Pages

Saturday, April 16, 2011

tetiba rajin....Inche' SO pun terkejut..

saya ada mentioned rasanya yang saya, Inche' SO dan anak3 ada berlili-lala bersama2 dengan kazen2 Inche' SO dari seberang tambak ..gi Kota Tinggi niatnya nak makan seafud je then bila tgk yang lain beli baju, saya pun terbit rasa tergoda nak beli jugak...then, nak dijadikan berita kami beli 3 pasang baju **1 pasang sowang**, bernatarkan warna hijau cuma berbeza rona warna hijau tu je..kenapa HIJAU? sebabnya, masa majlis kakak pengantin, kami mengenakan set baju maroon sepasang, sedondon dengan pengantin dan warna tema majlis..and knowing Inche' SO, he wants to be fair to everyone so we asked what's the theme color for this wedding..it's SILVER/GREY for the solemnization ceremony and shades of green for the reception..

saya dah ada 2 pasang baju metalik silver, jadinya saya memang tak pasang niat pun nak beli kaler tu, cuma saya rasa semua baju kaler hijau saya dah dipakai masa menjenguk ke belah famili sana..so, yes, I added another green to my kurung collection!

Inche' SO tanya , taknak beli baju kaler silver? saya kata TAK..saya nekad nak make-over baju saya..Inche' SO terbeliak mata **sambil senyum sinis ye, yang?** ye, saya ni kalau bab2 jahit memang FAIL!!!!!

ha ha ha, kalau nak tahu Inche' SO ada belikan saya mesin jahit kecik..konon2nya buat saya kalau2 ter-rajin nak buat langsir simple2 ke, alas cadar/katil anak3 ke..hampeh, simpan kat stor gathering dust je..

tapi saya ckp dengan Inche' SO, ini my fail-safe plan..confirm jadi punya koz saya akan cabut manik2/ labuci2 yang tinggal tak seberapa kat baju pilihan saya tu and saya akan gantikan dengan design yang lebih UP lagi..ha ha ha...Inche' SO cabar saya supaya menghabiskan projek kali ni..

saya boleh terlupa nak amek gambar BEFORE..tapi takper, nanti saya akan post gambar AFTER kay?

saya beli fixtone Swarovski dan juga manik2, labuci2 yang taklah mahal sangat harganya..macam2 warna ada..naik buntang mata masa nak pilih..nasib baik pekerja kat situ membantu saya fokus terhadap baju pilihan saya tu..kalau tak, rasanya habis satu kedai saya borong!

ada yang tanya saya , "apa tu fixstone, Za?"

hot fixstone ni actually batu2 hiasan yang dulunya dijahit di baju, tp sekarang ni dah direka untuk boleh diseterika terus ke fabrik..

cth yang selalu dihias pada tudung2 ready-wear skang ni

nampak tak pat yang kaler hijau tu, that's the adhesive part..make sure the green surface is on your cloth before you iron it, or else, instead of sticking onto your clothes, it will stick to your iron!

saya pun baru tahu bahawa batu2 yang ada kat tudung2 zaman skang ni, actually digosok je...rasanya setakat ni saya belanja tak lebih dr RM70/= utk semuanya sekali **tapi saya cuma revamp baju sahaja, kain I leave it plain**

jangan kata orang lain, saya sendiri pun rasa mcm tak sabar nak tgk hasil kerja tangan saya...tungguuuu!!!!!

0 comments: