Selama ni memang memang saya mengelak untuk menonton siri BERSAMAMU TV3 ni..
sebab?
Hati saya cepat tersentuh tapi semalam entah kenapa, saya boleh terpaku menonton siri tu dan damn, air mata menitik...
kesian tgk2kan anak-anak yatim yang berjauhan dengan ibu-bapa + keluarga masing-masing..lebih pilu, bila hidup sebatang kara dan terpaksa menumpang kasih sayang penjaga dan kawan2 di asrama di situ..
semalam- cerita tertumpu kepada 2 orang anak yg punyai kisah yg berbeza namun akhirnya "bersaudara" di asrama..
Alia - anak yg kehilangan ibu dalam sebuah kemalangan yang kemudiannya di sahkan menghidap penyakit jantung...
Seorang lagi anak [tak berapa pasti namanya] berada dlm lingkungan usia13 tahun - namun tidak mampu membaca kerana meninggalkan sekolah semasa kecil kerana gigih + tabah menjaga arwah ayah yang ketika itu terlantar kesakitan..beliau dan 2 lagi adik2nya tinggal di sini setelah disyorkan oleh pengetua pusat asrama - EN JAMAL. Dia tekad mahu membantu ibunya. Jadi usahanya agak ekstra berbanding dgn para sahabat yang lain di situ - Paginya ke sekolah tadika, bersama2 dgn adik2 kecil belajar mengenali huruf + membaca, petangnya pula ke sekolah mengejar dalam usahanya cuba "mengejar" pencapaian para sahabat yang lain...Beliau menceritakan kepayahan hidup setelah kematian ayahnya..sebak + pilu - tak dpt saya bayangkan betapa remuknya hati seorang ibu bila tidak mampu menyediakan segala keperluan asas buat anak2 tersayang, kan?:(
Bila menonton kisah-kisah sebegini, ia menguatkan azam + semangat saya untuk berusaha dengan lebih gigih lagi utk mendapatkan rezeki yang bukan sedikit untuk anak3...biarlah saya susah, namun untuk membiarkan anak3 merasai kepayahan sebegini rupa, saya tak sanggup..
Ada masanya juga - saya kerap terfikir..sekiranya saya tiada nanti..bagaimanalah nasib anak-anak?
p/s: saya tahu keluarga saya will be more than happy to look after my children but InshaAllah, I will be around to see them grow up and become the perfect INSAN..InshaAllah...
1 comments:
za, aku mmg jarang tgok bersama mu sbb nanti aku yg terlebih meleleh.. sesekali akau bukak gak utk bagi amana belajar kesusahan org lain supaya dia bersyukur apa yg dia ada
Post a Comment