Pages

Saturday, March 26, 2011

terlepas pandang, mungkin....

cerita ni cerita lama...mungkin dah berubah pun keadaannya di zaman sekarang nih...namun cerita di buka balik setelah ramai sahabat yang juga ibu mengeluh kerana anak makin kerap tidak sihat kebelakangan ini..mungkin dengan cuaca yang tidak menentu, H1N1 yang masih lagi "ada" di luar sana...kisah mereka mengingatkan saya mengenai pengalaman saya berkampung di hospital....

2005- Muhammad Harryth Zulfadhli  @ Aisy dimasukkan ke hospital selama 6 hari kerana masalah juvenile asthma yang agak teruk..kena menghadap "nebulizer" setiap 4 jam sekali dan berkemungkinan di-intubate sekiranya keadaan tidak beransur pulih pada masa itu..kritikal saya rasa..yelah, ibu muda..pada siapa saya mahu mengadu...lagipun, bila sudah mula hidup berkeluarga, takkan asyik mahu berlari pulang kepangkuan mak bapak kan setiap kali ada yang tak kena..

Alhamdulillah, pada masa tu sudah mula bekerja, sudah ada sedikit simpanan di saat2 kecemasan seperti itu..tapi, agaknya DR membaca riak muka saya yang risau mengenai $$$ jadi dia refer Aisy ke GHKL sahaja..dia yakinkan saya, GHKL punya fasiliti yang cukup dan staf yang mampu untuk membantu mengembalikan kesihatan anak saya, dengan izinNya..

Walau berdebar, saya kuatkan hati..say beritahu Inche' SO yang anak tepaksa dimasukkan ke wad dan buat seketika dia terdiam..tapi dia yakinkan saya bahawa dia akan ke KL sebaik sahaja urusan usai ....

saya terharu dengan layanan para doktor & kak-kak misi di sana..mesra walaupun penat..dan fasiliti tip-top..biasalah kalau katil agak berkeriut dan berkarat sedikit..tapi kipas masih berpusing, TV -masih "watchable"    dan yang selesanya, cot anak diletakkan bersebelahan katil ibu yang menemani anak2 yang kurang sihat di wad ...satu bilik dimuatkan hanya 4 kanak-kanak..Jadinya bilik yang diberikan cukup sesuai dan selesa untuk 4 orang kanak-kanak, 4 orang Ibu dan kelengkapan meja sisi untuk menyimpan barangan peribadi. owh , lagi satu GHKL ada menyediakan bilik khas untuk bapa-bapa tidur, rehatkan badan, lelapkan mata ..inilah hospital yang dibina kerajaan!

apa yang hebat sangat, katamu?

tang katil buat ibu itu! bayangkan jika ibu tidak diberikan katil..

mau patah tulang belakang ibu merengkot tidur bersama2 anak, menumpang di baby cot..sudahlah anak tidak sihat, kita sendiri tak selesa tidur..kan parah namanya? itu kalau sekadar menjadi "penumpang tambahan" selama 2-3 hari..bagaimana pula seperti saya, 6 HARI? **ada kakak di situ yang mengaku sudah "bermastautin" di wad tersebut hampir 3 minggu!!!**

2008- saya diduga lagi sekali olehNya...kali ni giliran Muhammad Haddyff Zulfadhli @ Adyf..demam panas secara on-and-off yang cukup merisaukan saya..sampailah ke satu peringkat, dia boleh menggelatuk mengigil seolah kesejukan walhal badan tidak terlalu panas/ sejuk bila dipegang..bila bergegas ke hospital swasta berdekatan dengan rumah saya, dr sahkan beliau "panas dalam"...ujian darah pula selepas itu mengesahkan anak saya terkena jangkitan H1N1...Alhamdulillah, rawatan diberikan cukup baik **berbaloilah dengan caj yang dikenakan..11 hari di hospital - makan $$$ riban jugalah...nasib di tanggung kompeni!**

anak sudahlah cukup derita dengan IV drip di pasang berselisih tangan..merengeknya lain, mengadunya lain..dan saya? cukup sedih..ibu-ibu di sini tidak diberikan kemudahan katil, tapi kerusi lipat getah...tiada alas/bantal/selimut buat kami...terus terang saya katakan, saya lebih rela tidak makan mengikut menu ekslusif di wad itu, asalkan diberikan tempat yang selesa utk zzzzz.....kerusi malas itu pula terhad! siapa cepat, dia dapat...macam mana pula tu?walaupun Adyf terpaksa ditempatkan di bilik 1st class **kuarantin**, namun kelebihannya hanyalah pada tandas/ bilik mandi sendiri..:(

jadi buat ibu2 yang ghairah sangat mahu ke hospital swasta, bandingkan dulu kemudahan yang bakal diberi..tak semestinya yang lebih mahal itu lebih baik..

p/s: bukan niat untuk mengutuk, cuma utk di-share pengalaman bersama...itu sahaja!


p/p/s: entri tidak bergambar...dulu masih belum menjadi "crazy-shutterbug" seperti sekarang...:P

1 comments:

Unknown said...

sebab itu kalau akula pergi ke hospital yang dah biasa..so tau facilities camana.. sekarang ne biasa pg kpj kajang. aku & hubby dah penah warded kat sini. kalau bersalin g hukmsc..dah 2 kali bersalin sini(ne myza la yg purposed hehe)

dah tau jalan, laluan & doktor apa yg patut dijumpa..+ rekod kat sana..senang tak payah nak registration bagai...and pok pek sana-sini..dah la sakit lagi mau pok pek..adehhhhhh..tak mo..