Pages

Monday, February 6, 2012

Serabut sikit...

Dah boleh mula kemas meja opis...
Walau x berapa byk pun "harta" yg nak dibawa balik...
Masih menanti last date dr HR..
Tempat keje baru?
Ha ha ha... Rahsia lagi..
Mana tahu dpt counter-offer dr co lain..
Bila dah cnfm betul2, baru bukak "buku" baru k?
Sementara tu- mohon dipermudahkan segala urusan yg lain..Amin!:)

Thursday, February 2, 2012

BERSAMAMU TV3

Selama ni memang memang saya mengelak untuk menonton siri BERSAMAMU TV3 ni..

sebab?

Hati saya cepat tersentuh tapi semalam entah kenapa, saya boleh terpaku menonton siri tu dan damn, air mata menitik...

kesian tgk2kan anak-anak yatim yang berjauhan dengan ibu-bapa + keluarga masing-masing..lebih pilu, bila hidup sebatang kara dan terpaksa menumpang kasih sayang penjaga dan kawan2 di asrama di situ..

semalam- cerita tertumpu kepada 2 orang anak yg punyai kisah yg berbeza namun akhirnya "bersaudara" di asrama..

Alia - anak yg kehilangan ibu dalam sebuah kemalangan yang kemudiannya di sahkan menghidap penyakit jantung...

Seorang lagi anak [tak berapa pasti namanya] berada dlm lingkungan usia13 tahun - namun tidak mampu membaca kerana meninggalkan sekolah semasa kecil kerana gigih + tabah menjaga arwah ayah yang ketika itu terlantar kesakitan..beliau dan 2 lagi adik2nya tinggal di sini setelah disyorkan oleh pengetua pusat asrama - EN JAMAL. Dia tekad mahu membantu ibunya. Jadi usahanya agak ekstra berbanding dgn para sahabat yang lain di situ - Paginya ke sekolah tadika, bersama2 dgn adik2 kecil belajar mengenali huruf + membaca, petangnya pula ke sekolah mengejar dalam usahanya cuba "mengejar" pencapaian para sahabat yang lain...Beliau menceritakan kepayahan hidup setelah kematian ayahnya..sebak + pilu - tak dpt saya bayangkan betapa remuknya hati seorang ibu bila tidak mampu menyediakan segala keperluan asas buat anak2 tersayang, kan?:(

Bila menonton kisah-kisah sebegini, ia menguatkan azam + semangat saya untuk berusaha dengan lebih gigih lagi utk mendapatkan rezeki yang bukan sedikit untuk anak3...biarlah saya susah, namun untuk membiarkan anak3 merasai kepayahan sebegini rupa, saya tak sanggup..

Ada masanya juga - saya kerap terfikir..sekiranya saya tiada nanti..bagaimanalah nasib anak-anak?

p/s: saya tahu keluarga saya will be more than happy to look after my children but InshaAllah, I will be around to see them grow up and become the perfect INSAN..InshaAllah...

Bila anak-anak tak sihat .....

anak-anak dah mula menunjukkan perkembangan positif--demam dah mula kebah, dan sela masa antara satu spike temp dgn yg lain dah mula lama..

PASTI pula dah mula kurangkan overtime di sekolah, especially bila cuti umum..**oh- untuk yg tak tahu saya bekerja ikut masa/ cuti umum negera seberang tambak ye? cuti umumnya cuma 11HARI setahun..hu hu hu hu hu**

pening kepala nak pk mula2..

tapi demi anak3, takpelah..

walau seronok **ha ha ha ha ha** keje dkt co hybrid ni, anak3 tetap yang utama di hati saya..

jadinya semalam pd 01/02/2012 - atas sokongan dan galakan Inche' SO , saya dah tender 1-mth notice pd management..yelah kan, kita masuk cara baik- keluar pun cara baik , biar nanti 0 - 0!

tapi Alhamdulillah - saya dah dpt offer keje lain sebelum saya fwd notis saya..di saat2 orang lain semua kelam kelibut nak carik keje lain, saya syukur di beri "kelebihan" ini..

moga niat saya utk menjaga anak3 sebaik mungkin dimakbulkanNya..Amin!

Saturday, January 28, 2012

bila Inche' SO mula order


Kalau nak tahu, arwah Mak Inche' SO adalah wanita tipikal yang gigih seperti ibu2 di zaman dahulu..bangun seawalnya menyediakan makanan buat meniaga, bantu suami bekerja..selesai urusan rumhatangga- makan minum anak-anak + suami, kemas rumah, basuh baju, sidai, angkat jemuran + melipat etc lah..cuma yang saya benar2 kagum adalah kerajinan arwah menyediakan kudap2an utk minum petang and to top it all, she made it from scratch **unlike moi!:P**
Dulu pun masa arwah Tok Mak ada, arwah mesti akan masak/bakar/goreng something untuk kami- pisang goreng ke, ban manis ke..apa2 lah - sebab itu saya benar2 respek dgn ibu2 zaman dahulu kerana masih cari ruang untuk berikan yang sebaiknya buat keluarga..
**pssstt: saya faham zaman sekarang cabarannya sedikit berbeza cumanya perlaksanaan harus tetap sama kan?**

Anyway, waktu lawatan pendek Inche' SO tempohari dia mula mengorder..saya dah faham - kalau dia dah mula mintak, maksudnya dia benar2 rindu dgn arwah Mak so walau tak tahu macam mana sekalipun, saya akan cuba usahakan juga utk menyiapkan hidangan yang diminta..

Kali ni dia mintak....jeng jeng jeng ...LEMPENG PISANG...

ha ha ha ha...bunyi + rupanya macam tak semenggah kan - tapi dulu rupanya arwah Mak letak dried mix fruit dlm bancuhan lempeng tu + nak masak ni kena ada skil tau..:)
So, Inche' SO was one happy bunny when he managed to get this for his tea-time on that day and guess what, the boys liked it as well...

so many more lempengs in the future..:)


Friday, January 27, 2012

Gotong Royong 1 SABAR SK SERI HARTAMAS

Entri yang agak lambat ...
tempohari ada memo dr PIBG/PTA kata akan adakan gotong royong bersihkan kelas anak2..
mula2 lemah juga nak pergi - mana taknya, hari Sabtu - awal pagi pulak tu ?
tapi oleh kerana Inche' SO ada di KL atas urusan bisnes, so mintak tolonglah tgk2kan anak yang kudut + budak montel tu kat rumah..
niat di hati taknak pergi lama2 pun..confirm tak ramai parents yang akan amek bahagian..biasalah parents dari zaman dulu lagi mmg jarang nak join aktiviti sebegini...
anyway..walau tak ramai pun yg dtg utk kelas 1 Sabar ni, alhamdulillah - apa yg bapak2 ni rancangkan menjadi & siap on that day itself...:)

p/s: ah shoot - i forgot i promised the class teacher that i will be giving her a new set of posters to be put on the boards....

Ada nampak itu board - border dan susun atur adalah adalah kreativiti moi **ha ha ha ha, kreatif lah sgt tuh!**

Nasiblah sayang anak, kan..Dtg jugak encik ni menolong cikgu conteng-conteng belakang belakang kelas..

what is wrong with this picture?
Sebenarnya yang beriya sangat nak dtg kemas kelas adalah hero-hero bertuah ni..

Tapi in the end, yang berbasah peluh ketiak- penuh debu MAK BAPAK..
Perasan tak yang ada dlm gambar ni cuma hero-hero sahaja sebab rupa2nya zaman sekarang heroin-heroin lebih suka main kat luar- lari gi kantin, gosip2 + main kejar2 sementara hero-hero lepak one corner, relax main game..:P

Cat satu kelas - betulkan border - kemas kerusi meja - bersihkan tingkap - sapu kelas - mop kelas
Siapa yang buat?
mak bapak juga yang buat..:)

Teaching my boys that the simplest pleasure in life need not be expensive


Rasanya ada yang tahu bahawa lepas Sabtu lepas **lepas je amek JGY36**, saya memang melenjan habis2an ke barat, ke timur dgn "kuda hitam" saya tu..bukan apa, saya nak try kereta - betul ke tidak dah betul2 ok..

Ntah macam mana, boleh tergerak nak ke Jalan Masjid India..Niat di hati nak belikan anak3 sejadah + kain pelikat utk kanak2 sorang satu buat dibawa bersolat sekali jam rabak daaaaa, punyalah ramai manusia kat situ..pusinglah keluar..elok je belok ke kiri nak masuk balik ke jalan besar - ada nampak adik ni jual jagung bakar..saya sendiri dah lama tak makan jagung bakar mcm ni- sekadar bakar biasa dan di selet butter...terangkat!!!!

Memandang Inche' SO workaholic tiada di KL,mula-mula takut jugak kalau2 Inche' SO bising - yelah, dia memang sensitif  + cerewet bila pat makanan anak3..lagi2 kalau dia tahu, saya beli di jalanan..tapi saya nekad **ha ha ha ha, mcmlah besar nah keputusan yang dibuat, kan? dasar drama-mama:P** saya buat pusingan U-turn sebaiknya dan park betul2 depan adik ni..Rupa2nya baru mula meniaga - alhamdulillah, memang rezeki kami. jagung 1st round yang dibakar tu mmg dah dijanjikan buat saya + anak3..harga pun baru RM2/sebatang..

Mula2 anak3 semua buat muka pelik + panik, dah tak tahu nak makan macam mana..yelah, kalau makan corn on a cob kat Nando's kan dah dibahagi 2/3..sekali dpt kali ni sepanjang2nya..masing2 dah cuak, tak tahu nak mula kat pat mana..apalagi Mommylah mula tunjukkan skil...he he he eh he...lepas tu agak2 ok sket, anak3 mula leka dgn jagung bakar masing2 sambil menonton Transformer 3...sampai Harryth beritahu saya -"That was the best corn EVER, Mommy!"

hmm...senangnya nak buatkan anak3 sukahati kan? Tak perlu belanja ratus2 @ ribu2..so saya berazam, saya akan mula bawak anak3 ke pasar2 malam atau pasar minggu jd anak3 tahu bahawa tak semua yang menarik + sedap TIDAK perlu dibayar semahalnya..:)

Thursday, January 26, 2012

CNY di opis...gong xi gong xi!


Tahun ni tak berapa meriah terasa sambutan CNY **cheewah, macamlah beraya sakan kan selama ni** Yelah, bukannya apa...selama ni di JB - jiran2 mmg akan sambut kaw2- lepas tu berderet lah kereta plet "S" park depan rumah - siap main mahjong lah, buat BBQ lah..kita yg tgk pun seronok..and jangan tak tahu, jiran saya dulu rajin beri limau + air kotak  berkotak2, belum masuk lagi ang pow buat anak3, kuah kepit, kacang ngan yin..

Tapi sebab tahun ni dah di KL-jiran kiri kanan pun balik ke Penang + yang tinggal kami2lah residen Melayu + foreigner..main mercun pun tak sehebat mana, asal cukup syarat je..hi hi hi..

Cuma tak sangka lah - masa kerja dengan Blue Star -selalunya vendor dengan jayanya akan beri sekotak limau sorang + akan ada Yee Sang session for our CS dept- itu masa keje dgn co ang-moh lah **setiap kali nak sambut perayaan besar2an- gaji cnfm akan masuk awal..tidak boleh tidak!**

Yang cuma terlebih teruja sebab co skang ni dah lah co hibrid US-Jpn kan? die-die mcm mana sekalipun - nak Deepavali ke, nak Raya ke - selagi belum 26hb- jgn mimpi nak dpt gaji :P tapi tadi masa sampai ofis - wah, dpt ang pow wooo...dan ini kali kedua sy dpt ang-pow dr opis...gong xi gong xi...:) Murah rezeki!