sejak mula bekerja semula ni, saya byk berfikir pasal $$$$..
bukanlah sebelum ni tak fikir, cumanya skang ni bila dah ada kelebihan sikit, adalah pasang niat nak melabur..nak melabur ASB , baru2 ni kan ada pendedahan bahawa ASB sendiri tak berani nak declare pelaburannya itu HALAL, jadi saya dah mula ragu2..
ada kwn2 yang cadangkan pelaburan emas...hmm, yang penting, kalau dah nama pelaburan tu mestilah nak yang menguntungkan, betul tak?
so kalau sapa2 yang ada more info dlm pelaburan emas ni, sila bagitau ye?
p/s: tolong kay...kalau bwh skim MLM , macam mana menguntungkan pun saya memang TIDAK berminat...sekina, terima kasih!
Friday, September 23, 2011
pelaburan mana yang menguntungkan yer?**hmmm...**
Thursday, September 15, 2011
lamanya cuti kan?
ya ampun..lamanya "bercuti" kan dr blogging?
bukan apa, masa dah tak berapa terluang sgt sejak selamat pindah ke KL semula **alhamdulillah**
apa yang baru?**what's new, bak kata ang moh**
a) dah selamat pindah rumah **yeay!** - next in line, nak beli rumah sendiri - ye, tahu..dah byk kali cerita psl letak deposit rumah sebelum saya @ Inche' SO amek balik deposit sebab change of mind **tiba2 leh tak berkenan.. ha ha ha ha, kelakar wokey?** jadi lepas ni kena mula semula simpanan secara tegar - cuma nak kasitau, kondo impian sebenarnya ada depan mata, and tengah dilelong dengan kadar yg sungguh murah utk area ni **RM260k for 1422 sqft** kalau betul rezeki saya & keluarga, adalah..tapi rumah murah, takkan takde siapa nak grab, kan? tapi saya yakin, kalau dah rezeki saya, takkan ke mana .....:D
b) sekolah anak3 dekat je dgn kediaman sekarang ni **double yeay!!** - keluar pagar, belok kiri belok kanan, jalan terus..taa daa **bak kata Baby Pan** dah sampai- bulanan pun murah - and lebih islamik - cumanya satu je yg agak tak berkenan di hati, bila bergaul sesama melayu ni mulalah anak3 mula membahasakan diri "kau" "aku" dgn kwn2..bukanlah nak kata saya ni cultured sgt pun orangnya, cuma saya rasa mcm terlalu kasar kalau perkataan "kau" "aku" ni digunakan di kalangan anak3 bwh 13 tahun...dah byk kali juga saya warning Harryth & Haddyff psl penggunaan perkataan tu, alhamdulillah lah nampaknya makin kurang..saya pernah nampak Harryth "warning" balik kat kwn2 sekelas dia pasal benda...**kembang kempis hidung..bangga tangga**
c) dah mula bekerja ** triple yeay!!**- adalah duit lebih dlm tangan nak melabur/ menyimpan/ menabung/ membazir....tiada bebanan kerja - tidak stres - tiada politik opis yg menjijikkan - teman seopis yang kewl. bukan nak komplen cuma nak bagitau: keje saya mengikut shif biasa 0830 - 1730 setiap isnin - jumaat. cumanya saya bekerja ikut cuti umum Singapura, yang mana semua sedia maklum cuma ada 11-17 hari dlm setahun! **ye saya jeles dgn team FXM, sebab mereka tiap2 bulan, confirm ada cuti lebihan..team FXS saya, ha ha ha ha**
d) anak2 dah mula rutin semula..syukur sangat- sangat..Sabtu pagi: swimming lessons, Sabtu petang: Piano classes. Ahad pagi: ekuestrian di Bukit Kiara then ke Monterez Golf untuk junior golfing anak2..oh tak, aktiviti2 ni masih tertumpu pada Harryth & Haddyff dulu..Baby Pan? masih tak jumpa affordable gym class utk dia waktu weekend..kalau yang ada pun sama ada a) terlalu mahal b) bila affordable pulak, clash masa dgn aktiviti abang2..Jadi kesimpulannya? Tunggu je lah nak ....:P
laptop masih belum dibaiki lagi..jadi saya mengambil kesempatan hapdet blog dr opis..yang menariknya di sini..semua boleh buat **agak longgar rules & regulation skat sini- cuma x amek kesempatan lah, itu sahaja** kecuali social networking @ sebarang sebsite yang punya kemudahan chat @ yang sekaum dengannya..itu sahaja..
okaylah, habis waktu rehat..marilah kita sambung bekerja yer?
p/s: buat yg masih sudi menanti update dr blog yang tak seberapa ni, terima kasih byk2..akan cuba sedayanya utk hapdet bila ada kelapangan..:D

Thursday, June 2, 2011
Innalillahi wa innailaihi rajiun..You'll be remembered, Wan Anjang!
Semalam, tengah saya dok sibuk membelek2/membuang/ membungkus barangan dlm kotak, adik saya - GIRL, msg...ayat simple tapi cukup menyedihkan..
"Wan Anjang passed away about 15mins ago..Pls tell the others"
saya terduduk sekejap...terdiam..
Arwah ** sitting, left** sewaktu majlis persandingan Auntie Anim
**picture:credit to Wan Leha via FB**
Rohany's clan **my grandfather is the eldest in the family - standing next to the groom** while arwah, sitting - farthest right**
**picture: credit to Wan Leha via FB**
my grandmas - nenek sedara - Arwah Wan Anjang with her baby sis, Wan Leha
**picture: credit to Wan Leha via FB**
saya telefon Inche' SO, sampaikan khabar yang sama dan kemudian terkocoh2 ke toilet nak mandi bersihkan badan - niatnya nak membaca Yassin tapi nampaknya masih "belum boleh" lagi...
Arwahnya adalah adik kepada Tok Ayah saya...maaf, adik yang keberapa saya agak kurang pasti..cumanya beliau memang2 ceria orangnya..pandai masak dan memang sukakan kucing....
kami diberitahu bahawa arwahnya menghidapi kanser ovari, namun waktu disahkan arwah sudahpun berada di Stage 4...kami diberitahu supaya bersedia menghadapi pemergiannya..
this photo was posted the day before she succumbed to her illness..This is her - always smiling, always cheerful. Like what my Auntie Tasha **picture & credit** remarked in her FB - "She is adored and loved by everyone!. She has soooo much love to give and expects nothing in return"
terus terang saya katakan, saya tidaklah begitu rapat dengan arwah sewaktu membesar..namun arwah gemar berseloroh, wajib bertanyakan prestasi saya belajar sambil menasihati saya setiap kali kami berkunjung ke rumah pusaka di Jln Capt Md Amin, JB..
permegian arwah meninggalkan satu kesan yang amat mendalam pd diri saya..arwah lebih muda dr atok saya...saya diam...saya cuma mampu berdoa agar Tok Ayah saya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia akhirat..Itu sahaja...
Buat Wan Anjang, Zaza doakan agar Wan beroleh ketenangan di sana, disisiNya dan semoga diberkati segala amalan dan ibadah yang Wan lakukan sepanjang hayat..Tak banyak yang boleh Zaza lakukan buat Wan..Yang termampu hanyalah iringan doa, dan AlFatihah ..moga dipermudahkan, Insha-ALLAH...
Zaza sayang Wan Anjang!:(
Dari DIA kita datang, kepadaNYA kita kembali...AlFatihah....
**picture:credit to Auntie Tasha via FB**
Tuesday, May 24, 2011
apa saja lah orang Msia ni kan?
malam tadi, angkut anak2 dgn Inche' SO ke Brown & Yellow Learning Centre..bukan apa, angkut mana2 barang yang perlu nak di bawak ke KL.
rumah?
memang kalah tongkang pecah..dah tak tahu macam mana nak describe dah...:P
memang seriously takde mood nak mengemas, cuma ada mood nak check, then masukkan barang dlm 2 container - SIMPAN atau BUANG...
sudahlah nak ke arah Taman Molek tu memanjang je jem, ikut jalan sana sangkut..potong jalan sini sangkut..huisy, seksa betul skang ni nak bergerak ..
anyway, after almost 45min of gathering, organizing and loading the stuffs in both cars, we made our way...
Inche' SO had to reach home early as he's working tonight..and me, I took my own sweet time balik sebab a) anak2 masih belum dinner, so I had to go and buy dinner and b) tak kuasa lah nak berebut dgn manusia2 lain kat jalanraya tu and c) hujan...
nak dijadikan cerita, dah selesai ber'bye-bye semua, we made our way at the entrance of the business area and lo' and behold, ada accident situ..
that road is actually quite a busy road and the accident occured in the middle of T-junction...
one car, one motorcycle and a gazillion people surrounding the injured motorcyclist...
where was he?
sila tahu, mangsa kemalangan di biarkan terdampar di atas jalan..and I do believe that he wasn't that badly hurt as I could not see any blood - samada dekat jalan, kat motor atau pada helmet/baju dia sendiri..
yang gazilion manusia dok berdiri keliling tu, dok sibuk tanya.."are u alright?" berulang-ulang..semua dok tanya soklan yang sama..but no one thought of moving him to the roadside to a) ease the traffic or b) for the motorcyclist to be more comfortable **hey, I take the grass anytime--> I mean compared to the gravel, kan?**
apa susah sangat?
bukannya kena tunggu polis pun....
yang terlibat pun **tuan punya kenderaan**, tak payah nak hegeh..boleh je amek particular masing2 and lodge report, claim insurance kan?
and yang lain tu- encik2, tuan2 puan2 kaki kepoh - apa saja lah ....yang dok menyemak kat tengah jalan raya tu buat apa....bukannya menolong pun???
and the best part is, bila saya ke kedai berdekatan sebab kena beli susu Irfan, this once chinese uncle who claims to saw the whole thing kata, this motorcylist dah mati....WTF?
terus saya sound direct..."tak Uncle, dia tak mati...dia baring saja..semua orang sibuk tanya dia ok tak, tapi tak mahu angkat dia letak tepi..."
Malaysians, sila tahu okay..amek berat dan keypohci tak bertempat adalah dua sentimen yang berbeza..:P
Sunday, May 22, 2011
ada jugak ek manusia macam ni...? ULTIMATE CHEAPSKATE!
hari Sabtu yang lepas, secara kebetulan Inche' SO lambat balik kerja dr shift malam dia..jadinya dengan baik hatinya Inche' SO suruh saya siapkan anak2 untuk bersarapan di luar... dan sebab dah lama tak ke McD, jadinya itulah destinasi kami buat sarapan pagi semalam...
nothing weird much happened...
macam biasalah :
a) mak bapak yang jenis tak faham bahasa..dah terang2an kat luar bilik mainan anak2 tu kan dah disediakn rak kasut..tak saja je dibiarkan anak2 masuk berselipar, berkaki ayam semua...saya kadang2 tarik muka juga..rupanya ada juga parents yang jenis muka tembok ek? dah kalau gitu caranya, saya pun mula up volume lah.. direct shot! " Aisy, Adyf , Irfan..Don't forget to take off your sandals and put them nicely on the rack. You never know where you've been..." agak2 tak faham lagi, saya up volume lagi "Harryth, kan Mommy pesan suruh bukak kasut? kan ada rak sebelah tu..nanti habis kotor kaki semua orang dlm tu..timbangrasa nak..Bukak sekejap je, nanti dah habis main pakai balik.Tak hilang kasut tu"
hah..selalunya kalau saya dah mula nyempreng guna bahasa Melayu, barulah akan nampak sedikit pergerakan positif dr mak bapak yang buta huruf, buta kayu ni..**bak kata Pendekar Mustar kan?:P**
b) pe'el pengujung McD yang makan bersepah satu meja...astaga, sekor2 dah boleh jadi mak bapak orang dah..tapi no table manners at all...at dulang McD tu jugaklah diletaknya sos, nak dicelet dengan fries..hullo Uncles - itu kertas printing lah..ada KARBON dan arbon tu bersifat karsinogenik!!!penah dengar tak..nanti kena kanser baru tahu! and then siap dengan tulang2 ayam bertimbun atas meja..uwweeekk!!! woi- sapa yang nak kena bersihkan sisa2 ko semua tu....
c) satu habit yang saya rasa susah sangat orang kita ni semua nak buat - bersihkan meja sendiri..bukannya susah pun..you just pile up your paper boxes and paper cups, lap meja sket mana yang tumpah2 tu ..voila! throw them all at the trash bin..susah ke? tak perlu ckp mentality bangsa lain lah....bangsa melayu sendiri yang beragama Islam pun pengotor.huisy, macam mana orang nak berminat dgn Islam? bukan susah pun..selalu bila Inche' SO atau saya dan anak2 bawak tray ke tong, patrons lain mesti tengok..apa pelik ke?tak payahlah berangan nak jadi bos...makan pun ko order sendiri kan, bwk makan gi seat sendiri kan? dah abes makan, buang sendiri lah!! serius tak faham...**scratches own head!**
hah, yang pastinya saya baru jumpa sekeluarga manusia yang saya rasa paling cikai sekali dlm hidup..paling cheapskate **hence the title** --> ada 5 anak beranak makan full set sowang2..okay, done! dah makan, pegi main, borak2 kuat2 macam outlet ni atok dia ada syer besar and last but not least, antara percaya atau tidak anak beranak ni take turn gi kat condiment counter tu and tapau a handful of whatever they can get there..you should've seen them..
yang si Ayah pergi, cekup segenggam peket2 gula....
yang si Mak pergi, cekup segenggam sos cili pulak...
yang si anak no.1 pergi, cekup segenggam sos tomato..**duhh**
yang paling kecik pergi, siap cekup satu genggam garam and satu genggam pepper..
dah setel semua..anak beranak boleh tepuk tangan..**facepalm**
dr kecik dah diajar "mencuri" secara kecil2an..dah besar nanti macam mana?
apa..tak curi?semua dah masuk dlm bayaran makanan?eeermmm, hullo...awak cuma bayar air, fries and burger/ayam dan kalau mainan tu, mainan lah sekali..
semua condiment tu sebagai, senang ckp, atas budi bicara outlet sebab takkanlah awak dtg beli makan siap nak kena bawak gula/garam/sos sendiri dr rumah..and yelah kalau mati2 jugak nak ckp yang awak dah bayar semua tu --> satu kali duduk, makan fries sampai pakai 12 peket sos seorang? agak2lah...
mintak2lah dijauhkan pe'el tak senonoh ni dr anak3 saya...Alhamdulillah lah, bukan mahu mendabik dada tapi walaupun anak3 saya jarang saya bawa makan ke fast food atau ke restoran, saya pastikan mereka punya table manners and a good etiquette no matter where there are....
Saturday, May 21, 2011
kemusykilan melanda diri
through Ida Marlina Mustappa via FB:
***rasa mcm pelik la, hari tu tersalah masuk jln nak pegi tempat lain termasuk plak ke jln kelab lumba kuda.then kena tahan dgn security kata "org islam xleh masuk",mmg la x nak masuk pun cuma tersalah jln je.then bila toleh ke kiri, terpampang besar poster joki kuda nama org islam..mcmana tu?still wondering..lalala...***
betul jugak kan?
bukannya tak penah saya nampak nama joki Melayu **berkemungkinan besar beragama Islam** terpampang sebagai joki pada setiap sesi lumba kuda ni..Tak percaya...selak pada akhbar The Malay Mail - ada je..kalau ada yang menang besar, siap bergambar lagi dengan tuan punya kuda dan piala yang dimenangi..
bukan niat nak menutup pintu rezeki, cuma seperti sahabat saya , IDA, saya juga agak musykil dengan perlaksanaan tempat2 sebegini..kita tak boleh masuk sebagai penonton **spectator** @ penjudi **gambler**, tapi orang kita boleh jadi joki...
siapa yang tahu apa hukumnya kalau seorang Muslim menjadi joki lumba kuda...share pls!
Friday, May 20, 2011
oh, paling benci bila...
kita pandu kereta, dan tetiba orang mencelah dr sebelah kiri **emergency lane** secara mengejut! Hei, sekolah mana awak belajar boleh menyelit gitu ek?bodoh aper????
oh saya sungguh hangen bila perkara tersebut berlaku..sudah menyelit tanpa signal **sah2 lah tak pasanga signal kan, sebab pada dia - kalau pasang signal, org tak kasi jalan**, berdesup masuk lepas tu tekan brek kuat2..huisy, molek benarlah memandu gitu..kalau awak saja yang cium bamper kereta depan takper, nanti dengan kereta orang lain sekali yang kena macam mana?ada pakai akal tak bila memandu..atau bila memandu terus masuk MODE bodoh??!!!
yes, kita semua nak cepat...kita semua sama ada nak sampai ofis/ balik rumah cepat kan?
macam lah opis/rumah tu ubah tempat setiap 5 minit tau?
dr dulu lagi saya praktikkan satu perkara - kalau agak2 keluar 30 minit dr rumah masih juga sampai lewat ke opis, keluar lagi awal- habis cerita!
balik dr opis, itu tak dpt nak dielakkan - luar kawalan kita sebagai pekerja aka kuli , saya faham....tapi ingat, bukan awak sahaja ada isteri/gf/anak2 yang menunggu di jemput/ di rumah, kan?tak salah bertimbang rasa dengan pengguna yang lain..
ingat, hari ini awak kenakan orang lain..esok lusa orang kenakan awak pulak! hah- masa tu tahu marah meluap-luap, kan?:P
ini yang adamasanya mood terus OFF bila memandu..mulalah laju mulut nak maki hamun semua pengguna jalanraya....
Subscribe to:
Posts (Atom)