Pages

Wednesday, April 13, 2011

tak update ..kenapa ek?

ada jugak sahabat yang menegur apsal ada hiatus skejap dr dunia blog ni..

takde apa2 yang ganjil, cuma rasa macam nak bersendiri sekejap, merenung diri sendiri...

rasa tak keruan, sedih dan bercelaru semua ada..

cerita ni sebenarnya dah mula dlm 10 hari yang lalu..dlm happy2 jengjalan, beli baju sedondon dengan cousin Inche' SO yang lain untuk wedding seorang cousin di bulan Mei nanti dan makan2 seafood, Inche' SO sugul sekejap lepas menerima panggilan telefon dr kawan satu sekolah dulu...

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..rupa2nya sahabat tadi menyampaikan berita bahawa salah seorang sahabat sekelas Inche' SO telah pulang kepadaNya..kami cuba menghubungi balu, anak2 arwah tapi mungkin mereka sibuk jadinya panggilan kami tak berangkat, tak berbalas..

lama Inche' SO mendiamkan diri dalam kereta...saya tak mau mengusutkan keadaan, jadi saya diamkan diri..

tak saya duga Inche' SO mula bercerita saat2 nakal semasa dia bersekolah dulu..

geli hati pun ada, cuak pun ada..tak sangka Inche' SO senakal itu masa muda2...**ha ha ha, saya pun tidaklah sebaik mana pun:P**

dan hampir setelah 10 hari berlalu, tiba2 tadi Inche' SO bertanyakan pada saya sebelum dia mula bekerja ...

"Kalau I takde nanti, macam mana dengan You dengan anak3? Arwah sebaya I, yang "

sayu, hiba dan tersentak juga dengan pertanyaan itu...saya gagahkan diri, senyum tapi dlm hati DIA sahaja yang tahu...

saya tahu ajal maut itu ditanganNYA, tapi sesungguhnya saya tidak bersedia...

saya masih perlukan bimbingan dan kasih sayang dr dia..anak3 juga begitu...

tetiba mood saya terus kusam, mendung...:(

2 comments:

cik puan sewel said...

Allah akan mengambil seseorang bila semua urusan dia telah selesai... insya Allah masa tu pasangan n anak2 akan bersedia...

Scorpio Girl said...

I know...

cuma mungkin he caught me off guard dengan soalan macam gitu kan?aku nak jawab apa..sebenarnya meang aku masih belum ready, tapi bak kata ko ajal maut ditanganNya, siapa kita sebagai hamba nak mempersoalkan itu semua..

aku cuma harus mula bersedia dr sekarang nampaknya...:(