Pages

Monday, September 30, 2013

ter-rajin lah pulak...

ha ha ha ha...ni projek semalam - bukan apa, ter-rajin selepas eksaited menjamu mata kat nurseri masa mencari "quotation" utk rumput karpet laman rumah ni:P

dua jam juga okay?

punyalah beriya nak buat sendiri...

Inche' SO pun terkejut melihat kesungguhan saya ..he he he he..

sampai melecet2 jari menggunakan cangkul secomel2nya menggembur tanah & nak buang batu etc kat depan tu..

buat masa ni, pokok bunga balung ayam ni buat penyeri depan rumah dulu...

6 pokok bunga balung ayam - MYR30
low maintenance, easy to take care

pokok ros penyeri tingkap di tangga 
**tiba2 rasa romantik pula**

plan dlm masa terdekat ni - tambahan satu lagi long pot of roses [nak cukup utk 2 panes tingkap tepi tangga tu] & 2 long pots of lavender buat 2 panes tingkap dapur [nak buang bau taik kucing rumah orang sebelah]...

p/s: td Inche' SO baru SMS tanya ada nampak tak man-made portable waterfall/ pond utk letak kat laman depan rumah tu...I love you lah, Inche' SO!!!

Sunday, September 29, 2013

projek sampingan...

Inche' SO sudah kasi green light untuk menambah binatang peliharaan di rumah - saya rasa dia sudah yakin melihatkan anak3 [konon2nya lah tu] menjaga Grimstone & Hopjack di rumah..

tidaklah kata anak3 tidak membelek langsung hamsters yang ada ni - ada - tapi lebih kepada menyakat dan sibuk nak pegang.. tapi tahu2 sajalah, hamsters ni walau pun "docile" mcm mana sekalipun tetap aktif..jangankan apa, adamasanya saya nak tambahkan makanan buat si tetonet tu bedua - habis berdecit bunyinya, lari sana, panjat sini..ha ha ha ha ha...

jadinya - memandangkan anak3 masih "smitten" dan nampaknya memberi perhatian buat binatang peliharaan mereka ni - Inche' SO setuju untuk kami beli 4 ekor arnab [yes, you read it correctly - FOUR!] 

jadi utk persiapan membawa mereka pulang dr "rabbitry" [sumpah tak tahu wujudnya perkataan ni!] - Inche' SO minta bantuan saya untuk dapatkan "quotation" utk harga rumput karpet buat ditanam di laman rumah yang tak seberapa tu..

seronok memang seronok pusing si kawasan nurseri Sg Buloh tu [dr kawasan Sri Damansara sehinggalah ke Sg Buloh] - punyalah banyak rupanya nurseri di situ - patutlah Daddy paling tak gemar jalan kat situ sbb dia tahu Mommy pasti akan buntang mata melihatkan pokok2 yang ada situ , esp orchids!

tapi matlamat saya - rumput karpet!

MasyaALLAH, punyalah tak tahu  - rupanya mahal lagi ye bila mamat Bangla/ minah Indonesia yang jual dr orang local?:(

pusing sana- sini, harga dibuka mak oiiii - boleh tahan...

sehinggalah saya tergerak nak membuat pusingan U dan berhenti di sebuah tapak nurseri comel je betul2 dr exit Kota Damansara tu... 

Mohd Noor Agriculture & Farm
016-612 0479
016-247 6911

terkejut saya bilamana harga yang diberitahu adalah jauh berbeza - berapa bezanya?

hampir MYR400 beza dr harga nurseri lain, okay?

saya memang2 rasa bertuah..alhamdulillah - moga harapan anak3 dan juga impian suami utk melihat anak2 arnab 4 ekor tu melompat2 kegirangan di laman rumah menjadi kenyataan bila mana ada kelebihan rezeki nanti...InshaALLAH...

p/s: dlm masa yg sama sempat membeli 3 pokok ros utk dibuat window decor and juga 6 pokok balung ayam utk ditanam di depan sliding door rumah..I love how the house looks right now!
TQ love...:)


Friday, September 27, 2013

Projek 2014 - moga dipermudahkanNya

banyak perancangan sebenarnya...

tapi InshaALLAH, mana yang telah tertulis untuk kami sekeluarga saya terima dengan hati yang terbuka - yang penting, kena rajin terus berusaha dan lebih berusaha dengan Inche' SO dan buat yang terbaik buat anak3 yang makin lama makin membesar..

apa projeknya?

nantilah dulu ...InshaALLAH, bulan 11 nanti tahu keputusannya samada berjaya atau tidak..

moga-moga berjaya, itu sahaja...

kalau benar diterima, maksudnya saya terikat dengan komitmen sepanjang 17 bulan - maksudnya saya harus lebih bijak membahagi masa - masa untuk Inche' SO, masa bersama dengan anak3 dan juga mengemaskini semula aktiviti mereka..

pat anak3 ni makin pening juga jadinya..

kalau semuanya berjalan dengan lancar, saya harus susun semula jadual mereka, tambahan pula tahun depan Haddyff akan masuk Tahun 1 di SKSH juga - belum lagi dengan kelas piano [Harryth] & kelas dram [Haddyff], tenis [Haddyff], fencing [Haddyff] dan Ahad - hari wajib [golf lessons]...

moga-moga Ya ALLAH, Kau permudahkanlah semuanya...

Thursday, September 26, 2013

hidung berdarah...

anak saya yang sulung jarang punya masalah kesihatan..

dr kecik , walau lahir premature - kesihatannya memang tidak pernah membebankan saya..

mungkin tersurat DIA tahu yang sebagai seorang ibu baru yang duduk berjauhan dgn keluarga dan suami, jadi Dia permudahkan urusan saya dengan Harryth..

lepas  beberapa sesi nebulizer pada umurnya 3 tahun, Harryth punya kesihatan yang cukup bagus..

adalah beberapa kali demam panas melanda tapi tidaklah di dlm keadaan yang membimbangkan...jatuh berdarah pun jarang sangat..

kelmarin dia mengadu pening kepala - lepas diberikan ubat, alhamdulillah dia kembali ok..selera makan pun OK..

dan pagi semalam lepas sy kejutkan anak3 utk bangun Subuh dan bersiap ke sekolah, dia dtg pada saya sambil memegang hidungnya yang berdarah..

MasyaAllah, terhenti jantung saya sekejap..

panik pun ada, tapi saya seorang di KL menjaga anak-anak, jd kalau saya panik pasti satu benda pun tak jadi..

Alhamdulillah, Harryth bukan jenis yang cepat merengek - yang pasti dia sibuk bertanyakan boleh tak dia ke sekolah hari tu..

Jadi saya dongakkan kepalanya agar dpt memberhentikan darah yang mengalir sambil kesat kesan darah yang mengalir tu..lepas yakin, pendarahan tu berhenti baru saya bantu dia bersiap ke sekolah..

separuh hati mmg tak mahu menghantar dia ke sekolah tp saya tahu anak saya kalau boleh tak mahu ponteng sekolah jadi saya hantarkan juga ke sekolah tapi telah saya beritahu dia supaya memberitahu cikgu bertugas utk menelefon saya kiranya hidung dia berdarah lagi...

kesian anak montok saya..:(


Wednesday, September 25, 2013

sedih ek?

Inche' SO gelakkan saya tak habis2..

kenapa?

sebab saya baru kasitau dia yang sepanjang hidup saya, saya belum pernah ke konsert..

konsert?

ye - apa jenis konsert sekalipun..

ha ha ha ha ha ha...

Dia punya gelak dlm telefon tu mcmlah saya terlepas suatu nikmat dunia yg best..

ye ker?

sedih sgt ke?

tapi nampaknya skang dia berazam untuk bawak saya ke satu konsert tahun depan..

saya ON je cuma yang penting, saya tak mahu ke konsert dangdut..he he he he...

Tuesday, September 24, 2013

postpone...

dek kerana ada seorang budak kudut tu kena demam campak, jadi projek utk sambutan hari lahir di Ilham Montessori terpaksa di tunda...

nak taknak terpaksalah join masa sambutan bulan Okt nanti ..

macam mana tuan punya badan?

Alhamdulillah, setakat ni dah mula berenti cacarnya - tengah tunggukan kuping benar2 kering dan cabut sendiri - Dr nasihatkan supaya si pembawa onar ni duduk sahaja di rumah sekurang2nya sehingga Jumaat ni...

siapa yang untung?

Cik Pan lah!

Dr advise juga suruh dia jangan ke sekolah - takut nanti dia pula yang jadi pembawa onar kepada kawan2 yang lain di tadika..

oh ye, lupa nak kasitau - Ziad [anak Pn Ilham - pemilik Ilham Montessori] juga kena chickenpox.. moga2 anak2 lain di sekolah juga tak terkena..

takperlah, mungkin ini peluang yang diberi olehNya untuk saya meluangkan masa bersama2 si kecil berdua ni di rumah..

moga2 Haddyff kembali sihat secepatnya..InshaALLAH..

Tuesday, September 17, 2013

dugaan melanda - takperlah, I rather it be now than later..

sejak Jumaat lepas, Haddyff dah mula demam panas on & off..

mula -mula ingatkan nak beralih tahun - yelah, budak dah masuk 6 tahun Sept 1 tuharih kan?

sampai ke Isnin demam kebah dan kembali panas, Mommy cuba awasi pergerakan temperature sebaiknya to make sure he is as comfortable as possible and okay..

tadi pagi bila mahu siapkan anak3 ke sekolah - Haddyff mula mengadu gatal2..

bila buka baju nak tolong garukan - MasyaAllah - badan dia dah mula berbintat dan dlm gelembung bintat [blisters] tu dah mula dipenuhi cecair...

hmmm - confirmlah ni, CHICKENPOX!

tapi musykil juga dr mana datangnya infeksi ni?

Haddyff & Haddy- Irfan punya rutin yang tetap dan membosankan ok? 

bangun Subuh - mandi - siap2 ke sekolah - hantar Harryth ke SKSH - sarapan - ke Ilham Montessori belakang rumah - petang nanti jam 5, Mommy ambil balik rumah

saya suspek pembawanya mesti kawan2 se-kindy juga cuma yelah, tahap imunisasi anak2 kan berbeza so yes, Haddyff mungkin "terpilih" utk kena chickenpox kali ni but as I said earlier - I rather it be now than later!:)

jam 8.30pg, Mommy, Haddyff & Haddy-Irfan menggeragau satu Mont Kiara /Seri Hartamas mencari clinic yang buka - pusing punya pusing, last2 yang buka di Plaza DAMAS..:)

Clinic Dr Pearl ni betul2 bersebelahan dengan satu klinik orthodontic dekat entrance dr SKSH tu - we're the 2nd patient of hers for the day and my my, what a chatty Dr she is - very informative and very compliant - sudi menjawab semua persoalan yang Mommy tanya, almaklumlah kan - Harryth punya chickenpox was agggeeesss ago!:)

so yup - he'll be quarantined at home paling lama sepuluh hari, just to be on the safe side dan insan yang paling happy sekali mestilah si Haddy- Irfan!:)

Have a speedy recovery, darling!

Sunday, September 8, 2013

Projek September

Haddyff officially turns 6 on the 1st September and that means this will be his last year celebrating his birthday with a "BANG" with him classmates in kindy..

bukannya tak boleh nak celebrate besar2an kat SKSH nanti masa Darjah 1 cumanya, it would not be suitable kan? lagipun dah sekolah big boy nanti tak sedaplah nak amek masa belajar/ masa rehat kan semata2 nak celebrate birthday anak2 kan? lepas tu nanti, taknaklah pulak jadi satu precedent pulak, lepas satu- satu anak2 "curi" masa belajar semata2 nak nyanyi happy birthday kan?

so dah tempah kek & skang ni dlm proses nak terima kotak party favor tu..

jgn tak tahu, jauh wooooo menempah..he he he..sebabnya?

malas nak pusing keliling KL nak cek ada ke tidak jual apa yang dihajati tu..

Alhamdulillah, duit pun dah selamat transfer skang cuma nak mula accumulate party favors nak di isi dlm kotak tu and buat a few materials utk di pack bersama dlm kotak tu..

nanti bila dah siap, saya tepek di sini kay?

ha ha ha ha, mcm lah ada yang sibuk nah nak tgk hasil keje saya ni:P

Thursday, September 5, 2013

ada ahli baru pt II

Grimstone dan Hopjack skang sudah ada rutin harian.. pagi2 lepas saya solat Subuh, saya akan keluarkan mereka dr kandang dan masukkan mereka ke dlm "balls" mereka utk "bersenam"...and they seem to like it very much!:)

and as suspected, Mommy has officially become their official caretaker:P

tak mengeluh - cuma nak ckp lah best juga ye bila ada binatang peliharaan ni?

seronok bila nampak bekas makanan kosong sambil pipi hamster2 ni pula yg gelembung bulat .. and a plus point pada sesiapa yang mahu membela hamster - najis mereka jenis kering! **yeay!**

yes, pada saya - jenis najis adalah yang paling penting dlm memilih haiwan yang sesuai buat kami sekeluarga..

mana taknya - saya sebenanrnya jenis penggeli [ masa Harryth dilahirkan - 10 hari, diulangi - SEPULUH HARI saya tak membersihkan atau menukarkan lampin pakai buang Harryth. Semuanya di uruskan oleh Inche' SO ] 

so yes, I am pretty particular about their excrement..

banyak kelebihan membela hamster ni - antaranya, mereka comel, hanya makan 2 kali sekali [1 x pagi & 1 x malam] dan hanya sesudu teh kecil makanan buat seekor setiap kali waktu makan,  setabung penuh air boleh bertahan selama 3 hari, bedding hanya ditukar 8 hari sekali...see, not much hassle? ezy breezy!

tempohari bila saya membeli hamster dan barangan kelengkapan mereka di PET LOVERS CENTRE  di Ikano , semuanya berjumlah RM206, yang mana saya rasa amat berpatutan.. apa di dalam set itu?

a) sangkar 
 - tak sangka, macam2 bentuk rupanya sangkar buat hamsters ni - ada yang setingkat, dua tingkat, 3 tingkat dan punyai perbagai bentuk dan warna . pilihan sangkar adalah mengikut citarasa individu cuma pastikan ianya bersesuaian dgn jumlah hamster yang mahu di simpan di dlm sangkar itu

b)bedding
- bedding atau alas yang disarankan adalah dr jenis recycled paper - the latest trend dan sangat mudah - menyerap kencing atau cecair lain dan juga serap bau - very reliable. need only to be changed between 8-10 days once [tak perlu banyak digunakan - cukup sekadar meliputi "lantai" kandang] - satu pek besar dlm 40 MYR - 50MYR tu boleh tahan 8-10bulan..how cheap is that??!

c)feed
-makanan hamster lebih kepada bentuk kekacang dan bijiran dan bolehlah di berikan "snack" setiap hujung minggu [satu pack besar feed boleh tahan dlm 6bulan dan snack pula punya dlm pelbagai jenis perisa]. cuma satu je Vet tu pesan, sebolah2nya jangan berikan/letakkan makanan lebih dr sepatutnya sbb hamster ada kecenderungan utk membuang air kecil [kencing] di dlm tabungan letak makanan. jadi utk mengelakkan hamster mengalami cirit-birit, biasakan diri utk membuang baki makanan yang telah dibiarkan semalaman..


d) ball
- sebenarnya di kandang yg saya beli tu sendiri punyai satu bola - dan oleh kerana saya punya 2 hamster, I think it is only fair that I buy one more for one of them. senang sangat bila ada ball ni, especially bila saya perlukan bersihkan kandang mereka, saya masukkan je mereka ke dalam bola masing2 dan lepaskan di lantai rumah...hah, bergolek mereka sesuka hati di ruang tamu tu...bola ni pula sangat senang nak digunakan - sama ada buka di bahagian atas ataupun buka di bahagian tengah...my boys are very fascinated seeing the hamsters running in those balls...my hamsters are like dynamos!:)


e) wheels
- ini pula di panggil "wheels" dan actually the ball that came with the cage can be turned into a wheel, so yes - I have two hamsters so I bought one more so that they can exercise together! jangan tak percaya - kalau tgkkan fizikal hamster ni masa mula2, saya rasa mcm impossible sgt mereka akan gerakkan both the balls and the wheels - tapi adik Vet di PLC sendiri mengesahkan pd saya bahawa hamsters are very active animals , yes - even when mine is actually from a much slower-paced species:) 2-3 hari saya tunggukan mereka "bersenam", "takde pun!" - tapi masuk hari ke- empat, wah wheels asyik berputar laju...seronok saya tgk!:)

f) teething pumice [ it is made especially for the hamsters to chew on them, so that their teeth won't grow too long]



g) bathing sand
- hamster tak dimandikan pakai air, cukup sekadar di "mandikan" dengan pasir halus yang dipanggil "bathing sand" - comes in different scents as well as natural - just a tiny bit, enough for them to play in it and clean it up [like cats] - satu pek dlm lingkungan 16MYR - 18MYR dan boleh tahan 4-5bulan

so, itulah dia ...oh yes, except for my hamsters PLC gave discounts for all the items listed above, which to me is already a steal..

so siapa2 yang nak hassle-free pet, meh lah bela hamster!:)

p/s: lupa nak kasitau, jangka hayat seekor hamster ialah diantara 2-3 tahun..:)



aci tak kalu...

Raya tahun ni baru je habis and kami adik beradik [ehem, ekceli saya & Girl] sudah merencana warna tema utk tahun depan?

he he he he he he....