Pages

Sunday, March 13, 2011

Nostalgia di USMCK..

Masa di USMCK, saya masih galak main hoki..

nak buat mcm mana, dah minat kan?

biar senget /retak batang hidung.....biar berjendul dahi.....biar "rentung" kulit....biar berketak tulang kering.....biarlah masuk Lab untuk amali dengan baju basah dek peluh **dengan secara automatiknya labcoat juga akan basah & masham!**...biar!

tapi dek sebabkan minat....memang!

Coach masa tu En. Hera Singh.memang best..badan je besar, tapi stamina mengalahkan kami yang muda-muda belia ni..:P selalunya kami kena lari keliling padang dlm 10 round..biasalah budak muda, ingat nak abes cepat je..baru 2 round dah tercungap..stamina memang out! tapi dia lari steady je...dan ye, tak dinafikan memang dia comel!:D

disebabkan kami ni kampus cawangan, satu kelebihannya ialah everytime ada pameran/ kejohanan /pertandingan peringkat Universiti, kami confirm kena travel naik ke Penang..berapa lama tempoh dlm bas yang selayaknya dia jadikan tukun tu?**masa tu lah, dengar kata skang, bas USM dah cantik2 dan baru belaka!**

Tak ingatlah..yang pastinya, selalunya kami di beri bas yang besar gedabak tu for the team ..ha ha ha, bayangkan kalau sorang satu amek satu row pun masih ada berbaki row of seats, kan? Lagi satu, kalau travel, rasanya dah naik berlengas **mana ada aircond, wind-con je**, kenyang-lapar-kenyang balik pun belum tentu dah sampai..:)

tido-bangun-tido-bangun-tido...........

anyway, saya seronok sangat ke sana sebab

a) dpt tengok Desa lain **kat USMCK cuma ada satu desa masa tu - DesasiswaMurni DM**, kat kampus induk bersepah....

b) dpt rasa macam2 lauk pauk "normal" **tiada unsur-unsur lauk berkaitan dengan lauk pauk Kelantan doploh pat jam!**  kat kafeteria yang maha bersepah kat sana..**secara purata satu Desa, 1 kafeteria ** and yang paling memalukan, kafeteria DM kami penah ditutupselama seminggu dua sebab banyak sangat health & cleanliness violations -->sedangkan kami ni kampus perubatan & kesihatan..how ironic is that, huh?

c) saya selalu diberi kebenaran Sir Hera untuk memandu kereta beliau/ kawan beliau ke mana2 di Penang asalkan berdekatan dengan kampus..ha ha ha ha...

d) oh yes, this would be the highlight of my visit...beli JERUK BUAH SALAK!:) heaven!


rindu sangat nak makan jeruk ni...

p/s: nasib baik ada Kak Mas - terubat jugalah napsu nak makan jeruk unik ni....

0 comments: