Pages

Monday, May 24, 2010

||Alhamdulillah...25 May 2010, Muhammad Haddy Irfan Zulfadhli genap setahun! ||

Saya sungguh bersyukur DIA telah meminjamkan "harta" yang satu ini sepanjang tempoh ini dan do'a saya setiap hari agar DIA terus memanangkan tempoh "pinjaman" anak ini buat kami sekeluarga selamanya.

terasa seperti macam baru semalam saya membawa dia pulang ke rumah, bermanja dan kerkepit dengan montel ini 24/7..jangan tak tahu, Baby Pan adalah ikhtiar terakhir saya untuk menyusukan dengan susu badan fully! berkat sokongan dan dorongan dr Inche S.O dan para sahabat, saya berjaya menyusukan si montok ini secara eksklusif selama 6 bulan! **dan lepas tu, saya pump juga dan campurkan ke dlm susu formula..**

dari mula terbaring, sampai boleh berguling, merangkak, turun naik tangga dan akhirnya sekarang dan boleh berjalan gagah..!saya cukup berbangga dengan kesemua anak2 saya..anak2 yang ada masanya memang cukup mencabar kesabaran namun dlm masa yang sama mampu menceriakan hati saya, teman bila saya kesedihan dan juga dlm mood swing yang tak menentu..hi hi hi:D

Muhammad Haddy Irfan Zulfadhli sekarang sudah "sombong" dengan baby foods..kalau dulu, tak makan bubur nasi, Heinz atau lambat suap, mesti ngaruk satu taman boleh dengar suara dia..tapi sekarang, dia dah rasa dia dah besar..nak makan apa yang Mommy, Abah dan abang-abang makan..

malam pun dah tak mintak susu sangat **pasal dah kenyang makan kot?** and on top of that suka sangat mandi, main air..pagi2 dia dah tahu routine, bgn seawal jam 6pm and then dia tunggu turn dia untuk mandi..dulu masa dia tak jalan lagi, saya mandikan je 3 beradik tu satu kali jalan , but now dah tak boleh..kena sowang-sowang..

once dia dah nampak abang2 yang smart pakai baju kindy, dia akan merengek kuat..nak kuwar dr cot.bila dah kuwar, dia akan jalan all the way to the toilet. Angkat baju , berangan nak bukak sendiri ..:P

kalau dlm kereta, tgk DVD macam faham je..and boleh diam tu tgk citer Ben10 ke, Power Rangers @ Transformers..cuba kalau takde, pasang radio je..mesti ngaruk jugak..hi hi hi..

anak yang cukup manja dengan saya dan Inche S.O....dan saya terasa yang dia tahu semua sayang kat dia, and that he's the last one in the family and that he'll get away with almost anything!

cukup lasak bila bermain dengan abang2..especially dengan Abang Aisy **saya tak risau sgt, koz bdn diorg almost same size!montok dua-dua!** yang saya risaukan bila dia bergurau kasar dengan AbangNgah dia, Abg Adyf yang kudut itu..

Irfan, doa Mommy semoga Irfan sihat walafiat, selamat dunia akhirat, panjang umur, jadi anak, cucu dan cicit yang dengar kata, pandai ambil hati dan sentiasa dekat pada famili.Semoga juga Irfan akan berjaya di dalam kehidupan **Inche' S.O. nak dia jadi footballer..okaylah, sowang mesti nak kena ikut jejak langkah dia ah** and semoga membesar menjadi seorang Islam yang sempurna..Insha-ALLAH!Mommy hanya akan mendoakan yang terbaik buat semua anak2 Mommy...I love you!

Happy Birthday, Haddy Irfan!

1 comments:

akulah drama queen... said...

hepi besday baby pan... jangan nakal2 sangat... cian kat mummy...