Pages

Sunday, March 6, 2011

security guards? apa itu security guard?

baru-baru, negara dikejutkan dengan kisah seorang ibu & anaknya yang mati di dalam kebakaran yang berlaku di rumahnya apabila pihak bomba gagal untuk sampai ke tempat kejadian kerana tiada pakcik guard di guard post ...ngeri bukan?orang yang diharapkan dpt menyenangkan hati dan memberikan sedikit sebanyak ketenangan jiwa sebaliknya menjadi pembuat onar...


kawasan perumahan saya juga ada perkhidmatan security..kawasan perumahan yang saya duduki ni biasa2 saja...bukan jenis elit, jenis merempat setinggan pun bukan..

oleh kerana bukan rumah sendiri **that's a whole different story**, saya tak berapa cerewet sangat sebenarnya cuma masalah mula timbul bila Inche' SO mula bekerja shift secara tetap sejak beberapa tahun yang lepas...

kawasan rumah saya ni adalah antara yang paling  'veteran' di JB..jadinya, penduduk di sini adalah mostly Uncle-Auntie yang sudah pencen, berWang dan ada yang jenis dijenguk anak hari-hari **mcm jiran sebelah saya ni..anak2 duduk merata JB tapi tang dinner mesti kat sini...abes dinner, zzoooommm balik rumah memasing** tapi "kosong" lepas jam 12 malam..

sebelum ni ada terdengar juga cerita tentang rumah yang kena pecah masuk ...kebanyakan pembuat onar akan memanjat pagar dan geledah kereta dulu sebelum pecah masuk rumah...tapi setakat ni, takde pula dengar cerita sehingga melayang nyawa bagai..

jiran depan rumah ni ambil langkah drastik...siap pasang motion sensor yang lampunya betul2 berhadapan dengan tingkap master bedroom..oh, sila tahu ye..rumah kami di main road, makanya akan ramailah manusia/anjing/kereta yang akan lalu lalang....natijahnya? hampir setiap jam, mesti ada dlm 10-12kali lampu terang dahsyat tu menerjah masuk ke bilik..**maaflah, tak semua jiran saya ni bertimbang rasa...saya tak kuasa dah nak maki hamun..jenis yang tek faham bahse!**

oleh kerana sampai satu tahap, kejadian itu terlalu kerap sgt berlaku, pihak AJK penduduk bersepakat mahu menggajikan syarikat security untuk jaga kawasan perumahan kami ni..saya tak kuasa nak pergi kerana

a) saya penyewa sahaja
b) saya kaum minoriti , confirm saya kalah kalau saya usulkan apa2 pun...:P
c) perbincangan dilakukan dlm bahasa ibunda mereka, saya out!

anyway, mereka pun "menjemput" penduduk sign up untuk servis ini dengan disclaimer menarik "kalau boleh akak sign up lah untuk security ni, sebab kalau tak cukup korum kami tak boleh beroperasi" - " akak ada dengar kisah pecah rumah 2-3 menjak ni, pihak kami ingin membantu kurangkan kejadian sedemikian kalau tak pupuskan terus masalah tersebut"

saya berbincang dengan Inche' SO..so how?

Inche' SO kata if it gives me peace of mind, why not?lebih2 lagi hanya saya & anak2 sahaja di rumah most of the time..

so I gave it a go..dan terus terang saya katakan, saya cuma melanggang khidmat mereka sekadar 3 bulan pertama sahaja...

kenapa?

masa sign up, kena bayar RM150 ..understandable. RM50/monthly fees and juga RM100/ "wang sumbangan" untuk bina pondok , pagar besi dan sebagainya..

saya takde masalah sebenarnya kalau nak ditahan setiap kali keluar masuk rumah " hey, I used to be an army brat..keluar masuk kem lagi kena cek itu ini, lagi cerewet" tapi bayangkan apa gunanya ada 1 main entrance and 1 main exit, kalau masih lagi ada "kelompangan" yang membolehkan orang luar keluar masuk kawasan perumahan kami ni?

setiap kluster rumah teres kami ni ada sebatang jalan yang menghubungkan jalan utama kawasan perumahan dengan jalan utama kawasan pernigaan, dan jalan-jalan inilah yang dibiarkan terbuka sepanjang malam...errr, hello?what's the use of having a guard post when people can just skip the main entrance and use the 4 alternative routes into the housing area?

so masuk bulan ke-4, saya katakan pada that lady yang datang mengutip duit bulanan bahawa selagi tiada extra security yang di berikan, saya tidak lagi akan menghulurkan "sumbangan" pada perkhidmatan yang ditawarkan...

selepas itu, saya rasakan kebanyakan penduduk pun mula protes atas alasan yang sama..barulah sedikit2napak ada perubahannya..

saya?

masih tidak lagi melanggan perkhidmatan mereka..tapi saya sudah mula ambil langkah keselamatan extra untuk memastikan hati saya tenang tahu bahawa saya dan anak2 selamat di rumah....

0 comments: