Pages

Wednesday, April 13, 2011

tak update ..kenapa ek?

ada jugak sahabat yang menegur apsal ada hiatus skejap dr dunia blog ni..

takde apa2 yang ganjil, cuma rasa macam nak bersendiri sekejap, merenung diri sendiri...

rasa tak keruan, sedih dan bercelaru semua ada..

cerita ni sebenarnya dah mula dlm 10 hari yang lalu..dlm happy2 jengjalan, beli baju sedondon dengan cousin Inche' SO yang lain untuk wedding seorang cousin di bulan Mei nanti dan makan2 seafood, Inche' SO sugul sekejap lepas menerima panggilan telefon dr kawan satu sekolah dulu...

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..rupa2nya sahabat tadi menyampaikan berita bahawa salah seorang sahabat sekelas Inche' SO telah pulang kepadaNya..kami cuba menghubungi balu, anak2 arwah tapi mungkin mereka sibuk jadinya panggilan kami tak berangkat, tak berbalas..

lama Inche' SO mendiamkan diri dalam kereta...saya tak mau mengusutkan keadaan, jadi saya diamkan diri..

tak saya duga Inche' SO mula bercerita saat2 nakal semasa dia bersekolah dulu..

geli hati pun ada, cuak pun ada..tak sangka Inche' SO senakal itu masa muda2...**ha ha ha, saya pun tidaklah sebaik mana pun:P**

dan hampir setelah 10 hari berlalu, tiba2 tadi Inche' SO bertanyakan pada saya sebelum dia mula bekerja ...

"Kalau I takde nanti, macam mana dengan You dengan anak3? Arwah sebaya I, yang "

sayu, hiba dan tersentak juga dengan pertanyaan itu...saya gagahkan diri, senyum tapi dlm hati DIA sahaja yang tahu...

saya tahu ajal maut itu ditanganNYA, tapi sesungguhnya saya tidak bersedia...

saya masih perlukan bimbingan dan kasih sayang dr dia..anak3 juga begitu...

tetiba mood saya terus kusam, mendung...:(

Friday, April 8, 2011

nak gelak pun ada!!!

macam mana saya tak berubah MODE jadik mode mak tiri hari-hari kalau inilah yang saya jumpa atas meja makan lepas minum petang anak2....marah, memang marah..tapi bila tgkkan muka comel sorang2..nak gelak pun ada...

lagi2 IrfanZilla yang sekarang ni sudah pandai main sentimen, sensitif dan mengadu...kalau tak pada saya, pada Inche' SO...kalau dua-dua tak layan - ngadu pada Abg Harryth pun jadik **itu tandanya dia tak dpt amek toys dr Abg Adyf**

tapi NO, onar yang dibuat di bawah adalah hasil kerjasama 3 beradik ni..lepas saya jumpa hasil kerja mereka adik beradik, apa lagi - darah terus up..terus kena time-out kat corner bilik 5 minit seorang..no PSP, no ASTRO...

Apa yang diorang buat..tengoklah!!!


Thursday, April 7, 2011

biar betul???kalau nak kaya pun takkanlah sampai gini sekali....!!!!!

betul2 terkejut..

semalam tgk berita pasal telur tiruan!!!

huisy, aniaya betul lah diorg ni....tak dpt byk info lagi pasal teur ni, tapi ni ada penerangan ringkas pasal telur tiruan ni...ihsan dr tuan punya webpress

sarapan kesukaan saya..**tapi harus dicatu pengambilannya**

siapa tak suka telur?

semua mesti suka telur..lebih2 lagi kalau punya anak3 kecil macam saya where at times you'repressed for time to get a million things done at one go, kan?

so normally saya akan siapkan scramble eggs saya buat anak2..

my scrambled eggs are not dry..they're runny and have the consistency between a normal pan-fried egg and a half-boiled egg...**below picture reveals all, I think**


a very simple recipe:

2-3 eggs, a slice of cheese and a dash of fresh milk **you can always add in mushroom, if you like**

if you're using mushroom- obviously you'll need to cook the mushroom first until half-cooked then crack in the eggs and fry them as usual.but before the even start to dry up - put in your milk and cheese- and just mix everything up nicely..you'll see that no matter how long it's in the pan, it will not dry up - instead, it'll become gooey and sticks onto the pan - that'll be the best sign that your eggs are ready..taaa daaa!!

p/s: kalau nak lebih kick lagi - letakkan sedikit sos ikan..terangkat beb!!!!

Tuesday, April 5, 2011

What happened during these last few days....

pertama2nya, NOPE...saya belum habis berkemas lagi tapi saya rasa dah 2 plastik besar beg sampah yang saya gunakan untuk membuang brg2an yang luput tarikh dan tak perlu yang rupanya banyak kat rumah ni..magazines saya punyalah banyak...**saya cuma harap sangat Uncle karung guni beli pakai KG  dan bukan pakai jengkal..rugi oooo..kalau gitu nampaknya, saya kena ikut ckp P. Ramlee - saya kena simpan bikin pusaka**

keduanya - a blessed 19th Birthday shoutout to my youngest sister **dia tu je lah pun adik saya** moga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dipermudahkan urusan dunia akhirat..I love you, and no matter what happens- just remember that!

tolong jangan tanya buat kesekian kalinya kenapa adik, kakak saya kurus2 dan saya gedebab?Sesungguhnya I have ran out of ideas on how to entertaion that Q, tq!

ketiganya - bubur kacang durian dah selamat dibuat atas permintaan Inche' SO..nak kata kecewa pasal durian mentah tak byk dapat dr longgok yang dibeli pun tak patut jugak, kan..saya bersyukur tahun ni dpt jugak merasa durian...**ha ha ha ha, sedih je kan bunyi nya..Tahun lepas masa dia jual murah2, saya takde selera & nafsu tupai nak makan durian..sekali bila terliur, musim dah abes..dah bukan rezeki saya** Makin happy bila Inche' SO kata sekarang ni saya berda di tahap "OK" bila masak bab-bab desserts ni..kenapa Inche' SO very particular pasal tang nih? Lupa nak kasitau..arwah MIL adalah seorang housewife yang cukup pandai memasak, and she cooks different menu for every meals **sesungguhnya tak terkejar saya dengan kegigihan Mak** anyway...walau saya tahu ianya tak sehebat Arwahnya masakkan buat Inche' SO & BIL saya, tapi saya cukup puas hati atas usaha mahu meneruskan legasi beliau **ceciter....:P**

p/s: Ila Saleh, nanti aku tepek resepi bubur kacang durian pulak ek?:D

sila jangan terpedaya dengan kekusaman warnanya..saya tak gunakan gula merah tapi brown sugar...pilihan yang lebih sihat but then the color is not as nice if I were to follow the original recipe!

Keempat- selamat pergi dan pulang dr Kota Tinggi..saja berjalan-jalan dengan kazen Inche' SO, mau beli baju sedondon untuk majlis sanding seorang lagi kazen Inche' SO dan secara kebetulan, rezeki kami anak- beranak - di belanja makan oleh mereka  - bukan untuk kami actually, tapi buat birthday girl - Awin!** NI kakak pengantin - dia memang sibuk sekarang ni..mana nak keje, nak setel hal adik, barang pengantin etc..tapi one thing about her, she always smile...happy-go-lucky je..muka rezeki!**

birthday girl with her new watch **no, it's still in the box!**

Secara kebetulan pula mereka mahu makan seafood, tapi kalau boleh di tempat yang menganjur ke laut/ floating..takkan saya nak ajak ke Kukup Laut semata2 kerana itu kan..jadiknya kami semua setelah selesai shopping2 **h aha ha , konnonya!** bergerak terus dr KT , gunakan Hiway P/Gudang menghala ke Taman Perling..dah sampai ke sana, kami mulalah menyinggah dr satu restoran ke restoran yang lain, mencari menu/lokasi/makanan mana yang menarik di kalbu..kecewa sungguh saya dengan layanan restoran di bawah ni....

restoran kepunyaan bangsa kita yang sungguh TIDAK customer-oriented dan layanan mereka yang hampeh tahap dewa!Undoubtedly tempat ni punya ambiance yang menarik tapi sila jangan pergi ke DAMAI SEAFOOD di Sg Danga sebab diorang ni dah kaya, so they don't give a damn about customer!

Orang Kaya Laki Bini ni sampai dah masuk angin duduk2 belek menu..waitress-mcm-bagus tu tinggalkan family kami ni terkontang-kanting..langsung takde effort nak bersihkan meja @ entertain kami...dia lupa plet kete kami , plet "S"!

Us ladies yang dah kepenatan, and not too mentioned KELAPARAN!
** Lynn, Awin, moi & Yatie**

geram punya pasal, kami tinggalkan restoran orang kaya ni..nak ke tempat tempohari saya pergi bersama Inche' SO dengan anak3, terasa jauh pulak..lagi satu, restoran tu tak terapung pun..statik gitu je -->tak menepati tema kan namanya tu?

Kami sepakat untuk "terjah" satu demi satu restoran yang ada..wah baru saya tahu, restoran kat Sg Danga ni majoritinya last order adalah pada jam 10mlm...hah??!!!! takperlah, mungkin semua dah kaya...

pendek citer, dptlah juga makan menu idaman hati..walau tempat yang kami pergi tu tak seberapa tapi kami sungguh berpuas hati dengan layanan yang diterima..kamilah last order yang mana, last order kami buat siap mintak tolong chef masak 3x mengulang menu, tp waitress & owner tetap senyum manis sentiasa...**Senyum hati kan?** memang bukan rezeki ko lah restoran melayu, kazen Inche' SO fork-out almost RM900 for the dinner...

anyway, all in all itu saja lah yang berlaku sepanjang tempoh saya gagal meng-update blog ini..taklah happening sangat pun, but I thought that you guys should know..:P


toodles!

Saturday, April 2, 2011

packing?

dah mula mencari kotak sejak beberapa minggu yang lalu...


kenapa?

rasanya 4 tahun di JB sudah buat saya cukup tepu dengan suasananya.tambahan pulak dengan construction work di JB yang semakin banyak dijalankan, dan masih belum habis2...**harapan saya tidaklah selama pembinaan fly-over hadapan Carrefour yang hampir mengambil masa selama 5-6 tahun nak siap!**

anyway, saya cuma perlukan suasana baru...plus, saya perlukan "kawasan" baru yang punya potensi lebih besar untuk mengembangkan "sayap" perniagaan saya & Inche' SO..

terus terang saya katakan memang penat berniaga tapi saya perlu buktikan pada diri saya sendiri bahawa saya mampu...biarlah saya bersusah sekarang, tapi saya lakukan semua ini demi anak2 tersayang...

saya juga dah sign-up for insurans untuk saya dan anak2..jadinya saya tak risau- sekiranya umur saya tak panjang Inche' SO akan pastikan bahawa hak anak2 saya terjamin...

ramai yang tak tahu saya sebenarnya menguruskan 3 perniagaan serentak sekarang..kenapa banyak sangat?kerana kita tak tahu di mana rezeki kita..alhamdulillah,walau perniagaan masing2 di peringkat permulaan dan ada tu masih belum balik modal - ada juga rezekiNya buat kami anak beranak, walau sikit walau banyak- kami dahulukan anak2...

anyway, saya dah mula berkemas...dah mula asingkan mana2 barang yang perlu dibuang, yang perlu di masukkan ke dalam kotak..kalau kata takde rezeki pindah ke mana2, sekurang2nya kurang sket rubbish di rumah tu..:P

p/s: saya tidak akan sesekali membiarkan mereka yang berfikiran negatif terhadap saya mempengaruhi kehidupan saya!

Friday, April 1, 2011


durian oh durian..dah musim agaknya skang nih?

mana2 pusing je mesti ada bau, mesti ada orang jual...

tapi tak tahu pulak samada yang dijualnya tu durian Siam / durian kampung?

penah terkena dulu, beli durian kat Geylang..agaknya Inche' SO sudah kena "baca", mana taknya..Inche' SO tidak "gagap" keluar duit $130/= untuk 7 biji durian...dah beli, langsai urusan, gerak dr gerai baru dia tersedar dan tanya saya..."How much did I paid for the durians?"

Pelik!

anyway....dulu2 mak saya yang pandai/rajin belikan durian jadinya saya tak dapat mempraktikkan ilmu beli durian ni..selalunya nak cepat and confirm sedap, saya beli yang dah siap kopek & pek dlm bekas tu..memang mahal sket, tapi puas hati!

..rasanya tahun ni saya nak ajak Inche' SO beli durian kat melaka lah...**teringat satu gerai tepi jalan, along the way to Afamosa yang penuh dengan manusia berplet kereta "S" beli..katanya memang situ best!**

kalau agak2 tak tahan sangat, saya ingat nak beli je durian longgok...kalau rezeki, dapat yang sedap2 juga..kalau bukan rezeki makan mentah, rezeki buat bubur kacanglah nampak....:D

p/s: buat gula durian pun best jugak ni!:D