yes, Baby Pan aka Irfanzilla has just turned 1 today **yeay!!**
didn't plan to have a celebration anyway, as Inche' S.O. yang maha workaholic kembali kepada rutin asalnya..and that I was planning to celebrate it in KL with my mom and sister **yes, anak punya besday the Mommy is actually excited!**
but as usual, the boys wanted the usual cake-candle-sing routine so had to buy I cheap cake untuk mencukupkan syarat, and boy, they were loving it!
Irfanzilla masih belom mempunyai kemahiran utk meniup lilin besday dia , jadinya abang-abangnya lah tumpang semangkuk, buat-buat macam besday kek sendiri..masing-masing bersembur air liur meniup sebatang lilin cinonet itu..nak gelak pun ada, tapi tak baik..anak sendiri! **gelak jugak lah..ha ha ha**
anyway, for the both of us we have a special ritual for our boys..
we go and take the boys to the studio for their 1st, 2nd and 3rd birthday pictures complete with the big cake etc...and yeah, for Aisy-->his next pic will only be on his 7th birthday and last but not least, his 16th birthday..ad afterwards sukati ko lah nak nak celebrate dengan awek ke, dgn fwens ke..you're big enough at that time to decide..:P
Inrfanzilla punya besday narih tapi Mommy dia yang gi shopping..
bukan apa, nanti bulan Julai saya akan menghadiri kursus selama 10 minggu..
takkanlah nak pakai baju yang sama 24/7...malulah saya..
so tadi pun menapaklah **taklah menapak, memandu sebenarnya** ke Kotaraya JB.. ni bukan apa, saya ada personal boutique yang saya kerap kunjungi and I like it because of its service and the design of the kurung are mostly up-to-date..price range-moderate je..
anyway, pasalnya saya dah plan nak beli baju mahal untuk dipakai raya nanti, saya berjanji saya takkan beli kat butik itu buat kali nih..saya sudah berkompromi dengan diri sendiri bahawa saya akan membeli baju kurung buat "basahan" sahaja, yang murah-murah **sila baca: "basahan" di sini bermaksud baju yang boleh dipakai hari-hari, bukan baju di bawak mandi wokey?** and voila, saya dpt 4 pasang baju-->2 baju kurung pahang solid colours, shocking pink & dark green dan juga 2 baju kurung johor-->one in pastel pink while the other in marine blue. kali ni memang sengaja tak beli kain yang bermotif/ bercorak koz saya perasan baju saya kebanyakannya berbunga atau bermotif geometri yang bertujuan menyembunyikan ke"chomel"an saya..ha ha ha ha...
and guess what's the damage like?
4 pasang baju hanyalah **jeng jeng jeng jeng** RM154.00 wokey..?? saya sungguh seronok..selepas ini saya berazam untuk membeli baju kurung pakai hari-hari hanya di sini...owh sila tahu, saya beli baju saya di SECOND CHANCE(sg) aka FIRST LADY(my)...
and then just nice, kat Kotaraya ada jualan kerongsang TERBESAR **kononnyalah!** dan saya berjaya "merembat" 10 ketul kerongsang chomel for only RM10/=..kemudian walaupun saya masih belum bertudung , namun saya kerap membeli selendang lilit atau tudung utk dipadankan dengan baju2 yang saya beli.Inche' S.O pun dah tak kuasa nak tanya koz dia tahu saya akan jawab with my overused phrase "Buat persediaan!"..saya tanpa segan silanya telah membeli 4 helai tudung untuk dipadankan dengan baju2 baru saya tadi and voila..saya mendapatkan 4 set baju lengkap selendang dan brooch dengan hanya harga RM185.00..I am a happy camper today koz saya rasa macam saya dpt banyak barang tapi cuma habiskan duit Inche' S.O. dengan begitu sedikit sekali.. **dlm masa yang sama, saya keciwa pun ada..rasa macam tak puas hati sebab dah terbiasa belanja banyak ...ha ha ha, sila tahu **
oh yes, esok misi memandu ke Mustafa Centre..he he he..ingat tak plan tertangguh dr hari Sabtu lepas..ha ha ha, sila tahu plan di jadualkan berjalan dr jam 10pg-3ptg esok..bukan apa, nak elak jam kat Causeway tu..:P
ada sapa2 nak ikut masuk Spore?
Tuesday, May 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment