Salah ke apa yang Lisa minta, Nel?”, jawabnya sambil mula menahan sebak. Pandangan di lontar ke luar tingkap. Seboleh- bolehnya dia tidak mahu Daniel melihatnya dalam keadaan rapuh begini.
“ Nel yang mungkin tak sedar diri.Mengharapkan agar diri Nel di terima mudah oleh ibubapa Lisa. Nel dah katakan, mereka takkan setuju dengan hubungan kita. Lisa…I am as old as your father. Kita takkan dapat menutup mulut orang mengata yang bukan- bukan terhadap famili Lisa, sayang”,lelaki itu berkata lesu.
Lisa hanya mendiamkan diri. Membatu.
Saat sampai di depan pagar rumah, alangkah hancurnya hati. Beg baju dan kotak barangan miliknya sudah siap tersusun di luar rumah. Lisa kelu. Fahamlah sudah apa yang di katakan oleh emak malam tadi bukanlah satu gurauan.
“ Kalau betul kau dah gilakan sangat jantan tu, aku tak larat dah nak halang kau dengan peel keras kepala kau tu. Kau berkeras sangat nak menikah dengan dia, kau jangan jejak lagi rumah aku!!!!”.
Dengan perlahan, digagahkan kaki mengatur langkah ke arah barangannya dan cuba untuk memunggahnya satu persatu ke dalam kereta. Air matanya cuba di seka menggunakan hujung baju kurung kedahnya. Daniel tidak mampu berkata apa, namun tangannya menghalang saat Lisa cuba mengangkat barangannya sendiri.
“Sudahlah, Lisa. Biar Nel angkatkan. Lisa duduk dalam kereta”, katanya memujuk.
Saat diri di dalam perut kereta, dia bagaikan terlihat kelibat emak di tingkap sebelum emak laju menutup langsir cepat, menunjukkan rasa benci. Emak…………………………
***********************************************************************************************************************************
3 bulan selepas kejadian itu, dia selamat di ijabkabulkan berwalikan wali hakim setelah Abah langsung tidak mahu berganjak tidak mahu menikahkan mereka. Meskipun majlis berlangsung meriah namun hati kecilnya meraung tika menyedari bahawa Abah dan Emak takkan lagi menerima diri.
Daniel sendiri rasa bersalah. Namun takdir Tuhan menjanjikan bahawa mereka akan bersama sebagai suami isteri. Kun fayakun….Apa yang terjadi, akan tetap terjadi. Hatinya juga hancur mengenangkan diri isterinya kini yang terbuang dek hanya kerana menyintai dirinya. ‘Abang takkan sia- siakan Lisa, sayang’, janjinya teguh. Sebagai anak, Daniel juga faham akan perasaan seorang anak yang disisih keluarga sendiri. Dia juga kagum dengan Lisa yang semakin kuat menempuhi kenyataan bahawa kini dia berdiri di atas dua kakinya sendiri dan dia tekad mahu sentiasa menyokong Lisa agar tercapai cita- citanya suatu hari nanti.
Daniel sendiri tidak mahu Lisa melayan perasaan, maka setelah selesai tempoh ‘honeymoon’ mereka Daniel terus membelikan sebuah kondo buat Lisa di ibu kota yang terletak betul- betul di belakang Hotel Vistana. Kondo mewah itu terletak agak jauh dari Bukit Jalil namun segalanya bukan suatu masalah kerana stesen LRT menghubungkan Jalan Pahang dan Bukit Jalil dalam masa tidak sampai 15 minit. Sekurang- kurangnya Lisa tidak perlu berpanas, berhujan membawa kereta di dalam kesesakan lalulintas di kota kosmopolitan itu.
***********************************************************************************************************************************
“Ni rumah Lisa sekarang. Lisa hiaslah ikut citarasa Lisa, ye?”. Dia hanya mengangguk lesu. Tidak di nafikan tanggungjawab sebagai isteri benar- benar merubah rutin sehariannya. Syukurlah juga tugas Daniel sebagai juruterbang membuatkan dia punya ‘ruang’ untuk belajar dan juga menghias kondo pemberian Daniel sebaik mungkin.
Meskipun grednya di Kolej Perubatan Bukit Jalil agak jatuh namun Lisa tetap cuba berusaha keras untuk memperbaiki prestasinya di wad mahupun di kelas. Setiap masa yang terluang digunakan untuk mengulangkaji pelajaran meskipun ada masanya pernah terbetik rasa penat di hati kecilnya itu. Mujur Daniel suami yang memahami. Saat semangatnya patah, lelaki itu sudi memberikan bahunya sebagai andalan penguat, menyuntik motivasi agar Lisa lebih menumpukan perhatian buat pelajaran. Malah saat dia bersengkang mata menelaah, Daniel tidak jemu menemaninya di ruang tamu saat meja makan kondo mereka penuh sarat dengan nota kuliah Lisa. Apatah lagi saat Lisa tidak sempat masak, Daniel lebih dulu laju ke kedai membungkus nasi dan lauk buat mereka berdua.
“ Jangan risau, Lisa. Abang faham Lisa sibuk, sayang”, terang lelaki itu saat Lisa berehat di dalam pelukan mesra Daniel. Dia tahu benar Lisa tenang setip kali dahi isteri mudanya itu di kucup dan saat jemarinya bermain di alis mata bundar itu. Kerap kali juga dia terlena dalam belaian lembut suaminya itu namun Daniel tetap membangunkannya untuk sambung menelaah buku- buku yang masih perlu di baca dan fakta- fakta yang perlu di fahami.
***********************************************************************************************************************************
Sambutan hari raya pertama kali sebagai seorang isteri menggugat kedudukannya sebagai isteri. Daniel seolah- olah serba salah. Kak Khairani menuntut tahun itu supaya di sambut bersama di Singapura sedangkan kalau boleh Lisa mahu merayakan hari mulia itu bersama Daniel. Apatahlagi ketika itu, dia tidak lagi di terima keluarga dan hanya Daniel lah keluarga yang ada untuk dirinya. Saat di lihat suami dalam kekalutan, hati kecilnya sebak namun diikuatkan perasaan untuk membantu meringankan bebanan suami.
“Lisa rasa ada baiknya Abang pulang ke Singapura, anak- anak perlukan Abang. Pasti mereka hampa tak dapat bersalaman dengan Abang di pagi raya. Lebih- lebih lagi ni tahun pertama Izzat mahu bersolat di Masjid, kan?”, tanyanya sopan.
“ Kalau Abang balik ke Singapura, Lisa nak sambut raya dengan siapa?”, tanya suaminya kehairanan.
“ Ramai foreign students dari Lebanon dan Afrika yang tak pulang ke kampung. Cuti raya tahun ni pendek, lebih- lebih lagi selesai cuti ada Peperiksaan Profesional Tahun Akhir. Lisa juga perlu belajar. Janganlah Abang risau. Insya-Allah Lisa selamat di sini”, jawabnya memujuk.
“ Biarlah Abang fikirkan dulu 2- 3 hari ni’. Lisa hanya tersenyum sebelum kakinya di atur ke dapur untuk menyiapkan segelas susu suam, minuman kegemaran suaminya sebelum masuk tidur.
Tatkala Daniel selesai mengerjakan solat Isya’ berjemaah pada malam terakhir berpuasa, Lisa laju menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Daniel. Dicium tangan Daniel dan pipi lelaki itu di kucup lembut. Kemudian di ambilnya kedua telapak tangan suaminya lantas di cium mesra sebelum mencium kepala lutut Daniel, kiri dan kanan. Di pohon pada suami agar di ampunkan dosa, di halalkan makan dan minum selama mereka bersama. Menitis juga airmatanya saat itu. Sebak. Sedih mengenangkan Daniel akan memandu berseorangan pulang ke Singapura untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga isteri pertama. Perasaannya ketika itu bercampur- baur. Mungkin kerana semangat keibuannya terhadap anak- anak tirinya begitu menebal, dia rela mengalah demi ‘anak- anak Umi’.
***********************************************************************************************************************************
Izzatlah anak yang pertama menggelarkan dirinya UMI. Kata Izzat,panggilan Mommy lebih ranggi dan seolah- olah panggilan Mommy begitu cocok dengan ibunya, Puan Khairani. Izzat kata Uztazahnya menerangkan bahawa panggilan Umi itu asalnya ialah dari bahasa Arab yang bermaksud IBU dan kerana Lisa bertudung litup Izzat kata, panggilan Umi sesuai dengan dirinya. Ah! Anak kecil itu begitu nakal namun petah berbicara. Sering dia kehilangan kata- kata setiap kali di ajak berbual dengan anak terunanya yang bakal menginjak ke usia 7 tahun ini.
Iman, 18 pula lebih gemar mendiamkan diri namun suka jika di ajak berbual mengenai agama. Tindakan Iman mengenakan tudung dan baju kurung pada awal tahun baru membuatkan Mommynya tidak senang duduk. Lisa di tuduh cuba mempengaruhi anak- anak untuk mengikut jejak langkahnya dalam pertuturan dan juga pemakaian. Iman lancar menyebut bahawa itu adalah tindakannya, dan bukan atas paksaan isteri muda Daddynya. Namun saat itu jelas kelihatan Kak Khairani memang tidak gemarkan perubahan anak daranya itu. Gadis ayu yang lebih mirip kepada Daddynya mewarisi kulit cerah seperti Kak Khairani, seorang bekas model pada awal tahun 80-an dahulu.Iman jelas kelihatan lebih ayu dan manis berselindung di balik kain tudung menutupi dada dan auratnya.
Saat Ilham, 15 juga mula bertudung, Kak Khairani melancarkan perang besar- besaran terhadapnya. Habis semua koleksi baju- baju Iman dan Ilham yang mahal- mahal dan skirt pendek, baju renang dan segalanya di bakar di dalam tong sampah besar di simpang jalan besar. Mengalir air mata Lisa saat kedua- dua anak daranya iu mengadu lemah tentang tindakan Mommy. Apa sahajalah yang mampu diperkatakan kepada kedua anak daranya itu selain dari bersabar dengan segala dugaan- Nya.
Daniel sendiri mula jarang bertandang ke rumah atas alasan- alasan kecil yang Lisa tahu berpunca dari Kak Khairani. Dia hanya mengiyakan segala kata- kata suaminya kerana tidak mahu lagi menyumbang ke arah tahap keserabutan suaminya dengan karenah isteri yang seorang itu. Pernah sekali Izzat di tampar laju hanya kerana mengatakan bahawa kedua- dua kakaknya lawa bertudung sama sepertinya. Lisa terkedu. Begitu sekali kebencian Kak Khairani pada dirinya?
Bila tiba giliran Daniel menghabiskan masa bersamanya di Kuala Lumpur, anak- anak kerap di bawa sekali. Tidak pernah sekalipun Lisa membangkang. Malah Lisa makin menggalakkan tindakan suaminya itu.
“Abang harap Lisa tak kecil hati Abang bawa anak- anak tanpa bagitau Lisa. Abang tahu patutnya saat- saat begini Abang seharusnya menghabiskan masa dengan Lisa namun Abang kesiankan anak- anak jadi mangsa Kakak yang suka benar melenting tak tentu pasal”, jelas suaminya lemah.
“ Api cemburu masih membara dalam diri Kakak, Bang. Biarlah. Rezeki Lisa juga nampaknya. Dapat juga Lisa capaikan hajat Lisa nak lebih mesra dengan anak- anak”.
***********************************************************************************************************************************
Saat kelahiran puteri kembar mereka hampir 8 tahun berumahtangga, RanaFiryal Adiva dan RaykelFildza Amira, dia bersyukur kehadrat-Nya. Lidahnya tidak berhenti memuji kebesaran Ilahi atas kurniannya yang tak terhingga.Iman dan Ilham sendiri tidak putus- putus melayani adik- adik mereka, maklum sahaja saat itu sudah hampir 15 tahun umur si Izzat. Maksudnya sudah hampir 15 tahun mereka tidak dapat bermesra dengan bayi comel lagi mongel seperti Rana dan Raykel.
Izzat sendiri sekarang sudah pandai membahasakan dirinya sebagai Abang kepada dua puteri kembarnya itu. Dicanangnya satu sekolah bahawa dia baru sahaja mendapat adik baru, sepasang kembar comel. Berita kelahiran puterinya itu makin menyemarakkan rasa benci Kak Khairani pada dirinya. Saat suaminya diperlukan di sisi dalam proses pemulihan setelah kelahiran jugalah Kak Khairani meminta yang bukan- bukan. Tiba- tiba dia di kejutkan bahawa mereka sekeluarga akan ke Hawaii pada cuti yang akan datang.
“ Mommy kata sempena hadiah Izzat dapat masuk “Express Class” untuk peperiksaan lepas, Umi”, terang Ilham. Dia hanya terkedu. Takkan Kak Khairani tak tahu sedangkan dia sendiri pernah lalui kelahiran Iman, Ilham dan Izzat bahawa dia masih belum lepas tempoh pantang dan Rana dan Raykel masih terlalu kecil untuk menaiki kapal terbang, apatahlagi untuk jangka masa yang lama. Sedih hatinya namun untuk menghalang suaminya tidak sama sekali.
“ Dia rasa tersisih dengan kehadiran ahli baru kita, Abang. Puaskanlah hatinya. Dia juga mahukan masa bersama- sama Abang dan anak- anak, sayang, katnya memujuk walau hatinya saat itu terguris pedih dek kelakuan madunya sendiri. ‘Inikah padahnya melawan cakap Emak, Ya Allah? Bantulah hamba-Mu ini menghadapi segala dugaan dengan rasa tabah, Ya Allah..Sesungguhnya hnya pada-Mu lah aku bermohon’.
Lisa sendiri gagahkan diri menghantar mereka berempat ke KLIA. Kak Khairani akan menyusul dari Changi dan bakal menyertai suami dan anak- anaknya di Narita kemudian. Walau berat hati Daniel meninggalkan Lisa sendirian, Daniel terpaksa jua pergi kerana telah berjanji dengan Izzat seawal dulu.
“Tak baik memungkiri janji terhadap anak, Abang. Nanti dia akan merasakan bahawa ianya suatu perkara lazim dan akan memungkiri janjinya pula terhadap orang lain. Jangan kita tunjukkan sesuatu yang tidak baik sebagai kebiasaan hidup, sayang”, terangnya perlahan.
Anak- anak menciumi tangan dan pipi tanda hormat buat seorang ibu. Izzat menangis saat mahu berjalan ke arah dewan berlepas. Iman dan Ilham pula seakan memahami hati kecilnya kali ini.
“Umi, Ilham tak mahu ikut tapi Mommy paksa. Umi jangan sedih,ya? Kami pergi tak lama….Nanti Ilham dan Kakak belikan Umi cenderahati dari Hawaii”, pujuk anaknya itu.
“Abang pergi tak lama, Lisa. Dua minggu saja. Insya- Allah belum sempat Lisa rindukan Abang dan anak- anak, kami dah ada di depan mata”, kata Daniel lemah.
“ Insya-Allah…Nanti jangan lupa telefon bila dah selamat sampai ye? Kalau sempat, hantarlah gambar dan berita. Insya-Allah Lisa akan check e-mail. Oh yea, jangan lupa digicam Lisa ada pada Izzat. Janganlah sedih..Umi okay”, katanya ceria, cuba menyembunyikan rasa sedihnya sendiri.
***********************************************************************************************************************************
Bila semuanya selamat berada di dewan berlepas, dia mengatur langkah perlahan sambil menyorong stroller berisikan putri kembarnya yang kelihatan sungguh gebu di pakaikan baju sejuk oleh Iman sebelum mereka bertolak dari rumah di Jalan Pahang tadi.
“Nanti adik- adik Kakak sejuk, Umi”.
“Bismillah…………………”
Perjalanan dari KLIA menuju ke rumah tidak juga lama dan mungkin kerana esok hari bekerja, tidak begitu banyak kereta yang menghuni Lebuhraya Utara- Selatan malam ini. Sambil memandu, mata Lisa cuba juga mencuri – curi kelibat Rana dan Raykel yang lena di bahagian belakang kereta Lexus Harrier RX 300, hadian pemberian Daniel saat dia berjaya meraih gelaran doktor pakar awal tahun baru- baru ini.
Matanya semakin layu. Digagahkan diri memandu sehingga ke R&R Serdang. Niat di hati mahu minum barang secangkir kopi. Lagipun dia tidak perlu berebut pulang kerana dia yakin saat ini suami dan permata hatinya semua berada di dalam perjalanan ke Narita sebelum meneruskan penerbangan ke New York dan seterusnya ke Hawaii. Namun dia tersentak bila merasakan tujahan kuat dari sudut kiri bahagian kereta Lexusnya itu.
“Masya-Allah. Kenapa ni?”, tanyanya panik. Pedal minyak di tekan agar kelajuan kereta Lexus bertambah dan signal dihidupkan, memberitahu bahawa dia mahu ke lorong tengah. Namun tujahan demi tujahan menggoncangkan kereta 4WD itu. Rana dan Raykel terjaga dan menangis kuat saat tidur terganggu. Lisa panik. Ya Allah, Ya Tuhanku..Selamatkanlah hambaMu ini…
Kepalanya di pusing ke belakang mahu melihat anak- anaknya dan belum sempat dia memandang ke hadapan, pemandu di lorong paling kiri menjerit ke arahnya.
“ CAREFUL!!!!!!!!!! THERE’S A BUS IN FRONT OF YOU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”.
Stereng di putar dan brek di tekan sepenuh hati dan selepas itu semuanya kelam. Yang jelas kedengaran hanyalah bunyi kaca pecah dan bertaburan, bunyi hon yang semakin membingitkan telinga. Tiada suara Lisa. Tiada tangisan Rana dan Raykel. Tiada. Yang ada hanya kegelapan.
***********************************************************************************************************************************
Di Narita, Daniel penat cuba menghubungi Lisa di rumah. Bila tiada siapa pun menjawab panggilan, Daniel cuma mendail nombor telefon bimbit Lisa. Juga tiada jawapan.
“ Daddy!!!!!!”.
“ Kenapa Ilham??”, tanya Daniel cemas.
“ Umi dan adik- adik, Daddy”, jawab Ilham sambil tersedu.
“ Kenapa dengan Umi dan adik- adik?”, tanya Daniel keras.
Izzat yang sudah menangis berat, teresak- esak sambil menarik lengan Daniel, menyuruhnya duduk di kerusi berhadapan dengan monitor komputer di cafe siber yang berada di tingkat 4 Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun itu. Mata Daniel tertancap ke arah cebisan berita di laman rasmi Berita Nasional.
“ DOKTOR PAKAR SARAF DAN DUA BAYI KEMBAR DALAM KEMALANGAN DI SERDANG
Khamis- Seorang doktor pakar saraf dari Ampang Specialist Hospital yang di kenal pasti sebagai DR Halisa Rasydan,31 terlibat di dalam sebuah kemalangan ngeri yang membabitkan kereta yang dipandunya, Lexus RX 300 bernombor plet SBE 2828 Whampir bertembung dengan sebuah bas ekspress, Ekspres Sinaran Kota di Lebuhraya Utara- Selatan kawasan Serdang malam tadi. Beliau yang memandu di lorong paling kanan sewaktu kejadian berlaku di laporkan adalah mangsa pembuli jalanraya yang hampir 10 kali melanggarnya dari bahagian belakang kereta.
Seorang saksi berkata kereta Dr Halisa ketika itu sudah terlalu hampir dengan bas Sinaran Kota yang pada ketika itu cuba memotong sebuah kenderaan lain dari lorong paling kanan lebuhraya tersebut. Kereta Lexus Dr Halisa kemudiannya membrek secara terkejut membuatkan kereta itu agak tersasar dari lorong asal lantas berhenti secara mendadak sebelum kelihatan senget and berpusing hampir 3 kali atas kesan impak pemberhentian mengejut dan sistem ABS Lexus RX 300 itu sendiri.
Dr Halisa dan kedua – dua bayi perempuannya yang berusia kurang sebulan di laporkan di hantar ke Hospital Kebangsaan di Cheras dan kini berada di dalam keadaan kritikal. Suami dan juga ahli keluarga terdekat Dr Halisa kini dalam usaha untuk di hubungi oleh pihak berkuasa.Pembuli jalanraya yang di kenalpasti berdasarkan kereta yang dipandu oleh saksi di tempat kejadian dan kini telahpun berada di dalam tahan pihak polis…………………………..”
“Lisa!”.
Daniel hilang arah. Mujur Iman laju mengawal keadaan. Tangannya laju mendail nombor telefon Mommy. Hampa. Tiada siapa di rumah. Di cuba pula menelefon telefon bimbit Mommy yang tentunya mempunyai sistem ‘roaming’ canggih tajaan Singtel, juga tiada jawapan.
“ Daddy, mari kita balik Malaysia. Umi dan adik- adik perlukan kita”. Daniel hanya mampu mengangguk lemah.
***********************************************************************************************************************************
Saat Lisa membuka matanya, kedengaran kekecohan para jururawat memanggil doktor, memberitahu bahawa dia sudah sedarkan diri. Matanya melilau memerhatikan sekeliling, mencari- cari wajah yang dikenalinya. Tangannya juga cuba di genggam kuat. Tidak terasa apa. Jarinya dan tanganya yang merupakan asetnya sebagai seorang pakar bedah saraf kini tidak memberi sebarang respon positif. Masya-Allah…..Ya Allah Ya Tuhanku, Janganlah Kau menarik kembali rahmat pemberian-Mu ini dari diriku..Sesungguhnya aku hanyalah insan-Mu yang lemah , Ya Allah……………..
“Umi…Kakak, panggil Daddy. Umi dah sedar!”, jerit suara itu.
“ Lisa ini Abang, Lisa. Daniel. Syukurlah Lisa selamat…Abang dan anak- anak semua risaukan Lisa”.
“Rana………Raykel’, hanya itu yang termampu di keluarkan dari rongga mulutnya.
“Rana dan Raykel selamat sayang. Cuma Rana ada sikit lebam- lebam di tangan dan Raykel patah tangan kirinya but other than that, they’re safe. Syukur”.
***********************************************************************************************************************************
“Umi, Izzat cuma nak bagitau Umi polis dah dapat tangkap pemandu yang buat Umi macam ni. Tapi macam mana ek Izzat nak cakap…Izzat takut Umi tak sayang Izzat lagi kalau Izzat bagitau Umi”, kata Izzat sebak setelah hampir 3 minggu Lisa sedarkan diri dan semakin pulih.
“ Takkan lah Umi nak letakkan kesalahan ini semua pada hero Umi yang seorang ni?”, jawabnya cuba bergurau sambil jarinya cuba menggengam sebiji bola getah yang kenyal sebagai salah satu cara rawatan fisioterapi setelah kemalangan tempohari. Syukurlah jemarinya kini sudah semakin pulih…
“ Umi…….Yang cuba cederakan Umi, Rana dan Raykel ialah Mommy. Mommy Izzat…”, terang anak teruna itu sambil menangis kuat. Berkaca mata Lisa mendengarkan pengakuan luhur anak itu.
Lisa terdiam. ‘Kuat benar rasa bencimu, Kak Khairani? Apa tiada langsungkah perasaan keibuan buat puteri- puteri ku saat kau hampir mahu membunuhku?’
Daniel, bawalah Lisa dan anak- anak pergi. Jelas sudah kini tiada yang indah di sebalik warna itu. Saat ini terbukti bahawa Lisa gagal capai pelangi…..

