dah mula mencari kotak sejak beberapa minggu yang lalu...
kenapa?
rasanya 4 tahun di JB sudah buat saya cukup tepu dengan suasananya.tambahan pulak dengan construction work di JB yang semakin banyak dijalankan, dan masih belum habis2...**harapan saya tidaklah selama pembinaan fly-over hadapan Carrefour yang hampir mengambil masa selama 5-6 tahun nak siap!**
anyway, saya cuma perlukan suasana baru...plus, saya perlukan "kawasan" baru yang punya potensi lebih besar untuk mengembangkan "sayap" perniagaan saya & Inche' SO..
terus terang saya katakan memang penat berniaga tapi saya perlu buktikan pada diri saya sendiri bahawa saya mampu...biarlah saya bersusah sekarang, tapi saya lakukan semua ini demi anak2 tersayang...
saya juga dah sign-up for insurans untuk saya dan anak2..jadinya saya tak risau- sekiranya umur saya tak panjang Inche' SO akan pastikan bahawa hak anak2 saya terjamin...
ramai yang tak tahu saya sebenarnya menguruskan 3 perniagaan serentak sekarang..kenapa banyak sangat?kerana kita tak tahu di mana rezeki kita..alhamdulillah,walau perniagaan masing2 di peringkat permulaan dan ada tu masih belum balik modal - ada juga rezekiNya buat kami anak beranak, walau sikit walau banyak- kami dahulukan anak2...
anyway, saya dah mula berkemas...dah mula asingkan mana2 barang yang perlu dibuang, yang perlu di masukkan ke dalam kotak..kalau kata takde rezeki pindah ke mana2, sekurang2nya kurang sket rubbish di rumah tu..:P
p/s: saya tidak akan sesekali membiarkan mereka yang berfikiran negatif terhadap saya mempengaruhi kehidupan saya!
2 comments:
ermm.. aku pun tak tahu sebenarnya apa yang 3 tu.
Cuma tahu 1 je, nursery.
Share yang lagi 2 tu
under my belt **walau tak seberapa sangatlah** are 2 other business ventures - SHAFIZA BRIDES & CATERING as well as BROWN & YELLOW MANAGEMENT SERVICES...
tidaklah pandai sangat meniaga, tapi mahu mencuba nasib..mana tahu rezeki anak2 di situ..
Post a Comment