Thursday, May 6, 2010
Sex and the City 2 - Official Trailer [HD]
Saya sungguh tak sabar nak menonton cerita ini..dan saya berazam sekali lagi untuk menontonnya di Spore..
di sana, confirm tak byk potongan oleh pihak berwajib dan maaf ckplah, penontonnya memang jauh bertamadun dr mereka yang pernah saya berkongsi dewan tontonan..
sila tahu, saya ingin menonton cerita yang saya bayar di booth tiket tadi, dan bukannya wayang percuma yang anda ingin pertontonkan kepada meraka di kiri, kanan anda..
dan sekiranya anda merasakan bahasa Inggeris anda tidak berapa bagus, sila baca sari kata yang disediakan secara perlahan..sila tahu, ramai lagi yang pandai bahasa penjajah itu tidak mahukan khidmat alih bahasa anda yang anda lakukan secara percuma!
oh yes, lagi satu..kalau agak2 bahasa Inggeris anda tidak begitu kencang, sila jangan tunjuk pandai ingin membuat alih bahasa kepada awek di sebelah okay..chances are, I know English better than you, honey!!
and one more, to parents...tolong lah faham genre movie yang ingin di tonton, kalau agak2 cerita seperti ini yang tidak melibatkan sebarang jenis/ bentuk lawak jenaka untuk anak2 di bawah umur 12 tahun, tolonglah jangan "seksa" kami dengan tangisan/ rengekan anak anda..sila cari movie yang bertepatan @ bersesuaian dengan status anda ketika itu..
seperti saya, bila saya menonton SATC, saya adalah seorang hot chic yang inginkan suatu tontonan buat santapan jiwa muda remaja saya... **ha ha ha ha, ye saya tahu...sila muntah di dlm bekas yang disediakan**-->my alter ego!
bila saya menonton G-Force, KungFu Panda dan yang seangkatan dengannya, saya adalah seorang ibu tabah yang membawa anak2 menonton wayang gambar atas desakan mereka...
p/s: agak teremosi sket koz apa yang saya paparkan tadi dah terlalu banyak kali berlaku to yours truly..dah naik menyampah!
Labels:
ramblings
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment