dah lama tak menjenguk blog kan..jadiknya bila sudah tersemat azam baru ni, mula lah gabra & eksaited nak me're-vamp kan blog , jadiknya bakal cantik & ceria seperti dulu..
sekali tgk "kulit-kulit" **read: skins** yang di pilih samada
a) terlalu terang
b) terlalu sederhana
c) bukan "SAYA"
jadiknya untuk sementara waktu ini saya memilih template ini kerana sejuk mata memandang, dan seperkara lagi ianya tidak menyilaukan mata...amacam?:)
anak- anak dah selamat ditidurkan sedari jam 7.45 ptg lagi...alhamdulillah, anak-anak sekarang tak susah nak dibawa naik ke bilik tidur, lebih-lebih lagi si Baby Pan yag akan jadi orang pertama berdiri depan pagar tangga untuk naik ke atas...Pantang di tanya -" Do you wanna go upstairs and sleep, yang?", cepat- cepat dia mengangguk dan mula memanggil abang-abang untuk sama-sama naik ke atas...
tapi jangan kalau Inche' SO ada, siaplah saya...masing -masing nak tunjuk bakat..dan-danlah masa tu sibuk nak berkepit, nak cium pipi lah, nak peluk lah, nak cium ketiak Abahnya...ha ha ha...tapi takde, saya dah buat persetujuan dengan Inche' SO, ada atau takde dia di rumah..everything has to go my way, especially kalau bersangkut- paut dengan rutin seharian anak- anak...Nasiblah Inche's SO jenis yang tak berkira dan boleh bertolak ansur, kalau tak...haru juga jadiknya kan?
saya?
sudah buhsan dengan ASTRO...ceritanya makin lama makin merepek **terutamanya kalau terbitan lokal** dan kalau yang di import pula asyik diputar beulangkali sampai jadi muak!:P
jadinya skang ni, saya nak rehatkan mata, rehatkan badan dan bersedia untuk hari esok...moga-moga masih ada umur yng dipanjangNYA untuk saya melihat wajah- wajah kesayangan saya..Insha-ALLAH!
Thursday, January 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment