Pages

Thursday, March 3, 2011

kes pembantu rumah domestik tempohari..

ada fwens yang dok tanya apa jadi kes minah Perlis yang nak kerja dengan saya tempohari?

kesnya-->saya kansel terus!

kenapa?

mcm ada yang tak kena dengan minah tu..

okaylah, sy faham MUNGKIN famili dia memang memang memerlukan bantuan kewangan..MUNGKIN betul adik-beradik dia 8 orang dan mak dia sakit....MUNGKIN betul line provider prepaid dia teruk di rumah..MUNGKIN dia sploh ringgit pun takde nak top-up fon...MUNGKIN itu, MUNGKIN ini..**we can play this MUNGKIN game poreber ok, get my drift?**

tapi bukan ke katanya awak nak kerja sgt utk " bantu ringankan beban keluarga"? kalau betul nak kerja, buat cara nak kerja...

kalau dah tahu kat ruang tamu takde line, gi ah dapur ke, anjung ke...mana saja lah asalkan awak dpt talian untuk di hubungi..

and kalau kata betul susah, aiks...ada hp tuh!!!

saya panas hati bila saya sms tak berjawab & saya call x berangkat!

saya dlm keadaan terdesak perlukan bantuan and this lady masih nak main hulur tarik dengan saya...

dah cukup baik saya mahu pergi naik Perlis dan amek dia dr rumah dia..saya nak jumpa mak dia face-to-face sebab..

a) saya nak mak dia tahu siapa majikan anak dia
b) saya nak jugak tahu keadaan macam mana family "susah" ni
c) saya nak tengok keadaan mak dia

yang saya perasankan everytime kalau saya bangkitkan soal nak berbual sekejap dgn mak dia, dia mengelak..

bila saya kata yang saya perlukan alamat rumah dia, dan-dan tu talian putus..

sampai ada satu kali tu saya agak hangen lah, dan saya hantar sms yang agak PEDAS sket pada dia, wah wah wah..terus masuk mode drama swasta...siap ckp sampai hati saya menilai dia sebegitu rupa, dia tak sangka yang saya anggap dia menipu soal keluarga dan kesulitan hidup dia adik beradik lah...yadda yadda yadda....**ayat pancing tahap MEGA**

okaylah, saya berikan lagi satu peluang..siap saya dengan Inche' SO bermasam muka sekejap sebab minah ni taw????

jadi perancangannya ialah untuk ke Perlis pagi Sabtu lepas Inche' SO abes kerja dan jadinya hari jumaat tu saya dah teragak nak mula pack brg2 dan dlm masa yang sama cuba nak tahu lebih lanjut lah pasal ini minah..

dlm tengahari Jumaat gitu, lepas hampir 15 msg saya kirimkan baru ada respons! okay lagi....

30 min lepas tu saya tergerak nak telefon..dapat! dia angkat telefon dan tanya saya betul ke saya nak naik Perlis?

saya jawab YE! dan saya demand **ye, saya masa ni dah takde masa nak cakap lembut2 dah** nak ckp dengan Mak dia..

"Oh, mak tengah sembahyang. Akak telefon dlm 15-20 min lagi?"

15-20 min lagi?

saya telefon sampai ke sudah, fon mati terus!!!!!

kesimpulannya: SAYA TAK RASA MOTIF UTAMA DIA MENGHUBUNGI SAYA ADALAH UNTUK KERJA..

saya dah tak kuasa melayan orang mcm ni...

sms terakhir saya berbunyi begini..

" Saya rasa mcm ada yang tak kena dengan semua benda ni. sy cuba utk membantu tp nampaknya awak tak berminat utk bkerja dgn sy. sy tak pasti samada gaji yg sy twrkan agak rendah dr yg lain-itu x masalah sy. tp kalau benar2 awk mahu mbantu keluarga, awak akan usaha lebih sket agar saya dpt berurusan dgn awak sebaik mgkin. x jodoh awak bekerja dgn sy agaknya.xpelah, sy doakan yg terbaik utk awak sekeluarga.terima kasih!"

MODE: nak cari pembantu rumah lagi........................!

0 comments: