kisah ni macam kisah kelakar seram pun ada..tapi terus terang saya katakan yang saya benar2 takut sejak malam itu..
setelah mendapat bil yang mancanak tak hengat dek TNB, sejak menjalankan operasi bodoh-dengan bil 2 bulan sekali di sini, saya dan Inche' S.O. telah sepakat utk membenarkan anak2 semua hanya tidur di bawah, depan tv daripada memecahbelahkan mereka -->Abg Aisy & Abg Adyf di bilik , manakala saya dan Baby Pan aka Irfanzilla akan tidur di bawah..cara itu berhasil, anak2 saya yang besar sudah tahu bila tiba masa masuk tidur,diorg akan naik atas dan tidur berdua di dalam bilik, di kegelapan malam..Irfanzilla amat alergik dengan bilik itew, jangan tanya kenapa..yang tak sedapnya, bila dah berpisah tidur begitu, air-cond digunakan utk kedua-dua bilik..natijahnya?sila faham2 sendiri..
anyway, nak di jadikan cerita, saya terlelap di atas sofa besar saya itu, sambil dibuai angin hembusan air-cond yang sungguh best saya merasakan seolah2 saya berada di antara dua alam..nak kata tidur pun tidak, nak kata masih jaga pun tidak..
tang yang tak bestnya ialah, saya tak dpt menggerakkan satu apa pun bahagian badan saya and on top of that I couldn't even say a word..saya gagahkan diri, paksa diri membaca surah2 lazim, Ayat Kursi dan semua zikir yang terlintas, namun mulut saya seakan2 terkunci..saya jadi lebih takut..
dah yang lebih meyeramkan, saya merasakan ada tangan yang cuba meramas saya di bahagian atas, depan badan saya..yes, at my breasts..dpt saya merasakan bahawa airmata saya mengalir pada waktu itu..kenapa?saya sendiri tak tahu..yang saya tahu, saya takut!!!!
selesai kes itu, saya terus bangun dan ambil air sembahyang dan melakukan solat sunat..solat sunat apa, saya sendiri dah lupa tapi yang pastinya I dis that to make me feel better..dan selepas itu, meskipun saya cuba untuk tidak melelapkan mata, saya tertidur juga...
dah ini yang memeranjatkan saya..
ada seorang lelaki tua yang dtg ke arah saya.. **maaf, saya cuma boleh katakan dia tua kerana saya tak kenal , dan langsung tak boleh ingat raut wajahnya bila dah sedar** dan katakan pada saya, bahwa ada orang yang cuba menguji ilmunya, tidak ditujukan khas pada saya tapi dia cuma sekadar mahu mencuba ilmunya..itu sahaja..
ah nampaknya, saya harus semula kembali membacakan surah Yaasin setelah setiap kali solat, seperti di masa2 dulu..ya,saya akui, saya bukanlah hambaNYA yang baik..dan mungkin ini dugaan dan peringatanNYA untuk memastikan saya kembali pdNYa, sebagaimana yang patutnya saya lakukan..
p/s: tapi saya pelik tau, memanglah ini bukan kali pertama berlaku pada saya..2 kali dulu lebih dahsyat..sehinggakan saya trauma ahu ditinggalkan sendirian dek kerana bendalah sebegini..tapi setelah berlaku insiden2 itu, mesti ada seseorang yang dtg dlm mimpi saya dan mengatakan kenapa bendalah tu berlaku..siapa dia tu?
saya gerun!!
Friday, May 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
zazaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !
huwaaaaa seramnya.
ishhhhhhhh.
hmm orang kata, biasanya yang tolong bagitau something macam orang tua tu ialah kita punya nenek moyang, more like our guardian yang sayang kat kita.
orang kata lah..
coz ju pun pernah kena macam ni, (bual with somebody dlm mimpi)
my mom n her sisters pun pernah didatangi "guardian" mereka...
n pernah dulu mereka lihat sendiri bekas tapak kaki di keliling rumah, besarrr tapak kakinya. serius besar..
but my mom says, jangan takut.. coz itu guardian. hihihi.
siapalah yang nak test ilmu tu. tak baik betul. ada ke boobs yang dia gi usik. cuba lah cucuk mata je ke, tarik rambut sikit.. dah lah kan ? =P
take care za !
Erk, aku yang baca ni pun meremang tengkuk.
Paling horror part nak pegang B tu.
Ko dengan anak2 je ke kat umah masa tu?
Jue- ye ker?kalau betul Alhamdulillah...but seriously I was scared shitless lah masa tu..and yeah, saja je kan nak ramas tang tu..aku yang ngeri dia tak ingat...:(
Myza- yup, tu ko yang baca..aku yang melaluinya..yang paling aku risaukan, anak2.koz diorg semua baring dkt aku..dah terlintas masa tu, kalau apa2 yang berlaku aku rela dan redha jadi pada aku, but not to my children..
adush... ngeri sey baca cite ko ni... aku rasa btol la kot... maybe owank tua tu dah lama menjaga ko... tu yang dia sampaikan kat ko... neway, take care sis...
itulah pasal..ni kira top3 ah cerita meremang bulu roma sejak aku duduk kat rumah nih.later2 ah aku story mory tang morning glory the top2 stories menaikkan bulu roma wokey...sang nih aku just amalkan baca Alfatihah, ayat 3 Qul and then sapu semua bahagian badan yang termampu pakai telapak tangan..aku dengar kat IKIM.fm..**ye bila aku nak eam, aku kudus skejap!**
ko kena sapu darik ujung kaki sampai ke kepala... tu yang aku slalu amalkan...
itulah...alhamdulillah setakat nih berhasil..takde lagi "gangguan"..
Post a Comment