Pages

Friday, December 30, 2011

SPONGEBOB SQUAREPANTS SANDWICH MAKER..

mungkin anak3 pun sudah terjangkit dengan kegilaan saya dengan kartun Mr Squarepants ini..
nampak saja pembuat sanwich di SenQ, masing2 terus menyerbu dan merayu2 minta dibelikan barang yang satu ni **walau pada hakikatnya takde sapa pun yang seangkatan dengan Inche' SO - boleh telan roti pagi petang siang malam!**
tapi, bila belek lama2 mungkin saya boleh menjadikan alat ni pemangkin buat anak3 lebih menggemari roti sebagai sebahagian daripada makan harian...mana taknya, cuba lihat pada gambar kotak pembuat sandwic ni - bila dah siap, akan ada Mr Squarepants berbekas ni bahagian luar roti **comel?!!!!**
so Inche' SO kena bersiap sedia - harga walaupun tak berapa mahal cuma pujuknya mesti mau lebih  - mana tahu ada perkakas lain di sana yang menambat hati kan kan kan kan kan?:P

Wednesday, December 28, 2011

The Long Christmas Weekend pt I




Yup..
They were utterly pampered at Tok Daddy's place during the long Christmas weekend..
Tok Daddy decided to bring them to the new Officers' Mess in Kem Perdana Sg Besi which comes equipped with a gym, swimming pools and sauna **hint hint**
Anyway, to get them into the "swimming" spirit, Tok Daddy + Tok Mommy have bought each and every one of them a pair of googles and true enough, it has become their sole obsession - especially to Cik Pan, who has been wearing it day in day out - in the kitchen, in the hall, even at the dining table but surprisingly - he was not keen of wearing it when he was at the pool **hmm - scratches head**
Anyway, they had a blast in the kiddy pool and spent almost 2 hrs in it - refusing to come out when Tok Daddy asked them to AND the best thing was that Cik Pan is trauma-free of swimming pool **yeay!**..I had to promised them we'll come and visit Tok Mommy + Tok Daddy soon for the pool SOON...

Tuesday, December 27, 2011

Long Christmas Weekend pt II



rumah skang ni dah lah memang sekangkang kera - jadinya bila ada kesempatan saya akan mengangkut anak3 ke padang awam besar yg bersih dan agak terjaga utk membiarkan mereka lepas bebas lari satu kampung - selalunya kat Kawasan Rekreasi Awan Kg Datuk Keramat dekat Ampang tu..dan kalau rezeki lebih - kami akan ke Mid Valley @ One Utama utk saya "depositkan" anak3 di indoor playground..
tapi waktu cuti panjang lepas**panjang ke, nok?:P** Tok Daddy dengan jayanya mahu membawa anak3 berlari1an di Padang Besar UPNM..hasilnya?
puas anak3 saya berlari dari satu hujung ke satu hujung ...naik mengah jugalah saya mengejar dengan Mak Su ..ditambah pulak dengan Tok Daddy belikan mereka bola tenis seorang satu, ah sudah...makin jauhlah langkah masing2...:P 

Hard Rock Cafe KL

haven't been going out much lately..
no, not complaining okay..
but when you have a volunteer that you trusted your boys with **in this case, it's UMI YAN** I enjoyed my night..
although had stayed for only 1 set, for me it was awwweeesssoommeee!
Thank you darling- u're angel!



p/s: dah terasa agak berumur sket lately **gasps!!**

Maxi Contact Lens..


suka sangat dengan color contact lens yang baru ni..
kaler dia ada 2 jenis - yang subtle looking and another one is those obvious ones..
cuma yang "slek" adalah mata empunya diri..
I am known to have very dry eyes - hence the reason why spectacles are my best options..tapi ada masa nak jugak merasa melaram masa kuwar berjimba-jimba kan?:P
tapi itulah balik rumah confirm akan merah + gatal seharian..
no it's not the lenses, believe me..
pergi mana2 optician  - and mind you, I have been to quite a few - they will all say the same thg, my eyes are a bit tad dry than normal and whichever lenses that they'll recommend will not get a good review from me..It's not the lenses, like I said, it's just me..
but yup, I like these blue ones - very the obvious kan? **abaikan mata yang merah itew!**
the other color that I have are the honey-colored ones..those are more obvious actually..
as my eyes are naturally in the lighter shades of brown, those honey-colored lenses made my eyes look unnatural:P One of my officemate even said that they looked almost "vampire-like"..ha ha ha ha ha..
anyway, these Maxi Contact Lenses are considerably cheaper than the other brands on the market - I got mine at 1mont kiara for RM35/pair.. So, if you guys are feeling a bit on the wild side and wants to look different on those special occasion..why dontcha give it a try?:)

Friday, December 23, 2011

sesi "masih menunggu bonus"

ha ha ha ha..
ye orang lain gamaknya dah settle dah pat bonus + gaji bulan ni..
co saya ?
masih dlm sesi menunggu ni..
kalau waktu lunch, e-payslip sudah selamat diterima di dlm inbox; ALHAMDULILLAH...
kalau masih senyap diam je - alamatnya memang HR office nak kena bakar:P

esok most probably will be a long day ..
niatnya nak membawa Tok Mommy + Mak Su sama2 shopping utk barang2 sekolah Harryth **yup, Harryth is going to Pri 1 this coming school session**
as a mother - I am nervous as hell but I remembered my transition from kindy to Pri **as vague as it may be** was kinda smooth so I am foreseeing the same thing with my eldest boy ni..

Harryth so far to me is mature than his age - dependable and reliable cuma ada masanya my gentle giant ni kena be a firm - he's a lover not a fighter; that goes without saying but he needs to learn to stand up for himself and not let anyone mistreat him..dia kadang2 lebih kepada "sukati ko lah nak buat apa, asal jgn kaco sudah" kinda attitude which is good at times, but not all the time kan?

terus terang kata - saya risau sebenarnya jika anak3 saya jadi mangsa buli kerana simptom mangsa buli ni adakalanya susah nak ditebak jadinya, saya sentiasa berdoa agar saya akan sentiasa fokus kepada sikap Harryth so that I will not be caught off guard about anything..

I have also pledge to make my presence felt at his new school..
no, not by becoming a drama - mama, but by being involved in their activities etc as when I was growing up both my parents were most of the time wrapped up with their own hectic work schedule to attend to all my events - no, not complaining-mind you, but as parents you would always wanna be better than your own parents koz you know that they have already set a high standard of being a parent themselves..:)

anyway - crossing my fingers that the pay do come in by today..or else:P

Wednesday, December 21, 2011

Year End Bonus?

memang memang ....

orang lain dpt bonus dr seawal minggu lepas lagi - tengah bulan..sekali co hybrid US -JPN ni cuma kasik this Friday ..jeng jeng jeng ...:P

dpt bonus je - a) beli brg sekolah anak3 b) belanja Tok Daddy, Tok Mommy, Mak Long & Mak Su lunch @ dinner c) kalau ada lebih mebbe nak beli handbag kot:P

ha ha ha ha ha...itu namanya wishful thinking...

p/s: tak tahu kali ni dpt berapa koz pro-rated kan, masuk co ni dah last quarter of the the year..banyak ke, sket ke..Alhamdulillah....

Tuesday, December 20, 2011

wisdom tooth extraction WITHOUT traumatic effect -CHECK!

rasanya dah lama sangat saya menangguh utk cabut gigi geraham belakang ni...

macam2 cerita yg di dgr dr kawan2 etc pasal betapa sakitnya prosedur tu..

tapi  nampaknya setelah hampir setahun lebih mengelak dr dicabut, saya terpaksa mengalah jadinya saya telahpun mewar2kan di FB pasal "kesengsaraan" saya dengan harapan kawan2 dr arena pergigian akan sudi membantu..

