saya nih bila dah berada di tempat orang, di tempat baru ..memang akan cepat moody dan mondom..jangan di tanya kenapa, I AM JUST BUILT THIS WAY...
dulu ingatnya bila dah ke KL, saya akan seronok sebab...
i) saya ada peberet brekpes spot kat Serdang..
** dahulunya makcik ni meniaga from a makeshift stall sahaja depan sekolah rendah saya.nothing fancy- nasi lemak berlauk sotong dan sambal bawang manis yang cukup menambat hati kami sekeluarga. kalau rajin2 jogging pagi sabtu/ahad dulu, Daddy & Mommy akan "memusing" ke arah sana, duduk kami anak beranak makan sepinggan dua nasi lemak. Menu yang sama tiap2 minggu, saya nasi lemak sotong, Mommy- nasi lemak kerang, Daddy- nasi lemak sotong/ kari ayam dan kakak- layan nasi lemak sotong jugak. Girl?ha ha ha..masa tu dia takde lagi...:P**
ii) tempat jauh lagi dikenang, inikan pula tempat membesar..
**saya penah duduk di Serdang sedari darjah3 - tingkatan 2. di situlah saya belajar erti kawan, sahabat dan juga nilai persahabatan itu sendiri. Saya kenali cinta monyet, cinta buta dan cinta gila...h aha ha ha. saya belajar silat senyap2, tanpa pengetahuan Mommy & Daddy. Saya membesar dengan aktiviti PBSM saya, sukan - bola jring & hoki - ada juga terselit olahraga, larian jarak sederhana. senang cakap saya ada banyak memori di situ**
iii) membayangkan jalan2 di KL dan tempat2 yang bakal saya lawati bila berada di sini
**dah plan nak ke sana, sini....especially those places yang baru bukak selepas saya berhijrah ke JB**
iv) Mommy saya di Kem Sg Besi<----YANG PALING PENTING!!!
**Walaupun Daddy tak lagi bekerja di Semenanjung Malaysia for that matter, he is still given the house that he has been occupying for the past 3 years. cumanya tak berpindah sahajalah ke rumah reserved especially for his ranks. pada saya, it'sa small matter..dan saya rasa Mommy pun taknak pindah randah lagi..koz rasanya kali terakhir nanti dia nak pindah, ialah proses pengosogan rumah dr rumah skang ni ke rumah dia sendiri di Senawang tu..**
Tapi bila dah sampai kat sini, saya terkedu, buhsan dan berasa sungguh tak besh! sebabnya....
i) saya ada peberet brekpes spot kat Serdang..
--> sejak operasi penjualan gerai tu dah dipindahkan ke tepi tasik, rupanya makcik tu dah pajakkan kedai dia kepada beberapa orang rakyat Indonesia untuk berniaga..tak tahulah samada diorg tu berniaga utk dia atau pun tidak, tapi yaNg pastinya..masakan dia tak sama dengan masakan dulu..langsung 0% similarity..
keciwa wa, beb!!
Solusi: takper, pagi Ahad yang lepas , saya dah mengangkut adik saya , Girl, untuk membeli sarapan di kawasan Bandar Tasik Selatan dan alhamdulillah, saya dah jumpa gerai nasi lemak yang berjaya menambat napsu selera makan saya terhadap nasi lemak semula...
Status: MISSION ACCOMPLISHED!
ii) tempat jauh lagi dikenang, inikan pula tempat membesar..
-->saya kena terima hakikat yang tempat yang saya membesar itu sendiri sudah banyak berubah...seperti saya. jadinya saya harus tabah menerima kenyataan hidup that just because you've spent most of your lifetime there, it doesn't mean that you can call it "HOME"..sedih kan?
Solusi: saya sedih kejap je..kemudian saya ingatkan kembali kenangan silam di SRKSS, SMSS with all y friends..those places may have changed, but memories lasts forever...
Status: SAYA DAH TAK SEDIH LAGI DAH!
iii) membayangkan jalan2 di KL dan tempat2 yang bakal saya lawati bila berada di sini
-->HA HA HA HA...ni namanya rambang mata..konon2nya macamlah tak cukup tanah /jalan/ shopping malls kat JB/Spore nak jelajah yang sampai nak kena jelajah malls apabagai semua kat KL ni..baru teringat yag saya sekarang ni bukan atas misi nak perabehkan duit Inche' S.O. bershopping...tapi saya ada jihad saya tersendiri...
Solusi: lepas tampar pipi sendiri dan sedar diri, saya OK...ha ha ha ha
Status : SEDAR DIRI!
iv) Mommy saya di Kem Sg Besi<----YANG PALING PENTING!!!
-->Macam mana sekalipun, ini yang paling best...takperlah, biarlah saya sakit hati memandu di KL yang penuh dengan drivers gila, drivers tak sabar dan traffic jam rabak tak engat, saya tetap berkobar2 mahu berjumpa dengan Mommy saya , Insha-ALLAH, setiap hujung minggu..bukan apa...dahlah kami ni tinggal berjauhan, dan tambahan lagi tahun ni Mommy terpaksa mengikut Daddy beraya di Tawau, Sabah..**job related commitment:Daddy saya baru naik pangkat di tempat baru nih dan cnfm uncle-uncle pegawai/ other ranks yang tak dpt balik berayaakan dtg bertandang ke rumah/ officer's mess utk beraya bersama Daddy & Mommy saya** so saya nak ambil kesempatan di ruangan masa yang ada ini untuk saya & anak2 bermesra2 dan bermanja2 dengan Mommy **dan juga Daddy saya, itupun kalau dia dpt terbang balik semenanjung, lah**
Solusi: elakkan driving waktu hujan dan selepas jam 6.30 ptg..buat sakit hati sahaja!!
Status: saya masih senyum happy lagi mengenangkan weekend yang baru lepas ini...
So, I guess...me being here in KLis not bad after all..
**but yes KL, I still hate you with all my heart!!**
p/s: saya melalut sebab saya tengah sakit demam rindu dengan Inche' SO..:P
Monday, July 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ala.. kesiannya...
Sorry tak dapat nak entertain ko kat sini.
Kita try to arrange for meet up eh.
Yani reply sms hari tu, katanya hujung minggu ni boleh. Tinggal suhaila je nak confirm.
As for me, Sabtu tenghari sampai petang boleh selit.
Cuma Ahad tu tak sure sebab nak gi Banting pagi tu
eh no hallah...perasaan aku je tu..on top of that Inche' SO kan takde..tu yang agak melankolik sket tuh:P
Post a Comment