Pages

Tuesday, April 5, 2011

What happened during these last few days....

pertama2nya, NOPE...saya belum habis berkemas lagi tapi saya rasa dah 2 plastik besar beg sampah yang saya gunakan untuk membuang brg2an yang luput tarikh dan tak perlu yang rupanya banyak kat rumah ni..magazines saya punyalah banyak...**saya cuma harap sangat Uncle karung guni beli pakai KG  dan bukan pakai jengkal..rugi oooo..kalau gitu nampaknya, saya kena ikut ckp P. Ramlee - saya kena simpan bikin pusaka**

keduanya - a blessed 19th Birthday shoutout to my youngest sister **dia tu je lah pun adik saya** moga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dipermudahkan urusan dunia akhirat..I love you, and no matter what happens- just remember that!

tolong jangan tanya buat kesekian kalinya kenapa adik, kakak saya kurus2 dan saya gedebab?Sesungguhnya I have ran out of ideas on how to entertaion that Q, tq!

ketiganya - bubur kacang durian dah selamat dibuat atas permintaan Inche' SO..nak kata kecewa pasal durian mentah tak byk dapat dr longgok yang dibeli pun tak patut jugak, kan..saya bersyukur tahun ni dpt jugak merasa durian...**ha ha ha ha, sedih je kan bunyi nya..Tahun lepas masa dia jual murah2, saya takde selera & nafsu tupai nak makan durian..sekali bila terliur, musim dah abes..dah bukan rezeki saya** Makin happy bila Inche' SO kata sekarang ni saya berda di tahap "OK" bila masak bab-bab desserts ni..kenapa Inche' SO very particular pasal tang nih? Lupa nak kasitau..arwah MIL adalah seorang housewife yang cukup pandai memasak, and she cooks different menu for every meals **sesungguhnya tak terkejar saya dengan kegigihan Mak** anyway...walau saya tahu ianya tak sehebat Arwahnya masakkan buat Inche' SO & BIL saya, tapi saya cukup puas hati atas usaha mahu meneruskan legasi beliau **ceciter....:P**

p/s: Ila Saleh, nanti aku tepek resepi bubur kacang durian pulak ek?:D

sila jangan terpedaya dengan kekusaman warnanya..saya tak gunakan gula merah tapi brown sugar...pilihan yang lebih sihat but then the color is not as nice if I were to follow the original recipe!

Keempat- selamat pergi dan pulang dr Kota Tinggi..saja berjalan-jalan dengan kazen Inche' SO, mau beli baju sedondon untuk majlis sanding seorang lagi kazen Inche' SO dan secara kebetulan, rezeki kami anak- beranak - di belanja makan oleh mereka  - bukan untuk kami actually, tapi buat birthday girl - Awin!** NI kakak pengantin - dia memang sibuk sekarang ni..mana nak keje, nak setel hal adik, barang pengantin etc..tapi one thing about her, she always smile...happy-go-lucky je..muka rezeki!**

birthday girl with her new watch **no, it's still in the box!**

Secara kebetulan pula mereka mahu makan seafood, tapi kalau boleh di tempat yang menganjur ke laut/ floating..takkan saya nak ajak ke Kukup Laut semata2 kerana itu kan..jadiknya kami semua setelah selesai shopping2 **h aha ha , konnonya!** bergerak terus dr KT , gunakan Hiway P/Gudang menghala ke Taman Perling..dah sampai ke sana, kami mulalah menyinggah dr satu restoran ke restoran yang lain, mencari menu/lokasi/makanan mana yang menarik di kalbu..kecewa sungguh saya dengan layanan restoran di bawah ni....

restoran kepunyaan bangsa kita yang sungguh TIDAK customer-oriented dan layanan mereka yang hampeh tahap dewa!Undoubtedly tempat ni punya ambiance yang menarik tapi sila jangan pergi ke DAMAI SEAFOOD di Sg Danga sebab diorang ni dah kaya, so they don't give a damn about customer!

Orang Kaya Laki Bini ni sampai dah masuk angin duduk2 belek menu..waitress-mcm-bagus tu tinggalkan family kami ni terkontang-kanting..langsung takde effort nak bersihkan meja @ entertain kami...dia lupa plet kete kami , plet "S"!

Us ladies yang dah kepenatan, and not too mentioned KELAPARAN!
** Lynn, Awin, moi & Yatie**

geram punya pasal, kami tinggalkan restoran orang kaya ni..nak ke tempat tempohari saya pergi bersama Inche' SO dengan anak3, terasa jauh pulak..lagi satu, restoran tu tak terapung pun..statik gitu je -->tak menepati tema kan namanya tu?

Kami sepakat untuk "terjah" satu demi satu restoran yang ada..wah baru saya tahu, restoran kat Sg Danga ni majoritinya last order adalah pada jam 10mlm...hah??!!!! takperlah, mungkin semua dah kaya...

pendek citer, dptlah juga makan menu idaman hati..walau tempat yang kami pergi tu tak seberapa tapi kami sungguh berpuas hati dengan layanan yang diterima..kamilah last order yang mana, last order kami buat siap mintak tolong chef masak 3x mengulang menu, tp waitress & owner tetap senyum manis sentiasa...**Senyum hati kan?** memang bukan rezeki ko lah restoran melayu, kazen Inche' SO fork-out almost RM900 for the dinner...

anyway, all in all itu saja lah yang berlaku sepanjang tempoh saya gagal meng-update blog ini..taklah happening sangat pun, but I thought that you guys should know..:P


toodles!

0 comments: