Pages

Wednesday, March 30, 2011

pengat labu?

ha ha ha...ini dia resepi pengat labu saya yang cukup cincai...

satu biji labu **jgn terlalu masak** - belah lah ikut cara mana pun
- direbus dengan air cukup sekadar melitupi labu yang dipotong. masukkan sedikit garam & daun pandan dm 3-4 helai **ikat cantik2**

agak2 dah separa lembut labunya, masukkan 2 x susu cair dan gula perang secukup rasa-jgn biarkan susu cair pecah minyak/lemak..api sederhana bila dah agak membuak sedikit, perlahankan api.

kalau agak2 nak masukkan sagu/ cendol kaler-kaler, masukkan jgn terlalu byk- takut bergumpal..

taaa-daaa!!

p/s: next on the list - bubur kacang durian...jeng jeng jeng!

Monday, March 28, 2011

pengat labu...

Inche' SO sudah jarang sangat makan dessert ni rumah **dia tak bukak mulut murungut lagi, tapi takkan lah sampai nak tunggu gitu, ye tak?** ..jadinya, saya mula me-rajinkan diri kembali untuk masak manisan....anak-anak pun, saya rasa, harus di didik untuk mengetahu manisan tradisional **ha ha ha, sound toooo cliche'** jangan asyik laju tangan menyuap kek, coklat dan pastri sahaja 24 jam!

hasilnya: pengat labu yang rendah lemak..**saya gantikan santan dengan susu cair..saya gantikan gula pasir dengan gula perang**


terus terang saya katakan memang rasanya tak berapa "kick" kalau nak dibandingkan dengan resepi asli..tapi saya ni pun bukannya muda lagi..haruslah jaga pemakanan..plus, saya yakin yang saya tak mahu anak2 obes dan tidak aktif membesar...

p/s: nak lagi menarik, masukkan cendol berwarna @ sagu **Inche' SO lebih suka sagu**

Sunday, March 27, 2011

Inche' SO BB vs Mommy's iPhone

dulu waktu pakai phone biasa2, saya dan Inche' SO rajin buat "phone-swapping"..lebih2 lagi sayalah..yelah, saya kan bangsa jenis cepat bosan..

tapi sekarang dah tak lagi...bukan kata tak mahu, tapi dah tak mampu!!!


BB Inche' SO yang sungguh slick and macho!


saya rasa pincang betul kalau disuruh pakai BB skang ni.rasa janggal tahap dewa, sebab 

a) penggunaan touch-screen saya sudah boleh dibanggakan oleh pengguna iPhone yang lain..

b) keypad qwerty pada saya adalah sungguh redundant

c) apps yang sungguh mengelirukan **susah nak godek2 sesuka hati**

d) boooooorrriiiinnnngggg!!! **iPhone saya banyak games apps!**

Owh, iPhone 4..how I love you!

p/s: Inche' SO kata jangan sombong, nanti "nikmat" itu di tarik balik..apakah?:P

Saturday, March 26, 2011

terlepas pandang, mungkin....

cerita ni cerita lama...mungkin dah berubah pun keadaannya di zaman sekarang nih...namun cerita di buka balik setelah ramai sahabat yang juga ibu mengeluh kerana anak makin kerap tidak sihat kebelakangan ini..mungkin dengan cuaca yang tidak menentu, H1N1 yang masih lagi "ada" di luar sana...kisah mereka mengingatkan saya mengenai pengalaman saya berkampung di hospital....

2005- Muhammad Harryth Zulfadhli  @ Aisy dimasukkan ke hospital selama 6 hari kerana masalah juvenile asthma yang agak teruk..kena menghadap "nebulizer" setiap 4 jam sekali dan berkemungkinan di-intubate sekiranya keadaan tidak beransur pulih pada masa itu..kritikal saya rasa..yelah, ibu muda..pada siapa saya mahu mengadu...lagipun, bila sudah mula hidup berkeluarga, takkan asyik mahu berlari pulang kepangkuan mak bapak kan setiap kali ada yang tak kena..

Alhamdulillah, pada masa tu sudah mula bekerja, sudah ada sedikit simpanan di saat2 kecemasan seperti itu..tapi, agaknya DR membaca riak muka saya yang risau mengenai $$$ jadi dia refer Aisy ke GHKL sahaja..dia yakinkan saya, GHKL punya fasiliti yang cukup dan staf yang mampu untuk membantu mengembalikan kesihatan anak saya, dengan izinNya..

Walau berdebar, saya kuatkan hati..say beritahu Inche' SO yang anak tepaksa dimasukkan ke wad dan buat seketika dia terdiam..tapi dia yakinkan saya bahawa dia akan ke KL sebaik sahaja urusan usai ....

saya terharu dengan layanan para doktor & kak-kak misi di sana..mesra walaupun penat..dan fasiliti tip-top..biasalah kalau katil agak berkeriut dan berkarat sedikit..tapi kipas masih berpusing, TV -masih "watchable"    dan yang selesanya, cot anak diletakkan bersebelahan katil ibu yang menemani anak2 yang kurang sihat di wad ...satu bilik dimuatkan hanya 4 kanak-kanak..Jadinya bilik yang diberikan cukup sesuai dan selesa untuk 4 orang kanak-kanak, 4 orang Ibu dan kelengkapan meja sisi untuk menyimpan barangan peribadi. owh , lagi satu GHKL ada menyediakan bilik khas untuk bapa-bapa tidur, rehatkan badan, lelapkan mata ..inilah hospital yang dibina kerajaan!

apa yang hebat sangat, katamu?

tang katil buat ibu itu! bayangkan jika ibu tidak diberikan katil..

mau patah tulang belakang ibu merengkot tidur bersama2 anak, menumpang di baby cot..sudahlah anak tidak sihat, kita sendiri tak selesa tidur..kan parah namanya? itu kalau sekadar menjadi "penumpang tambahan" selama 2-3 hari..bagaimana pula seperti saya, 6 HARI? **ada kakak di situ yang mengaku sudah "bermastautin" di wad tersebut hampir 3 minggu!!!**

2008- saya diduga lagi sekali olehNya...kali ni giliran Muhammad Haddyff Zulfadhli @ Adyf..demam panas secara on-and-off yang cukup merisaukan saya..sampailah ke satu peringkat, dia boleh menggelatuk mengigil seolah kesejukan walhal badan tidak terlalu panas/ sejuk bila dipegang..bila bergegas ke hospital swasta berdekatan dengan rumah saya, dr sahkan beliau "panas dalam"...ujian darah pula selepas itu mengesahkan anak saya terkena jangkitan H1N1...Alhamdulillah, rawatan diberikan cukup baik **berbaloilah dengan caj yang dikenakan..11 hari di hospital - makan $$$ riban jugalah...nasib di tanggung kompeni!**

anak sudahlah cukup derita dengan IV drip di pasang berselisih tangan..merengeknya lain, mengadunya lain..dan saya? cukup sedih..ibu-ibu di sini tidak diberikan kemudahan katil, tapi kerusi lipat getah...tiada alas/bantal/selimut buat kami...terus terang saya katakan, saya lebih rela tidak makan mengikut menu ekslusif di wad itu, asalkan diberikan tempat yang selesa utk zzzzz.....kerusi malas itu pula terhad! siapa cepat, dia dapat...macam mana pula tu?walaupun Adyf terpaksa ditempatkan di bilik 1st class **kuarantin**, namun kelebihannya hanyalah pada tandas/ bilik mandi sendiri..:(

jadi buat ibu2 yang ghairah sangat mahu ke hospital swasta, bandingkan dulu kemudahan yang bakal diberi..tak semestinya yang lebih mahal itu lebih baik..

p/s: bukan niat untuk mengutuk, cuma utk di-share pengalaman bersama...itu sahaja!


p/p/s: entri tidak bergambar...dulu masih belum menjadi "crazy-shutterbug" seperti sekarang...:P

Friday, March 25, 2011

Gimik yang tak kena, pada saya...

saya tak penah berminat sangat membaca akhbar harian ni..kerana saya rasa gimik dia selama ini dan juga rangkaian berita yang selalu di-highlight kan agak "terpesong" dan mereka lebih gemar berita sensai di dada akhbar daripada berita yang benar2 "newsworthy"..

baru2 ni saya lagi geleng kepala dengan gimik mereka..

apa relevannya gimik itu dengan tarikan akhbar mereka?

biar betul
show me the connection/ relevance between this tagline and the paper? 
**I don't think you can..and even if you can, I still don't see the logic in it!**

biar betul
Ada pula yang melayan....:(

saya tak nampak langsung hubungkait mereka..nampaknya mereka sekarang lebih condong ke arah menjadi akhbar pojokan dr mainstream media...

takperlah, memang saya tak kuwar duit untuk mereka pun..tepuk dada, tanya selera....

Thursday, March 24, 2011

sekolah Harryth..

2012 Muhammad Harryth Zulfadhli bakal melangkah ke darjah 1..dah dengar ceritanya "permohonan" boleh di buat online..permohonan apa?itulah yang saya nak tanya pada semua ni...permohonan apa pulak ek?pls share..

and tadi sebenarnya dok online, cariklah jugak senarai nama sekolah cemerlang Malaysia..just browsing through sementara masih belum confirm mahu terus menetap di JB @ KL untuk persekolahan Harryth...saya perlu mengembangkan lagi sayap perniagaan saya...hmmm, decisions decisions..


Wednesday, March 23, 2011

tak faham saya..

kadang kadang saya geleng kepala tengokkan cara pemakaian anak dara Melayu zaman sekarang..

saya rasa dulu, saya dan rakan- rakan ada juga melawa tapi tengok tempatlah..

yang saya tak boleh terima, kalau seksinya tak bertempat..

contoh selalu nampak...

a) minah2 naik motor..dah tahu naik motor kan, sekurang2nya pakailah baju yang agak labuh sket..nih tidak sudahlah tertonggek di belakang motor, nampak pula seluar dalamnya..anak saya sendiri pandai cakap "Mommy, Kakak tu NO SHAME lah..nampak panty!"

b) minah2 yang memang merambu tak kira masa..pegi pasar malam, macam gi clubbing..gi sarapan, macam nak gi dinner..make up mengelip tak ingat and then buat2 ketawa manja, tepuk tampar kat tempat yang mana selalunya di datangi mereka yang berkeluarga...

c) dan yang paling saya tak boleh terima, minah2 yang keluar berpakaian seksi bersama2 dengan bakal pak-mak mertua...apa perasaan ek bila berpakaian gitu depan org yang bakal jadi "mak bapak" kita sendiri?takde rasa malu ke..kalau nak dedah sana sini bila merambu berdua, saya rasa terpulanglah..lantaklah kowang..tapi takde rasa malu ke bila keluar dengan family si dia dengan berpakaian sedemikian rupa..memang cantik lah mukanya tapi sedarlah di muka mungkin bakap pak-mak mertua senyum memanjang, di hati..siapa yang tahu??

dahtu, apa perasaan mak bapak diorg sendiri ek bila tgk anak2 kuwar berpakaian macam tu..jangan salah faham, saya memang belum bertudung tapi saya rasa rasa hormat itu perlu ada, especially buat mereka yang lebih tua..

p/s: di saat ni saya benar2 bersyukur saya dikurniakan anak2 lelaki yang mana auratnya hanya dari pusat ke kepala lutut....

YES, I know ...It's another scam!

semenjak-2 menjak kena tipu secara terang2an dengan manusia lain ni, saya amat sensitif sangat dengan perihal yang seangkatan dengannya...bawah ni, ada satu lampiran tentang e-mail yang saya terima. Job offer katanya...pelik..saya dah hampir 18bulan tak "menabur" resume ke mana2 agensi...musykil gaks..tapi bila tengokkan details yang diminta PLUS no telefon yang berkenaan, kuat hati saya mengatakan ini lagi satu SCAM !Tak caya, cuba baca....

p/s: Yan, inilah dia kekononnya "email keje" yang aku mintak tolong ko cek kat opis ko tu..:P ** bak kata citer Hantu Mak Limah Balik Kampung - "nampak sangat menipu!"


"HUMAN RESOURCE DEPARTMENT
McDERMOTT INTERNATIONAL LIMITED,(MALAYSIA)
Level25, Tower7, PETRONAS TWIN TOWERS,
KUala Lumpurcity Centre,
50088 Kuala Lumpur   Malaysia .
Tel: +60 16298 9597 Fax +603 2033 4506

ATTN: APPLICANT

INTERNATIONAL EXPATRIATE OFFICIAL JOB ONLINE INTERVIEW
Your name has been shortlisted/Chosen among the Lucky expatriates who
submitted their CV ONLINE FOR JOB , before we issue you
the Letter OF approval and the Contract Documents, You have to complete the following
information and send it back to us through this email: mcdermontt.recruiter@gmail.com

Full Names
City:
State:
Country:
Zip code:
Sex:
Phone:
Age:
Marital Status

Get back to me as soon as possible through the email below.
Email :mcdermontt.recruiter@gmail.com
Bar.ABDUL BARI
Head of Recruitment Service
McDERMOTT INTERNATIONAL LTD. ( MALAYSIA )"






Tuesday, March 22, 2011

Buku Iqra'

alhamdulillah, memang senang nak mengajar anak-anak mengaji gunakan buku Iqra' ni..saya benar2 terkejut bila Aisy lancar dan senang tangkap bilamasa sesi saya membimbing dia mengaji setiap hari selepas solat Maghrib tiap-tiap hari...


solat?

buat masa ni, memang anak2 mengikut Inche' SO setiap kali dia bersolat di rumah..comel je tgk anak2 mengikut solat..Yang sulung dah memang boleh ikut pergerakan perfectly, si tengah ngikut sebab nampak rotan panjang Inche' SO letak sebelah sejadah...Baby Pan..haha, ni memang mengikut juga..tapi bila orang sujud, dia menelentang terus..tapi Alhamdulillah, anak2 memang mula2 ada rasa terpaksa tapi lama kelamaan dah tahu rutin..cuma satu sahaja, sebab Inche' SO keje shift solat jemaah tu hanya tertakluk pada solat Zuhur & Asar..Waktu Maghrib & Isya', anak- anak besar melayan Baby Pan jadi si mongel tu tak menggangu saya bersolat..**guilty pangs big time!**

tapi nak minta tolong lah..

ada tak cara/ method terbaik untuk ajar anak2 bacaan dlm solat..surah lazim etc..sebab, kalau hanya sekadar mengulang bacaan pendek2 seperti dlm Iqra', Insha-ALLAH, takde masalah...tapi surah lazim agak panjang dan bacaan pula dlm bahasa arab..jadi any ideas friends?

Monday, March 21, 2011

Korean delights!

masa saya mula2 bermelek2 kat rumah lepas berenti keje dulu, saya jadi bodoh sekejap..

nope, bukan kerana terkejut dengan house-chores yang menimbun..

cuma lebih kepada terkejut..rupanya banyak cenel kat ASTRO ni yang saya tak godeh selama ni..antaranya KBS..

mulalah episod kelakar seram saya gelak/ senyum/ sengih sorang2 bila menonton drama/komedi Korea nih..

diorg ni nak kata macam lurus pun ada, tapi nama pun drama kan?

and then, saya terbaca somewhere yang sama macam Rusia ..diorg pun ada habit minum jugak..Tapi kalau kat Rusia lebih kepada habit minum beer, vodca dan juga chai-selemonom **lemon-tea**..Orang Korea pulak ada minuman ringkas dan mudah seperti di bawah ini...

produk ni ada di jual di TESCO




yang ni HALAL - nampak pengesahan di belah kiri label botol tu?

niat di hati nak cuba jugak, tapi berat masing2 1KG??!!!takut membazir pulak kalau x habes kan?

Anak yang sorang ni memang lasak sungguh!

tak tahu nak cakap apa...hujan xe, ribut xde..tahu tahu leh terlenting kat pinggang Abah dia and terkena bucu meja makan..Ya ALLAH, masa kena tu nak nangis pun ada saya rasa..dia buat tak tahu je mula2..agaknya dah lama sket tu baru terasa pedih, lebih2 lagi bila darah dah mula mengalir, terkena mata sket..barulah tuan empunya diri merengek...

cepat2 Abahnya dukung, bawak masuk toilet..di bilasnya luka dan suruh saya ke farmasi belikan ubat kuning/biru atau krim antiseptik untuk anak bongsu sowang tu **saya juga yang kena** Inche' SO tanya, nak kena bawak spital ke? **ha ha ha, memang sebagai ex-medical student, Inche' SO rajin je menanya saya hal2 medically-related ni walhal saya bukannya DR pun skang** saya kata nanti dulu, terus saya menelefon dlm GP saya tapi Dr Azizah confirmkan pd saya yang dia tak buat micro-stitching..so, saya kata..tak perlulah..kita just make sure open wound dia tu tertaup balik kulitnya..that's all..

dah setel hal2 membersihkan, letak ubat semua DR Azizah telefon saya semula..dia nasihatkan saya cuma letak anispektik krim tu dahulu and kalau tak dpt klinik yang bikin micro-stitching, carikan anak saya graft untuk minimise the scarring..

tapi bila tgk balik luka dia pagi tadi, saya rasa tak perlu grating pun takper sebab rupanya koyak tu selari dengan lipatan alis mata..Alhamdulillah...ye, walaupun anak saya lelaki saya memang pantang hal2 macam ni..ni bukan pasal "takper, kan anak lelaki..biasalah tu", tapi lebih kepada "kesiannya anak saya"....hu hu hu hu....

siapa tak sayang anak oiiii?

APRIL 2011 must have for me!

ramai sangat yang bercerita tentang ke-best-an buku ini...yes! saya mesti beli buku ini, cuma bukan di bulan ini kerana JGYxx telah menuntut komitmen $$$ yang bukan sedikit di bulan Mac yang berbahagia ini...:P

so pls don't sell out!

Sunday, March 20, 2011

SKIM RUMAH PERTAMAKU....any more info?


seperti yang dimaklumkan oleh PM, Skim Rumah Pertamaku dilancarkan dengan harapan dapat membantu golongan muda **seperti saya..yes, saya masih muda!** untuk, senang citer, ada harta sendiri lah...

but then masih ada kemusykilan yang tak terjawab..

a) dengar cerita ada pihak yang melobi supaya hadnya dinaikkan dr RM 220K kepada RM300k **ada sesiapa yang boleh confirmkan**

b) pihak yang berminat hanya boleh beli rumah baru sahaja ke? **atau kita bebas memilih untuk beli rumah 2nd hand, lelong etc**

c) pihak yang berminat cuma boleh memilih rumah didlm harga yang diberikan atau boleh top-up sendiri..**cth: rumah kalau harga RM220k, kalau layak, memang tak perlu kuwar 1 sen pun.tapi boleh ke tak jikan rumah harga RM300k, nilai bantuan hanya setakat RM220k tapi pihak berminat top-up balance untuk deposit rumah -->kiranya dlm contoh ni, tambah RM8k dr poket sendiri**

so kalau ada sapa2 yang boleh advise, sila ye....saya budak langsung tak clear pasal hal ni..

p/s: senang ckp, saya ni lah pihak yang berminat!:D

Saturday, March 19, 2011

fake eyelashes!

owh ho I wish I am "man" enough to wear these..


bukan apa, bulu mata ala-ala segan gitu, so mebbe nak plump up the volume for any functions @ outing, ingat nak gagahkan diri untuk mencuba..


tapi terpk kejap, dahlah nak pakai contact lense makan masa berjam, ini kan pulak nak pasang bendalah ni dengan glue bagai...ha ha ha ha...


Friday, March 18, 2011

Aktiviti semasa KAAK..felt masks!

ada satu ketika, saya langsung tak tahu apa itu material bernama FELT..

tapi untuk melayakkan dan "meloloskan" diri dr "cengkaman" JKM dan mendapatkan sijil KAAK, kai terpaksa melalui penilaian praktikal sebanyak 4x..satu utk aktiviti bahasa, kognitif, fizikal dan Lagu & Nyanyian **persembahan** dan grup saya telahpun bersetuju untuk mempersembahkan satu lakonan berteraskan cerita "3 Little Pigs"..tapi watak diubah agar lebih sesuai, jadinya kami tukar kepada "3 Little bears"..

sepanjang tempoh kursus, kami sebenarnya di"brainwash" ke arah yang baik - supaya sentiasa 3R "RE-USE, REDUCE & RECYCLE"..jadi kami sentiasa digalakkan untuk menggunakan segala material terbuang yang ada..jadinya untuk 3 buah rumah untuk menunjukkan konsep rumah yang dibuat dr jerami, dr ranting dan dr batu-bata, kami gunakan 3 buah kotak yang besar dan kemudiannya di cat dan dihias dengan bahan buangan spt - straw terpakai, daun kering dan juga kertas dr majalah..

tapi kami "stuck" dengan topeng untuk 3 ekor anak beruang dan mama beruang..sebagai ketua grup, saya terpaksa "think out of the box", memikirkan cara yang terbaik, murah dan ringkas untuk menyiapkan topeng dlm tempoh 5 hari...

dah taa daaa...saya cukup berterima kasih dengan Ms Kitty Tong, kawan seperjuangan dlm arena pendidikan awal kanak-kanak yang cukup baik hati yang sudi berkongsi idea tentang seni persembahan..say kagum dengan semangat dia and she really lovvveeeee children!

anyway, Ms Kitty sarankan saya untuk buat topeng2 tersebut dr material felt yang a) murah b)senang digunting dan c) tahan lasak!

antara contoh template yang boleh digunakan


contoh felt masks yang dah siap


this is more-or-less a half mask as it has no snout, mouths and lips **for me lah, but this is good!**


penguin felt mask

memang penat nak buat..tapi alhamdulillah, ada rakan yang sudi memberitahu di mana saya boleh beli material ni dengan harga yang sungguh murah..and guess what, I did all 4 complete masks for only RM15!** yeay for me!**

p/s: sorry takde gambar hasil akhir sebab a) tak sempat nak amek gambar, last minute work **u know me** and b) kami tak dibenarkan utk snappy snap pictures kat daycare yang sudi "menumpangkan" kami untuk peperiksaan amali..

Tuesday, March 15, 2011

AksiTerlampau..

ini anak sorang memang ada nampak extra lasak sket dr abang-abang dia..ni adalah contoh terbaik dr dia..insiden berlaku dlm minggu lepas..

Baby Pan aka IrfanZilla memang rajin bereksperimentasi dengan barangan dlm rumah ni..panjat sana, panjat sini...terjah sana, terjah sini...wah wah wah!kalau dah bangun tidur tu, watch out!