p/s: Alhamdulillah..terjumpa satu lagi cerpen saya yang dipost semula oleh seseorang di laman cerpen yang tidak saya ketahui...cerita tiada kaitan dengan sesiapa ok? laju jari menaip tatkala bosan di Kursk...sila tahu:)

Friday, January 14, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO THE GREATEST DAD IN THE WORLD...BRIG JEN DATO' HASNY MD SALLEH!

ALLAH SELAMATKAN KAMU...ALLAH SELAMATKAN KAMU...ALLAH SELAMATKAN KAMU, DADDY...ALLAH SELAMATKAN KAMU!


14 Januari 2011 genap usia Daddy 56 tahun..still going strong and still young, always!

I remembered seeing him beating young officer during their hash runs, and played harder during a game of hockey and belting out his beautiful voices during karaoke sessions at the Officer's Mess...He may not have always been there for me **he was busy, always on the move** but I appreciated every single moment that we have spent together as a family...

He taught me that it doesn't matter where I was, HOME was where the family was..this was important for me when I was growing up as we moved from one place to another ever so frequent, hence I lost my sense of belonging..I do not know where I belong to, a place that I could really call my own where I build my life from memories and hopes of the future...It wasn't fun as fun as people imagined it, believe me..but I got used to it but it never stopped me form making new friends while still keeping in touch with my old friends...

He taught me and my sisters to be independent **although I have some reservations towards Kak Nam..ha ha ha, nama je masuk MRSM KK..tapi baju kotor, kasut kotor boleh siap mintak uncle driver hantar balik rumah**...You see, we ceased to have any helper since we were 9 years old..Mommy & Daddy were confident enough to let me & Kakak to have the house to ourselves while waiting for Mom to arrived home from her school ~ 3-ish most of the time.. so, baju & kasut sekolah basuh sendiri..tolong kemas rumah, sapu sampah -->duty Kakak..Masak was more of my cup of tea..coming from my Dad, OPERASI "pecah & perintah" was nicely and appropriately used!:P

I have always been Daddy's girl but growing up I got adjusted to the idea of becoming closer to Mom..but that doesn't mean that I love my Dad lesser...
US, when I was 4 years old..

Daddy & Mommy ** during Mom's graduation from UPM**

Daddy & Mommy during one of the functions..

Dad & his car there in Tawau

We have celebrated Raya in 3 different world time before..Daddy, Mommy & Girl was in the States..Me? In Kursk, lah ..mana lagi? and Kakak, in JB with Tok Ayah..

We've been through hell and back **metaphorically, speaking** and now with the presence of my 3 handsome boys I just hope that I am doing him proud!

So Dad..here's to you for your hard work and determination of turning me into a useful human being, a good ummah and a great person..thank you ever so much for being my Dad!

Happy Birthday, Daddy!

p/s: the boys sends their extra sloppy kisses and huge hugs to you!

Thursday, January 13, 2011

...saya tak faham sungguh...

dugaan pertama saya sejak memulakan perniagaan sendiri adalah mencari tenaga pengajar yang boleh dipercayai..saya tak mengharapkan banyak dr calon-calon nya, but admittedly I have certain kriteria that I would want my teachers to posses:

a) wangi, bersih dan beperwatakan menarik
- jgn ketawa...kriteria ni pada saya paling penting! adamasanya kita terlupa yang bila kita berinteraksi selalu dengan kanak-kanak, kita dijadikan model yang paling dekat dengan dia. dan kerana kitalah yang selalu bersama mereka, terutamanya waktu sesi pembelajaran, kanak-kanak akan "absorb" secara tidak langsung- cara kita berbual, cara kita berjalan dan sila tahu- cara kita menjaga kebersihan diri. So to me YES, this is my main criteria.

b) sukakan kanak-kanak secara total
- bukan sekadar semasa bergurau dan semasa kanak-kanak wangi, tapi layanan yang sama buat mereka yang busuk **read:baru bangun tidur, ada poo-poo/pee pee dlm diapers,lepas muntah etc** , masa tengah nangis dan masa tengah meragam...bila kita suka kanak-kanak secara keseluruhan, pendekatan kita lebih lembut dan lebih mesra -->dan ini membuatkan kita lebih senang didekati dan dijadikan rujukan dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. Maka input kita haruslah sentiasa positif!

c) fasih berbahasa Mandarin
- ini lagi satu perkara utama---> saya berazam utk menghantar anak-anak saya ke sekolah aliran Cina kerana saya percaya it will give them an upper hand, especially during these time..saya tidak bersifat rasis, makanya saya takde masalah sekiranya tenaga pengajar saya dr mana bangsa...yang saya tahu, dia haruslah boleh mengajar kanak-kanak di bawah jagaan saya secara formal **di dalam kelas** dan secara informal **setiap waktu sewaktu di Centre**

KENAPA TAK MENCARI MEREKA YANG SUDAH ADA PENGALAMAN?
Jujurnya saya katakan, mereka confirm sudah punya doktrin dan rutin yang tertanam dalam diri mereka dr mantan majikan, dan saya memang tidak berminat untuk menjalankan operasi "brainwash" sebelum mereka diterapkan dengan cara & method pembelajaran pilihan saya..seriously, I doubt that I have that kind of patience and another thing is that, it's true what people say...It's hard to teach old dogs new tricks...

jadinya sewaktu tengah kalut mencari kontraktor, wireman, pembersih,pembekal barangan dan juga lokasi, saya memasukkan iklan ke Mudah.my dan secara terperincinya menyatakan kriteria saya dan mengharapkan dlm ratusan lah **tak perlulah ribuan**, adalah barang 3-4 orang yang menepati ciri-ciri itu dengan seikhlasnya...

Alhamdulillah **pada masa itu**, saya ditemukan dengan YANA ** memang nama sebenar!** dan first impression Yana sebenarnya menggusarkan saya...Manakan tidak, she was tomboy yang berpewatakan seperti lelaki.berambut pendek kemas bergel, berpakaian pejabat ala-ala androgeni yang menunggang skuter yang berpewatakan agak garang..satu lagi "aksesori tambahan" yang jarang di tinggalkan ialah seorang gadis perempuan yang agak melampau "menempel" dan "wujud" dengan setiap gerak langkah si Yana ni..

Saya katakan direct, saya takde masalah dengan penampilan beliau ..yang penting dia tahu the correct way to carry herself around...that's all. On top of that, I did mention to her that I wasn't interested to know anything what she does out of working hours..although I did appreciate the fact that she mention to me that she was unable to do any overtime as she has planned after 6pm **she was helping her mom with her stall - selling food I presumed**..okay....

1st day, she was on time..and I was glad..dah siap draw out plan yang mengatakan bahawa siang dia bukak Centre and petang saya akan tutup, koz she needs to make her move quite early..dah siap kasi duplicate keys etc, and saya boleh siap plan nak dtg lambat sket ke Centre **Mon- was there by 7.00am**


2nd day....she was MIA!!!!!!!
tried calling her for 42 times, okay?
empat puluh dua miss call dan hampir 26 sms tanyakan kat mana dia...siap telefon her parents tanyakan is there any other numbers that I can contact her..Parents says NO, that is the only number that they have of their daughter..

so, saya katakan pada staff yang lain...we need to do some re-shuffling...a new routine has to be set up..new keys needed to be installed and old ones to be thrown out..saya dah tak kuasa nak pk banyak- banyak.pada saya mebbe si Yana dah betah keje dengan saya terus..saya tak telepon, tak ape koz saya rasa 42 miss call dan 26 sms saya dah cukup!

tiba-tiba hari Khamis malam dia sms saya ....

"Kak sory sgt2..uma sewa yana ad org masuk..hbs beg duit,hp yana die amk..pastu die kunci dr luar rumah..3 ari yana n member yana terkurung..nak mintak tolong hp xde..ptg td mak yana g um..die rsu da 3 hari x nmpk yana..baru yana dpt kuwa rumah..ptg td g maxis centre amk nnumber yana blik.."

lama saya berpk...boleh ke saya percaya kan dia..cerita dia mcm dlm wayang..and kat mana dia duduk tu?setahu saya dia menyewa di pangsapuri koz rendah..kenapa tak jerit saja mintak tolong kalau benar dlm kesusahan...saya rasa mcm ada yang tak kena..saya mintak pendapat Inche' SO..for him, it's simple..give her the benefit of a doubt..mana tahu cerita tu ada kebenarannya..so, saya setuju berikan peluang kedua..

"it's OK..will see you tomorrow, by 8am"

"kalau boleh sy nak dtg jumaat-nak rehat sehari"

**sigh**

"mcm ni lah, dtg je terus hari Isnin..kita bincang apa yang tak kena"

and guess what?


MONDAY SHE WAS A NO-SHOW...AGAIN!

itulah nya kan..payah sometimes bila kita  nak berbuat baik dan nak membantu bangsa sendiri..terus terang saya katakan kalau kena tipu dengan bangsa lain, puas hati!!!

bangsa lain tak tahu halal haram, dosa pahala...tapi bila kena dengan bangsa sendiri..terasa ralat sangat!!

kalau kata tak sanggup nak keje dgn saya, katakan terus terang..saya takde masalah..cuma tolong jangan buat taik cenggini..:(

saya kena tegas..so saya katakan pd dia kalau dia tak pulangkan kunci saya dlm tempoh 48hrs saya akan laporkan pada pihak polis **saya gertak sebab saya dah tak tahan sabar dengan karenah dan alasan dia** dan tadi dia dah pulangkan kunci saya..itupun diletakkan di dlm post box office sahaja...

saya pelik sangat dengan orang kita ni kadang-kadang...sungguh tak profesional!

apa? just because you're working with a small co that you think that you can do as you pls?gosh!

apa apa pun, skang ni saya tengah dlm pencarian untuk seorang lagi guru untuk menampung permintaan..anyone interested?

3WOMEN - FREE GIFT

join ni sebagai tanda sokongan buat Puan Seri Suhaila Saleh yang rajin join GA/contest/free gift sessions...satu lagi ialah untuk memantapkan lagi kemahiran utk GA-GA akan datang..ha ha ha ha...well, takkan lah asek nak hapdet pasal diri sendiri je kan..sekali sekala nak jugak memeriahkan/ menceriakan bloggie sendiri...

anyway, berikut adalah syarat bagi mereka yang mahukan free gift dr these wonderful ladies aka kakak-kakak gonjeng from 3Women Collection

a) kena jadi follower 3WOMEN COLLECTION
b) tag 3 orang kawan dan kawan-kawan tu pun kena jadi follower of the blog..Pembuktian boleh dilakukan e-mail...senang kan?

Oleh kerana, kali ni sebagai tanda sokongan dan saya sendiri pun belum ada kawan-kawan blog yang eksaited smcm saya join contest/GA/free gift session..makanya saya tidak akan tag, sekadar memenuhi permintaan Puan Seri...takper, lain kali saya tag orang ..:)