seminggu hiatus dr blog..
bukan tak mahu update cuma tiada apa2 menarik yang terjadi dlm seminggu tu..
seperti biasa, menggagahkan diri ke opis dan menyiapkan tugasan dan rutin seharian..
saya terasa seperti saya perlu bertukar angin ke organisasi yang lain - organisasi yang lebih menghargai kedudukan saya sebagai ibu, pelajar + pekerja..
adamasanya rasa terjerat sungguh dengan keadaan di sekeliling..
sesungguhnya saya tiada masalah dengan customer dr seberang tambak, paling bangsat pun kalau mereke bersikap kurang ajar/manis, hanyalah sekadar satu panggilan and then it's done + over with...
cuma ada masa saya rasa pihak pengurusan kurang skil untuk "takel" hati kami **collective ye, bukan hanya sekadar saya seorang** sebagai staf..sikit sikit, tolak kat kami, sikit sikit tolak kat kami...**hmm**
apa2 pun saya memang ada juga tabur CV sana sini - respons? menarik sungguh - dr segi $$$, cumanya agak kurang fleksibel utk saya lebih-lebih lagi Muhd Harryth Zulfadhli **wah, formal sungguh** akan mulakan sesi persekolahan pada Januari 2012..
bulan November + Disember ni memang banyak pakai $$$..terasa jugak sebab pembayarannya selepuk!
takpelah- alhamdulillah, masih punya $$$ untuk teruskan urusan seharian..syukur!
Disember ni juga saya mungkin dpt bonus, walau tak sebanyak yang lain..
oh kenapa?
saya mula bekerja lewat kan - hanya sedari bulan Ogos dan saya memilih untuk bekerja sebagai penjawat kontrak - jadi semestinya kiraan bonus saya berlainan and juga pro-rated mengikut tempoh perkhidmatan..
saya juga sedang mencari IPTS untuk menyambung pengajian syariah pula..sayang rasanya kalau sudah ada LLB tapi tidak berpeluang menjadi peguam syari'..Tengoklah, ada kelebihan rezeki + masa, saya teruskan..tapi terus terang saya katakan, saya masih dlm proses pencarian..
mengenai pencarian rumah sendiri...hmm..
macam mana nak cakap ek?
saya buntu sebenarnya...
1- saya sebenarnya lebih suka duduk di kawasan bandar/berdekatan bandar. kalau terpaksa memandu lebih dr 30minit mahu ke KL, saya agak keberatan..
2- saya sebenarnya sudah mula rasa seronok dengan rutin yang sedia ada sekarang ni. tempat keje dekat dan accesible, tempat penjagaan + tadika + taska anak2 juga sungguh dekat + very reliable + fleksibel dan yang best lokasi kondo kami yang berdekatan dengan malls, tempat riadah -sesuai utk anak3..
kami ada ke Seremban, Seremban2, Bandar Baru Seri Sendayan, Sungai Buloh, Selayang dan banyak lagi kawasan yang berdekatan - samada harganya agak melebihi kemampuan @ lokasi yang agak tidak memberangsang **read as: tempat jin bertendang** and design rumah yang tidak menepati citarasa..jadi besar kemungkinan kami akan mencari rumah/kondo yang berdekatan dengan kondo sedia ada supaya a) tak perlu nak menggeragau sibuk nak "up-root" anak3 -nak cari sekolah lagi, nak cari daycare +tadika+ sekolah + sekolah agama dan b) oh yes, saya suka pindah- cuma saya tak kuasa nak mengemas **boleh?**
okaylah..saya nak sambung melawu kat opis ni..hari ni customer seberang tambak agak bertenang..belum lagi kot?**yeah right, wishful thinking**
2 comments:
kekadang ada masanya semua serba tak kena.. samalah kita.. pelan2 k.. cari umah takleh gesa2.. biar lambat asal puas hati.. tp jangan lambat sgt sbb next year harga umah naik 20%.. mmg $$ kena pakai banyak sbb bebudak nak masuk tadika..
itulah kan...
hmm, nak di jadikan cerita..kena tabah + kuatkan hati je lah , ye dak?
anyway..itulah, sabar + tekun mencari rumah skang ...tak kiralah landed/kondo, terima je dgn hati yg terbuka..pasal tang belanja tu, bukan apa..baru perasan 2-2 kereta r/tax mati dlm bulan yang sama..jeng jeng jeng...itu yang terasa sket tu..:P InshaAllah utk persekolahan anak3, rezeki bonus ada..tapi pening jugak..tak tahu nak beli berapa banyak:P
Post a Comment