Pages

Sunday, January 30, 2011

hmmm, mendung & hujan sepanjang hari...

tak berapa nak produktif 2-3 hari ni..sebab?

yang paling utama, memang tengah dlm gundah gulana mengenangkan keadaan & kedudukan seorang sahabat ni...tapi alhamdulilah, dah semakin tenang kerana "hurdle" pertamanya dah selamat..

yang keduanya , sebab cuaca kat sini sekarang mendung dan hujan je..

dan mengikut ramalam kaji cuaca, akan berterusan mebbe sampai akhir minggu...takdelah terjejas sangat pun kalau hujan..Alhamdulillah, rezeki yang diberikanNya kan..taklah 'gulap gulita" jadinya aku ni...**ha ha ha ha**

anyway, berita tergempar semalam ialah SPEK HADDYFF DAH PATAH SEBELAH...ni adalah agkara onar 2 beradik ni lah-Si Baby Pan @ Irfanzilla dengan tuan empunya spek..

dah kabur balik mata dia....tengok TV besar 50" pun depan mata..**isy isy isy**

nak taknak, mau tak mau..narih terpaksalah ke HP untuk dapatkan cermin mata gantian..kalau tak, alamatnya makin teruklah mata dia nanti..

and bolehlah pulak terlupa yang hujung minggu ni adalah hujung minggu terakhir sebelum CNY minggu depan..**bedebush** punyalah ramai manusia kat HP tadi..tu dah masuk dlm, belum kira lagi yang beratur tunggu parking spot kosong..tapi alhamdulillah jugaklah, pusing punya pusing dlm 30 min dpt lot..and sebab tak tahu nak ke mana, terus bawa anak-anak bertuah *oh yes, saya cuma bawa Aisy & Adyf sahaja, pembuat onar lagi satu tinggal dengan Abah!** straight ke kedai spek...

Dipermudahkan lagi urusan kat sana..Amoi kata kalau cari spek yang sama saiz, tunggu dlm 10 mins SETEL...yag saya tak tahan nak gelak tu, Si Adyf dah tahu buat salah-->patahkan spek sendiri..ada hati pulak nak demand pakai Gucci /Dior/Guess frame...saya jegilkan mata, terus menikus..alahai nak, Mommy sendiri pun umur 28 thn baru dpt pakai frame Guess & Transitional lense tau...

inilah anak-anak sekarang kan? dah pandai memilih...pulak tu yang dipilihnya mahal-mahal belaka..macam tahu je?!!!ha ha ha ha..

anyway, dah tentu tak sempat masak saya bergegas beli lauk je today...*kuwar rumah dah tanak nasi dulu..ye, saya adbans kalau pat2 ekspres2 ni...Tanya Inche' SO kalau tak percaya**

hmm..sejuk-sejuk ginimemang sedap tidur kan...?:)

P/S: berjaya menghabiskan QO dengan kuantiti yang lebih sikit dr semalam..and pergi toilet pun, ada lebih jugak!:)

Saturday, January 29, 2011

seksa nak telan..

termaktub seperti post sebelumnya,saya akan memulakan sesi menguruskan badan **di bawah seliaan DR famili saya** mulai 1 Februari 2011.

Inche' SO agak skeptikal sket koz

a) he knows I am a big, NO- lemme correct that, A GREAT EATER and dia takut yang saya akan "kecundang" buat sekian kalinya,kalah pada nafsu makan saya sendiri...**bbooooooo...**

b) dia tahu saya memang (a)

jadinya pagi tadi, saya mulakan langkah pertama untuk program tersebut..dengan makan QUAKER OATS..

Oh sila tahu, saya tak penah suka QO dan saya heran bin ajaib macam mana Inche' SO boleh telan QO dengan muka yang manis..saya ingat lagi Mommy dulu penah try kasi saya rasa QO, and dan-dan tu jugak saya muntah **sama kes mcm Scott's Emulsion kaler puteh tu..yuckkieee!!!**

anyway, selalunya kalau Inche' SO masuk keje malam, dia akan sampai rumah esok paginya ngam-ngam saya dan anak-anak bersiap nak ke sekolah..so, saya akan pastikan sarapan dia siap sebelum saya masuk kereta dan berdesup ke Brown & Yellow..and salah satu menu sarapan beliau ialah..QO !**go figure!!**

the best part ialah, sebab dia tahu yang saya tak suka QO, dia dah siapkan SOP macam mana nak buat QO ,in accordance to his taste ..so, saya tak perlu rasa dan cecah lidah kat QO tu langsung..Untuk mangkuk cina bulat yang besar -->air panas menggelegak 3/4 mangkuk, 2 sudu besar susu pekat **bancuh susu dulu** dan kemudian taburkan 7-8 sudu besar QO sedikit sedikit until you get the right consistency..kalau nak keras, tambah lebih sket..kalau nak lembut, tambah air panas lagi sket..

