dlm tempoh 3 minggu **termasuk minggu lepas**, Abg Ngah aka Si Kudut **Haddyff** asek ngadu sakit pipi je..bila tgk2kan rupanya separuh bibir belah kanan sudah bengkak sampai ke pipi..nak mengunyah and minum susu pun payah..sanggup Si Kudut saya tak makan and minum dr cawan semata-mata nak menahan kesakitan..
mula-mula saya tuam2kan je tapi dah masuk 2 hari tak elok jugak, saya amek kesempatan ke klinik yang berdekatan dengan Centre saya selepas habis sesi tutor-ing Joshua **owh, that's another story!** dan DR kata besar kemungkinan anak ke-2 saya tu mengalami jangkitan gusi..Jadinya Haddyff diberi ubat tahan sakit & antibiotik untuk 4 hari..Alhamdulillah, lepas habis ubat2an bengkak pun surut dan hilang..
tapi selang 10 hari, bengkak mula naik semula..
saya bengang!
tapi yang lebih penting, saya nak tahu apa yang tak kena dengan anak saya..
kali ni saya ke klinik kerajaan..klinik pergigian HSA yang ditempatkan satu bangunan dengan OPD HSA..
Ramai yang menyanggah cadangan saya membawa Haddyff ke sana..lebih2 lebih isu masa yang sering dibincangkan di surahtkhabar kebelakangan ini..
pada saya cukup mudah..Dtg awal, dilayan awal..Dtg lewat, pastinya kita dilayan lewat..
tapi alhamdulillah, "perjalanan" tempohari cukup mudah..
sampai2 terus diberi no giliran..memang saya akui, saya agak lama menanti untuk menunggu giliran masuk berjumpa DR/misi tapi kelengkapan yang ada cukup selesa..ada TV flat screen, suratkhabar dan majalah, tandas dan bilik yang berhawa dingin..**cuma ye, ada insan yang kurang siuman bercakap di telefon sehinggakan satu kampung boleh dengar bebelan dia! sungguh inconsiderate!**
anyway, baru saya tahu kenapa no saya dipanggil lewat..
rupanya mereka ada sediakan bilik khas untuk rawatan pergigian kanak2..and the staffs were very friendly and very informative..sabar sgt melayan karenah anak saya yang bermulut comel ni!
verdict?
gigi anak2 rupanya kotor..salah saya, sering manjakan dengan jajan & gula2..jadinya, staff nurse bertugas menasihati saya supaya rajin menggosok gigi anak2, dan kalau perlu gosok lebih dr 2x sehari..dia juga ingatkan saya bahawa gusi anak saya pasti akan bengkak lagi kalau saya tak memberus sebagaimana yang dinasihatkan..**yes, saya dah takut dah masa ni!**
dia juga nasihati supaya sebelum tidur a) cairkan separuh penutup botol Listerine dengan air dan suruh anak2 berkumur, b) elakkan anak2 dr makan ubat gigi mereka **ubat gigi mereka tinggi kandungan gula!** dan c) sapukan sedikit ubat gigi dewasa berflorida di kawasan gigi anak2 yang mula menunjukkan tanda2 karies **yang kaler coklat2 sket di celah gigi**
saya tengah fikirkan cara terbaik untuk memastikan anak2 saya memberus gigi dengan sempurna..mulut masing2 dah comel2 belaka..dan anak2 saya semasa menggosok gigi meraung macam lah kena dera!!!!!!
jadinya, Inche' SO dan saya bersetuju untuk belikan ...taaa daaa...
lebih kurang ginilah set berus gigi elektrikal kami
Inche' SO menapak ke Mustafa Centre **MC ni macam ASTRO jugak, macam2 ada!** dan beli set berus gigi ini untuk kami sekeluarga..Satu tapak rechargeable dengan 5 set toothbrush heads..one for each one of us!
setakat ni alhamdulillah, anak2 nampaknya seronok menggunakan set berus gigi baru ni..Haddyff & Aisy masih nak merengek sekali-sekala bila di gosok giginya dengan set baru ni..tapi Haddy Irfan, si Cif sowang ni eksaited sungguh! nampak toilet pun sibuk tunjukkan set toothbrush ni..
Moga2 gigi anak2 akan lebih bersih dan sihat lepas ni **and no more sweeling! Insha-ALLAH**
2 comments:
oh macam tu yea.. if gigi anak ada karies, sapukan fluoride toothpaste. noted that. =)
banyak kena belajar cara jaga anak dengan ko ni za.
well, mana yang boleh share, aku share beb...
ni pun tahu pasal dah sampai bengkak gusi & pipi dibuatnya...
kalau tak pun, aku tak tahu.
Post a Comment