Pages

Saturday, April 24, 2010

:: Terima kasih atas petua yang dikongsi ::

kalau korang perasan, ada satu luahan perasaan saya terhadap anak kedua saya, HADDYFF, yang agak keras hati...

dan alhamdulillah, seorang Hamba ALLAH yang menyinggah **kenapa tak letak nama, kita mungkin boleh merapatkan ukhwah sesama Islam** dan memberikan panduan supaya membaca Ayat 1- Ayat 6 dari Surah Ta-ha..


Terjemahan:


"To Ha (Allah yang mengetahui maksudnya). Tiada Kami (Allah) turunkan kepadamu al-Quran ini supaya engkau celaka (menyusahkan engkau)! Melainkan untuk menjadi peringatan bagi orang yang takut. (Al-Quran) yang diturunkan daripada Tuhan, yang menciptakan bumi dan beberapa langit yang tinggi. Tuhan yang Pengasih, di atas singgahsana Dia bersemayam (berkuasa). Dia mempunyai apa yang ada di langit, dan di bumi, serta di antara keduanya dan apa yang ada di bawah tanah."

Fadhilatnya:
Doa ibubapa kepada anak mudah dikabulkan oleh Allah SWT. Bacakan Ayat 1-6 dan hembuskan pada lehernya sewaktu ia menarik nafas untuk menjadikan anak itu anak yang baik. Ayat ini adalah ayat pelembut hati. Boleh juga diamalkan membaca Ayat 1 - 5 kepada anak-anak yang malas bersekolah.

Byk juga fadhilat ayat-ayat dr Surah Ta-ha nih rupanya..Antaranya:



Baca ayat 25 - 28 sebanyak 21 kali tiap-tiap hari selepas solat Subuh, untuk otak cerdas, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan. Elok diajarkan kepada anak bila menduduki peperiksaan, untuk temuduga dan majlis ceramah.


Terjemahan


"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku."


Ayat 39 diamalkan para isteri supaya suami tidak kahwin lain.



Terjemahan:


".. dan aku limpahkan rasa cinta-ku kepada engkau dan supaya engkau diasuh di bawah perhatian-ku."

Ayat 114 adalah doa memohon ditambahkan ilmu
(Terjemahan: "Wahai Tuhan, tambahkanlah ilmu kepadaku" )
 
Jangan hanya sekadar renung2kan..marilah kita sama2 mengamalkannya..
 
[p/s:buat ANONYMOUS, trias sekali lagi ]

2 comments:

Asz said...

zaza dearie .. thnk u for sharing ... i hv some issues wth one of my kids too ... will try this asap!

Scorpio Girl said...

nampaknya macam berkesan sket sis...baru 2 hari buat..siapa tahu dlm seminggu du nanti lagi kurang "baik" dia tu kan?:D