sebenarnya dah nak masuk 5 hari dah 2 ahli baru ni di bawa balik ke rumah..
comel je, mongel je..
cuma tak dapat nak gomol2 sgt, ada yang lemas kang dibuatnya..
umur baru 5 minggu - taaa daaa!
yang ni nama dia "GRIMSTONE"
[gelap sikit & lebih agresif, tak suka di belai, sombong:P]
ini pula "Hopjack"
[yang ni lebih docile, lebih peramah, dan suka sangat di belai - warna bulu lebih cerah]
sebenarnya dah terlalu lama sangat nak ada binatang peliharaan kat rumah sendiri tapi saya ni tak suka kucing [berbau dan saya tak suka dengan bau kucing dan bau najis kucing- lagi2 bila mereka tak sihat]...nak bela burung, tak sampai hati nak simpan dlm sangkar...nak bela ikan, tak larat pula nak membersihkan tangki mereka...
jadinya semasa cuti Raya tempohari , saya dah mengangkut anak3 dan juga adik bongsu saya [Girl] ke Mines dan dptlah juga ke petshop di sana..Alhamdulillah, sebab tak ramai orang di outlet sana dptlah saya berbual panjang dengan pekerja dan juga vet yang bertugas mengenai haiwan yang sesuai untuk keluarga saya... sembang2 dan sembang lagi hinggalah saya rasa tertarik pula dengan hamster ni..
tapi memandangkan saya masa tu masih lagi bermalam di rumah mak ayah di Sg Besi, saya tahankan dulu nafsu tu..he he he...balik rumah, saya berbincang dengan Inche' SO [melalui telefon] tentang pro & cons punyai hamster sebagai binatang peliharaan dan akhiranya Inche' SO memberi "green light" ...**yeay!**
0 comments:
Post a Comment