Pages

Friday, November 2, 2012

Montessori Ilham Mutiara Damansara

Lama nak bercerita mengenai sekolah baru Haddyff...

yup, sejak insiden kutu beranak pinak di rambut + kepala anak2 saya - saya tekad keluarkan anak2 dr PASTI tanpa notis..saya rasa terkilan sangat dgn layanan mereka terhadap anak2 saya sejak kes bekas cermin mata Transformers Haddyff yang hilang bulan Julai/Ogos yang lepas [selepas saya confront dgn mereka, layanan mereka kepada anak2 seakan-akan "tawar" dan tanpa rasa keikhlasan] pada saya, dr lebih teruk anak2 saya diabaikan, lebih baik saya hantarkan sahaja ke sekolah yang lain..biar mahal  dan jauh sedikit, tapi saya puashati..

pusing satu kampung mencari sekolah yang elok buat anak2, yelah di Seri Hartamas + Mont Kiara faham2 sajalah bagaimana kosnya - jadi ikhtiar seterusnya, saya ke Mutiara Damansara dan Kota Damansara untuk alternatif.. pusing2 tanpa arah, menjenguk setiap kawasan perumahan yang ada..yelah mana tahu, ada rezeki buat anak2 utk ke sekolah baru..

alhamdulillah, pusing punya pusing - saya tergerak membelok ke kawasan perumahan bertentangan dgn Tesco + IKEA...saya ternampak Tadika Peter & Jane..memang2 impressive, yuran bulanannya juga "lumayan"...bukan berkira, tapi selain dr kualiti pendidikan - sebagai ibu, saya juga harus pastikan belanjawan bulanan tidak "lari" kan?Memang menarik cumanya saya rasa ianya agak costly utk pembelajaran separuh hari & on top of that, Haddyff agak terkebelakang sedikit dlm hal akademik..jadi saya harus mencari kindy yang boleh take up the challenge untuk membantu Haddyff kembali at par dengan kanak2 yang lain seusia dia..

Selepas sesi soaljawab dgn pengendali di P&J, saya tergerak pula utk terus masuk ke kawasan perumahan betul2 bersebelahan dengan entrance P&J [sbb ada ternampak satu lagi tadika dr kejauhan] tapi bila sampai ke sana, parking di kiri kanan jalan penuh lah pulak..dah terpaksa buat satu pusingan penuh - tp mungkin dah termaktub yang DIA nakkan saya berjumpa dgn tadika Haddyff sekarang..comel sahaja di hujung jalan. Ceria, meriah dan entah kenapa, saya terasa ianya seperti sebuah tadika yang bagus.

seronok sangat bila lihat 1st impression dr anak2 yang suka sangat dengan persekitaran sekolah baru ni..FYI, this is a Montessori -based kindy dan sepanjang pencarian saya [dari JB sampailah ke KL ni], inilah satu2nya kindy yang saya lihat punya kelengkapan Montessori yang cukup sempurna. Mungkin ada sekolah lain yang lengkap dr segi materialnya, cumanya setakat yang saya jenguk dan bertanya khabar - inilah yang bukan hanya sekadar indah khabar dr rupa..





semasa saya berjumpa dgn principal, MDM VIVIAN, dia cukup mesra dan cukup lemah lembut. sabar menjawab segala persoalan saya dan cukup prihatin dgn kerunsingan saya dengan prestasi Haddyff di PASTI. Terus dia mengajak saya + anak2 ke dalam untuk melihat persekitaran yang ada [sebelum tu kami hanya duduk di porch sambil anak2 bermain2 dgn segala permainan yang ada].

Not bad... not bad...

tapi yang buat saya tertaik ialah di mana saya boleh menghantar Haddyff selama 3 hari utk trial lesson dimana selepas itu, evaluation dr saya + cikgu bertugas utk kelas Haddyff akan sama2 duduk dan berbincang...

pertama kalinya saya lihat Haddyff begitu seronok sekali mahu ke sekolah! Jam 5.30am sudah bangun dan gerakkan saya untuk mandikan dan siapkan sarapan ...wah, this is good!:)

dan sejak 15hb Okt 2012, Haddyff has been attending school without fail and without complaints!

sejuk hati saya melihatkan perubahan tingkahlaku dia..dan yang paling penting, setiap hari beliau akan seronok bercerita tentang aktiviti di sekolah "Mommy, I had a fun day today!"

dan yang paling penting, cikgu-cikgu di sana semuanya genuinely love children and are very diplomatic and sincere, truly to the core of Montessori teaching..and Mommy is one happy bunny!

Let's all wish Haddyff the best and may he'll be prepared to attent Pri 1 in 2014..InshaALLAH!


4 comments:

Anonymous said...

Salam,singgah sekejap blog ni..saya tertarik dengan tadika ni..yurannya mcam mana ya..ingat nak hantar jugak anak ke sana. Ingat nak hantar anakcke smart reader tapi kebnyakan kat shop lot la pulak...

Puan shikin

Scorpio Girl said...

Maaf Pn - agak terlewat sgt rasanya utk sy beri maklumbalas mengenai tadika ni..tapi saya rasa ada baiknya kalau puan sendiri ke tadika ni dan menilai perkhidmatan dengan bayaran yang dikenakan - pd saya ianya sangat sangat berpatutan. tambah lagi, cikgu2 yang cukup prihatin terhadap anak2 di situ...cuma harus diingatkan, tadika ini beroperasi secara separuh hari - buat ibu bapa yang bekerja 9-5 dan perlukan bantuan khidmat jagaan selepas sekolah, ianya di caj berasingan..Ibubapa boleh pilih untuk mengambil anak3 seawal jam 3 ptg ataupun 6 ptg..tentang fee, saya rasa tak bersesuaian kalau saya publish di sini..moga input ini dpt membantu [andainya belum terlewatlah, kiranya]

Anonymous said...

Salam, boleh tak i dapatkan contact number sekolah ini? Thanks

Scorpio Girl said...

Salam - you can refer to this website - http://montessori-ilham-mutiara.blogspot.com/ for contacts and details..hope it helps!:)