**this is just a personal opinion of a normal bystander entitled to her own opinion, not meant to be taken as a provocation and cannot be quoted for whatsoever reason**
soal subsidi minyak yang dibangkitkan baru-baru ini menyaksikan beberapa sahabat saya yang agak vokal menyatakan kelantangan menolak mentah2 cadangan kerajaan tersebut..
pada saya, simple...orang Melayu kita sudah mua, banyak lemak..masih mengharapkan segalanya disuap dengan sudu emas setiap bantuan, setiap permintaan yang diminta dr pihak kerajaan..
konsep ketuanan melayu yang sebenarnya berlandaskan kepada sesuatu yang serius kini dijadikan bahan lawak jenaka rakyat dr kaum lain..
sedih sebenarnya..
banyak bantuan yang diberi sebenarnya buat orang Melayu itu pun masih tak cukup lagi ke?
subsidi minyak di beri, ada yang mengambil kesempatan dgn menyeludup minyak ke negara jiran untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda..
mungkin mereka di negeri lain, tak terasa..but ask any fellow johoreans, the massive lots of people buying petrol/ diesel at gas stations in JB are from abroad..
maksudnya secara tidak langsung, duit kerajaan secara tidak langsung menyenangkan orang seberang tambak..begitu juga dengan subsidi gula, minyak, beras...
kadang2 menyirap rasanya bila tgk all the sporean cars lining up to buy petrol and then pusing balik masuk negara sendiri..sekatan tangki penuh yang "cuba" dilaksanakan terhadap kereta warga asing tu hanya untuk satu pam minyak.. kalau dekat JB ni, berlambak pam minyak dlm lingkungan 20km dlm perjalanan nak masuk KIK...berenti pam A, isi X liter...berenti pam B, isi X liter..berenti pam C, isi X liter..so on and so forth, and then by the time they cross the border, they have their car tanks filled up with the subsidised petrol meant for Msians only! hmm...
bila diberi bantuan pinjaman kewangan utk belajar, anak melayu lebih suka beli motor/ hp mahal2/ naik flight ke sana sini..sebab apa?kalau nak harapkan duit mak bapak, memang tak mampu, kan?
bila diberi bantuan pinjaman kewangan utk berniaga, ambil duit terus lari??!!!jadinya mereka yang lain, macam mana pulak nasib nak cuba meniaga...
pihak pembangkang pulak makin galak nak menyogok janji2 hampeh yang saya rasa sungguhlah tak masuk di akal..
harga minyak dah tentu2 naik kat pasaran antarabangsa, ko nak turunkan lagi harga minyak di pasaran..
korang taknak subsidi di kurangkan, tapi masih lagi nak berbelanja lebih..
kalau benar lah ikhlas nak membantu, siapkan tangga cukai yang lebih berpadanan buat mereka yang mempunyai kemampuan yang lebih..tapi kalau sebut macam tu, katanya tak adil koz I worked for my money..i deserve that!
mana keikhlasan kita sebagai rakyat Malaysia sebenarnya?
rakyat melayu sedarlah..jangan sampai kita ketinggalan dan menjadi seperti orang melayu di seberang tambak yang seolah2 menumpang di negeri sendiri...sampai terpaksa berkhemah di tepi pantai anak beranak kerana tak mampu hidup di negeri yang kononnya bersifat adil kepada semua rakyatnya..
duduk, fikir...
Thursday, June 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment