Pages

Wednesday, October 16, 2013

Aidil Adha 2013

...Inche' SO tak balik Msia beraya kali ni - masa kan nak balik, tempohari kan baru "dapat" cuti paksaan dr MOM Spore?:P

tapi takpelah..

keluarga kami pun tak berapa beriya sangat pun bila menyambut Eidl Hajj ni - lebih pd utk berkumpul anak beranak dan makan2.. tahun ni tidak berkorban kambing/lembu - InshaALLAH, niat di hati tahun depan kami mahu mulakan kembali ..

baju raya?

ha ha ha ha - tak beli pun..anak3 saya pakaikan kurta yang dibelikan oleh Daddy saya dr India [ Tok Daddy mmg suka sgt belikan baju2 utk cucu-cucu kesayangan - terharu sgt! tak pernah lupa dibelikannya buah tangan] dan saya mengiring tradisi - memakai baju kurung kain sari...

ye siap kena tempelak dgn Daddy "Ni Raya Haji atau Deepavali?" 

**owh, you are so funny Dad...**

tak lama pun balik kali ni - tidur semalam sahaja di rumah Daddy dan semalam pun dlm jam 4pmn, kami dah pun bergerak balik ke rumah - opps, singgah sahaja tinggalkan & simpankan makanan mana2 yg patut dan kemudiannya bergerak pula ke rumah sepupu , Kak Ina, di Puncak Alam..[kalau tak silap lah]

pergi sana mesti kena tempelak!:P

Suami Kak Ina, Abg Wan - mmg kaki usik...ada je ...tapi saya seronok sangat pasal meriah... Mak Cha pun ada - rindu sgt rasanya menatap muka2 makcik2 saya.. terubat rasa rindu!

juadah raya?

saya masak rendang daging shj tahun - menokok nambah sket lauk pauk osem Mommy masak di rumah Sg Besi - ayam masak merah, serunding ikan home made [sedap bangettt!] dan  ayam goreng [khas buat cucu3 kesayangan!] - rumah Mak Cha pula - lauk lodeh, sambal kacang, rendang daging + Osmod! nyum nyum nyum..

apa itu osmod? susah nak ckp - saya cuba cari online tp tak jumpa pun "image" nya..apatah lagi resepi lauk ni...h aha ha ha ha...

takper2... dlm 3 minggu lagi InshaALLAH, saya dan Kakak bercadang nak bermalam kat sana - nak menimba ilmu memasak dgn Tok Chef aka Masterchef Mak Cha lauk rendang hitam [limpa lembu] dan saya nak menuntut ilmu masak osmod kambing ni...nanti bila impian dah jadi kenyataan, saya share di sini ye..:)

Selamat Hari Raya Aidil Adha semua...


Friday, October 11, 2013

3 hero kacak saya..Harryth, Haddyff & Haddy-Irfan

Takde apa-apa, saja mahu berkongsi wajah2 kesayangan saya.. Bukan selalu dpt tgk adik beradik ni mcm ni- selalunya xlah asyik bergaduh tp lebih pd "divide & conquer"... Ada yg akan main PSP, ada yg buat homework, ada yg tgk TV- tapi bila pat makan, mmg best mcm ni!:)


Musim chickenpox..

Kesiannya anak saya yang bongsu saya ni..

Dah eksaited nak ke sekolah, sekali ada temperature..

Bila saya amek dr sekolah tengahari tadi- ternampak 5 bintat [blisters] kat kawasan dagu belah kiri..

Ya Allah- nampaknya dia pula yg kena chickenpox:(

It is official- quarantine lagi!

Anak bongsu saya kena chickenpox pula..

Tapi dia nampaknya tak terkesan sgt macam Haddyff 2 minggu lepas- cumanya yelah, tangannya harus erbalut stokin- kalau x jari tu asek nak menggru shj!:)  

InshaAllah he'll be fine...


ahli keluarga baru lagi **mode:happy**

Inche' SO dapat bercuti sekejap.. dapatlah meleseh barang 3-4 hari bersama dia..tapi biasalah, selalunya kena berebut dgn anak3 hatta nak baring berbantalkan peha je pun:)

biasalah - kalau saya rasa kerinduan, anak3 juga begitu kan?

site Inche' SO ada berlaku satu kemalangan meragut nyawa jadi MOM Spore terpaksa seal site sehinggalah semua siasatan selesai - dgrnya 3 org telah mati di tempat kejadian di hempap cinder block..MasyaAllah..

saat diberitakan mengenai kemalangan tu, jantung saya terdetik..Alhamdullillah, syukur - Inche' SO tak apa2 walau dia berada di site sewaktu kejadian berlaku..

jadi bila nampak dia berdiri di depan pagar rumah, memberi salam.. tak tergambar kegembiraan saya!

anyway, sebagaimana yang dijanjikan - Inche' SO telah siapkan laman depan rumah tu dan siap pasang pagar mata kecil utk haiwan peliharaan kami..

yup yup yup - keluarga kami kini punya 3 ekor arnab mix breed!

3 ekor arnab mix breed - jantan semuanya
happy dpt lompat2 di laman rumah

nak belai? boleh - tapi kena tunggu sampai diorg datang sendiri sbb kalau kita pergi pada diorg ni, cepat je lari tau?


-posing sakan-

seekor berwarna putih, seekor berwarna coklat dan yang lagi seekor berwarna kelabu asap..he he he he..sampailah pagi tadi masih tidak bernama sehinggalah adik ipar saya yang paling bongsu suggest 3 name yang saya rasa sesuai sungguh dengan mereka - White [putih], Murphy [ as in Murphy Brown - coklat] & Gandalf [as in Gandalf the Gray]

makanan bagi arnab2 yang berusia 4 bulan ni ialah alfalfa dry hay, alfalfa pellets dan sayur2an segar [carrots] & buah2an yang tidak masam - epal merah, buah lai etc.. saya berikan alfalfa pellet/hay di waktu malam dan sayur2an /buah2an di waktu siang.. pagi2 lepas hantar anak3 ke sekolah, saya akan lepaskan mereka di taman..petang pun saya lepaskan di laman, kasi happy sket lompat sana- sini...

dah kasi makan pun masih nak nibble kat pokok bunga Mommy

memang notty tau?:)

caught in the act and now he wants to run away

now with 3 boys, 2 hamsters and 3 rabbits, I am officially one contented bunny [he he he he- pun intended!]


Thursday, October 3, 2013

there's a chef in the house y'all!



Harryth ni mmg minat sgt memasak - mmg pasang niat nak jadi chef!

fav TV show di ASTRO - rancangan memasak..

dah ni adalah percubaan Mr. Chubbykins saya utk marinate dan masak sate goreng..

dr awal [cari resepi online] sampailah ke masukkan ayam yang dah siap di marinate ke dlm kuali, dia buat..

alhamdulillah, sedap sgt!:)

Wednesday, October 2, 2013

budak cenonet kemanjaan saya....

kadang2 sekarang kalau terlalu lama sangat keluar rumah, saya jadi rindu pulak kat dua ekor ni.. mana taknya, kalau saya di rumah - saya biarkan mereka "meronda" satu rumah dalam mobil bola mereka - boleh lah dengar bunyi bola tu ligat satu rumah - kemudiannya, kalau diam tu maksudnya dah terlelap lah dua-dua masa berjalan-jalan ligat satu rumah :P

Hopjack yang pemalu - sket2 sembunyi muka!
tapi kalau pat makan, laju je masuk dlm tempat makanan tu..


Grimstone - the aggressive one
pegang sedih, mendecit!
sentuh sket, mendecit!
mengada sgt sgt sgt sgt

Tuesday, October 1, 2013

Nektarine



buah nektarin ni sudah jadi buah kesukaan saya..

Inche' SO jarang nampak saya makan buat selain dr tembikai & papaya, jadi dia nasihatkan saya supaya cuba mempelbagaikan jenis buah2an yang saya makan dlm diet seharian saya..

saya cuba plum, tapi nampaknya saya tak pandai pilih kot ? he he he he....asyik terkena yang masam kelat memanjang jadi saya semacam fobia:P

sebenarnya takde cerita sangat mcm mana boleh tersuka buah nektarin ni - saya ke kedai buah di Mutiara Damansara ni dan tiba2 buah ni menarik perhatian saya - jangan tak tahu, di Jaya Grocer's buah ni sebiji boleh mencecah harga MYR6.50 - jadi bila saya nampak price tag hanya pada MYR2/sebiji, cepat2 saya grab kesemuanya.. alhamdulillah, rasanya tak mendukacitakan!

so skang ni mmg saya akan sentiasa memulakan hari saya dengan nektarine ni - sedap, menyegarkan dan lain dr yang lain!:)