Pages

Friday, December 27, 2013

trip down ..pt I

dah lama juga tak memandu sendiri balik ke Singapore..

kami dlm suasana cuti sekolah lagi kan..tahun ni tak ke mana pun..bercuti dlm negeri je.. 

ini pun ke Singapore sebab kami mahu ke Batam utk mencuba perubatan alternatif mata dari India/Pakistan di sana..

memandu dr selepas Zohor -kami tidak terus masuk Singapore dulu kali ni, kami menyinggah ke rumah Tok Ayah & Tok Chik di Tiram - bermalam di sana selama 2 malam..yelah, dah lama juga tidak mejenguk satu2nya atuk yang masih ada dlm keluarga kami ni [Tok Chik adalah nenek tiri kami - arwah Mak Tok meninggal dunia sewaktu saya berumur dlm 8/9 tahun]

memang lambat sebab banyak berhenti2..biasalah bila memandu dgn anak3..ada je yang nak ke tandas lah.. nak beli jajan lah... nak makan aiskrim ...he he he he..layankan je lah...

dpt juga rehatkan belakang ni dlm 30 mins setiap kali stop...

sampai di rumah Ayah sudah lepas waktu Maghrib sbb saya sudah tersalah masuk simpang - niat di hati nak potong EDL, tapi entah macam mana boleh pulak termasuk simpang ikut jalan FELDA..hu hu hu..dahlah jalannya bengkak bengkok dan melalui kebun sawit, jauh pulak tu...ni lah akibatnya tak ikut papan tanda jalan raya dengan betul...he he he he he...

sampai2...anak3 terus meleseh dgn Tok Ayah.. rindu lah tu.. Tok Yoyot [panggilan dr anak3 buat atok saya] pun sama seronok..

bila kami ada, selera makan dia naik...nasi makan bertambah.. ada je yang nak diajak anak3 berbual and as he converse in English, my boys gets their lessons in the language as well...

cumanya kali ni saa memandang Tok Ayah saya dengan pandangan sayu- kerana akhirnya dlm usianya 83 tahun, dia mengaku "kalah" dengan pe'el seseorang yang begitu dekat dengan dirinya...

saya nampak sisi lembut seorang Atok yang terpaksa menerima hakikat bahawa cucunya nan seroang itu tidaklah sebaik dan semaksum yang di bayangkannya.. saya terpana dan kasihan kerana dlm usia sebegitu, dia tidak seharusnya di hambat dengan perasaan ini, dia seharusnya berasa gembira dan dpt menikmati hari2 tuanya "worry-free"..

3 hari 2 malam di rumah Tok Ayah membawa saya mengimbau kembali kenangan berada dirumah itu sedari kecil hinggalah sekarang.. betapa saya sudah berusia sekarang ni ye?:P

InshaALLAH ...harus cari masa utk lebih selalu pulang ke kampung menjenguk Tok Ayah!


Meleseh terus dengan Tok Yoyot

Muka budak kena tinggal
"Tok Yoyot , you pergi mana? You lambat! Irfan rindu you lah!"

Tengah khusyuk main kusyen sofa Tok Yoyot, buat kubu lah..
apa lagi..

Aisy, Tok Chik, Tok Yoyot, Haddyff & Haddy- Irfan


Friday, December 13, 2013

kesedihan melanda... pt I

arnab saya ada 3 ekor kesemuanya..

Snow [putih], Murphy [coklat keperangan] dan Gandalf [kelabu]

aktif dan kuat makan..

tapi sejak 2 bulan kebelakangan ni, saya terperasan sesuatu yang agak berbeza antar mereka bertiga- lebih2 lagi si Gandalf...

kepala dia agak teleng sedikit..

lama2 makin susah dia nak bergerak.. tak stabil..

yang paling sedih, adamasanya dia akan menyandar kasih utk tegak dengan arnab2 yang lagi dua tu..

saya kasihankan dia jadi sy bawa dia ke vet...



bila sampai ke vet yang berdekatan, rasa bertambah sedih lagi adalah ..rupanya walau sudah semakin ramai yang berjinak2 membela arnab sebagai pets, tak semua vet tahu dan mahir dlm penjagaan dan rawatan...berpusinglah saya ke sana kemari mencari vet yang lain..

saya diberitahu mengenai klinik veterinar kerajaan di Cheras tu - alhamdulillah, mmg diorg handle rabbits tp mungkin bukan rezeki saya, 2 hari saya dtg utk dapatkan rawatan buat Gandalf, 2-2 hari juga klinik di tutup kerana tiada elektrik...sedih sgt..

pusing lagi the very next day, Alhamdulillah ada satu vet di Bangsar yang sudi melihatkan keadaan Gandalf - tapi prognosisnya tidak menggembirakan..

katanya bagi arnab, ianya antara satu drpd possibility berikut - Gandalf mungkin terkena sawan [ sawan pd arnab tidak se-obvious mcm sawan pd manusia, mulut takde berbuih , kejung2 etc] atau pun Gandalf mmg punya genetik ke-teleng-an dr induk ..tapi kedua2nya bakal membawa rasa ketidakselesaan yang melampu buat Gandalf... Gandalf tidak mempunyai kutu atau parasit di telinga jadi isu jangkitan di tolak oleh vet..

kepala yang semakin teleng akan membuatkan dia tidak stabil - dan ini akan menghadkan pergerakan dia untuk melompat, bergerak etc..

KESIAN SGT...

tambah pula saya rasa reaksi atau tindakbalas normal "siapa kuat, selamat" - saya dpt tgk sendiri yang Snow semakin agresif terhadap Gandalf - Murphy pula sebagai "pihak berkecuali" - tidak menyerang mahupun menyokong atau defend Gandalf..saya tak salahkan dia, namapun pun haiwan...

Vet juga nasihatkan saya utk "let him down" sbb selalunya life expectancy untuk arnab2 sebegini tak lama..takkan cecah 6 bulan pun sbb pergerakan yang terbatas tu akan puya implikasi terhadap byk perkara dalamannya, yang paling sedih mungkin nak makan pun susah..

so saya tgh cuba sedaya upaya utk memberikan keselesaan buat Gandalf sehinggalah ke nafas terakhirnya..InshaALLAH...

Someone in the newspaper .....again!

My sis tagged me in FB on that day..12/12/13

 macam kenal je...macam kenal je..

tiga dari kiri - my beloved Daddy..

Wednesday, December 4, 2013

Montessori Ilham excursion to the Sc Centre today...

selalunya muzim cuti sekolah banyak aktiviti yang dijalankan oleh pihak Montessori Ilham tapi mungkin sebab kali ni tak berapa ramai anak2 yang masih menggunakan khidmat day-care [ mungkin ramai yang sudahpun bercuti panjang] jadi aktiviti kindy kali ni lebih tertumpu pd Arts & Crafts di sekolah...

tapi seawal hari Isnin yang lepas, Teacher Safiyya dah mengingatkan saya bahawa mereka bakal membawa anak2 ke Sc Centre - okaylah..bagus juga..sekurang2nya ada juga aktiviti luaran yang dilakukan oleh anak2... dengar macam gah je kan? tapi Sc Centre tu dlm 5 mins drive je dr rumah kami..ha ha ha ha ha...takperlah yang penting anak2 seronok sepanjang masa di sana...

bila ambil mereka dr sekolah petang tadi - eksaited anak2 menunjukkan tupperware berisi rama2 [as below]

walau mendapat bantuan dr para cikgu yang sama2 mengikuti rombongan ke Sc Centre , saya rasa anak2 pasti seronok dapat melihat rama2 secara dekat...

sebelum bergerak balik ke rumah, Teacher Safiyyah inform saya bahawa anak bongsu saya dikenakan denda "time-out" kerana tidak mendengar arahan..saya ketawa kecil shj..oh, I know my son very well..pasti ada yang dia buat tadi..

dlm masa kami berjalan balik ke rumah - saya tanyakan dia..

Mommy: Irfan - you kena time out td dengan teacher?
Irfan: ha'ah..Teacher marah Irfan and then..and then..and then...Irfan kena time out!
Mommy: Irfan buat apa? U didn't listen to your teacher ek?
Irfan : Teacher suruh Irfan wait but I just jump..Irfan did not listen to teacher..
Mommy: So in this matter - Irfan behave ke tak? Who was wrong - Teacher or Irfan?
Irfan: IRFAN...Irfan dah say sorry Teacher...

awww....cair hati saya mendengarnya..
sekurang2nya dia tahu bahawa cikgu dia mendenda bukan kerana benci atau tak sayang, tapi kerana dia tidak mengikut arahan dan membahayakan diri sendiri.. **hugs**

set Haddy - Irfan 

set Haddyff

Tuesday, December 3, 2013

Adnan's clan

rindu nak beramai2 macam ni dengan adik beradik ipar dan anak2 saudara.. di belah Inche' SO, saya adalah Mak Long sbb Inche' SO adalah anak sulung dr 5 beradik [Rohadi, Rozaini, Rofiza, Rohaimi & Rohainiza]- walau punya gelaran "Kak Long" [ha ha ha ha...macam geng kongsi gelap je] tapi hakikatnya saya adalah kakak ipar yang "muda" except for Jija as she is the only one that is younger than me.. yup, mudah yoolllsssss..

anak2 sedara saya ada berapa ek semuanya?

Zai ada 5 anak, Fiza punya 4, Mimi punya 3 dan Jija punya 2... 14 anak sedara..!!!

rindu nak berkumpul macam ni sebab kami di KL dan hanya dpt duduk ramai2 ini bila tiba Hari Raya..

Bila lah agaknya dpt berjalan2 ramai2 ek adik beradik ipar semua ni...:P


Us all decked in red -me, Haddy-Irfan, Harryth, Inche' SO, Haddyff & Hazym

At SIL's place for Raya visiting.. blue!

Hj Nan's clan

Monday, December 2, 2013

Hasny's clan

gambar Raya tahun ni.. temanya turquoise- teal attire..tahun depan? ha ha ha ha... kaler dark purple with gold lacing.. tahun ni saya yang pilih kaler, tema purple and gold pilihan si Kak Nam and the following year will be Kakak's choice.. 

Abg Long, Kakak, Kak Nam, me, Inche' SO
Daddy & Mommy
Haddy-Irfan, Harryth, Haddyff

Sunday, December 1, 2013

Cenonet bertukar "rumah"

cenonet berdua ni dah makin besar - they've outgrown their old cage so I've decided to buy them a new cage.. It is still a double storey "property" but bigger than their previous "estate"..

and after 3 mths, they do not seem to be that "dwarf-y" any more..