Pages

Tuesday, March 15, 2011

AksiTerlampau..

ini anak sorang memang ada nampak extra lasak sket dr abang-abang dia..ni adalah contoh terbaik dr dia..insiden berlaku dlm minggu lepas..

Baby Pan aka IrfanZilla memang rajin bereksperimentasi dengan barangan dlm rumah ni..panjat sana, panjat sini...terjah sana, terjah sini...wah wah wah!kalau dah bangun tidur tu, watch out!

Baby Pan **bukan nama sebenar** telahpun banyak kali melakukan aksi terlampau ini di rumah, namun dengan menggunakan alatan lain seperti basikal, walker etc..namun sehari sebelum hari kejadian Baby Pan telahpun mengetahui bahawa jika dia menterbalikkan bakul baju kotor, dia akan dpt mencapai barang2an di tempat yang jauh lebih tinggi dr capaian maksimum dia sekarang...

jadinya, setelah Abahnya bergerak ke tempat kerja..dia mulakan langkahnya!

Step 1
menterbalikkan bakul baju

Step 2 
tolakkan bakul baju berdekatan rak ASTRO, DVD etc 
MISI: capai ASTRO dan tukar ke cenel PlayHouse Disney- ch.613

Step 3
cuba memanjat ke puncak bakul baju

Step 4
cuba imbangi badan di atas puncak bakul baju

Step 5
tertonggeng dengan jaya, dan jatuh..dan secara kebetulannya jatuh di atas toys yang berselerak di lantai..

Hasilnya...taaadaaa!!!



ni masih sempat lagi nak posing tau walau mata masih bergenang air mata!:P

0 comments: