Pages

Wednesday, February 23, 2011

Kecewa sangat...Ingat dah boleh settle!

saya memang dalam keadaan terdesak memerlukan khidmat bantuan pembantu rumah..

bukan apa, dengan stadi dan 2 bisnes yang perlukan perhatian penuh..saya tak mahu anak2 terbiar begitu sahaja..

Ye , memang sekarang dan dalam masa akan datang pun..anak2 memang akan saya angkut ke barat, ke timur ..pendek kata ke mana2 sahajalah saya berada..cuma skang ni, bila si IrfanZilla @ Baby Pan dah mula mahu berjalan, meneroka ke sana- kemari..agak payah untuk saya tumpukan perhatian kepada dia dan juga pada perbincangan dengan prospek bisnes niaga, kan?saya perlukan seseorang untuk sekurang2nya melihat-lihat mereka tatkala saya sibuk..itu sahaja..rumah saya pun tidaklah sebesar mana..chores pun taklah begitu banyak..dia tidak perlu memasak pun!

jadi untuk memudahkan proses, saya telahpun masukkan permintaan saya itu ke dalam web online dan alhamdulillah, ada juga yang membalasnya..Namun kebanyakannya tak menepati kehendak saya...saya taklah cerewet, cuma kehendak saya simple

a) saya lebih prefer khidmat pembantu tempatan
b) wanita -pembersih dan rajin
c) x perlu pandai masak **hanya saya yang memasak di rumah!**
d) perlu byk sabar kerana tugas utamanya menjaga anak-anak saya sahaja..

yang dtg kembali, kebanyakannya menawarkan saya khidmat bantuan dari seberang yang mana saya memang memang sudah tidak mahu lagi **buat masa ini**

anyway, semalam ada seorang wanita , CIK IZA **bukan nama sebenar** menelefon saya mengatakan bahawa beliau punya seorang sahabat, berumur 28 thn yang berminat dengan tawaran saya..siap di berikan saya no telefon CIK AZIE **juga bukan nama sebenar** untuk saya sendiri berurusan secara terus. Azie, katanya dr Batu Pahat dan tidak memilih kerja kerana ingin membantu meringankan beban keluarga..

saya terus bawak Inche' SO berbincang mengenai the lady and bagaimana caranya kami mahu approach the issue kerana ini adalah kali pertama yang mana pembantu domestik kami adalah warga tempatan..Tapi nampaknya, perbincangan kami sia-sia..seolah-olah kami dipermainkna..mana tidaknya, bila saya cuba hubungi Azie di talian hp -->hp off memanjang. saya susuli dengan 4 SMS, juga tidak berbalas..lantas saya hubungi CIK IZA kembali, hmmm..guess what? line nya engage memanjang...

hmmm?

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ini cadangan hsbd akula..masa kes maid seberang yg tak sudah2 ne.. walaupun aku rasa macam "boleh ke pakai cadangan ne?" tapi why not try utk yg ada problem nak dapatkan maid. Ko g carik kat majalah wanita dsbg yg wanita2 ada masalah mcm takde rumah tue. yg miskin.. boleh kot give a call or try..lebih baik tolong org2 macam ne dari dapatkan maid seberang yg banyak menipu..panjang tangan, etc etc

Scorpio Girl said...

itulah, aku pk kan gitu jugak..minah yang aku dok tepon/sms ni pun aku dah mula gusar..yelah pasal baya2 kita kan?tak nikah lagi....aku dah bayangkan sebenarnya perut dia ada isi and nak lari jauh2 jauh dr mak bapak dia..
ntahlah, kdg2 buntu jadinya..
dahlah kita ni nak kena keje..nak jaga anak..kadang2 seriously rasa hopeless sgt!
Inche' SO pun memang2 tak dpt nak tolong kat rumah..eventho co tu co dia sendiri, tapi takkan lah bos asek nak tuang keje kan?dia pun skang kena handle workshift pat malam **7pm-7am sebab office dia run 24hrs**..by the time dia balik, dah memang nee=-nong abes..balik sarapan and tido...jam 3.30ptg bgn and dah nak kena gerak gi keje semula...ni lah dilemma kita zaman sekarang ni beb..

but tq for the suggestion..akam ku war2kan pada Inche' SO juga..