...Inche' SO tak balik Msia beraya kali ni - masa kan nak balik, tempohari kan baru "dapat" cuti paksaan dr MOM Spore?:P
tapi takpelah..
keluarga kami pun tak berapa beriya sangat pun bila menyambut Eidl Hajj ni - lebih pd utk berkumpul anak beranak dan makan2.. tahun ni tidak berkorban kambing/lembu - InshaALLAH, niat di hati tahun depan kami mahu mulakan kembali ..
baju raya?
ha ha ha ha - tak beli pun..anak3 saya pakaikan kurta yang dibelikan oleh Daddy saya dr India [ Tok Daddy mmg suka sgt belikan baju2 utk cucu-cucu kesayangan - terharu sgt! tak pernah lupa dibelikannya buah tangan] dan saya mengiring tradisi - memakai baju kurung kain sari...
ye siap kena tempelak dgn Daddy "Ni Raya Haji atau Deepavali?"
**owh, you are so funny Dad...**
tak lama pun balik kali ni - tidur semalam sahaja di rumah Daddy dan semalam pun dlm jam 4pmn, kami dah pun bergerak balik ke rumah - opps, singgah sahaja tinggalkan & simpankan makanan mana2 yg patut dan kemudiannya bergerak pula ke rumah sepupu , Kak Ina, di Puncak Alam..[kalau tak silap lah]
pergi sana mesti kena tempelak!:P
Suami Kak Ina, Abg Wan - mmg kaki usik...ada je ...tapi saya seronok sangat pasal meriah... Mak Cha pun ada - rindu sgt rasanya menatap muka2 makcik2 saya.. terubat rasa rindu!
juadah raya?
saya masak rendang daging shj tahun - menokok nambah sket lauk pauk osem Mommy masak di rumah Sg Besi - ayam masak merah, serunding ikan home made [sedap bangettt!] dan ayam goreng [khas buat cucu3 kesayangan!] - rumah Mak Cha pula - lauk lodeh, sambal kacang, rendang daging + Osmod! nyum nyum nyum..
apa itu osmod? susah nak ckp - saya cuba cari online tp tak jumpa pun "image" nya..apatah lagi resepi lauk ni...h aha ha ha ha...
takper2... dlm 3 minggu lagi InshaALLAH, saya dan Kakak bercadang nak bermalam kat sana - nak menimba ilmu memasak dgn Tok Chef aka Masterchef Mak Cha lauk rendang hitam [limpa lembu] dan saya nak menuntut ilmu masak osmod kambing ni...nanti bila impian dah jadi kenyataan, saya share di sini ye..:)
Selamat Hari Raya Aidil Adha semua...
0 comments:
Post a Comment