Pages

Tuesday, April 6, 2010

:: kenapa sampai jadi begini::

ada masanya agak tersentak bila kejadian sebegini berlaku..

mana perginya logik fikiran bila orang yang diharapkan dpt menjaga dan memberikan keselamatan tiba-tiba bertindak "kacau" seperti lelaki-lelaki ini? **tiba-tiba emo, hormon menguasai diri**

->lagi gambar mereka boleh di-view di sini  Website walimatul urus Lenardi- Farah 2007



kisah pertama, melibatkan adik / abang pembaca berita TV3 yang agak terkenal - lelaki tersebut Lenardi Amnisar Yuliawiratman, telah didapati menculik anak perempuannya sendiri dari isteri - yang dlm prosiding meminta cerai - berusia lebih kurang dlm kurang 2 tahun, yang masih menyusu badan bernama Daanya Hana Leanora. mengikut laporan Malaysian Bar Council **Persatuan Peguam Malaysia**, mengikut kenyataan ibu-->penculikan telah dilakukan dengan perancangan yang sungguh teliti di mana si bapa telahpun meminta JPN mengeluarkan sekeping lagi sijil beranak anak perempuan beliau seawal 2 bulan setelah dilahirkan **dia memang dah plan nak bercerai siap-siap ke?nak bawak larik anak jauh2?..ni yang agak pelik nih?**

yang paling memusykilkan diri, ialah bagaimana JPN boleh mengeluarkan sijil beranak ke-2 utk lelaki ini?meskipun di daftarkan di bawah nama yang agak berlainan, tapi takkan macam tak suspek apa2 sekiranya si bapa ni mintak sijil beranak utk anak dia umur 2 bulan? **kalau tak silap, memang agak rumit daftar lambat kelahiran nih..plus, takkan takde register dlm system JPN mengenai pendaftaran kelahiran anak2 yang link direct kepada ibu bapa?**

Kalau ada dlm sistem: kenapa boleh keluarkan 2 sijil kelahiran pada seorang bapa terhadap anak yang sama? **buku pink klinik kesihatan akan reflect si ibu mengandung anak single/ kembar..so, sijil beranak kena ikut berapa banyak anak yang dikandungkan, kan?**

Kalau takde dlm sistem: kenapa tidak dibangunkan suatu program di mana semua maklumat mengenai suami, isteri, anak-anak di rekod secara sistematik-->supaya kes-kes sebegini dpt dikurangkan, kalau tidak dpt di lenyapkan terus?

Maaf, kalau entri kali ni nampak lebih kepada mengkritik..Namun, ianya suatu kenyataan...

bagaimana undang-undang negara ini yang sepatutnya kukuh dan digeruni, dipermainkan sewenang2nya sama ada dari penglibatan si pengkhianat **konon2nya si bapa ada kaki dlm JPN yang membantu mendapatkan salinan sijil kelahiran yang ke2** ataupun kelicikan si bapa sendiri memanipulasikan kelemahan sistem sokongan antara jabatan terbabit **weakness of the inter-related network of related departments**

kisah Puan Farah Shamsuddin ini mendapat liputan meluas setelah pihak polis mendapati bekas suami telahpun berjaya melepasi imigresen melalui jeti Stulang Laut  dan meloloskan diri ke Batam. Sehingga kini, di katakan si ibu tidak menerima sebarang khabar berita mengenai anaknya itu, dan yang lebih menyedihkan, sikap lepas tangan keluarga si bapa terhadap isu ini, katanya-->mereka tidak mahu masuk campur dlm urusan terbabit.

tak ke kelakar ke namanya tu?



yang dlm pertimbangan sekarang nih bukan orang lain, cucu sendiri..yang membuat onar sekarang nih, anak sendiri..peduli kan isu siapa yang memulakan pembetahan yang berlaku antara si ibu dan si bapa, kerana yang benar2 tersepit , yang menjadi mangsa keadaan ini adalah anak comel yang tidak bersalah itu!

sebuah kisah lagi melibatkan pergolakan rasa rindu seorang nenek tua terhadap sepasang cucu kembarnya..sudahlah anaknya sendiri maut akibat kanser, kini lelaki yang merupakan bapa biologi kembar tersebut, telah berjaya melarikan anak-anak itu kembali ke Jerman...yang memeningkan kepala sekarang ini, ibu kepada kanak2 itu tidak pernah "register" atau mendaftarkan perkahwinan/ pernikahan mereka dengan pasangan beliau - seorang warga Jerman, Ralf Hobelsberger,..lantas kalau di ikutkan, kanak2 itu rasanya dikatakan tidak mempunyai "legal father" tapi hanya "biological father"..dan "biological father" ini tidak diberikan hak penjagaan anak2 itu drpd mahkamah lokal, malah Mr Hobelsberger dilarang sama sekali membawa keluar anak2nya itu dari negara ini..namun atas ketiadaan kesinambungan sistem di antara jabatan mengakibatkan nenek ini, Santhakumari A.D. Nair memendam rindu terhadap cucunya..

kes-kes ini **dan mungkin juga beribu kes yang lain, cuma tidak dpt sebanyak liputan seperti kes berdua ini** seharusnya dijadikan "a wake up call" kepada jabatan yang terlibat....


Alexander Siddarth Hobelsberger dan Eva Anjali Hobelsberger
kisah mereka boleh boleh di lihat di sini Help The Twins

Jangan nanti bila dah jadi kat sedara mara sendiri, baru nak sibuk terngadah nak buat itu ini...tolonglah, buanglah sifat TUNGGU...LIHAT...TENGOK RESPONS....ini semua common sense..orang bukan kerajaan pun tahu yang ini semua salah..kalau katalah orang kerajaan ni nak kata kita ni jahil pasal prosedur itu ini, then prove us wrong! Prove to us that you guys are doing your job to ensure that such incidents will never happen again!

p/s: maaf...kalau melibatkan anak2 memang hati nih cepat tersentuh, terasa macam dijentik..:(

11 comments:

cik puan olympus said...

besanye, menda ni kalo terkena kat anak beranak sedara mara menteri baru la they do something... kalo stakat kena kat kita yang ikan bilis ni, diowank pandang sblah mata je dear...

azura said...

lelaki tu boleh dpt sijil klahiran anak tu sbb dia buat report sijil tu hilang.. so dgn report tu shj.. JPN boleh mengeluarkan semula sijil kelahiran itu.. ni bukan salah JPN.. mmg lelaki tu awal2 da rancang sumer ni tanpa pengetahuan isterinya.. Wallahualam..

Scorpio Girl said...

Yan - itulah...yang kesiannya, menjadi mangsa si comel tu...:(

Azura - that's why I kata, there must be something that can be done about it..mesti ada cara untuk memastikan the same incident doesn't happen again..we have to have a system that really work, itu yang penting...anyway, thanks for the comment..kita sama2lah doakan baby girl ni dikembalikan kepada the mother..lembutkanlah hati si bapa ni, itu sahkaja jihad yng termampu setakat ini..

cik puan olympus said...

ibubapa bercerai tapi anak jadik mangsa... pity for the baby... aku berdoa semoga kawan2ku sentiasa hepi wif their families...

Anonymous said...

seandainya ada kebenaran dalam cerita 'save the twins', saya dapati ceritanya bermasalah. Apa hak seorang nenek ada terhadap cucu, yang itu saya tak faham. Tidak salah kalau anak kembar dipisahkan dari bapa kandung mereka? Saya dapati nenek tua itu celaka betul dan tak berperikemaknusiaan!

Ralf Hobelsberger said...

I am the father of Alexander and Anjali, anybody who is interested in the TRUTH shall talk to me directly and NOT listen to all this hearsay!!!!!

Ralf Hobelsberger said...

I dare you to approve my comment, however I guess this will only happen if you are interested in the TRUTH!

Scorpio Girl said...

Mr Hobelberger & Anonymous,

I appreciate the time, and should I say the effort,in scribbling something here in my blog.

First of all, regardless of whatsoever reason anyone might have, we have rule of law and no matter what that has been said or done, the courts have already passed their judgement and naive as I might be, I do believe that everyone should follow them..I understand, things might not be as how it's being reported..nevertheless, pls do note that I qouted the original article from BAR COUNCIL MALAYSIA- hence, I do believe that my quote i based on a reliable source...

Anonymous- mungkin anda yang membaca terlalu mengikut perasaan..Apa pula hak anda menggelarkan si nenek sedemikian?whatever your grudge maybe, personally- saya rasa laws are being put in place for a reason.that's all..kalau semua orang mengikut kata hati sendiri, buat benda ikut perasaan, jahanam lah dunia ni..apa2 pun, you deserve to have your own opinion..dan harus saya katakan, actually mahkamah dah arahkan supaya si bapa tidak membawa anak2 keluarga dr Msia selagi kes tak selesai..that's all..tindakan dia melarikan anak2 seolah2 menunjukkan yang dia bersalah, walau mungkin pada hakikatnya dia tak bersalah...

Mr Hobelsberger- I do believe that there is more to your story than meets the eye, but wouldn't you think that your action of taking your children when you've been advised not to just reflects you in a bad light?My input on this was based on the article written by the Bar Council, which I do believe is a reliable source to quote..nevertheless, I still believe that you are entitle to your own opinion on issues at hand, but strongly thinks that your action is not appropriate..thats's my personal opinion..

Anonymous said...

hi, i came across your profile and i truly agree its time for the government to do something about this whole system thing, and i also read some of the comments, this goes to anonymous: nenek mempunyai hak kerana ayah kepada kanak kanak ini merupakan ayah biological sahaja, ibu kepada kanak-kanak ini tidak berkhawin dengan lelaki jerman ini. mengikut undang undang dimalaysia ibu mempunyai hak keatas anak anak tersebut, in this case the mother is dead, so saudara terdekat adalah ibu kepada simati, iaitu nenek anak anak ini. saya rasa jika ayah biological adalah seorang yang baik dan berresponsible nenek tersebut tidak akan pergi sejauh ini. Tindakan lelaki jerman ini menculik dua orang budak ini tanpa apa apa warning menunjukkan jenis orang lelaki jerman tersebut. Patutkah kembar ini berada di tangan orang sebegini. Memang menyedihkan.

En Ralf: You ask us to hear the truth from you but from the fact read online i have come to understand you have gone again court orders in Malaysia. This show how much disrespect you have for a country jurisdiction. So i am not sure if what you say can be trusted as your not a person who follows the law. Anyway as said by the author of this blog all have their rights in saying what they want.
regards

Scorpio Girl said...

Anonymous II,tq for the comments..and really appreciate the input as well..
there are actually a lot of loopholes in the system as it is, itu yang menjadi permasalahannya sekarang...sadly, the Govt are really not looking deep into this and not making the required and necessary changes required to improve the system...
TRUE, it's gonna take time, $$$ and effort for changes to happen..It also needs people brave enough to voice it out and make it happen..

about Mr Anonymous I, saya tak rasa dia tahu legal issues and hanya bercakap mengikut perasaan..

p/s: me adalah LLB student actually..trying to do some critical thinking here, that's all..

Anonymous said...

6 bulan berlalu...Daanya Hana masih tidak dapat dikesan..malah si ibu langsung tak dapat khabar berita mengenai anaknya..bulan lepas Daanya Hana genap 2 tahun...sedih...pilu...bila mengenangkan budak sekecik tu terpaksa melalui pengalaman pahit sebegitu rupa...dan tiada siapa yang dapat tampil untuk membantu..sememangnya saya sungguh tak faham tentang undang2 di Malaysia..rasanya si ibu telah berulang kali keluar masuk balai polis memohon bantuan..sebelum kejadian anaknya di bawa lari secara paksa oleh suaminya yang sememangnya tidak tinggal sebumbung sebelum anak dilahirkan lagi, pelbagai insiden telah berlaku dan di laporkan...isteri di dera fizikal dan mental...secara terbuka di hadapan orang ramai pun si isteri pernah di dera..laporan polis pun dah dibuat...tapi bila anak dilarikan dari isteri secara paksa dan isteri meminta tolong kerana khuatir keadaan anak di bawah jagaan suami yang panas baran dan kejam tiada siapa yang memandang serius kes ini...mungkin terlalu banyak kes domestik yang lebih teruk dari ini...walaubagaimana pun pada siapa si ibu harus mengadu...haruskah dia membiarkan anaknya hilang begitu sahaja..atau harus dia kembali pada suami dan biar diri di dera berkorban asalkan dapat bersama anak semula...kes ini rasanya dah tersebar di media tapi tiada siapa yang ingin cuba menyelesaikan dan membiarkan si suami berbuat sesuka hati..atau disebabkan suami kononnya di belakang orang kenamaan maka tiada siapa berani membantu...saya cuma ingin tahu benarkan di Malaysia ini tiada siapa yang boleh melindungi wanita yang di aniaya suami hanya kerana mereka masih berkahwin..hanya kerana isteri hak suami...atau si isteri harus berada dalam keadaan separuh mati dan anak haruslah didera dengan teruk baru tindakan dapat diambil..bukankah mencegah lebih baik...