so pagi tadi, setelah buatkan sarapan Inche' SO, saya gagahkan diri buat satu mangkuk cina KECIK untuk diri saya sendiri..okaylah, not that bad..cuma kena gagahkan diri untuk telan QO sampai habis..percaya @ tak, memang saya telan QO tu bulat2 okay..:P

so, percubaan pagi tadi boleh dikira berjaya..so esok adalah hari ke-2...I just hope that I won't vomit it all out!

hasil: bowel movement yang cukup aktif today **ha ha ha, I know ...too much info!** 

Friday, January 28, 2011

I need to start somewhere..I can't be like this forever!!!!

narih takde plan apa-apa,so melepak-lepak santai di rumah after my my hot bath in the morning...terperasan yag 2-3 menjak ni sakit belakang ni dah terlalu kerap sangat dah...dah tak sanggup nak telan pain killers and togak air masak je..:(

so today, memandangkan ada a few rations yang perlu di beli, I got the boys ready and drove off to BBU to buy the stuffs and dlm perjalanan balik tu, I have decided to make a quick stop to my GP **rindu lah plak dgn Dr Azizah..chhheeewwaaah!!**

we had a long history together, me and her...

couldn't really remembered my first visit to her clinic, but as her clinic was enlisted as one of the panel clinic for BLUE STAR so I went to her during one of my sick days...she was a very nice lady, really..she's nice to talk to and she really took her time with her patients..and she knows her patients by heart **how cool is that?**

and since then, I had decided that we should only go to that clinic and to that clinic only..**even after resigning form BLUE STAR,I still bring the boys to her clinic** She's officially my family DR..

anyway, terpengaruh dengan tindakan seorang sahabat, saya sebenarnya nak jumpa dia tu sebab nak tanya if HSA/HSI ada provide that particular procedure as I would need her to give me a referal letter..sekali, hancur berderai koz dia kata orang macam saya takkan dpt buat procedure tu..:(

but she offered me a solution.she's willing to assist me in my weight loss and together we have aimed at losing 20kg/ 4 mths
**she said it was a realistic target and she has guided on of her patients to lose more that 66kg/a year**

so saya akan mulakan fibre-rich meal, sans rice, sans meats-->only fruits, vege and fish **poached /grilled/soup/steamed** starting 1st FEBRUARY 2011

and just for the record, this is my stats as for today **larik...!!!!!!!!!**


HEIGHT       :165 cm
WEIGHT      : 85 kg
AIM               : To lose 20kg
DUE DATE   : 30 Apr 2011

owh and yes, she commented something about my frequent back pain **that needed me to do X-ray;needs to know if my hairline crack has become not-so hairline** and some supplementary food for me & Inche' SO especially for us to look younger, more vibrant and full of energy....*yeah, what can I say..Both of us are VERY VAIN!**

Will update about those later...skang nih, nak enjoy makan mana2 yang kena pantang..koz starting 1st Feb, it'S ON!!!!!!!

Kau, Sulaiman ku...

“Aduh beratnya mata nih. Cepatlah celik wahai mata. Ada kuliah ni. Aku pontengkan senang citer. Bukannya selalu. Tak boleh jadi. Kena bangun gak nih. Exam dah nak dekat.” Johny cepat-cepat melompat dari katilnya. Sememangnya setiap semester dia memperoleh anugerah dekan hasil dari penumpuannya di dalam kelas. Jadi tak hairanlah kehadirannya sentiasa penuh. Dilahirkan dalam keluarga berbangsa cina dan beragama kristian, dia merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. Ayahnya merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Ibunya pula merupakan seorang pengarah salah sebuah hospital di ibu kota. Walaupun begitu dia tidak pernah berbangga apatah lagi mencanangkan kedudukannya kepada rakan-rakannya. Malahan kebanyakan rakannya berbangsa Melayu. Paling menarik, citarasanya adalah pada gadis melayu!
“Zaiyan, tengok tu. Diala senior fakulti sains sosial yang setiap sem dapat dean list. Hensem kan?” Majidah menjuihkan bibirnya ke arah Johny yang tergesa-gesa menanggalkan helmetnya.
“Baguslah. Jarang ada budak melayu yang dapat dean list. Semuanya budak cina. Lagipun dengar cite fakulti tu senang masuk dan senang kena tendang. Takut Yan dengar.” kata Zaiyan sambil membetulkan tudungnya.
“Siapa cakap dia melayu. Dia Chinese lah tapi agama Kristian. Macam melayukan? Sebab tula budak melayu ramai admire kat dia”. Cepat-cepat Zaiyan menoleh untuk melihat buat kali kedua kerana pandangan pertamanya tadi sedikit acuh tidak acuh tapi sayangnya Johny telah lama berlalu pergi.
“Biar betul. Tadi Yan nampak muka dia sebijik macam budak melayu. Mix ek?” Tanya Zaiyan seperti berminat.
“Betullah apa yang awak nampak tu. Mix or not, I don?t knowla my friend. Jomlah kita dah lewat ni.” Masing-masing mempercepatkan langkah. Kuliah Madam Chaterine tak dibenarkan lewat. Siapa lewat, tak boleh masuk kelaslah jawabnya.
Mata Zaiyan tertancap pada wajah jejaka di hadapannya. Benarlah itu Johny. Tapi apa dibuatnya dalam kelas budak first year nih. Hatinya tertanya-tanya. “Jidah, apa budak tu buat dalam kelas kita?”
“Entah. Dia amik subjek pelengkap agaknya. Maklumlah kakak-kakak senior cakap subjek kaunseling senang score. Cepatlah duduk”. Majidah menarik lengan Zaiyan duduk di sebelahnya. Betul ke senang score, kalau senang kenapa semua student kaunseling tak dapat anugerah dekan? Dia berfikir sendiri. Sememangnya banyak yang belum dia tahu tentang kehidupan di universiti. Memang tidak banyak perbezaannya ketika masih menuntut dalam diploma di kolej dahulu tapi mungkin suasananya agak baru. Malah dia jarang keluar jika tiada kelas. Tak tahu nak dituju ke mana. Paling jauh pun keluar makan dengan Majidah dan rakan yang lain waktu hujung minggu. Itu pun berdekatan dengan kampus. Belum lagi pernah dia keluar ke Bandar untuk membeli belah. Lagipun penat menjalani minggu orientasi masih belum hilang.
Dalam diam mata Johny juga kekadang asyik menjeling kea rah Zaiyan. Sedari awal lagi dia agak hairan melihat penampilan Zaiyan. Nampak sedikit pelik pada penglihatannya jika dibandingkan dengan kenalan melayu yang lain. Tudungnya terlalu labuh. Bersarung kaki. Tangannya juga bersarung hingga ke pergelangan tangan. Bajunya agak besar dan seperti tebal. Muka boleh tahan tapi pakaiannya sedikit pelik. Dia memang mempunyai ramai kenalan melayu bertudung tetapi jarang dia temui wanita berpakaian seperti bangsa arab itu. Balik nanti aku mesti tanya Fitri. Dia bertekad dalam hati untuk bertanya kepada rakan serumahnya.
“Fitri, tadi aku nampak sorang budak freshies. Muka boleh tahan tapi pakaiannya peliklah” Johny berterus terang.
“Apa yang peliknya?” Fitri memberi respon tetapi matanya masih di kaca televisyen.
“Dia pakai macam orang arabla. Baju dia tak macam kawan kita pun. Besar je. Tudung pun labuh. Tak macam yang si zizah tu pakai. Lagi satu kan dahlah pakai baju kurung lengan panjang tapi still pakai sarung kat lengan tu. Tak panas ke ha?
“Aduh banyak betulla soalan kau Lim. Meh aku nak jawab satu persatu. Takde yang peliknya. Macam tu lah sepatutnya wanita Islam pakai. Tutup aurat, semua yang dia tutup tu memang wajib ditutup Lim oi.”
“kalau tak ditutup?”
“kalau tak tutup, dapat dosala pakcik oi!”
“kalau nak tutup aurat memang kena pakai macam tu ye?”
“tak semestinya berjubah, cukuplah dia menutup bahagian yang diwajibkan ditutup. Berbaju longgar dan tak mengikut bentuk badan, tak jarang. Pendek kata jangan seksi dan menjolok mata. Ni mesti nak tanya bahagian mana wajib ditutupkan? Senang cite, semua bahagian kecuali telapak tangan dan wajah. Ada faham?”
“kenapa ye kena bertudung dan menutup aurat?
“ada banyak sebabnya tapi yang paling penting, menutup aurat tu menghindarkan wanita daripada fitnah. Wanita tukan fitrahnya tinggi perasaan malu, dan mengelakkan pandangan jahat dari lelaki-lelaki macam kau nih.” Fitri ketawa sendirian.
“ooo?abih tu kenapa kawan-kawan kita tak pakai macam tu pun. Diorang tak tahu ke kalau tak tutup tu dosa?” Fitri faham benar dengan perangai rakannya tu. Selagi jawapan tak memenuhi kehendak soalan, selagi tulah dia tidak akan diam.
“senang je kalau kau nak faham. Meh aku buat anologi ok. Semua orang tahu mencuri tu berdosa kan? Tapi ramai gak yang mencuri. Ramai orang tahu tinggal sembahyang tu berdosa tapi ada jugak yang tak pernah sembahyang. Ramai orang tahu arak tak baik untuk kesihatan tapi ramai jugak yang minum kan? Macam tu jugaklah bab tutup aurat. Nak tutup atau nak dedahkan aurat itu terpulang pada individu tu sendiri la. Kalau dia benar-benar patuh pada perintah agama, takut pada Pencipta dan niat dia semata-mata nak dapat keredhaan Tuhan, dia akan laksanakan semua suruhan Tuhan. Kau faham tak keredhaan tu apa?”
Johny terus berlalu meninggalkan Fitri yang masih menunggu jawapan darinya.
Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata. Di matanya hanya terbayang wajah gadis yang masih misteri dan penuh tanda tanya itu. Dia sendiri tak memahami kenapa hatinya seperti ingin berkata sesuatu. Tetapi cepat-cepat ditepis perasaan itu. Tidurlah wahai mata. Otak aku dah penat nih. Esok kelas awal pagi pulak tu. Niatnya memang nak ponteng tapi?tak boleh! Tak boleh! Dia mesti berjumpa dengan siswi misteri itu.
Matanya meliar mencari tempat duduk. Serta merta dia ternampak kerusi kosong di sebelah gadis misteri yang mengganggu tidur malamnya. Bibirnya terus mengukirkan senyuman. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal.
“Hai! Ada orang tak kat sebelah ni?” dia cuba untuk memulakan bicara tetapi pertanyaannya hanya dibalas dengan gelengan tanda tempat itu kosong. Sepanjang kelas, Zaiyan hanya melihat kepada pensyarah yang sedang mengajar tetapi otaknya melayang berfikir tentang cerita-cerita Majidah. Cerita Majidah tentang Johny Lim yang sekarang sedang berada di sebelahnya. Dia sedaya mungkin cuba untuk mengalihkan mindanya kepada isi pelajaran tetapi entah kenapa ada debaran di hatinya. Dia juga perasan Johny tak sudah-sudah memulakan bicara. Bertanya itu dan ini. Tapi lidahnya kelu untuk menjawab setiap soalan yang diberi. Yang mampu dilakukannya hanya tersenyum, tersengih, menggeleng dan mengangguk. Terasa seperti ada saja yang tidak kena. Habis sahaja kelas, dia terus meluru ke arah pintu keluar. Bimbang syaitan makin hebat bermain dengan perasaannya.
“Adik! Adik! Tunggu kejap” langkahnya serta merta terhenti mendengar panggilan dari orang yang tidak dikenalinya tetapi dia yakin panggilan itu adalah untuk dirinya. Dia menoleh dan jantungnya bagaikan ingin berhenti berdegup.
“Adik tertinggal fail ni. Nama adik Zaiyan Balqish kan? Abang jumpa atas kerusi tadi” termengah-mengah Johny berlari mendapatkan Zaiyan.
“Oh! Terima kasih. Saya pergi dulu.” Cepat-cepat Zaiyan mengatur langkah.
“Ya Allah. Peliharalah hati hamba-Mu yang rapuh ini. Aku bimbang Ya Allah. Benarkah apa yang sedang aku rasai ini? Atau semua ini hanya dugaan-Mu atau bisikan syaitan semata-mata? Jauhkan aku dari murka-Mu Ya Allah. Aku mohon keredhaan-Mu. Aku pohon kebahagiaan yang membahagiakan aku di dunia dan akhirat. Aku pohon rahmat dan kasih sayang-Mu. Moga Kau tetapkan hatiku, cintaku dan rinduku hanya pada-Mu dan tiada satupun yang mampu menandinginya. Tolong aku Ya Allah.” Air mata Zaiyan mengalir setelah selesai bermunajat kepada Pencipta Sekalian Alam. Hatinya rasa terbeban dengan perasaan yang sekian lama dijaga agar tidak didiami oleh sesiapa kecuali untuk lelaki yang halal dirinya serah segala. Entah kenapa lelaki itu sering bermain di fikirannya sedangkan selama ini dia tidak pernah terfikir untuk jatuh hati terhadap pemuda yang berlainan agama dan pegangan dengannya. Terasa benar ujian ini bagaikan badai tsunami yang melanda persisiran pantai hatinya. Teringat pula dirinya pada kata-kata dan pesanan As-Syahid Hasan al-Banna.
“Demi ALLAH Yang Maha Esa,
sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta-Mu,
menitis air mata tatkala merindu,
menitis air mata, tatkala merasa semakin menjauh,
tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan,
kerana aku tetap yakini…
Allah menyatakan “Wajib cinta-Ku kepada orang yang berkasih sayang kepada-Ku”
Wahai muslimin dan muslimah yang berjiwa besar,
Penuhilah dunia ini dengan limpah kasih sayangmu.
Khususkanlah buat saudara-saudaramu itu dengan kepanasan cintamu yang maha tinggi
Dan biarkanlah mereka tahu bahawa anda ,mencintai mereka.
Yang demikian itulah al-aksar (batu geliga) untuk mengubati seribu satu kesulitan dan kesusahan.
Sesungguhnya banyak kesulitan dalam dunia ini timbul dari perasaan yang telah padam dan berlakulah penyelewengan perasaan itu.”
“Nah. Ni surat. Ada orang kasi kat awak.” Majidah menghulurkan sepucuk surat tanpa stem mahupun alamat pada sampulnya. Dia agak hairan melihat Majidah seperti menyembunyikan sesuatu.
“sape kasi?”
“Secret admire awaklah. Saya nak pergi masjid kejap. Ada perjumpaan dengan kakak usrah. Ok. Nanti cerita kat saya tau. Assalamualaikum” Majidah meninggalkan Zaiyan dengan seribu satu tanda tanya sambil mulutnya terkumat-kamit menjawab salam. Jari-jarinya tangkas membuka sampul surat berwarna hijau lembut itu.
Salam sejahtera saudari Zaiyan Balqish. Saya Johny Lim. Pemuda yang duduk di sebelah saudari ketika di dalam kelas Madam Chaterine. Ingat lagi? Saya minta maaf kalau kehadiran surat nih mengganggu saudari. Maaf juga kalau ada ayat saya yang tak dapat saudari fahami. Maklumlah BM saya dulu B4 saja dalam SPM =) terus terang saya katakan, pertama kali bertemu dengan saudari mengundang pelbagai soalan dalam minda saya. Cara saudari berpakaian, cara saudari memandang saya dan cara saudari berbicara membuatkan saya semakin ingin mengenali saudari. Saya percaya saudari tentu mengetahui saya berbangsa cina dan beragama kristian. Saya harap agama dan bangsa tidak menjadi penghalang untuk kita saling mengenali. Saya dah lama berjinak-jinak mendalami agama Islam tapi belum sepenuhnya. Saya hormati setiap keputusan saudari. Seperti saudari, saya juga percaya jodoh pertemuan itu sudah ditetapkan. Bukan kehendak kita. Tapi sudah menjadi ketentuan. Jika saudari juga merasai apa yang saya rasai, harap saudari dapat berterus terang seadanya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca luahan hati saya.

Salam persahabatan,

Johny Lim
Benarlah apa yang dibimbanginya sudah menjadi kenyataan. Apa yang ditakutinya sudah mula menghantui hidupnya. Hatinya berbelah bahagi. Fitrah hati seorang insan ingin dicintai dan menyintai, disayangi dan menyangi, dimiliki dan memiliki. Tapi benarkah pilihannya? Lelaki itu beragama kristian. Dari dulu dia mengharapkan seorang lelaki muslim yang beriman, berakhlak, mampu menjadi pembimbing dan imam dalam jemaah. Itu yang didik ketika dia masih di dalam jemaah ketika menuntut diploma dalam bidang syariah dahulu. Masih terngiang-ngiang di telinganya pesanan Ustazah Zubaidah, seelok-eloknya carilah pasangan hidup dari jemaah yang sama supaya kegiatan jemaah tidak terhalang. Malah keluarga yang dibentuk juga diharap mampu melahirkan zuriat untuk menyambung cara hidup Islam yang sebenar. Bagaimana kalau Johny yang menjadi pilihannya. Mampukah Johny pergi sejauh itu dalam masa yang singkat sedangkan dia sendiri mengambil masa yang agak panjang untuk mematangkan diri dalam kehidupan seorang dai?e. Kalau nak diikutkan hati, mahu saja dia membalas rasa hati dari Johny itu tapi syukur iman masih mampu bersuara. Surat itu akan dibalas tapi isinya diharap mampu memberi pengertian kepada Johny. Mana tahu hati Johny terbuka untuk menerima Islam dengan ikhlas kerana Allah.
Salam sejahtera. Terima kasih kerana memulangkan fail saya hari tu. Pertama sekali, saya rasa amat berbesar hati kerana saudara berminat dalam mendalami agama Islam. Teruskan usaha saudara. Mungkin saudara akan menemui sesuatu dalam agama saya itu nanti. Sememangnya agama dan bangsa bukan halangan untuk kita saling mengenali tetapi ada batas-batasnya dalam kita bersahabat antara lelaki dan perempuan. Sebagaimana hubungan saya dengan saudara, begitu jugaklah hubungan saya dengan sahabat lelaki yang lain. Tak ada bezanya dan tiada perbandingan sama ada saudara beragama Islam atau tidak. Mungkin saudara juga tahu batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam agama saya. Saya harap dapatlah kita bersahabat terlebih dahulu. Perjalanan saya masih jauh dalam mencari ilmu dunia dan bekalan saya menemui Pencipta saya nanti. Sudah tentu saudara mengenali saudara Fitri, YDP kita tukan? Kalau ada masalah yang saudara ingin kemukakan, just ask him. Saudara juga boleh merujuk kepada saya tetapi sekarang saya agak sibuk dan mungkin tiada kesempatan dan masa yang sesuai untuk berbicara tentang kemusykilan saudara. Saya bimbang wujud fitnah pulak nanti, jadi eloklah kiranya saudara terus berjumpa dengan saudara Fitri. Lelaki lebih mudah berurusan dengan lelaki. Saya memahami perasaan saudara tetapi bagi saya, masanya masih belum tiba. Andai ada jodoh, ada cara yang lebih sesuai yang telah ditetapkan dalam agama saya untuk melaksanakan hasrat di hati saudara.

Yang ikhlas

Zaiyan Balqish Binti Zambri
Johny terdiam. Otaknya ligat berfikir. Begitu banyak persoalan yang ditinggalkan Zaiyan di dalam warkah sekecil itu. Rupanya masih terlalu banyak yang tidak diketahuinya tentang isi dan peraturan dalam Islam. Perhubungan juga ada batasan? Batas yang bagaimana? Ada cara yang lebih sesuai untuk aku laksanakan hasrat di hati aku? Bagaimana caranya? Aduh? bertambah berat otak aku. Ingatkan lepas hantar surat, terjawablah semua penantian dan persoalan yang bermain dalam minda aku nih, rupa-rupanya makin bertambah banyak pulak tanda soal kat mata nih. Fitri tolong aku!!!!!!!!!!!!!! Serasa ingin meraung sekuatnya. Kakinya terus melangkah terburu-buru mencari Fitri.
Sejak hari itu, selepas suratnya dibalas, dia mula berminat untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang agama Islam. Banyak perkara yang menjadi tanda tanya dalam dirinya. Hasil pertolongan daripada Fitri, dia diperkenalkan dengan seorang ustaz. Selepas solat Isyak, ustaz Muammar akan menemaninya dan menjawab segala kemusykilan yang dihadapinya. Fitri juga akan turut sama mengikuti setiap sesi pembelajaran Johny. Hampir 2 bulan dia menghabiskan masa pada waktu malamnya mendengar tazkirah dan ceramah daripada Ustaz Muammar. Dia mula menjinakkan diri dalam usrah walaupun belum lagi lidahnya mengucapkan kalimah syahadah. Fitri tidak pernah memaksa Johny menerima Islam kerana Fitri faham benar dengan sikap rakannya itu. Lagipun dia percaya, jika Johny menerima Islam sebagai jalan kehidupannya, pasti Johny akan menjadi seorang muslim yang taat.
Masuk bulan ketiga, setelah selesai memahami setiap isi kandungan kitabullah, dengan tenang Johny menyampaikan isi hatinya untuk memeluk agama Islam walaupun tindakannya ditentang hebat oleh ahli keluarganya. Hatinya sudah tekad dan tidak mampu untuk diubah lagi. Walaupun begitu, ibunya tidak membantah, malah sentiasa memberikan sokongan asalkan dia memperoleh yang terbaik dalam hidupnya. Sokongan dari seorang ibu sudah cukup untuk dia meneruskan keinginannya. Fitri hanya mampu mengalirkan air mata disaat Johny mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Muammar dan dirinya sebagai saksi. Kini namanya bukan lagi Johny mahupun Lim tapi Zulfaqqar Sulaiman Bin Abdullah. Nama yang sudah lama di dalam pemikirannya. Nama yang diambil dari iras nama wanita yang menjadi sumbu kekuatannya dalam menempuh onak dan duri dalam mencari hakikat sebenar perjalanan hidup seorang hamba.
Agak lama dia tidak bertegur sapa dengan Zaiyan. Kadang-kadang hatinya meronta ingin berbual dan bertanya khabar tetapi kini dia sendiri memahami batas-batas pergaulan antara muslimin dan muslimat. Tidak perlu dipanjangkan perbualan jika tiada sebab yang dibolehkan syara? kerana bimbang nafsu mula bersuara. Melihatkan reaksi Zaiyan, kekadang terasa ingin saja berputus asa. Gadis itu berlagak seperti tiada apa yang berlaku antara mereka sedangkan dari dahulu lagi dia mengetahui keinginan hati Zulfaqqar. Kekadang dia berbicara sendirian, mana mungkin hati Zaiyan sekeras batu hingga tiada langsung perasaan ingin dicintai. Ataukah dia masih belum layak menjadi teman hidup dunia akhirat Zaiyan? Semuanya seringkali menghantui mindanya. Walaubagaimanapun, dia tetap yakin dengan ketentuan Illahi, hanya Allah sahaja yang mengetahui apa dan siapa yang terbaik dalam hidupnya. Dia pernah dan telah berusaha, kini hanya jawapan dari Yang Esa yang dinantikannya. Andai benar mereka ditakdirkan untuk tidak bersama, sekurang-kurangnya Zaiyan telah berjaya membuka pintu hatinya untuk mengenali dan menyintai agama suci ini.
“Yan, kenapa kau tak nak terus terang je dengan si Zul tu? Kalau dah suka, cakap jelah. Kan senang. Kau buat diam je, susah la dia. Kau pun susah. Aku tau kau tu mahu tapi malu..ye tak?” Majidah mencuit lengan Zaiyan.
“biarlah dulu Jidah. Ada jodoh Insya Allah tak kemana. Aku ni baru first year. Baru nak merangkak. Dia tu takperlah dah berkali-kali dapat dean list. Malulah aku kalau tak dapat setaraf dengan dia. Baru masuk Islam, dah banyak yang disumbangkan dalam jemaah kita. Aku rasa seganlah dengan dia tu.”
“engkau ni! Dulu cakap nak suami yang mampu membimbinglah, satu jemaahlah, berakhlaklah..nah sekarang dah dapat. Kau nak tunggu apa lagi? Memanglah kau tu baru first year tapi umur kau tu dah layak kahwin pun.”
“amboi seronoknya membebel. Aku taulah kau dengan si Farhan tu dah merancang nak berkahwin, tapi aku nih masak pun tak pandai lagi tau. Ada hati nak kahwin. Kang kena ketuk dengan suami baru padan muka aku” Zaiyan mencubit pipi Majidah. Majidah memang layak menjadi isteri orang. Semua kerja rumahtangga mampu dilaksanakannya. Masakannya memang sedap hingga menjilat jari. Bertuah Farhan memiliki hati Majidah.
Assalamualaikum?saudari Zaiyan. Masih ingat tentang saya? Bukan lagi Johny Lim tapi Zulfaqqar Sulaiman Bin Abdullah. Saya bersyukur kerana dapat mengenali saudari. Dapat mengenali agama Islam yang suci. Persoalan yang saudari tinggalkan di dalam warkah terakhir itu membuatkan saya bertekad untuk mendalami agama Islam dan Alhamdulillah sekarang saya semakin cinta kepada agama suci ini. Insya Allah, pada cuti 3 bulan akan datang, ibu bapa angkat saya iaitu keluarga Fitri akan ke rumah saudari. Seperti yang saudari katakan, ada caranya jika saya ingin menyampaikan hasrat hati. Dan inilah jalan yang terbaik. Sama ada pinangan saya ditolak atau diterima, saya serah segalanya pada Allah. Kerana hanya Dia yang mampu membuka hati saudari dan memberikan saya jawapan yang terbaik. Kita hanya mampu merancang tapi Dia Yang Lebih Mengetahui segalanya. Akhir kalam, saya tidaklah sehebat Rasulullah untuk mengimpikan teman setaat Khadijah, tetapi apa yang pasti saya akan cuba untuk menjadi ketua rumah tangga yang terbaik dan saya amat berharap agar saudari dapat menjadi sayap kiri dalam perjuangan saya menjalani kehidupan seorang khalifah dan dai?e di muka bumi Allah ini?Insya Allah?

Wassalam,

Zulfaqqar Sulaiman Bin Abdullah
Warkah kedua yang dinantikannya selama ini tiba juga akhirnya. Dan jawapan bagi persoalan itu pastinya telah bermukim di hatinya sejak dahulu lagi. Tunggukan khabar gembira dariku ya sulaiman. Pastinya Balqis pasangannya Sulaiman. Zaiyan hanya mampu mengukirkan senyuman kesyukuran.
p/s: another cerpen salvaged from a website...wow, I was productive during those days yeah?

Thursday, January 27, 2011

Selamat Datang, Sayang....

Alhamdulillah, bertambah lagi seorang anak comel ke dunia ini..

Semoga kehadiranmu menggembirakan hati Ibu yang mengandungkanmu..Dan jangan sesekali disakiti hatinya,she's been through a lot ye, baby..you have to be equally strong and know that whatever she did or she's gonna do is for the best of both of you...

Mommy Zaza masih belum berpeluang nak jenguk lagi baby dengan Ibu kat sana..nanti ada kelapangan Mommy Zaza angkut Abg Aisy, Abg Adyf & Abg Pan jenguk baby ek?

behave yer?mwahs!!!

Tuesday, January 25, 2011

Air Mata di Malam Pertama...

Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.

Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.

” Ana dah jadi isteri!” Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.

” Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.” Doaku perlahan.

Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku sudah bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.

” Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti?” Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.

Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

” Assalamualaikum!” Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya.

Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.

” Sayang!” Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.

Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku.

” Abang” Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku.

” Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang..” Bisikku perlahan. ” Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia.” Janjinya padaku.

Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.

Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu.

Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi.

Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu.

Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.



**********************************************************************************
” Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana.” Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulkan bicaranya.

” Apa dia ayah, mak? Macam penting je.” Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka.

” Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.”

” Apa?” Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri.

” Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?!” Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.

” Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?” Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian.

” Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana.” Ujar mak setelah sekian lama membisu.

” Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya.” Terang ayah lagi.

” Ana!” Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa.

” Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.”

” Ini cincinnya, pakailah.” Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini.

” Ahhhhgggg..” Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.



*********************************************************************************
Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni.

” Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu.” Ujar ayah padaku.

Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan.

Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik.

Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu.

Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.

” Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.”

” Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin.”

Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan.

” Bang, maafkan Ana!” Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus.

” Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang.” Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku.

Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.

” Abang nak kemana tu?” Soalku.

” Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi.” Jawabnya.

” Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi.” Aku kesian melihatnya, keletihan.

” Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah.” Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu.

” Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya.” Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah.

Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.

” Bila Ana turun?” Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja.

” Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang.”

” Maafkan abang sayang.” Dia menghampiriku.

” Sayang tak marahkan?” Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.

Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.

” Isy abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita.” Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku.

” Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang.” Jawabnya tersenyum.

” Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi.”

” Betul ni?” Soal suamiku cepat-cepat.

” Isy.....gatal la abang ni!” Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.

Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.

Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku.

” Apa yang Ana menungkan ni?” Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang.

” Abang ni, terkejut Ana tau!” Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk.

” Alaa .....sayang ni.macam tu pun nak marah.” Usiknya sambil mencubit pipiku.

” Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea..!” Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.

” Sayang!” Seru suamiku sambil merangkul tubuhku.

” Sayang nak honeymoon kemana?” Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu.

” Ana ikut aje kemana abang nak bawa.”

” Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?” Guraunya.

” Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?” Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.

” Nanti sayang nak berapa orang anak?” Soalnya lagi setelah ketawanya reda.

” Abang nak berapa?” Soalku kembali tanpa menjawab soalannya.

” Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?”

” Isyy..abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?” Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa.

” Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan.”

” Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup.” Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira.

” Ni yang buat abang tambah sayang ni.” Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.

Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

” Zul, Ana! Jom kita makan dulu!” Suara mak memanggil.

” Mari bang! Ana pun dah lapar ni.” Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam.

Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik.



**********************************************************************************
Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukenali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apataha lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.

” Mampukah akau menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?” Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.

” Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku.”

” Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan.



*********************************************************************************
Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?

Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.

” Masuklah, pintu tak berkunci.” Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku.

Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku.

” Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?” Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.

Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu.

” Habistu apa yang sayang menungkan ni?”

” Ana takut bang!” Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya.

Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.

” Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan Bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita.” Pujuk suamiku.

” Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut.....” Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.

” Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang?” Bisiknya.

Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku.

” Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit.” Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.

Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai.

Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.



**********************************************************************************
” Ayah, mak! Ana dah buat keputusan.” Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari.

Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri.

” Keputusan tentang apa?” Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat.

” Pasal peminangan tu.” Ujarku.

Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.

” Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih.” Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.

Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya.

” Syukurlah, moga Ana bahagia nanti.” Ucap ayah padaku.

Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.

” Nanti mak kenalkan dia pada Ana.” Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka.

” Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje.” Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.

” Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya.” Ayah mempersoalkan keputusanku itu.

” Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?” Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.



**********************************************************************************
Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku.

” Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah.” Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan.

” Baik bang. Bang, ni baju abang.” Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.

Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi.

” Patutlah.” Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang.

Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik.

Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan.

Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya.

Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.

” Bang.” Seruku.

” Ada apa sayang?” Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya.

“Malam ni abang nak.....” Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya.

” Nak apa sayang?” Soalnya lagi sambil tersenyum.

” Abang ni.....” Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku.

” Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?” Bisiknya ketelingaku.

Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

” Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!” Bisik suamiku.

” Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia.” Jawabku.

Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.

Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk memperaktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah bersabda:

“Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada.”

Rasulullah bersabda:

” Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu.”

Rasulullah bersabda:

” Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia.”

Rasulullah bersabda:

” Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu.”

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang.

Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya.

” Abang tak apa-apa?” Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui.

” Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot.” Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.

” Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu.” Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pajama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu.

” Nakallah abang ni.” Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar.

Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam.

Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu.

Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan.

” Kenapa ni bang?” Soalku sewaktu bersalaman dengannya.

” Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.”

” Zul sakit ke?” Tanya ayah.

” Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot.” Jawabnya.

” Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak.” Sampuk mak.

” Nanti Ana ambilkan ubat.” Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat.

Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.

Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan.

” Terima kasih.” Ucapnya perlahan. Aku angguk.

” Abang berehatlah.” Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.

” Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang.”

” Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.”

” Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan.”

” Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.” Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya.

” Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan saying. Sayanglah satu-satunya buah hati abang.” Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.

Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik.

” Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea!”

” Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya.” Ujarnya perlahan.

” Abang tidurlah.” Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu.

Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat.

Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.

Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.



**********************************************************************************
” Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana.” Pujuk emak.

Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjengok dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.

Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.

Amin............


p/s: saya tahu banyak yang pincang..banyak yang agak "longgar"..inilah yang terbaik boleh dihasilkan..:P