Pages

Friday, January 6, 2012

3 days of school already????:D

semasa first day tuharih, saya tidaklah dilanda kesedihan sangat dah - mungkin secara perlahan-lahan dah boleh terima hakikat yang anak saya takkan kekal kecik selama2nya kan...:D

sebab masih belum tahu macam mana trafik pada waktu pagi **sebelum ni gi kerja jam 0745 - jadinya sekolah dah mula; skang kena gerak extra early kan** jadinya saya bereksperimentasi dengan masa.

Hari Rabu (1st day) saya gerak dr rumah jam 0710 - ingatkan sempat lah nak hantar Haddyff + Haddy Irfan ke PASTI dulu sebelum  shoot ke SKSH..manakan tahu si Cik Pan boleh bikin "drama" pulak..dah habis masa kat situ nak memujuk kan? sampai ke sekolah dah lewat 10 minit :(

Semalam - Khamis (2nd day) gerak dr rumah jam 0700 - layankan "drama" Cik Pan sekejap; shoot to SKSH..darn it..sampai ngam2!

Kemudian waktu lunch break saya bergegas ke SKSH- nak ambil Harryth dan hantar dia ke PASTI. Nanti dr PASTI, akan ada bas sekolah yang akan ambil + hantar dia ke SRA Masjid Wilayah. Masa 1st day sekolah tuharih, cikgu Pri 01 kata anak2 darjah satu akan balik awal sedikit dr waktu biasa - jadinya instead of 1:15pm; they'll be given the chance to go back at 12:40. jadi saya ni berkejar lah ke SKSH jam 12:30 in order to make it there in time to pick him up. manalah tahu tiba2 cikgu kata anak2 balik jam 1:!5..tak ke naya namanya tu?:( dah duduk tunggu situ lama2, terpaksa kasitau member kat opis yang saya mmg akan lambat..nak dijadikan cerita pulak- hari itu jugalah Harryth nak ajak main sembunyi2 kat sekolah...urrgh, panas je hati Mommy ni..

rupa2nya dlm 5 minit sebelum abes waktu belajar - Harryth minta izin ke tandas. dlm sibuk2 dia di tandas tu, locing sekolah bunyi menandakan habis waktu sekolah. kemudian dia lenggang-lenggang kangkung pergi jalan ke kelas, amek bag sekolah dan mengikut jalan + tangga yang lain dr tempat menunggu..tunggu punya tunggu, punya tunggu ....saya dah makin cuak..mana pulak lah anak yang sowang nih:( mmg nampak sangat saya dah panik..

check kat kantin...takder!

check kat tandas..takder!

check kat assembly area..takder!

dlm hati nak menangis dah..sekali .....

"Mommy!"

anak bertuah ...rupanya dia sembunyi belakang tangga and konon2 nak buat surprise..hu hu hu hu...nak, nak..pls okay..enough shock to the system!:P tapi saya lega sikit dpt tgk muka dia..

Hari ni seawal 0650 saya dah gegar anak3 turun; matahari pun belulm nampak lagi. Haddyff " Mommy, kita nak pergi sekolah malam-malam ke?" **mode: gugur jantung! kesian anak3..awal2 nak kena gerak**

Alhamdulillah sampai with about 5-7 minutes to spare and because today is already the 3rd day of school - the traffic flow is relatively calmer. Tak ramai dah mak bapak yang berebut nak park depan pagar sekolah - I guess the kiasu parents are not that kiasu anyway:P

cerita ini harih pulak?
saya berpusing mencari dia - rupanya tengah ramai2 memeriahkan vending machine - and i was shocked when I heard him say " I bought a drink for my friend just now, Mommy"..**mode: pengsan** alahai anak ku yang baik hati, buat baik berpada-pada nak..saya bukan kedekut okay? cuma saya tak mahu ini menjadi kebiasaan buat kawan2 Harryth utk meminta2 bilamasa mereka tahu anak saya berduit..

berapa duit belanja Harryth?

saya beri dia rm5 - sebab saya tahu dia kuat makan ..tapi setakat 3 hari ni saya telah berjaya merajinkan diri utk bgn seawal yang mungkin utk buatkan dia sarapan + bekal utk masa rehat ..cuma saya berikan dia peluang utk guna duit belanja tu utk beli air tin lah..so RM 5.00 - RM 1.50 = RM 3.50..and jangan tak tahu, Harryth dah mula menabung!:)

apa2 pun saya seronok tgk Harryth dah mula accustomed to his new routine..moga2 bila adik2 ke sekolah pun, transisi @ peralihannya akan semudah ini...InshaAllah!:)

p/s: terfikir utk tukar suasana kerja - bukan kerana tak suka tapi kerana terpaksa..saya tak yakin harryth naik bas dr SKSH ke PASTI dan sudah 2 hari saya berkejar dr SS14 - SKSH - PASTI- SS14..so I might need to find a job that is nearer to Mont Kiara..takpelah nak, anything untukmu!

0 comments: