Pages

Sunday, June 6, 2010

|| AL-FATIHAH diatas pemergian Baby ALANNA QISH BINTI SYARULNIZA ||

Saya kerap mengikuti perkembangan anak tabah ini..

meskipun tidak pernah bersua muka, namun setiap hari saya tidak pernah lupa untuk mendoakan agar para ibu yang mempunyai anak2 seistimewa Baby Alanna diberikan kekuatan untuk terus menongkah getir kehidupan di samping menjadi tunjang keluarga buat anak tercinta, suami tersayang..

Alanna kini sudah tiada lagi..

Alanna yang mungil kini sudah bersama DIA, menantikan kehadiran Daddy & Mommy di sana..

saya dulu kerap berduka hati bila tengokkan anak saya, Haddyff "bertarung" dengan kegatalan kerana ekzema nya **dan tatkala itu hati terdetik "kuatnya anak yang seorang ni"** namun bila berkenalan secara maya dengan para ibu tabah yang menjaga amanahNYA dengan kekuatan luar jangkaan, saya jadi kudus dan kerdil..

Mama Alanna, tabahkan diri dan redha lah di atas pemergian puterimu..Insha-ALLAH, dia menantimu di sana...DIA takkan menduga hambaNYA sekiranya hamba itu tak mampu diduga, DIA tidak zalim....

Al-Fatihah.

Alanna Qish Binti Syarulniza
24 Ogos 2009 - 5 Jun 2010

Kisah perjalanan arwah Baby Alanna boleh dibaca disini dan di blog Mama Alanna

0 comments: