Pages

Thursday, February 9, 2012

Harryth's Request...

seperti biasa, tengahari saya dipenuhi dgn sesi kejar-mengejar PJ SS13- SKSH-Mont Kiara-PJ SS13 **takpe takpe sabar sket je lagi**, dan dlm stres + lapar **dah makin surut perut ni, pipi pun dah jatuh:)**, cara saya untuk hiburkan hati adalah bila saya dpt extra 45 min utk berbual dgn Abg Harryth dlm perjalanan menghantar dia ke sesi transit di PASTI..

Harryth : Hello sayang!
Me       : Hello Abang...
Harryth : Why did you parked your car so far away? I have to walk all by my self from the canteen..
              It's hot, Mommy and it is a long walk..
Me       : I am sorry but I could not fnd any parking spaces nearby the school's entrance
Harryth : So you would also need to walk AAAAAAAAAAlllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll the way here, Mommy?
Me       : Yes, Love..**smile**
Harryth : Mommy, then I know how to make sure you don't walk that far far away..
Me       : Okay, shoot!
Harryth : Why don't you buy me a handphone - iPhone4 would be my choice- then you do not need to walk 
             - you just call me and tell me that you are here ***wide grin***
Me       : Fat chance, lover boy!:P

ha ha ha ha..sebenarnya dah lama dia pancing nak suruh belikan dia phone, tapi saya selalu beritahu dia yang dia masih terlalu muda untuk mempunyai "kelebihan" tu..tapi tempohari dia ada juga bertanyakan kepada saya, kalau apa2 jadi pada saya - macam mana?..soalan dia berbunyi begini- "macam mana fwen2 Mommy nak call + inform abang yang Mommy kat clinic ke, kat kedai kereta ke- nanti kesian Abang wait for Mommy forever"..saya terdiam dan emosi sebentar..terus nangis jejeh-jejeh....:( **a'ah kadang kadang Mommy dia ni mmg hyper emotional, kememeh..sket2 nangis..sket2 nangis!**

Betul jugak kan?

Jadiknya saya buatkan kad nama dia beserta dgn contact details saya + Inche' SO supaya mudah2an kalau apa2 terjadi terhadap gentle giant saya, mereka yang menjumpai dia akan bersikat lembut + baik hati serta dpt telefon kami untuk memberitahu mengenai keadaan + di mana Harryth berada..

Mintak2 lah dijauhkan saya sefamili dijauhkan dari sebarang musibah...

p/s: saya gelarkan dia "lover boy" skang ni sebab ada 2 anak dara yang "berkenan" benar berkawan dgn dia - ODELIA and she-whom-I-do-not-know-her-name..Dulu sama2 dlm kelas 1 Sabar, tapi sejak diseliakan sebuah lagi kelas darjah satu yang baru - Odelia and the other girl was transfered over as school admin need to allocate equal numbers of non-malay students in each classes..Harryth seemed relieved kot, mebbe he felt "smothered" by the attention but he's kind enough to play with Odelia + Girl while waiting for me..

p/p/s: oh para ibu - tahu tak sekarang ni anak2 kita yang telahpun memulakan darjah satu tidak lagi di nilai melalui peperiksaan sahaja? sekarang ni anak2 akan akan dinilai berdasarkan satu sistem dan bukan lagi berdasarkan mendapat markah yang tinggi dlm peperiksaan penggal- maksudnya markah @ gred yang anak3 kita terima tidak lagi di bandingkan antara murid A dan murid B, tp dibanding terhadap satu sistem gred pencapaian standard yang harus dicapai oleh setiap anak2 bagi menilai tahap kemahiran dlm tahun tersebut..dan dlm kelas sendiri akan ada sistem LINUS [anak2 yang perlukan bantuan utk mencapai standard yang ditetapkan] dan sistem ALIRAN PERDANA [ anak2 yang sudahpun mencapai @ melangkaui standard yang tetalh ditetapkan]...wow, beza betul dr zaman kita dulu kan? dulu sapa dpt 100% je dah confirm in-line utk no 1..saya ingat lagi saya dpt no 1 untuk seluruh darjah 5 di SRKSS, maksudnya markah saya adalah kumulatif yang paling tinggi di antara kesemua pelajar dlm darjah 5 tuh **kembang kempis hidung wooo masa amek hadiah** sekarang ni utk meraih gelaran pelajar terbaik - anak itu perlu melangkaui standard  dan sikap dinilai sepanjang tahun..darn it, kalau dulu buat mcm ni - mesti saya out sebab dulu saya Penolong Ketua Pengawas yang sangat garang...:P

0 comments: