Pages

Friday, January 27, 2012

Teaching my boys that the simplest pleasure in life need not be expensive


Rasanya ada yang tahu bahawa lepas Sabtu lepas **lepas je amek JGY36**, saya memang melenjan habis2an ke barat, ke timur dgn "kuda hitam" saya tu..bukan apa, saya nak try kereta - betul ke tidak dah betul2 ok..

Ntah macam mana, boleh tergerak nak ke Jalan Masjid India..Niat di hati nak belikan anak3 sejadah + kain pelikat utk kanak2 sorang satu buat dibawa bersolat sekali jam rabak daaaaa, punyalah ramai manusia kat situ..pusinglah keluar..elok je belok ke kiri nak masuk balik ke jalan besar - ada nampak adik ni jual jagung bakar..saya sendiri dah lama tak makan jagung bakar mcm ni- sekadar bakar biasa dan di selet butter...terangkat!!!!

Memandang Inche' SO workaholic tiada di KL,mula-mula takut jugak kalau2 Inche' SO bising - yelah, dia memang sensitif  + cerewet bila pat makanan anak3..lagi2 kalau dia tahu, saya beli di jalanan..tapi saya nekad **ha ha ha ha, mcmlah besar nah keputusan yang dibuat, kan? dasar drama-mama:P** saya buat pusingan U-turn sebaiknya dan park betul2 depan adik ni..Rupa2nya baru mula meniaga - alhamdulillah, memang rezeki kami. jagung 1st round yang dibakar tu mmg dah dijanjikan buat saya + anak3..harga pun baru RM2/sebatang..

Mula2 anak3 semua buat muka pelik + panik, dah tak tahu nak makan macam mana..yelah, kalau makan corn on a cob kat Nando's kan dah dibahagi 2/3..sekali dpt kali ni sepanjang2nya..masing2 dah cuak, tak tahu nak mula kat pat mana..apalagi Mommylah mula tunjukkan skil...he he he eh he...lepas tu agak2 ok sket, anak3 mula leka dgn jagung bakar masing2 sambil menonton Transformer 3...sampai Harryth beritahu saya -"That was the best corn EVER, Mommy!"

hmm...senangnya nak buatkan anak3 sukahati kan? Tak perlu belanja ratus2 @ ribu2..so saya berazam, saya akan mula bawak anak3 ke pasar2 malam atau pasar minggu jd anak3 tahu bahawa tak semua yang menarik + sedap TIDAK perlu dibayar semahalnya..:)

0 comments: