bohong kalau ada orang tu kata yang dia bukan mata duitan..
kenapa?
sebab kita hidup kat dunia ni kalau takde duit, boleh mati!
sakit, kena gi klinik...kalau kata pergi klinik kerajaan pun --> tetap nak kena hulur RM1, kan?
kalau ada kerja, nak kena pi keje -->pakai kereta, kereta kena isi minyak--> bayar duit minyak, instalment kereta --> pakai $$$ kan?
tu, baju yang di pakai pun beli pakai daun kering ke?
anyway, itulah isunya sekarang....
Inche' SO pulang dengan cerita bahawa ada kawan dia dpt offer untuk meniaga dengan seorang "usahawan" dari Cambodia...jual besi buruk...siap mintak tolong Inche' SO surveykan harga kalau nak transportkan besi buruk tu dr Cambodia ke negara2 lain like India etc..
saya tak bukak mulut, yelah...takmolah nanti di label pendengki etc **orang kita ni kan rajin gitu, kalau orang ckp lebih sket je yang kita ni jenis tak boleh org lebih sket dr kita kan?**
oleh sebab nakkan $$$$ extra ni, Mr A, Mr I dikatakan sanggup amek cuti 3-4 hari tinggalkan anak isteri nak fly ke Cambodia, business class flight seats seperti yang dijanjikan oleh "usahawan" tu...
Thursday lepas sepatutnya flight dijadualkan berlepas...siap anak bini hantar ke airport..hah kau?!!!
rupa2nya kena kencing hidup-hidup!
Inche' SO telefon saya kata yang Mr A mintak tolong amek dia dr airport balik ke rumah...
dlm kereta rupanya Mr A buka cerita...ceritakan dr A-Z macam mana kenal and macam mana boleh terbukak cerita pasal bisnes ni etc.. dan rupa2nya "usahawan" yang sama juga sudah approach Mr I tentang "offer" yang sama..Mr A & Mr I duduk minum sama-sama dan dr satu cerita ke satu cerita, barulah tahu bahawa "usahawan" tu adalah usahawan yang sama menawarkan "kekayaan" dr negaranya...
apa yang Inche' SO & Mr A tak tahu ialah Mr I sudah campak SGD30K pada "usahawan" tersebut yang konon2nya dalam kesulitan dan perlukan wang tersebut untuk melangsaikan hutang judinya di Spore sebelum pulang ke negara asal..
macam2lah yang dijanjikan oleh "usahawan" tersebut to the 2 misters..**nasib baiklah Inche' SO tak termakan umpan!** dan segalanya lead up to Thursday's incident when the ground staff at the airport confirmed that their names were not listed to board the said flight!!!!!!!
adamasanya saya tepuk dahi bila dengar cerita sebegini..
orang kita memang senang sungguh kena tipu...baik dengan bangsa sendiri, mahupun bangsa lain...:(
apa nak jadi??
**mesti dalam hati tengah pk macam mana nak explain kat family yang duit simpanan 30K hilang dlm sekelip mata**
0 comments:
Post a Comment