Monday, May 3, 2010
:: Selamat Hari Jadi ::
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Mommy **aka Tok Mommy** ....
Happy Birthday to you...
Ucapan selamat di atas ditujukan khas buat ibu / mama/ Mommy saya yang tersayang, Puan Salbiah Hj Md Tahir, yang menginjak ke usia yang ke 55 pada tahun ini..
seorang isteri, ibu dan nenek yang cukup tabah, kuat dan sentiasa bersemangat..seorang pendidik yang di sayangi anak muridnya **buktinya, Mommy saya adalah seorang guru disiplin yang memandu BMW 3 series nya ke skolah okay..setakat ini belum lagi saya dengar keluhan keretanya di calarkan anak2 murid gampang di sekolah beliau!**
saya tahu saya banyak kecewakan dirinya..
saya tahu saya bukanlah calon anak yang sempurna, tapi saya yakin dia tahu yang saya telah berusaha sedaya saya untuk membahagiakan dirinya..cuma saya juga yakin, apa jua yang telah saya lakukan atau yang akan saya lakukan masih belum cukup untuk menebus kembali segala keresahan, kekecewaan dan juga kesedihan yang telah saya lakukan terhadapnya..
doa saya kali ini adalah supaya saya benar2 dpt memberikan beliau sepenuh kasih sayang, cinta dan amalan agar beliau dapay menjadi seorang ibu yang benar2 bangga terhadap saya...
You're the best Mom in the whole wide world, Mommy!
p/s: saya banyak bersikap tidak adil kepada ibu saya sepanjang tempoh membesar, kini dengan anak2 sendiri saya baru tahu hidup sebagai seorang ibu ini tidak semudah yang dijangka kan...Mommy, maafkan Angah!!!
Labels:
birthday
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
betul tu za, bila dah jadi mom ni baru sedar banyaknya pengorbanan ibu kita kan ?
semoga ibu2 kita panjang umur & sihat selalu.
doakan yang baik baik untuk mereka.
=D
ye yang...itulah kan?
bila dah jadi mak-mak ni lah baru tahu kepayahannya..ni baru sekejap..our mothers dah bela kita dah almost 30 years...
happy birthday to ur dearest mommy ... moga dikurniakan kesihatan & kebahagian ... amin!
TQ, Sis!:D
Post a Comment