Friday, September 14, 2012
I am not perfect not I ever claimed to be but...
Thursday, September 13, 2012
sedih tapi dlm masa yang sama bersyukur..
2-3 minggu lepas ada terdetik di hati ni tentang keputusan untuk "mencantas" 2-3 personaliti yang pernah wujud dlm kelompok yang dahulunya dipanggil kawan @ sahabat..
kenapa di cantas?
panjang ceritanya..tapi agak2 kalau dibaca sepintas lalu entri ni pasti akan dpt samar2 cerita alkisah sedih ni..
so, dlm hati dok ding-dong ding-dong berfikir pasal tu, terlintas nak buat solat hajat supaya diberikan petunjuk tentang keputusan yang dahulunya dibuat..senang cakap, takmo pk2 lagi dah, this will be the last time I will ever ponder about this EVER!
kalau benar tersilap percaturan, saya dah memberanikan diri mahu bersemuka dan memohon maaf [kita pun dah sama2 besar, dah jadi mak2 org pun msg2] tapi kalau benar pilihan saya tepat, mcm saya katakan tadi - it will be my last time thinking about them ever again..
jadinya setelah memohon sepenuh hati, DIA maha Mengasihi semua hambaNya kan, dtglah kebenaran mengetuk @ menjenguk di rumah..Inche' SO dah panggil dia ni "mata air" saya dek keakraban kami..:P
mula2 sesi bercerita yang berkisar tentang kisah hamba ALLAH yang lain ni, tetapi tiba2 beralih kisah kepada MAK DARA dua org ni..nak disingkatkan cerita, dek kerana mereka berdua ni saya penah berantakan dengan "mata air" kerana emosi dan pe'el masing2 yang tak sudah2..namun nak dijadikan cerita, kami bersependapat utk bersemuka dan bercerita secara detail tentang apa yang sebenarnya berlaku - bukan untuk mencari kesalahan sesiapa, tapi lebih kepada mahu mengetahui apa sebenarnya yang membuatkan kami berdua bertengkar sedemikian rupa..
MasyaALLAH, rupa2nya kami ni dah kena main!!!!
bila dengan saya, mak dara berdua tu bercerita A, tp bila dengan "mata air" saya - mak dara berdua tu bercerita B...
sudahlah cerita ditokok tambah, difitnahnya pula saya, Inche ' SO dan anak3...
masa ni sebak hati saya...
apalah salah dosa Inche' SO & anak3 [yang konon2nya disayangi oleh mak dara itu berdua]..kot ye pun saya ni teruk dan dahsyat sgt sebagai seorang sahabat - takkanlah pihak yang inosen pun nak diheret masuk , nak dijadikan penyedap cerita?
sebak dan sedih sebab selama ni niat nak membantu dan membahagiakn hati seorang sahabat disalahertikan ke tahap maksimum.sudahlah begitu, dijaja pula bagai tak salah...
saya pernah terfikir - kiranya saya & "mata air" saya tak tergerak nak bersemuka, pasti sehingga kini kami tidak lagi bersahabat!
hinanya jadi manusia kiranya hidup hanya utk memecahbelahkan sesama kawan..:(
saya berikrar yang saya tidak akan lagi memikirkan mengenai mak dara berdua tersebut dan inilah entri saya yang penghabisan kali mengenai mereka..
saya tahu mereka silent reader saya - dan terus terang saya katakan yang saya tak heran!
hanya kerana saya jenis yang tak mengadu domba tentang Inche' SO kepada semua orang , saya dituduhnya di guna2kan oleh Inche' SO!!!
hanya kerana saya dan Inche' SO berada di wavelength yang sama, saya dituduh di mandrem sehabis2an?
dan hanya kerana ko perempuan jahat, ko nak pastikan semua pun terpalit dengan kejahatan ko?
terus terang saya katakan saya menyesal mempertahankan maruah mereka di ofis lama dahulu, dan saya menyesal mengenali mereka yang selama ni seperti melepaskan anjing yang tersepit - ya, saya anggap mereka berdua itu sekarang bak anjing!!!!
cuma satu ingatan saya pada mereka, buruk2 saya - anak3 saya semua lelaki..ingat! jahat3 anak saya kelak, kiranya mereka pulang selepas membuat onar [nauzubillahiminzalik!], mereka pulang tak membawak perut!
jangan sampai saya menyumpah bermula dari awak- yang anak2 sendiri takkan menyenangkan hati dan jiwa awak walau dengan cara apa sekalipun - saya & keluarga teraniaya sekarang dan kiranya kami x mengampunkan dosa awak2 sekalian, carilah kami di padang masyar utk mohon ampun di atas kesilapan sekarang!
Thursday, September 6, 2012
nak tahu ke?:P
he he he he, saya tahu make-up make-up ni basic je..
taklah sepandai mana pun, ada blend and kena dgn baju - kira okay dah tuh..
ha ha ha ha, tp sejak muka dah jahanam tuharih, nak taknak terpaksa memandaikan lagi diri nak make-up..
and sebab muka dah jahanam tu lah, terpaksa kehulu- kehilir mencari make-up yang sesuwai dgn kulit yang maha sensitif ni..
nampak jenama ni dah lama, and so-called digunakan dek semua mak-andam2 and make-up retis yang fofular so menteranaklah juga mencari kat mana boleh dapat...
ada few facebookers yang jual produk ni, tapinya hareemm.,..letak no telefon, tapi bila call tak berjawab..bila sms, tak berbalas...letak e-mail add, tapi bila email tak reply pun..alamak, parah ah!!
so, bila ternampak page bisnes ni- ingatkan sama jelah tp alhamdulillah, ni lah namanya orang berniaga..bila telefon, angkat. bila minta tanya jalan, guide dr awal sampai akhir..diatas kebaikan tulah saya tak pikir 2-3 kali nak drive dr Mont Kiara - Puchong tau...sanggup you!!!
anyway, produk ni dah lama dlm market tapi mostly dikenali oleh mereka yang bergelumang dlm arena mengandam dan make-up2 retis..Dgr katanya Miss World pun pakai wookayy?:P
harga agak mahal sket tp hasilnya mmg best!
senang nak disapu and water resistance, esp bagi muka2 yang kuat berpeluh mcm saya ni..ada a few shades available and sebaiknya pilih kaler yang sepadan dgn kulit kita - jgn one step up @ one step down, nanti nampak muka mcm kena superimpose lak kat badan..ha ha ha ha ha....
kalau ada sapa2 yang berkenan, leh PM sini - tak, ini bukan skim MLM ..ha ha ha , x takut!
Wednesday, September 5, 2012
Dulu dan sekarang...ohh yeaahh!!!
USS Adventure with Inche' SO + the boys..Panas ya amat, tak koser nak pakai make-up bagai tapi ini pre-SKII incident ye jadi tak malu sgt muka bare-naked gini:P |
Masa ni baru a few day gi chemical peeling, dah boleh pakai foundation tp masih leh nampak benjola2an jerawat.. tak suka yeewwwwwwww!! |
Baru2 ni - event? Wedding Adzrul + Farhana Light foundation - jerawat begone [happy - yeay!] tapi parut semua kena tutup dengan foundation yang mmg best! |
Tak obvious kan?:P |
Tuesday, September 4, 2012
Muka dah OK sket...
Alhamdulillah, sejak pergi Ayu Jelita Aesthetics tuharih and buat moderate chemical peeling, muka dah okay sket..jerawat batu, bapak atok jerawat semua dah kurang tapi yang sedihnya tak sempat kulit muka nak betul2 ok masa Hari Raya..so, nak taknak terpaksalah meng-ilusi optik-kan muka semasa berkunjung ke rumah sedara-mara yang mana sempat..
Sebab dah taknak terkena lagi dah dgn produk2 yang mengakal, tambahan lagi dgn kulit yang maha sensitif ni - so I am going back to basic...
Alhamdulillah, dah kurang lah sket bila guna produk2 ni..mahal pun tak mahal..just nice, masih mampu-beli and mampu-bayar..and the best part is Inche' SO pun puji kata muka dah elok sket..[kembang kempis kembang kempis!]
Sebab dah taknak terkena lagi dah dgn produk2 yang mengakal, tambahan lagi dgn kulit yang maha sensitif ni - so I am going back to basic...
Alhamdulillah, dah kurang lah sket bila guna produk2 ni..mahal pun tak mahal..just nice, masih mampu-beli and mampu-bayar..and the best part is Inche' SO pun puji kata muka dah elok sket..[kembang kempis kembang kempis!]
Subscribe to:
Posts (Atom)