Alhamdulillah - seorang sahabat dr zaman persekolahan dulu pantas menjawab - DR ARILATHA, walaupun tiada di Malaysia ketika ini , sudi sangat2 mengesyorkan agar saya mendapatkan khidmat dr anak didiknya Dr Ida di Klinik Pergigian Cheras Baru..

woih, tabah betul sabahat seorang ni menyakinkan saya bahawa cabut gigi geraham tu tak sakit..macam2 soalan saya ajukan, mencari alasan sebenarnya nak mengelak dr mencabut gigi tu lagi..tapi nampaknya DR ARI betul2 sabar melayan karenah saya yang mentel ni **mengaku je lah penakut, kan?**

so, saya kuatkan diri, tabahkan hati utk memberitahu rakan sekerja bahawa saya tak bekerja pada hari Jumaat atas sebab mahu cabut gigi...

saya nebes ekceli ..ha ha ha ha..

punylah nebes sampai habis satu kampung saya pusing walau GPS dah terang2an beritahu arah dengan nada kuat...pakkal dia takboleh menyumpah, kalau tak abes dah saya kena kaw-kaw...

tempat tu memang tersorok sket ...cantik terselit di atas bukit - damai je..

sampai2 je terus carik DR IDA - alahlahlah...comelnya saiz, saya terbayang kalaulah saya terlesing dia **membayangkan kalau refleks saya mengambil alih pergerakan kaki tangan sewaktu prosedur** mesti jauh terpelanting...dia nasihatkan saya supaya makan sarapan ringan dulu - "bukan apa, adamasa patient boleh sampai pitam kak..lagipun takut2 kalau blood loss yg agak crucial, mgkin jugak boleh pitam" **hah!!!!!! mode: nak larikkkkkkkk!!!!!**

apa2pun - saya makan dlm 5 biji kuih pulut dulu, agak2 boleh survive saya gagahkan diri semula ke klinik..tatkala no dipanggil, humangaiihhh..hanya DIA yang tahu betapa takutnya saya...

routine biasa - DR IDA akan check bilangan gigi yang ada dan bilangan gigi yang perlu di periksa/ di buang..Alhamdulillah - gigi2 yang lain masih "sound" cuma mmg confirm gigi geraham kanan belah rahang atas memang WAJIBUL BUANG - lobang dah besar, sebab tu sakit!DR IDA siap kasitau yang kawasan third molars ni memang adamasanya cepat rosak - antara sebab utama; kebanyakan berus gigi di pasaran sekarang ni tak cukup tirus utk menggosok hingga ke hujung rahang, jadinya makanan yang terselit tu akan menyebabkan gigi rosak- Nasihat DR IDA, rajin2 berkumur + rajin2 floss..:)

dah terduduk (ke baring ek?) kat kerusi keramat tu - DR IDA kata saya perlu dibius di pipi & rahang.. dan terus terang saya katakan, ianya tidaklah seteruk yang saya sangkakan..:)

pedih? memang - itu sy tak boleh bohong..lebih2 selepas injek yang pertama tu saya terasa macam ubat tu menerawang mengikut saraf dr kawasan rahang ke kawasan bawah mata - terasa bisa gitu....tapi selepas tu, masa suntikan kedua- saya dah tak terasa sangat ..dah sebal muka sebelah..nak tarik/sedut air hidung masuk balik dlm hidung pun "cacat" sebab dah tak mampu..nak bercakap apatah lagi...itu baru terasa nikmat ditarik balik sekejap, belum lagi kalau saya terus tak dpt bercakap kan? **nampak nah kepoh!**

saya disuruh berehat dlm 10  min untuk memastikan bius benar2 amek efek kat tempat yang sepatutnya..kemudiannya, saya dipanggil balik utk dicabut giginya..mula2 memang seriau!!! DR IDA dah dah buat demo mcm mana rasanya bila dia akan "ganggu"/"usik" gigi rosak tu ...more to a nudge actually and not really as pulling the tooth out & as I was already under the local anesthesia, yeah...I didn't really feel much although my mind did played a trick on me and I kept on having this nightmarish imagination of blood, you know the whole deal...:P

but alhamdulillah, after a few tugs and a deep breath - IT WAS DONE!

hmmmm...I was so surprised as it was done without a hitch and yeah, it was relatively painless..You could not have imagined my feeling at that time..:P

Anyway, now that I know DR IDA is such a splendid dentist - I am happy to proclaimed that DR IDA shall be our dentist from now on..Kalau siapa2 nak mendapatkan khidmat DR IDA, boleh je terus ke Klinik Pergigian Cheras Baru di Jalan 16 Off  Jalan Kuari 56100 KL @ telefon utk temujanji : 03-42946180..

Monday, December 19, 2011

This one is indeed so comeellll...:D

Whoever watched "Tangled" may have noticed that Rapunzel was skillful with the multiple usage of her long, lustrous locks of hair and I found this picture pretty hilarious on 9gag.com..:D

Thursday, December 15, 2011

tragedi yang menggemparkan...:(

tempohari memang saya betul2 rasa tak sihat badan - dengan jayanya menelan panadol 2x - tak jalan, last2 kamikaze makan painkiller sebab migraine kepala membuatkan rasa macam nak hantuk kepala kat dinding, sakit belakang buatkan saya rasa macam nak mengeliat doplohpat jam **tapi tak boleh sebab pusing kiri kanan pun takde bunyi "kruk-krak" yang ditunggu-tunggu:(**...

nak dijadikan cerita masa tu jugak lah anak3 merengek nak makan nasi goreng seafood..takde masalah pun koz saya memang jarang menghampakan permintaan anak3 lagi-lagi pat makan ni **ini saya ikut pesanan arwah Tok Mak saya - jangan disekat kalau anak3 nak makan**..jadiknya, saya gagahkan diri masak nasi, siapkan rencah - udang, sotong, fishcake + mixed vege (carrots & kacang peas) dan cili potong sket buat penambah warna..nasi dah masak, jeng jeng jeng..anak3 makan penuh selera...Alhamdulillah **always make me fuzzy inside when my boys eat whatever I cooked until the last bite**

dlm menyuap anak3 tu **ya, saya masih menyuap anak3 saya lagi - that's my bonding time with my boys, even dengan Harryth sekalipun walau dia dah nak masuk 7 years old next Jan **, saya melawan rasa mengantuk..the drugs effect had taken me over, tapi saya kuatkan diri, celikkan mata besar-besar..yang tak bestnya masa tu saya terperasan juga jari mungil si bongsu tu **Cik Pan** dok kuis-kuis nasi dlm mangkuk tu...

saya tak kuasa nak marah, nak tinggikan suara..kalau menyirap pun, he is still in his exploring age - semua benda nak pegang, nak picit, nak gigit, nak rasa - jadi saya biarkan sahaja...

sekali ...jeng jeng jeng !

Cik Pan : Mommy ..Look! Where? **sambil angkat bahu**
Mommy : Where is what, sayang? << groggy like hell>>
Cik Pan : Mommy..Where "pis"?
Mommy :??????? **confused as I didn't really understand him - on top of that, I didn't even know that he knows that word**
Harryth : Mommy  - Irfan is asking you where is the green peas lah...
Mommy : oh okay..Okay Irfan, Where?
Cik Pan : Here..Nose!
Mommy: **pengsan!!**

belek punya belek hidung yang comel tu, rupanya memang ada satu biji kacang hidung dia "simpan" dlm lubang belah kiri...berderau darah saya..dah macam-macam terbayang dlm kepala ni...nak kena rush gi klinik ke ni?nak nangis pun ada...:(

nak gelabah memang tak sempat - dlm kepala saya cuma doa byk2 janganlah kacang tu termasuk ke dlm lagi...ciptaan DIA tu memang indah + sempurna kan, kacang tu sedang elok je lubang hidung tu, tak boleh nak naik atas lagi dah..kalau tak bermalam di hospital lah kami anak-beranak, dahlah Inche' SO takde..hu hu hu hu..memang hati saya tak tenang masa tu..

dlm panik sekejap tu, tiba2 saya terfikir nak urutkan tepi hidung anak comel tu ke bawah ..sekali, Alhamdulilah...meluncur laju je kacang sebiji tu turn..rasa nak lompat buat jumping jack pun ada:)

jadi, ye...mulai hari tu saya banned semua jenis bentuk kekacang dlm makanan seharian kami sekeluarga..memang bukan salah kacang tu, salah saya - tapi saya dlm usaha cuba meminimumkan hazardous materials/items dlm rumah saya....

in the way of Mojo-Jojo "Curses you, green peas!**

Monday, December 12, 2011

My adult time..:)

once in a while when u are a parent, u need some alone time for adult talk, you know..makeups, handbags etc and not just about Ben10, Transformers, Mr Bean ..he he he he...

so yeah, I had a blast yesterday as I managed to do some girls' day out with UMI YAN..we had lunch, dessert and had tonnes to talk about..some might think that it is so selfish of mothers who do that, but pls don't judge us before you are in our shoes okay..next time roung, we'll be having one more friend joining us..Ibu As with her baby..**yeay..happy that this group in growing in numbers**

this once in a while outing keeps you sane..really! don't trust me?:P

anyway, thanks yang for making my day ..and my boys had a blast with the ice-cream treats and not to mentioned the 2 and a half hours of tiredless FUN...:)

p/s: thank Umi for keeping my sanity intact!:P

Sunday, December 11, 2011

nak beli kelengkapan sekolah anak3..

sebenarnya untuk Inche' Kudut + Cik Pan tak susah sangat koz masih lagi bersekolah di PASTI - jadinya persiapan + kelengkapan sama je macam sekarang nih..cumanya lebih pening pasal kelengkapan Harryth..
yelah dah besar kan, tambahan lagi dah nak mula SK + SRA jadinya macam konfius sket apa nak beli...

setakat ni, list hanya seperti di bawah:-

Baju sekolah kebangsaan
a) baju kemeja putih x3
b) seluar biru gelap x3 (x pasti nak beli seluar pendek @ panjang - kejap, sekarang masih boleh pakai seluar pendek lagi ke?**garu kepala)
c) stokin x3
d) kasut x3 ( 1 hari terus pakai - koz pergi SRA pun kena pakai kasut kan?)
e) beg sekolah

Baju SRA
a) 3x baju melayu
b) 2x sampin hijau
c) 1x songkok
d) beg sekolah

hmm...did I missed out anything?:P

Friday, December 9, 2011

Bila Irfan tidur....

He looks so serene when he's sleeping, kan?
It's not easy for me to hold him like this nowadays as he thinks that he has overgrown the hugging and the lying on top of me part..
I miss that..
I miss the feeling of him suckling my breasts for milk...
I miss seeing him falling into a deep slumber after his tummy is filled up with Mommy's goodies..
but while I am at work, I am miss seeing him asking me for "shu-shu"..
and
how he'll always hide behind the curtains when he wants to pass motion and straight away signals me to go
to the toilet once he's done..
I just miss him sooooooooooooooooooooooo  much!

Thursday, December 8, 2011

Capital.FM sudah "terlalu meriah"...:(

I am so bummed now..
my favorite radio station has decided that they wanna hv DJs...**sigh**
don't get me wrong..I like people, but I also like to listen to my songs without having to listen to people chattering..mind you, my work involves me listening to people on the phone ALL DAY LONG so yeah, I would love to have to listen to my songs without any interruptions..so yeah, bye-bye Capital.FM and hello CD player...

p/s: need to stock up on my CD selection...:)

Wednesday, December 7, 2011

seminggu yang tidak happening..:P

seminggu hiatus dr blog..
bukan tak mahu update cuma tiada apa2 menarik yang terjadi dlm seminggu tu..
seperti biasa, menggagahkan diri ke opis dan menyiapkan tugasan dan rutin seharian..
saya terasa seperti saya perlu bertukar angin ke organisasi yang lain - organisasi yang lebih menghargai kedudukan saya sebagai ibu, pelajar + pekerja..
adamasanya rasa terjerat sungguh dengan keadaan di sekeliling..
sesungguhnya saya tiada masalah dengan customer dr seberang tambak, paling bangsat pun kalau mereke bersikap kurang ajar/manis, hanyalah sekadar satu panggilan and then it's done + over with...
cuma ada masa saya rasa pihak pengurusan kurang skil untuk "takel" hati kami **collective ye, bukan hanya sekadar saya seorang** sebagai staf..sikit sikit, tolak kat kami, sikit sikit tolak kat kami...**hmm**

apa2 pun saya memang ada juga tabur CV sana sini - respons? menarik sungguh - dr segi $$$, cumanya agak kurang fleksibel utk saya lebih-lebih lagi Muhd Harryth Zulfadhli **wah, formal sungguh** akan mulakan sesi persekolahan pada Januari 2012..
bulan November + Disember ni memang banyak pakai $$$..terasa jugak sebab pembayarannya selepuk!
takpelah- alhamdulillah, masih punya $$$ untuk teruskan urusan seharian..syukur!

Disember ni juga saya mungkin dpt bonus, walau tak sebanyak yang lain..
oh kenapa?
saya mula bekerja lewat kan - hanya sedari bulan Ogos dan saya memilih untuk bekerja sebagai penjawat kontrak - jadi semestinya kiraan bonus saya berlainan and juga pro-rated mengikut tempoh perkhidmatan..

saya juga sedang mencari IPTS untuk menyambung pengajian syariah pula..sayang rasanya kalau sudah ada LLB tapi tidak berpeluang menjadi peguam syari'..Tengoklah, ada kelebihan rezeki + masa, saya teruskan..tapi terus terang saya katakan, saya masih dlm proses pencarian..

mengenai pencarian rumah sendiri...hmm..
macam mana nak cakap ek?
saya buntu sebenarnya...
1- saya sebenarnya lebih suka duduk di kawasan bandar/berdekatan bandar. kalau terpaksa memandu lebih dr 30minit mahu ke KL, saya agak keberatan..
2- saya sebenarnya sudah mula rasa seronok dengan rutin yang sedia ada sekarang ni. tempat keje dekat dan accesible, tempat penjagaan + tadika + taska anak2 juga sungguh dekat + very reliable + fleksibel dan yang best lokasi kondo kami yang berdekatan dengan malls, tempat riadah -sesuai utk anak3..

kami ada ke Seremban, Seremban2, Bandar Baru Seri Sendayan, Sungai Buloh, Selayang dan banyak lagi kawasan yang berdekatan - samada harganya agak melebihi kemampuan @ lokasi yang agak tidak memberangsang **read as: tempat jin bertendang** and design rumah yang tidak menepati citarasa..jadi besar kemungkinan kami akan mencari rumah/kondo yang berdekatan dengan kondo sedia ada supaya a) tak perlu nak menggeragau sibuk nak "up-root" anak3 -nak cari sekolah lagi, nak cari daycare +tadika+ sekolah + sekolah agama dan b) oh yes, saya suka pindah- cuma saya tak kuasa nak mengemas **boleh?**

okaylah..saya nak sambung melawu kat opis ni..hari ni customer seberang tambak agak bertenang..belum lagi kot?**yeah right, wishful thinking**