ada masanya agak tersentak bila kejadian sebegini berlaku..
mana perginya logik fikiran bila orang yang diharapkan dpt menjaga dan memberikan keselamatan tiba-tiba bertindak "kacau" seperti lelaki-lelaki ini?
**tiba-tiba emo, hormon menguasai diri**
->lagi gambar mereka boleh di-view di sini Website walimatul urus Lenardi- Farah 2007
kisah pertama, melibatkan adik / abang pembaca berita TV3 yang agak terkenal - lelaki tersebut
Lenardi Amnisar Yuliawiratman, telah didapati menculik anak perempuannya sendiri dari isteri
- yang dlm prosiding meminta cerai - berusia lebih kurang dlm kurang 2 tahun, yang masih menyusu badan bernama
Daanya Hana Leanora. mengikut laporan
Malaysian Bar Council **Persatuan Peguam Malaysia**, mengikut kenyataan ibu-->penculikan telah dilakukan dengan perancangan yang sungguh teliti di mana si bapa telahpun meminta JPN mengeluarkan sekeping lagi sijil beranak anak perempuan beliau seawal 2 bulan setelah dilahirkan
**dia memang dah plan nak bercerai siap-siap ke?nak bawak larik anak jauh2?..ni yang agak pelik nih?**
yang paling memusykilkan diri, ialah bagaimana JPN boleh mengeluarkan sijil beranak ke-2 utk lelaki ini?meskipun di daftarkan di bawah nama yang agak berlainan, tapi takkan macam tak suspek apa2 sekiranya si bapa ni mintak sijil beranak utk anak dia umur 2 bulan?
**kalau tak silap, memang agak rumit daftar lambat kelahiran nih..plus, takkan takde register dlm system JPN mengenai pendaftaran kelahiran anak2 yang link direct kepada ibu bapa?**
Kalau ada dlm sistem: kenapa boleh keluarkan 2 sijil kelahiran pada seorang bapa terhadap anak yang sama?
**buku pink klinik kesihatan akan reflect si ibu mengandung anak single/ kembar..so, sijil beranak kena ikut berapa banyak anak yang dikandungkan, kan?**
Kalau takde dlm sistem: kenapa tidak dibangunkan suatu program di mana semua maklumat mengenai suami, isteri, anak-anak di rekod secara sistematik-->supaya kes-kes sebegini dpt dikurangkan, kalau tidak dpt di lenyapkan terus?
Maaf, kalau entri kali ni nampak lebih kepada mengkritik..Namun, ianya suatu kenyataan...
bagaimana undang-undang negara ini yang sepatutnya kukuh dan digeruni, dipermainkan sewenang2nya sama ada dari penglibatan si pengkhianat
**konon2nya si bapa ada kaki dlm JPN yang membantu mendapatkan salinan sijil kelahiran yang ke2** ataupun kelicikan si bapa sendiri memanipulasikan kelemahan sistem sokongan antara jabatan terbabit
**weakness of the inter-related network of related departments**
kisah Puan Farah Shamsuddin ini mendapat liputan meluas setelah pihak polis mendapati bekas suami telahpun berjaya melepasi imigresen melalui jeti Stulang Laut dan meloloskan diri ke Batam. Sehingga kini, di katakan si ibu tidak menerima sebarang khabar berita mengenai anaknya itu, dan
yang lebih menyedihkan, sikap lepas tangan keluarga si bapa terhadap isu ini, katanya-->mereka tidak mahu masuk campur dlm urusan terbabit.
tak ke kelakar ke namanya tu?
yang dlm pertimbangan sekarang nih bukan orang lain, cucu sendiri..yang membuat onar sekarang nih, anak sendiri..peduli kan isu siapa yang memulakan pembetahan yang berlaku antara si ibu dan si bapa, kerana yang benar2 tersepit , yang menjadi mangsa keadaan ini adalah anak comel yang tidak bersalah itu!
sebuah kisah lagi melibatkan pergolakan rasa rindu seorang nenek tua terhadap sepasang cucu kembarnya..sudahlah anaknya sendiri maut akibat kanser, kini lelaki yang merupakan bapa biologi kembar tersebut, telah berjaya melarikan anak-anak itu kembali ke Jerman...yang memeningkan kepala sekarang ini, ibu kepada kanak2 itu tidak pernah "register" atau mendaftarkan perkahwinan/ pernikahan mereka dengan pasangan beliau - seorang warga Jerman, Ralf Hobelsberger,..lantas kalau di ikutkan, kanak2 itu rasanya dikatakan tidak mempunyai "legal father" tapi hanya "biological father"..dan "biological father" ini tidak diberikan hak penjagaan anak2 itu drpd mahkamah lokal, malah Mr Hobelsberger dilarang sama sekali membawa keluar anak2nya itu dari negara ini..namun atas ketiadaan kesinambungan sistem di antara jabatan mengakibatkan nenek ini, Santhakumari A.D. Nair memendam rindu terhadap cucunya..
kes-kes ini
**dan mungkin juga beribu kes yang lain, cuma tidak dpt sebanyak liputan seperti kes berdua ini** seharusnya dijadikan
"a wake up call" kepada jabatan yang terlibat....
Alexander Siddarth Hobelsberger dan Eva Anjali Hobelsberger
Jangan nanti bila dah jadi kat sedara mara sendiri, baru nak sibuk terngadah nak buat itu ini...tolonglah, buanglah sifat TUNGGU...LIHAT...TENGOK RESPONS....ini semua common sense..orang bukan kerajaan pun tahu yang ini semua salah..kalau katalah orang kerajaan ni nak kata kita ni jahil pasal prosedur itu ini, then prove us wrong! Prove to us that you guys are doing your job to ensure that such incidents will never happen again!
p/s: maaf...kalau melibatkan anak2 memang hati nih cepat tersentuh, terasa macam dijentik..:(