Pages

Tuesday, March 22, 2011

Buku Iqra'

alhamdulillah, memang senang nak mengajar anak-anak mengaji gunakan buku Iqra' ni..saya benar2 terkejut bila Aisy lancar dan senang tangkap bilamasa sesi saya membimbing dia mengaji setiap hari selepas solat Maghrib tiap-tiap hari...


solat?

buat masa ni, memang anak2 mengikut Inche' SO setiap kali dia bersolat di rumah..comel je tgk anak2 mengikut solat..Yang sulung dah memang boleh ikut pergerakan perfectly, si tengah ngikut sebab nampak rotan panjang Inche' SO letak sebelah sejadah...Baby Pan..haha, ni memang mengikut juga..tapi bila orang sujud, dia menelentang terus..tapi Alhamdulillah, anak2 memang mula2 ada rasa terpaksa tapi lama kelamaan dah tahu rutin..cuma satu sahaja, sebab Inche' SO keje shift solat jemaah tu hanya tertakluk pada solat Zuhur & Asar..Waktu Maghrib & Isya', anak- anak besar melayan Baby Pan jadi si mongel tu tak menggangu saya bersolat..**guilty pangs big time!**

tapi nak minta tolong lah..

ada tak cara/ method terbaik untuk ajar anak2 bacaan dlm solat..surah lazim etc..sebab, kalau hanya sekadar mengulang bacaan pendek2 seperti dlm Iqra', Insha-ALLAH, takde masalah...tapi surah lazim agak panjang dan bacaan pula dlm bahasa arab..jadi any ideas friends?

1 comments:

me_czar said...

Asslm,

Repetition.

Masa kami mula-mula nak ajar anak2 al-Fatihah, macam tu lah. Selalu bacakan/dengarkan pada diaorg, lama-lama dia ingat sendiri.

Tapi untuk satu2 masa, cuma fokus pada satu atau dua bacaan sebelum proceed pada bacaan lain.

Sekarang, dah masuk kindy, cikgu2 ajar kat sekolah. Kat rumah cuma buat revision aje la.