Pages

Sunday, May 22, 2011

ada jugak ek manusia macam ni...? ULTIMATE CHEAPSKATE!

hari Sabtu yang lepas, secara kebetulan Inche' SO lambat balik kerja dr shift malam dia..jadinya dengan baik hatinya Inche' SO suruh saya siapkan anak2 untuk bersarapan di luar... dan sebab dah lama tak ke McD, jadinya itulah destinasi kami buat sarapan pagi semalam...

nothing weird much happened...
macam biasalah :

a) mak bapak yang jenis tak faham bahasa..dah terang2an kat luar bilik mainan anak2 tu kan dah disediakn rak kasut..tak saja je dibiarkan anak2 masuk berselipar, berkaki ayam semua...saya kadang2 tarik muka juga..rupanya ada juga parents yang jenis muka tembok ek? dah kalau gitu caranya, saya pun mula up volume lah.. direct shot! " Aisy, Adyf , Irfan..Don't forget to take off your sandals and put them nicely on the rack. You never know where you've been..." agak2 tak faham lagi, saya up volume lagi "Harryth, kan Mommy pesan suruh bukak kasut? kan ada rak sebelah tu..nanti habis kotor kaki semua orang dlm tu..timbangrasa nak..Bukak sekejap je, nanti dah habis main pakai balik.Tak hilang kasut tu" 

hah..selalunya kalau saya dah mula nyempreng guna bahasa Melayu, barulah akan nampak sedikit pergerakan  positif dr mak bapak yang buta huruf, buta kayu ni..**bak kata Pendekar Mustar kan?:P**

b) pe'el pengujung McD yang makan bersepah satu meja...astaga, sekor2 dah boleh jadi mak bapak orang dah..tapi no table manners at all...at dulang McD tu jugaklah diletaknya sos, nak dicelet dengan fries..hullo Uncles - itu kertas printing lah..ada KARBON dan arbon tu bersifat karsinogenik!!!penah dengar tak..nanti kena kanser baru tahu! and then siap dengan tulang2 ayam bertimbun atas meja..uwweeekk!!! woi- sapa yang nak kena bersihkan sisa2 ko semua tu....

c) satu habit yang saya rasa susah sangat orang kita ni semua nak buat - bersihkan meja sendiri..bukannya susah pun..you just pile up your paper boxes and paper cups, lap meja sket mana yang tumpah2 tu ..voila! throw them all at the trash bin..susah ke? tak perlu ckp mentality bangsa lain lah....bangsa melayu sendiri yang beragama Islam pun pengotor.huisy, macam mana orang nak berminat dgn Islam? bukan susah pun..selalu bila Inche' SO  atau saya dan anak2 bawak tray ke tong, patrons lain mesti tengok..apa pelik ke?tak payahlah berangan nak jadi bos...makan pun ko order sendiri kan, bwk makan gi seat sendiri kan? dah abes makan, buang sendiri lah!! serius tak faham...**scratches own head!**

hah, yang pastinya saya baru jumpa sekeluarga manusia yang saya rasa paling cikai sekali dlm hidup..paling cheapskate **hence the title** --> ada 5 anak beranak makan full set sowang2..okay, done! dah makan, pegi main, borak2 kuat2 macam outlet ni atok dia ada syer besar and last but not least, antara percaya atau tidak anak beranak ni take turn gi kat condiment counter tu and tapau a handful of whatever they can get there..you should've seen them..

yang si Ayah pergi, cekup segenggam peket2 gula....
yang si Mak pergi, cekup segenggam sos cili pulak...
yang si anak no.1 pergi, cekup segenggam sos tomato..**duhh**
yang paling kecik pergi, siap cekup satu genggam garam and satu genggam pepper..
dah setel semua..anak beranak boleh tepuk tangan..**facepalm**

dr kecik dah diajar "mencuri" secara kecil2an..dah besar nanti macam mana?

apa..tak curi?semua dah masuk dlm bayaran makanan?eeermmm, hullo...awak cuma bayar air, fries and burger/ayam dan kalau mainan tu, mainan lah sekali..

semua condiment tu sebagai, senang ckp, atas budi bicara outlet sebab takkanlah awak dtg beli  makan siap nak kena bawak gula/garam/sos sendiri dr rumah..and yelah kalau mati2 jugak nak ckp yang awak dah bayar semua tu --> satu kali duduk, makan fries sampai pakai 12 peket sos seorang? agak2lah...

mintak2lah dijauhkan pe'el tak senonoh ni dr anak3 saya...Alhamdulillah lah, bukan mahu mendabik dada tapi walaupun anak3 saya jarang saya bawa makan ke fast food atau ke restoran, saya pastikan mereka punya table manners and a good etiquette no matter where there are....

2 comments:

Adzrul Ariff said...

Very well said. Rimas sungguh kadang2 tu. Nowadays I'd just go there if kawan ajak, kalau sendiri tak kot. Sebab mata ni rajin memerhati pastu rimas sendiri. Hehe. Tp u have kids yg mesti suka pergi sana, so u kena sabar la dgn kerenah those ppl. Bila nak improve - NADESHDA! hehe.

cik puan olympus said...

this is one thing... blom lagik yang mengajar anak buang sampah merata2... sungguh unethical...

aku pernah kena sound bila aku tego sorang pakcik ni buang sampah kuar darik tingkap...

dia cakap : ala, kertas resit kecik je... aku sound ah balik : memang ah kecik... tapi kalo dah 10 orang buang kertas kecik ni, tak ke banyak tu? terdiam ko...