Baby Pan **bukan nama sebenar** telahpun banyak kali melakukan aksi terlampau ini di rumah, namun dengan menggunakan alatan lain seperti basikal, walker etc..namun sehari sebelum hari kejadian Baby Pan telahpun mengetahui bahawa jika dia menterbalikkan bakul baju kotor, dia akan dpt mencapai barang2an di tempat yang jauh lebih tinggi dr capaian maksimum dia sekarang...

jadinya, setelah Abahnya bergerak ke tempat kerja..dia mulakan langkahnya!

Step 1
menterbalikkan bakul baju

Step 2 
tolakkan bakul baju berdekatan rak ASTRO, DVD etc 
MISI: capai ASTRO dan tukar ke cenel PlayHouse Disney- ch.613

Step 3
cuba memanjat ke puncak bakul baju

Step 4
cuba imbangi badan di atas puncak bakul baju

Step 5
tertonggeng dengan jaya, dan jatuh..dan secara kebetulannya jatuh di atas toys yang berselerak di lantai..

Hasilnya...taaadaaa!!!



ni masih sempat lagi nak posing tau walau mata masih bergenang air mata!:P

Sunday, March 13, 2011

Nostalgia di USMCK..

Masa di USMCK, saya masih galak main hoki..

nak buat mcm mana, dah minat kan?

biar senget /retak batang hidung.....biar berjendul dahi.....biar "rentung" kulit....biar berketak tulang kering.....biarlah masuk Lab untuk amali dengan baju basah dek peluh **dengan secara automatiknya labcoat juga akan basah & masham!**...biar!

tapi dek sebabkan minat....memang!

Coach masa tu En. Hera Singh.memang best..badan je besar, tapi stamina mengalahkan kami yang muda-muda belia ni..:P selalunya kami kena lari keliling padang dlm 10 round..biasalah budak muda, ingat nak abes cepat je..baru 2 round dah tercungap..stamina memang out! tapi dia lari steady je...dan ye, tak dinafikan memang dia comel!:D

disebabkan kami ni kampus cawangan, satu kelebihannya ialah everytime ada pameran/ kejohanan /pertandingan peringkat Universiti, kami confirm kena travel naik ke Penang..berapa lama tempoh dlm bas yang selayaknya dia jadikan tukun tu?**masa tu lah, dengar kata skang, bas USM dah cantik2 dan baru belaka!**

Tak ingatlah..yang pastinya, selalunya kami di beri bas yang besar gedabak tu for the team ..ha ha ha, bayangkan kalau sorang satu amek satu row pun masih ada berbaki row of seats, kan? Lagi satu, kalau travel, rasanya dah naik berlengas **mana ada aircond, wind-con je**, kenyang-lapar-kenyang balik pun belum tentu dah sampai..:)

tido-bangun-tido-bangun-tido...........

anyway, saya seronok sangat ke sana sebab

a) dpt tengok Desa lain **kat USMCK cuma ada satu desa masa tu - DesasiswaMurni DM**, kat kampus induk bersepah....

b) dpt rasa macam2 lauk pauk "normal" **tiada unsur-unsur lauk berkaitan dengan lauk pauk Kelantan doploh pat jam!**  kat kafeteria yang maha bersepah kat sana..**secara purata satu Desa, 1 kafeteria ** and yang paling memalukan, kafeteria DM kami penah ditutupselama seminggu dua sebab banyak sangat health & cleanliness violations -->sedangkan kami ni kampus perubatan & kesihatan..how ironic is that, huh?

c) saya selalu diberi kebenaran Sir Hera untuk memandu kereta beliau/ kawan beliau ke mana2 di Penang asalkan berdekatan dengan kampus..ha ha ha ha...

d) oh yes, this would be the highlight of my visit...beli JERUK BUAH SALAK!:) heaven!


rindu sangat nak makan jeruk ni...

p/s: nasib baik ada Kak Mas - terubat jugalah napsu nak makan jeruk unik ni....

Saturday, March 12, 2011

Nostalgia kat ASPURI..

dulu masa kat ASPURI kan, saya ada satu tabiat yang sungguh sungguh buruk..ha ha ha ha...

saya suka sangat makan jeruk jambu batu..masa tulah saya baru tahu nikmat dunia, sejak mengenali jeruk jambu batu..ha ha ha ha ha...

don't be fooled by its appearances.looks can be very deceiving!

selalunya waktu solat maghrib & isya' warga ASPURI akan bersolat kat surau lama sekolah dan berdekatan dengan surau sekolah itu ada koperasi kecil bawah kelolaan projek keusahawanan sekolah bawah projek TUNAS BISTARI..macam2 ada jual kat situ..tapi yang selalu menjadi pilihan dan keutamaan saya adalah jeruk jambu batu, lagi-lagi kalau dapat jeruk yang masih baru **tak berapa benyeh sangat lah**..rangup je mengunyah berplastik-plastik!!selalunya memang duit poket yang saya dpt dr parents saya, saya habiskan untuk jeruk!

masa tu memang selalu kena sound dengan budak se-dorm..

mana taknya, makin nak dekat SPM, makin rancak mulut saya mengunyah!

sampai ada yang mengugut saya yang saya bakal "blackout" masa exam nanti kalau terlalu banyak sangat makan jeruk...masa tu lah baru ada tarik hand-break sket..:D

sekarang ni bukan mudah nak carik bendalah ni..takkanlah nak menapak ke Chao Phraya market semata-mata nak beli sekilo?ha ha ha ha..

p/s: nak carilah kalau-kalau ada resipi macam mana nak buat jeruk ni sendiri..then boleh buat eksperimen!:D

Thursday, March 10, 2011

Rusia...owh how I missed you!


ada masa saya rindu sangat nak balik ke Russia...kenapa?sebab Russia membuatkan saya tidak terikat dengan budaya di tanahair sendiri...muak!

saya sudah berjanji dengan Inche' SO dan anak2 bahawa suatu hari nanti saya akan bawa mereka kembali dan merasai di mana saya belajar suatu ketika dulu...Insha-ALLAH!

Tuesday, March 8, 2011

Kan best kalau boleh buat hanya INI?


'nuff said...ini adalah impian setiap wanita , kan?

jangan bohong....kalau bohong, dosa...banyak dosa, masuk neraka...neraka tu panas!
**memplagiat ayat Ustazah semasa saya membesar dulu**

Monday, March 7, 2011

money...money...money...


bohong kalau ada orang tu kata yang dia bukan mata duitan..

kenapa?

sebab kita hidup kat dunia ni kalau takde duit, boleh mati!

sakit, kena gi klinik...kalau kata pergi klinik kerajaan pun --> tetap nak kena hulur RM1, kan?

kalau ada kerja, nak kena pi keje -->pakai kereta, kereta kena isi minyak--> bayar duit minyak, instalment kereta --> pakai $$$ kan?

tu, baju yang di pakai pun beli pakai daun kering ke?

anyway, itulah isunya sekarang....

Inche' SO pulang dengan cerita bahawa ada kawan dia dpt offer untuk meniaga dengan seorang "usahawan" dari Cambodia...jual besi buruk...siap mintak tolong Inche' SO surveykan harga kalau nak transportkan besi buruk tu dr Cambodia ke negara2 lain like India etc..

saya tak bukak mulut, yelah...takmolah nanti di label pendengki etc **orang kita ni kan rajin gitu, kalau orang ckp lebih sket je yang kita ni jenis tak boleh org lebih sket dr kita kan?**

oleh sebab nakkan $$$$ extra ni, Mr A, Mr I dikatakan sanggup amek cuti 3-4 hari tinggalkan anak isteri nak fly ke Cambodia, business class flight seats seperti yang dijanjikan oleh "usahawan" tu...

Thursday lepas sepatutnya flight dijadualkan berlepas...siap anak bini hantar ke airport..hah kau?!!!

rupa2nya kena kencing hidup-hidup!

Inche' SO telefon saya kata yang Mr A mintak tolong amek dia dr airport balik ke rumah...

dlm kereta rupanya Mr A buka cerita...ceritakan dr A-Z macam mana kenal and macam mana boleh terbukak cerita pasal bisnes ni etc.. dan rupa2nya "usahawan" yang sama juga sudah approach Mr I tentang "offer" yang sama..Mr A & Mr I duduk minum sama-sama dan dr satu cerita ke satu cerita, barulah tahu bahawa "usahawan" tu adalah usahawan yang sama menawarkan "kekayaan" dr negaranya...

apa yang Inche' SO & Mr A tak tahu ialah Mr I sudah campak SGD30K pada "usahawan" tersebut yang konon2nya dalam kesulitan dan perlukan wang tersebut untuk melangsaikan hutang judinya di Spore sebelum pulang ke negara asal..

macam2lah yang dijanjikan oleh "usahawan" tersebut to the 2 misters..**nasib baiklah Inche' SO tak termakan umpan!** dan segalanya lead up to Thursday's incident when the ground staff at the airport confirmed that their names were not listed to board the said flight!!!!!!!

adamasanya saya tepuk dahi bila dengar cerita sebegini..

orang kita memang senang sungguh kena tipu...baik dengan bangsa sendiri, mahupun bangsa lain...:(

apa nak jadi??

**mesti dalam hati tengah pk macam mana nak explain kat family yang duit simpanan 30K hilang dlm sekelip mata**

Sunday, March 6, 2011

security guards? apa itu security guard?

baru-baru, negara dikejutkan dengan kisah seorang ibu & anaknya yang mati di dalam kebakaran yang berlaku di rumahnya apabila pihak bomba gagal untuk sampai ke tempat kejadian kerana tiada pakcik guard di guard post ...ngeri bukan?orang yang diharapkan dpt menyenangkan hati dan memberikan sedikit sebanyak ketenangan jiwa sebaliknya menjadi pembuat onar...


kawasan perumahan saya juga ada perkhidmatan security..kawasan perumahan yang saya duduki ni biasa2 saja...bukan jenis elit, jenis merempat setinggan pun bukan..

oleh kerana bukan rumah sendiri **that's a whole different story**, saya tak berapa cerewet sangat sebenarnya cuma masalah mula timbul bila Inche' SO mula bekerja shift secara tetap sejak beberapa tahun yang lepas...

kawasan rumah saya ni adalah antara yang paling  'veteran' di JB..jadinya, penduduk di sini adalah mostly Uncle-Auntie yang sudah pencen, berWang dan ada yang jenis dijenguk anak hari-hari **mcm jiran sebelah saya ni..anak2 duduk merata JB tapi tang dinner mesti kat sini...abes dinner, zzoooommm balik rumah memasing** tapi "kosong" lepas jam 12 malam..

sebelum ni ada terdengar juga cerita tentang rumah yang kena pecah masuk ...kebanyakan pembuat onar akan memanjat pagar dan geledah kereta dulu sebelum pecah masuk rumah...tapi setakat ni, takde pula dengar cerita sehingga melayang nyawa bagai..

jiran depan rumah ni ambil langkah drastik...siap pasang motion sensor yang lampunya betul2 berhadapan dengan tingkap master bedroom..oh, sila tahu ye..rumah kami di main road, makanya akan ramailah manusia/anjing/kereta yang akan lalu lalang....natijahnya? hampir setiap jam, mesti ada dlm 10-12kali lampu terang dahsyat tu menerjah masuk ke bilik..**maaflah, tak semua jiran saya ni bertimbang rasa...saya tak kuasa dah nak maki hamun..jenis yang tek faham bahse!**

oleh kerana sampai satu tahap, kejadian itu terlalu kerap sgt berlaku, pihak AJK penduduk bersepakat mahu menggajikan syarikat security untuk jaga kawasan perumahan kami ni..saya tak kuasa nak pergi kerana

a) saya penyewa sahaja
b) saya kaum minoriti , confirm saya kalah kalau saya usulkan apa2 pun...:P
c) perbincangan dilakukan dlm bahasa ibunda mereka, saya out!

anyway, mereka pun "menjemput" penduduk sign up untuk servis ini dengan disclaimer menarik "kalau boleh akak sign up lah untuk security ni, sebab kalau tak cukup korum kami tak boleh beroperasi" - " akak ada dengar kisah pecah rumah 2-3 menjak ni, pihak kami ingin membantu kurangkan kejadian sedemikian kalau tak pupuskan terus masalah tersebut"

saya berbincang dengan Inche' SO..so how?

Inche' SO kata if it gives me peace of mind, why not?lebih2 lagi hanya saya & anak2 sahaja di rumah most of the time..

so I gave it a go..dan terus terang saya katakan, saya cuma melanggang khidmat mereka sekadar 3 bulan pertama sahaja...

kenapa?

masa sign up, kena bayar RM150 ..understandable. RM50/monthly fees and juga RM100/ "wang sumbangan" untuk bina pondok , pagar besi dan sebagainya..

saya takde masalah sebenarnya kalau nak ditahan setiap kali keluar masuk rumah " hey, I used to be an army brat..keluar masuk kem lagi kena cek itu ini, lagi cerewet" tapi bayangkan apa gunanya ada 1 main entrance and 1 main exit, kalau masih lagi ada "kelompangan" yang membolehkan orang luar keluar masuk kawasan perumahan kami ni?

setiap kluster rumah teres kami ni ada sebatang jalan yang menghubungkan jalan utama kawasan perumahan dengan jalan utama kawasan pernigaan, dan jalan-jalan inilah yang dibiarkan terbuka sepanjang malam...errr, hello?what's the use of having a guard post when people can just skip the main entrance and use the 4 alternative routes into the housing area?

so masuk bulan ke-4, saya katakan pada that lady yang datang mengutip duit bulanan bahawa selagi tiada extra security yang di berikan, saya tidak lagi akan menghulurkan "sumbangan" pada perkhidmatan yang ditawarkan...

selepas itu, saya rasakan kebanyakan penduduk pun mula protes atas alasan yang sama..barulah sedikit2napak ada perubahannya..

saya?

masih tidak lagi melanggan perkhidmatan mereka..tapi saya sudah mula ambil langkah keselamatan extra untuk memastikan hati saya tenang tahu bahawa saya dan anak2 selamat di rumah....

Friday, March 4, 2011

Harryth's piano lesson..

Alhamdulillah, the 1st lesson went well and he loved it!

Aisy kata the teacher is a very nice lady and that he can't wait for the next class...

MODE: dlm kepala nak $$$, nak beli piano re-cond...yes, piano pun ada re-cond, okay?:P

Thursday, March 3, 2011

kes pembantu rumah domestik tempohari..

ada fwens yang dok tanya apa jadi kes minah Perlis yang nak kerja dengan saya tempohari?

kesnya-->saya kansel terus!

kenapa?

mcm ada yang tak kena dengan minah tu..

okaylah, sy faham MUNGKIN famili dia memang memang memerlukan bantuan kewangan..MUNGKIN betul adik-beradik dia 8 orang dan mak dia sakit....MUNGKIN betul line provider prepaid dia teruk di rumah..MUNGKIN dia sploh ringgit pun takde nak top-up fon...MUNGKIN itu, MUNGKIN ini..**we can play this MUNGKIN game poreber ok, get my drift?**

tapi bukan ke katanya awak nak kerja sgt utk " bantu ringankan beban keluarga"? kalau betul nak kerja, buat cara nak kerja...

kalau dah tahu kat ruang tamu takde line, gi ah dapur ke, anjung ke...mana saja lah asalkan awak dpt talian untuk di hubungi..

and kalau kata betul susah, aiks...ada hp tuh!!!

saya panas hati bila saya sms tak berjawab & saya call x berangkat!

saya dlm keadaan terdesak perlukan bantuan and this lady masih nak main hulur tarik dengan saya...

dah cukup baik saya mahu pergi naik Perlis dan amek dia dr rumah dia..saya nak jumpa mak dia face-to-face sebab..

a) saya nak mak dia tahu siapa majikan anak dia
b) saya nak jugak tahu keadaan macam mana family "susah" ni
c) saya nak tengok keadaan mak dia

yang saya perasankan everytime kalau saya bangkitkan soal nak berbual sekejap dgn mak dia, dia mengelak..

bila saya kata yang saya perlukan alamat rumah dia, dan-dan tu talian putus..

sampai ada satu kali tu saya agak hangen lah, dan saya hantar sms yang agak PEDAS sket pada dia, wah wah wah..terus masuk mode drama swasta...siap ckp sampai hati saya menilai dia sebegitu rupa, dia tak sangka yang saya anggap dia menipu soal keluarga dan kesulitan hidup dia adik beradik lah...yadda yadda yadda....**ayat pancing tahap MEGA**

okaylah, saya berikan lagi satu peluang..siap saya dengan Inche' SO bermasam muka sekejap sebab minah ni taw????

jadi perancangannya ialah untuk ke Perlis pagi Sabtu lepas Inche' SO abes kerja dan jadinya hari jumaat tu saya dah teragak nak mula pack brg2 dan dlm masa yang sama cuba nak tahu lebih lanjut lah pasal ini minah..

dlm tengahari Jumaat gitu, lepas hampir 15 msg saya kirimkan baru ada respons! okay lagi....

30 min lepas tu saya tergerak nak telefon..dapat! dia angkat telefon dan tanya saya betul ke saya nak naik Perlis?

saya jawab YE! dan saya demand **ye, saya masa ni dah takde masa nak cakap lembut2 dah** nak ckp dengan Mak dia..

"Oh, mak tengah sembahyang. Akak telefon dlm 15-20 min lagi?"

15-20 min lagi?

saya telefon sampai ke sudah, fon mati terus!!!!!

kesimpulannya: SAYA TAK RASA MOTIF UTAMA DIA MENGHUBUNGI SAYA ADALAH UNTUK KERJA..

saya dah tak kuasa melayan orang mcm ni...

sms terakhir saya berbunyi begini..

" Saya rasa mcm ada yang tak kena dengan semua benda ni. sy cuba utk membantu tp nampaknya awak tak berminat utk bkerja dgn sy. sy tak pasti samada gaji yg sy twrkan agak rendah dr yg lain-itu x masalah sy. tp kalau benar2 awk mahu mbantu keluarga, awak akan usaha lebih sket agar saya dpt berurusan dgn awak sebaik mgkin. x jodoh awak bekerja dgn sy agaknya.xpelah, sy doakan yg terbaik utk awak sekeluarga.terima kasih!"

MODE: nak cari pembantu rumah lagi........................!

Wednesday, March 2, 2011

Piano lessons...

Muhammad Harryth Zulfadhli will be attending his first piano lesson EVER today..


session will be held between 2.45pm - 3.15pm..yup, half an hour only for once a week.

hmmm, hopefully it'll be okay and that he'll be enjoying his lessons like how I did when I was his age..

Next on the list, saving up more $$$$ to buy him his own piano, 2nd hand for the time being..and we'll see how it goes after that..

Tuesday, March 1, 2011

This is the way we brush our teeth...:D

dlm tempoh 3 minggu **termasuk minggu lepas**, Abg Ngah aka Si Kudut **Haddyff** asek ngadu sakit pipi je..bila tgk2kan rupanya  separuh bibir belah kanan sudah bengkak sampai ke pipi..nak mengunyah and minum susu pun payah..sanggup Si Kudut saya tak makan and minum dr cawan semata-mata nak menahan kesakitan..

mula-mula saya tuam2kan je tapi dah masuk 2 hari tak elok jugak, saya amek kesempatan ke klinik yang berdekatan dengan Centre saya selepas habis sesi tutor-ing Joshua **owh, that's another story!** dan DR kata besar kemungkinan anak ke-2 saya tu mengalami jangkitan gusi..Jadinya Haddyff diberi ubat tahan sakit & antibiotik untuk 4 hari..Alhamdulillah, lepas habis ubat2an bengkak pun surut dan hilang..

tapi selang 10 hari, bengkak mula naik semula..

saya bengang!

tapi yang lebih penting, saya nak tahu apa yang tak kena dengan anak saya..

kali ni saya ke klinik kerajaan..klinik pergigian HSA yang ditempatkan satu bangunan dengan OPD HSA..

Ramai yang menyanggah cadangan saya membawa Haddyff ke sana..lebih2 lebih isu masa yang sering dibincangkan di surahtkhabar kebelakangan ini..

pada saya cukup mudah..Dtg awal, dilayan awal..Dtg lewat, pastinya kita dilayan lewat..

tapi alhamdulillah, "perjalanan" tempohari cukup mudah..

sampai2 terus diberi no giliran..memang saya akui, saya agak lama menanti untuk menunggu giliran masuk berjumpa DR/misi tapi kelengkapan yang ada cukup selesa..ada TV flat screen, suratkhabar dan majalah, tandas dan bilik yang berhawa dingin..**cuma ye, ada insan yang kurang siuman bercakap di telefon sehinggakan satu kampung boleh dengar bebelan dia! sungguh inconsiderate!**

anyway, baru saya tahu kenapa no saya dipanggil lewat..

rupanya mereka ada sediakan bilik khas untuk rawatan pergigian kanak2..and the staffs were very friendly and very informative..sabar sgt melayan karenah anak saya yang bermulut comel ni!

verdict?

gigi anak2 rupanya kotor..salah saya, sering manjakan dengan jajan & gula2..jadinya, staff nurse bertugas menasihati saya supaya rajin menggosok gigi anak2, dan kalau perlu gosok lebih dr 2x sehari..dia juga ingatkan saya bahawa gusi anak saya pasti akan bengkak lagi kalau saya tak memberus sebagaimana yang dinasihatkan..**yes, saya dah takut dah masa ni!**

dia juga nasihati supaya sebelum tidur a) cairkan separuh penutup botol Listerine dengan air dan suruh anak2 berkumur, b) elakkan anak2 dr makan ubat gigi mereka **ubat gigi mereka tinggi kandungan gula!** dan c) sapukan sedikit ubat gigi dewasa berflorida di kawasan gigi anak2 yang mula menunjukkan tanda2 karies **yang kaler coklat2 sket di celah gigi**

saya tengah fikirkan cara terbaik untuk memastikan anak2 saya memberus gigi dengan sempurna..mulut masing2 dah comel2 belaka..dan anak2 saya semasa menggosok gigi meraung macam lah kena dera!!!!!!

jadinya, Inche' SO dan saya bersetuju untuk belikan ...taaa daaa...

lebih kurang ginilah set berus gigi elektrikal kami

Inche' SO menapak ke Mustafa Centre **MC ni macam ASTRO jugak, macam2 ada!** dan beli set berus gigi ini untuk kami sekeluarga..Satu tapak rechargeable dengan 5 set toothbrush heads..one for each one of us!

setakat ni alhamdulillah, anak2 nampaknya seronok menggunakan set berus gigi baru ni..Haddyff & Aisy masih nak merengek sekali-sekala bila di gosok giginya dengan set baru ni..tapi Haddy Irfan, si Cif sowang ni eksaited sungguh! nampak toilet pun sibuk tunjukkan set toothbrush ni..

Moga2 gigi anak2 akan lebih bersih dan sihat lepas ni **and no more sweeling! Insha-ALLAH**